DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, May 13, 2015

Apa yang para penCACAI Najib MARAH sangat kat TUN DR. Mahathir seBENARnya?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

RAMAI penCACAI Najib sangat-sangat MARAHkan TUN DR. Mahathir kerana keLANTANGan beliau menentang keWUJUDan 1MDB.. IRONInya, amatlah menyedihkan para penCACAI tadi MARAHkan TUN DR. Mahathir tetapi mereka ENGGAN pulak mengakui FAKTA bahawa bukan TUN DR. Mahathir yang mula-mula menDEDAHkan kePINCANGan 1MDB ini.. Apakah para penCACAI ini BUTA bahawa para PEMIMPIN PKR seperti Rafizi LEMBU dan Tony PUA Chu Kanglah yang TIDAK henti-henti menDEDAHkan kePINCANGan 1MDB itu? 


Di manakah pulak para penCACAI ini meLETAKkan kepala OTAK mereka apabila MEDIA seperti Sarawak Report, The Malaysian Insider dan BANYAK lagi MEDIA PR menDEDAHkan tanpa henti segala kePINCANGan 1MDB ini? TerBARU, sebuah BLOG yang TIDAK diKENALi pun sebelum ini iaitu 'The Benchmark yang menDEDAHkan bagaimana 1MDB cuba menJUAL TANAH di TRX kepada TH.. Inilah KRONOLOGI kepada apa yang berLAKU tetapi para penCACAI Najib pulak diarahkan untuk menyalahkan TUN DR. Mahathir!


Wahh... Sungguh HINA para penCACAI Najib.. Yang DEDAHkan orang lain, yang diSERANG mereka pulak ialah TUN DR. Mahathir?  

Yang menJELIKkan tuh, ada BANYAK BLOG para penCACAI menyifatkan keGAGALan URUSNIAGA 1MDB dengan TH ini sebagai meRUGIkan penCAPAIan EKONOMI KAUM Melayu/BUMIPUTRA? Asal-asalnya TANAH TRX itu adalah TANAH kerajaan yang diJUAL secara MURAH kepada 1MDB.. Kalau BENAR kerajaan IKHLAS untuk memBANGUNkan EKONOMI KAUM Melayu/BUMIPUTRA, kenapa TIDAK diJUALkan atau diBERIkan kepada TH, LTAT, PNB, MARA atau pun UDA untuk diMAJUkan? Kenapa kena menerusi 1MDB yang TERANG-TERANGan dah buat DUIT atas ANGIN? Siapa yang mengKHIANATi KAUM Melayu/BUMIPUTRA seBENARnya? IRONInya lagi, dengan HUTANG 1MDB yang begitu BESAR, siapakah yang TIDAK BIMBANG? Menurut TUN DR. Mahathir di dalam BLOGnya,

  • 26. Saya terima lebih banyak maklumat berkenaan 1MDB. Saya terkejut dengan jumlah hutang yang begitu tinggi. Kerajaan sendiri tidak pernah hutang begitu banyak. Hutang ini pula dibuat secara off-budget, iaitu tanpa mendapat kelulusan Kabinet atau Dewan Rakyat.
  • 27. Saya tidak dapat terima pembelian stesen janakuasa dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Ini bukan soal satu dua juta atau sepuluh duapuluh juta. Kelebihan harga mencecah ribuan juta sedang lesen operasi kilang sudah hampir tamat dan nilainya akan jatuh kepada ratusan ribu ringgit sahaja. Kenapa tidak tunggu sehingga tamat lesen.
  • 28. Bila ditanya Najib berkata apabila nilai naik, kilang-kilang boleh dijual untuk mendapat untung. Ini bukan kerja Kerajaan – jual beli syarikat.
  • 29. Saya tidak percaya 1MDB akan dapat untung dari penjualan kilang yang dibeli dengan harga begitu tinggi. Hari ini kita tahu yang syarikat kilang elektrik 1MDB tidak pun dapat disenarai di bursa.
  • 30. Saya dapati penarikan sokongan saya kepada Najib tidak berkesan. Sementara itu masalah 1MDB semakin meruncing. 1MDB tidak dapat bayar faedah keatas hutang 42 billionRinggit. Wang yang kononnya dilabur di Cayman Islands tidak dapat dibawa balik.
  • 31. Pelaburan dan JV dengan Petro Saudi kabur dan wang pelaburan tidak begitu jelas di mana berada. ->KLIK<

TerINGAT pulak kita dengan SKANDAL Pak Man Telo 25 TAHUN dahulu.. Apa BEZAnya dengan 1MDB sekarang? Apakah TUN berSUARA sedemikian kerana beliau masih lagi berNAFSU nak jadik PM? HAKIKATnya, Najib jelas telah mengKHIANATi AMANAH yang diTERIMAnya semasa PRU-13 lalu.. PenDEDAHan lebih LANJUT oleh MEDIA pro-PR menunjukkan bahawa mereka yang diLANTIK sendiri oleh Najib sebagai 'PUNAH-Sihat'nya dalam 1MDB dan kerajaan ternyata lebih SUKA berFOYA-FOYA berMAKSIAT daripada beKERJA untuknya.. ->KLIK<- 


Aduyaii... Macam manalah 1MDB tak berMASALAH? Sebagai MAJIKAN, apakah Najib hanya memBIARkan sahaja para MALAUN ini menJAHANAMkan apa yang diUSAHAkannya? Sebaliknya TUN DR. Mahathir pulak SENGAJA diperSALAHkan kerana keLANTANGan beliau menentang keMUNGKARan ini? HARI ini MANTAN MB Terengganu DS Mat Said pulak ada VERSInya sendiri untuk 1MDB.. ->KLIK<-


Ohh... BANGANGnya.. TAMBAH memBANGANGkan lagi bila peSALAH POLITIK WANG dalam Pemuda UMNO jugak menJULANG-JULANG memBANGGAkan Najib yang sudah terSESAT dari JALAN yang BENAR itu.. Sampai sekarang kita PELIK kenapa UMNO macam 'HANJENG' yang menyalak SAHUTan dalam KES 1MDB ini.. Apa kena-mengena UMNO dengan 1MDB secara DASARnya? Apakah UMNO akan MUSNAH jika 1MDB ini diISYTIHARkan MUFLIS? Para penCACAI Najib yang memBANTAI TUN DR. Mahathir lagi BANGANG.. Kamu SOKONG apa seBENARnya?


Jadik? SALAHkah untuk TUN DR. Mahathir merasa KECEWA dengan Najib? SALAHkah TUN DR. Mahathir menZAHIRkan keMARAHan RAKYAT kepada Najib? ALMARHUM TUN Razak PENAT-PENAT bukak HUTAN, bukak KILANG untuk RAKYAT cari MAKAN bagi meMAJUkan NEGARA, ANAK dia pulak tak TAHU nak JAWAB apa bila HUTANG berLAMBAK-LAMBAK kasi RAKYAT yang menanggungnya..

Wallahualam..

17 comments:

Anonymous said...

sememangnya peli sangatlah nampaknya. apa ada hubung kait 1MDB dengan UMNO? tak semestinya najib mengheretnya kedalam gelanggang politik. tak sepatutnya najib mintak sokongan dari UMNO. tak seharusnya juga pemimpin pemimpin UMNO yang lainya mempertahankanya. ada kah 1MDB itu komponen BN?

Anonymous said...

actually bila tun bersuara dia juga kena bersedia utk menerima suara2 org yg tak bersetuju dgn dia, zaman tun tak blh di bangkang dah berakhir, ini zaman najib org bebas membangkang sesiapa saja tanpa perlu rasa takut di ISA kan termasuklah tun sendiri.. kalau tak blh di sumpah seranah lebih baik diam mcm paklah takda sapa nak kacau.. kalau PM pun org blh maki hamun apalah sgt tun, sebenarnya byk maki hamun yg tersimpan selama 22 thn pemerintahan tun sbb zaman tu takda fb,wsap, twitter dll.. malah sapa yg berbunyi org tu akan diganyang cukup2.. ini zaman generasi baru kita bebas mencarut kat sesapa yg kita suka termasuklah PM dan keluarganya.. so tun dan macai2 kalau tak bersedia utk di carutkan lbh baik diam shj buat amal byk2 semoga dosa2 selama 22 thn pemerintahannya itu Allah ampunkan takkanlah tun takda buat salah kot dia pun bkn maksum..

Anonymous said...

Inilah produk generasi baru rupanya. Mencarut dan maki hamun itulah yang dibanggakan. Patutlah Melayu semakin layu, sebab dah tak tau bila nak bercakap dan apa pulak nak dicakap.

Anonymous said...

Saya bukan ahli umno dan penyokong najib dan mahathir...pada saya tua buat cara tua..adakah Allah panjangkan usia utk memcahkan umat.jadi jangan perosak mayaeakat, dia maksum. Jadi cukup cukuplah kalau mahu dihormati sebelum mati..

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pasal SAYANGkan UMATlah TEGURan diBUAT.. Takkan sebab dah TUA dan menunggu MATI maka nak diBIARkan sahaja GENERASI yang tinggal menanggung AKIBAT perBUATan BANGANG kePIMPINan sedia ada?

Kalau TUA MUDA dijadikkan UKURan, kenapa CALON PRK Rompin diPILIH orang TUA?

Nak 'COVER' PEMIMPIN kamu pun biarlah BIJAK sikit..

Wallahualam..

Anonymous said...

Memanglaa masa zaman TDMn dulu nampak mcm tak oleh dibangkang. Pernah dulu bersama-sama dengan orang2 lama UMNO, mereka kata kalau nak jumpa TDM masa tu dalam kepala mestilah ada ilmu yang kuat menyokong dan justify apa yang nak di bawa. Kebanyakan yang kecewa bila tak reti nak menjustifykan apa yang dicadangkan atau yang dikatakan. Jadi mcmana TDM nak lepaskan atau bersetuju. Macam jgk CEO comp., klau tak boleh nak justify apa2 planning ....sapa nak luluskan. Itulah tahap pemikiran ahli2 UMNO atau Ketua2 Bahagian dalam UMNO ... tau nakkkk jerrr ... kene soal sikit dah tak reti nak jawab . Skrg ni time diaorg tu plak nak belasah... pasai apa nak belasah pun tak tahu ... ikut orang jee ... Pemikiran tahap rendah.

Anonymous said...

Jenis Bangsa SOMBONG!!!

Mintak lah nasihat dari orang yang lebih berpengalaman ebih Arif lebih berpandangan jauh saperti Tun M yang sangat di segani dan sangat berkebolehan di mata dunia!!!

Anonymous said...

Tun dah macam perangai Anwar sang peliwat bontot.

Bunyik lebih. Tuduh sana tuduh sini. Bukti takde. Mana bukti nya? Tunjuk lah bukti.

Kalau rasa diri tu bersih sgt, jawab lah dakwaan Tunku Aziz.

Kalau takde jawapan,sila duduk diam2.

TUn kena sedar. Dia sebenarnya berNasib Baik.

Kalau lah zaman dia dulu Fb, twittr, whatsap rancak macam sekarang..dah lama Tun bungkus...gerenti kena henjut cukup2.

Sabar sabar lah sikit. Bagi la Najib urus dgn cara sendiri.

Dulu nak org Bersatu, Bersetia, Berkhidmat, tapi sekarang apa sudah jadi.

Jangan sibuk2 nak org jawab dakwaan dia jer.

Sekarang, tembelang nya dah pecah. Orang nak juga dengar Tun jawab dakwaan Tunku Aziz.

Rata2 orang sedang berkata, Tun ni rupa fizikal je macam Dr Mahathir, tapi mulut dan akal dah macam Anwar Al Jubor.

Anonymous said...

Ko pun sme gak tuduh xda bukti. Korek jubo sendiri n cium.. bingai

Anonymous said...

Anon : Wednesday, May 13, 2015 7:09:00 AM

disebabkan dah tua, tak usahlah nak ditegurkan walaupun perkara yang dilakukan salah? betul? kalau macam tuh aku fahamlah apa yang dikatakan Anon kat atastuh berkenaan generasi baru yang suka mencarut kat sapa saja. orang tua mereka dah tak dibenarkan menegur atas sikap mereka. tak dapat nak aku bayangkan kalau negara nih diperintah oleh generasi baru semacam itu.

Anonymous said...

asalnya Tun bertanya beberapa soalan. yang peliknya macamana pulak ianya sudah bertukar menjadi tuduhan? rasanya kalau najib dari awalnya jawab dengan jelas apa yang Tun soal, taklah jadi kelam kabut macam sekarang ni. soala Tun belum dijawab, tapi Tun pulak dah disoal pulak.

satu lagi Tun bertanya pasal syarikat 1MDB tapi mengapa pulak pemimpin UMNO yang meloncat? apa kash ada kaitan 1MDB dengan UMNO? Tun bertanya siapa berikan arahan kepada kedua dua petuduh Altantuya yang telah dijatuhi hukuman mati. apa pulak ada kena mengena dengan sumpah najib? soalan yang begitu senang pun tak boleh jawab? jelas najib tak buat homework dan disebabkan itu fail. Tun tegur sebab sayangkan agama, bangsa dan negara. Tun sayangkan parti dan tak mau negara diperintah oleh pembangkang dan mahu Najib berundur sebab dah jelas masaalahnya. kenapa pulak timbul Tun nakkan Mukriz jadi PM. rasanya kalau Tun ada menyimpan harapan untuk menjadikan Mukriz PM, masa Tun jadi PM dulu lagi dah disediakan tempat untuk Mukriz, tapi Mukriz tak jugak dapat tempat. berfikirlah secara logik dan terimalah hakikat ahli UMNO dan rakyat sedang dispin hingga memabukkan.

Maliq Alsamani said...

Layu lah melayu sebagai melayu.......otak ada akal kosong. Hanya kerana konon dah moden buleh mencarut2. Sapa ajar ? Ingat....JANJI ALLAH ITU PASTI......SABAR .
Ni baru sikit dedah ni. Ada lagi......

muhamad Danial said...

Sebab tu aku kata...Macai Najib dengan Macai Pkr perangai lebih kurang ja...kalau kita tengok dulu2 Umno tak macam ni...tapi disebabkan nak pertahankan bos dia yang bluurrrrr dia sanggup maki orang tua walaupun selama ni orang tua tu dah banyak berjasa..bagi aku generasi Ah jib got yang konon nya moden adalah generasi yang biadap dan kurang ajar.

Anonymous said...

Anon 9:06,
Setuju dengan anda.Ramai yang tidak bersedia dan berani berhujah dengan TDM. Hujah-hujah mereka dengan mudah dipatahkan oleh beliau.
Pernah berlaku suatu kali bila ada cadangan bersemuka antara TDM dengan Fadzil Noor. Orang-orang Pas tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. (Ini bukan ceramah yang dianjurkan oleh ABIM.)
Kerana mereka tidak berjaya berhujah dengan Mahathir,maka timbulah cerita-cerita, kononnya beliau tidak boleh dibangkang dan lain-lain.

Anonymous said...

maaf bang lari topik sikit. kalau bhg komen ni ada ruang "reply" rasanya lebih baik bang. maaf bang dan jgn pulak ingat saya memandai mandai.

Anonymous said...

Tun tny 1mdb,najib jwb jmbtn bengkok,macai kata;hah najib da jwb.tun tny lg 1mdb,najib jwb team a team b,macai kata;hah najib da jwb.tun tny 1mdb,najib kta dy phlwn bugis,macai kata;hah najib da jwb.tun tny 1mdb,najib kata tgu audit la,macai kata;hah najib da jwp.wei najib n macai,tun tny 1mdb jwp la psl 1mdb.btol xbtol jwp korg,yg 2 br biar audit yg jwp(hrp dpt audit sjujurnya smpi sapa pon xleh ptikai).xkn xtau nk jwp psl 1mdb sedangkn krajaan yg dpimpin najib yg lahirkn 1mdb dn sgla pnjman 1mdb thadap krajaan juga dketahui kmnterian kewangan yg "kebetulannya"menteri kewangan adlah najib.xkaaannn la najib tau tubuh sj 1mdb tp xamik pot psl pngurusan 1mdb smpi nk kna tgu audit tlg jwpkn.

Anonymous said...

Bodohnya penjilat najib

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS