DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, July 12, 2009

Apabila PPSMI dimansuhkan kononnya jimat RM40 juta tapi kena BELANJAkan RM 5 bilion untuk belajar Bahasa Inggeris?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE!

Ini adalah petikan daripada akhbar Berita Harian bertarikh 10 Julai 2009.. Apabila membaca berita ini, kita sepatutnya merasa terKEJUT apabila mendapati bagaimana Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi rupanya tidak reti mengira.. Beliaulah orang yang dilihat begitu HASAD dengan perlaksanaan PPSMI.. Kita tidak tahu apa yang dia tak puas hati sangat dengan PPSMI tetapi beliau sendiri mendedahkan bahawa peruntukan untuk melaksanakan pembelajaran Bahasa Inggeris bagi menggantikan PPSMI jauh lebih besar berbanding perlaksanaan PPSMI itu sendiri!

Meh kita tengok bagaimana dia mengira..

Waktu sekolah kekal

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran semalam menjelaskan waktu persekolahan tidak akan dipanjangkan walaupun masa pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris (BI) ditambah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, sebaliknya berkata masa pembelajaran sesetengah subjek akan dipendekkan dalam pelaksanaan strategi baru untuk memartabatkan Bahasa Malaysia (BM) dan memantapkan BI.

Beliau memberi contoh waktu pembelajaran muzik antara yang akan dipendekkan dan masa berkenaan dipindahkan kepada pengajaran BI.

"Pelajar tidak akan terbeban dengan pelaksanaan ini, malah waktu persekolahan tidak dilanjutkan," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini. Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan semula dalam BM, manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina serta Tamil dalam bahasa ibunda masing-masing mulai 2012.

Berikutan itu, BI akan dimantapkan dengan pertambahan waktu pembelajaran subjek berkenaan.

Mengenai penyediaan buku teks terutama bagi pelajar yang telah mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam BI (PPSMI), Alimuddin berkata, ia mungkin dicetak dalam dwi-bahasa untuk mengelakkan timbul masalah di kalangan pelajar.

Beliau juga berkata, setakat ini kementerian belum membuat keputusan berhubung cadangan melaksanakan peraturan mewajibkan pelajar lulus BI dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagaimanapun, katanya, melalui ribuan e-mel dan maklum balas yang diterima setakat ini, 80 peratus menyatakan persetujuan berhubung perkara itu tetapi dengan syarat kementerian mesti menyediakan guru BI terlatih serta kemudahan pembelajaran yang efisien.

Mengenai pengambilan lebih 13,000 guru BI termasuk 600 yang sudah bersara, Alimuddin berkata, guru bersara boleh memohon terus kepada kementerian dan akan tempatkan di kawasan mereka tinggal supaya tidak perlu berpindah.

"Saya rasa ramai yang akan memohon kalau diberi peluang. Jika mereka ditempatkan di kawasan sendiri, saya rasa kita tidak ada masalah untuk dapatkan 600 orang yang disasarkan," katanya.

Alimuddin juga berharap ibu bapa menyokong usaha kerajaan memantapkan BI, termasuk menyediakan bahan bacaan di rumah atau menggunakan teknologi, maklumat dan komunikasi.

“Saya cadangkan ibu bapa menyediakan sekurang-kurangnya akhbar berbahasa Inggeris di rumah, majalah, novel atau buku bahasa Inggeris kepada anak-anak," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kerajaan memperuntukkan kira-kira RM5 bilion untuk memperkasakan pengajaran dan pembelajaran BI di sekolah rendah serta menengah bagi tempoh 2011 hingga 2015.

"Peruntukan itu akan membiayai pelaksanaan pelbagai langkah untuk memantapkan penguasaan BI, termasuk pengambilan guru asing terutama dari United Kingdom dan Australia," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Ketika ini, 34,767 guru BI mengajar di sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

Mengenai pengambilan guru dari kalangan graduan universiti swasta, Mohd Puad berkata, perkara itu akan dibincang dengan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran supaya ada kolaborasi antara kedua-dua pihak terutama berhubung latihan praktikal.

Mohd Puad berkata, ada juga cadangan supaya kementerian mewujudkan Institut Pendidikan Guru khusus untuk BI dan setakat ini sebuah pusat latihan di Nilai akan menjadi pusat kecemerlangan bagi melahirkan guru pakar dalam bahasa itu.


Mengenai bayaran insentif subjek pendidikan (BISP) berikutan pemansuhan PPSMI, beliau berkata, guru Sains dan Matematik tidak akan menerima bayaran itu mulai 2012 yang berjumlah kira-kira RM40 juta setahun.

Ketika ini, 61,040 guru Matematik mengajar di sekolah rendah dan 26,389 di sekolah menengah, manakala 46,946 guru Sains di sekolah rendah dan 25,781 di sekolah menengah.

"Lebih baik wang yang kita belanjakan bagi PPSMI seperti BISP, digunakan untuk menterjemahkan lebih banyak buku rujukan dalam bahasa Melayu bagi kegunaan pelajar. Institut Terjemahan Negara Malaysia di bawah kementerian ada keupayaan dan pakar yang profesional," katanya.

Mengulas kekeliruan orang ramai mengenai tempoh tiga tahun bagi memansuhkan PPSMI, Mohd Puad berkata, langkah itu mesti dilaksanakan secara `tertib' supaya tidak berlaku kejutan.

Beliau berkata, kementerian juga tidak akan mempertimbangkan cadangan supaya PPSMI dilaksanakan pada peringkat sekolah menengah...


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama/20090710011243/Article

Apa lagi CONTOH terbaik untuk tunjukkan betapa BODOH SOMBONGnya pemimpin UMNO selain tonjolkan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi nih sebagai contoh?

Dia kata nak JIMATkan RM40 juta setahun elaun cikgu PPSMI sehingga tahun 2012.. OK, jadik total semua RM40 juta X 4 tahun = RM160 juta..

Sebaliknya dia nak belanjakan sehingga RM5 bilion untuk IMPORT guru-guru asing dari UK dan Australia dan KONONnya nak bina sebuah pusat khusus untuk mengajar cikgu Bahasa Inggeris di Nilai?

Kita ada cikgu-cikgu TESL dari universiti-universiti dalam negara, dia nak jugak MEMBAZIR sampai RM5 bilion dari tahun 2011 hingga 2015 untuk tujuan tersebut? RM1 bilion setahun?Itu pun sekitar tahun 2011 dan 2012 tuh dia kena bayar RM40 juta untuk PPSMI dan RM1 bilion untuk belajar Bahasa Inggeris?

BODOH MATEMATIK ke sampai tak tau mana banyak antara RM160 juta dengan RM5 bilion?

Malah, kalau dikira angka RM40 juta tersebut dari tahun perlaksanaan PPSMI hingga tahun PPSMI dimansuhkan, jumlah perbelanjaannya jauh lebih kecil daripada angka RM5 bilion untuk pembelajaran Bahasa Inggeris? Cuba kita kira..

Tahun PPSMI dilaksanakan:- 2004
Tahun PPSMI dimansuhkan:- 2012

Sekitar 8 Tahun.. 8 Tahun X RM40 juta = RM320 juta..

Untuk 8 tahun, PPSMI baru menelan belanja sebanyak RM320 juta.. Jauh lebih KECIL berbanding angka RM 5 bilion?

Kalau PPSMI diteruskan, dengan RM40 juta setahun, negara kita boleh melahirkan ribuan pelajar yang bukan sahaja mahir SAINS dan MATEMATIK, malah mampu menggunakan Bahasa Inggeris dengan baik? Malah ratusan guru-guru yang terlibat PPSMI jugak akan turut mahir dengan ketiga-tiga subjek tersebut sekaligus?

AGAKNYA ANGKA RM5 BILION TUH NAK BAGI SAPA PULAK MAKAN KOMISEN MELALUI KONTRAK KERAJAAN?

Apa lagi kita patut kata selain...........

MEMANG CELAKA!!!

Mana orang Batu Pahat... Tolong KOMEN sikit?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS