DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, September 29, 2010

DS Najib should concern on what is happening with the 1 Malaysia F1 Team


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita percaya RAMAI masih ingat lagi saat-saat penubuhan '1 Malaysia F1 Team' pada tahun 2009 dan pasukan ini telah pun menyertai F1 pada tahun 2010.. Walaupun setakat ini kejayaan yang dicapai tidaklah sehebat mana berbanding PUBLISITI yang diberikan, tetapi masa depan pasukan ini masih ada jika dikendalikan secara PROFESIONAL, komitmen yang jitu dari semua pihak serta tidak ada unsur-unsur SABOTAJ demi kepentingan peribadi.. Bukankah itu juga harapan rakyat yang mahukan pasukan ini berjaya?

http://en.wikipedia.org/wiki/Lotus_Racing

Namun, demikian, pada HARI ini kita sekali lagi menyaksikan bagaimana NAFSU keTAMAKkan dalam dunia KORPORAT dilihat cuba menJAHANAMkan harapan dan impian pasukan yang diSLOGANkan membawa nama '1 MALAYSIA' ini.. Kita TIDAK tahu semasa penubuhan pasukan ini, adakah mereka yang diMAKSUDkan meletakkan kepentingan KOMERSIAL mengatasi kepentingan kejayaan dalam perlumbaan F1.. Jika itulah OBJEKTIF utama penubuhan pasukan INI, jangan HARAPlah mereka akan menjuarai perlumbaan F1 sampai bila-bila pun.. Seperti kata PERIBAHASA Melayu, "Orang TAMAK selalu RUGI"..

Hari ini kita menyaksikan perBALAHan yang timbul sesama pihak yang terlibat dalam penubuhan pasukan ini.. PUNCAnya ialah apabila pihak Proton yang menguasai syarikat pembuat kereta 'LOTUS' telah memohon untuk menarik BALIK jenama 'LOTUS' yang juga jenama terkemuka dan dikenali ramai dalam industri perMOTORan dan jugak sejarah perlumbaan F1.. Ini kerana penggunaan jenama 'LOTUS' dalam pasukan tersebut sedikit sebanyak telah mencemar imej syarikat pembuat kereta tersebut apabila dikaitkan dengan PRESTASI pasukan ini dalam perlumbaan F1..

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsbusiness.php?id=530762

Tindakkan Proton ini telah diTENTANG hebat oleh pihak pengurusan pasukan '1 Malaysia F1 Team' ini.. Menurut laporan akhbar:-

Timbalan Ketua Pasukan Lotus Racing, Datuk Kamarudin Meranun berkata, selain itu Proton perlu membayar pelaburan yang telah dilakukan oleh tiga individu, membabitkan dirinya, Datuk Seri Tony Fernandes dan SM Nasarudin SM Nasimuddin, bernilai pound 70 juta (RM340.9 juta) pada musim ini. Malah, tambah beliau, pihaknya telah membeli Team Lotus Ventures Ltd. (TLV), yang mempunyai hak untuk menggunakan nama Team Lotus, pada harga lebih pound 3 juta (RM14.61 juta) kira-kira sebulan lalu setelah melakukan kajian kewajaran pertimbangan. Tambah beliau, pihaknya mempunyai dokumen yang ditandatangani berhubung pembelian itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Dalam KONTEKS ini, kita harus FAHAM bahawa 'Lotus Group' yang dimilikki oleh Proton terlibat dalam industri pembuatan kenderaan 'SPORT' dan kejuruteraan AUTOMOTIF.. 'LOTUS Group' diasaskan oleh Anthony Colin Bruce Chapman, seorang jurutera dan pereka kenderaan British yang terSOHOR.. Di bawah jenama 'LOTUS', beliau juga telah menyertai F1 beberapakali pada sekitar tahun 80an.. Selepas kematiannya, 'LOTUS' telah dipecahkan kepada entiti yang membina kenderaan dan entiti yang terlibat dalam perlumbaan F1.. ISU tentang siapa yang BERHAK menggunakan jenama 'Lotus' telah menimbulkan perdebatan hangat dalam forum-forum online..

http://paultan.org/2010/09/28/group-lotus-vs-1malaysia-racing-the-team-fights-back/#more-43106

IMPLIKASI isu ini terhadap industri perMOTORan negara amat BESAR.. Ini kerana peminat-peminat SUKAN berMOTOR tidak mahu melihat nilai KOMERSIAL pada nama JENAMA tersebut lebih diUTAMAkan demi kepetingan KOMERSIAL berbanding berusaha untuk memantapkan dan menggilap pencapaian JENAMA tersebut dalam sukan perMOTORan.. Dengan kata lain, prestasi sesebuah pasukan boleh terjejas jika ada pihak-pihak KORPORAT yang KEPARAT mengutamakan 'CASH Returns' daripada pencapaian pasukan tersebut.. Adakah ini yang diHASRATkan oleh PM sendiri apabila meRASMIkan penubuhan pasukan ini? Cuba kita INGAT balik..

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/9/16/nation/4725891&sec=nation

Apa pun, INIlah PADAHnya apabila orang-orang KORPORAT yang diketahui UMUM sebagai INDIVIDU yang TAMAK tak kehabisan dalam projek-projek LEGASI 'level 4 BOYS' dahulu diberi keBENARan pulak menguasai pasukan-pasukan SUKAN yang boleh dikatakan mewakili NEGARA.. Anda TAHU siapa INDIVIDU TAMAK yang dimaksudkan.. -> Mungkin bekas Presiden PETRONAS sudah melihat keadaan seperti ini akan berlaku dalam pasukan '1 Malaysia F1 Team', sebab itulah beliau tidak berkerjasama seperti mana GLC-GLC lain dalam pasukan ini? Kot Presiden Petronas yang BARU ni pulak tak taulah macam mana.. Jangan dia pun sebahagian PENINGGALAN LEGASI bekas PM ke-5, sudah le..

Wallahualam..

Tuesday, September 28, 2010

Balik-balik dok BANGGA dengan orang luar - Tak rasa MALU ke?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kalau kita perhatikan betul-betul, kita akan dapati kerajaan sekarang begitu GHAIRAH memBENARkan tokoh-tokoh berPERANGAI BURUK datang ke negara ini samada untuk tujuan memberi syarahan tentang EKONOMI, motivasi atau pun wawancara berkenaan sesuatu ISU GLOBAL.. Dengan kata LAIN, kita bersusah-payah menjemput mereka ke negara ini KONONnya untuk dijadikan CONTOH atau rujukan kepada golongan usahawan, pakar-pakar ekonomi atau sosio-budaya walaupun mereka ini belum tentu memahami budaya Timur apatah lagi mendalami budaya tempatan.. Apa HASILnya? Adakah ini menyumbangkan sesuatu perubahan yang diharapkan untuk RAKYAT negara ini?

Sebelum ini, Tony Blair bekas PM Britain yang dikaitkan sebagai individu pencetus perang Iraq dijemput untuk memberi syarahan di negara ini.. Walaupun mendapat BANTAHAN beberapa NGO yang mempertikaikan peranannya sebagai individu pencetus peperangan, kerajaan dan pihak penganjur seolah-olah memekakkan telinga mereka terhadap BANTAHAN tersebut..


http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5i1HJGFtStjMII-CC79AAr-RjgWtA


Apakah yang kerajaan HARAP dapat disumbangkan oleh PENJENAYAH PERANG ini terhadap pemikiran atau idealisme rakyat negara ini? Adakah LAYAK dia ini dijemput dengan tujuan untuk 'diKAGUMi' oleh rakyat negara ini sedangkan tangannya berlumuran dengan DARAH rakyat Iraq dan umat Islam?

Baru semalam, sekali lagi kerajaan memBIARkan pihak-pihak tertentu menJEMPUT seorang lagi tokoh 'SALAH ORANG' untuk memberikan ucapan pada majlis khas forum Invest Asia 2010 anjuran International Herald Tribune di ibu negara.. Walaupun tokoh tersebut mungkin dijemput atas tujuan tertentu, kerajaan seHARUSnya memastikan bahawa dia memahami BUDAYA dan sistem perundangan di negara ini terlebih dahulu.. Apa gunanya menJEMPUT seseorang yang JAHIL tentang NEGARA ini dan menunjukkan pulak keJAHILannya kepada UMUM untuk ditepuk-sorak oleh mereka yang menyaksikannya? BANGGAkah kita dengan menjemput orang seperti ini?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

Apakah tujuan orang seperti ini diJEMPUT hanyalah semata-mata sebagai PUBLISITI untuk 'Event' tersebut tanpa memikirkan SENSITIVITI rakyat negara ini? Apakah sudah tidak ada lagi TOKOH yang setanding atau seHEBATnya dalam dunia BISNES hingga memerlukan INDVIDU yang BERJAYA tetapi berMASALAH MORAL ini dijemput? Adakah ini akan menyumbang kepada percambahan MINDA atau IDEA di kalangan rakyat negara ini? Atau ini sekali lagi satu bentuk 'PROPAGANDA' yang bertujuan KONONnya apa sahaja yang datang dari 'Western' itu semuanya patut diCONTOHi oleh negara ini? Agak-agaklah SIKIT!

Kita asyik menJEMPUT tokoh luar yang entah apa-apa latar belakangnya datang ke negara ini, mengHINA undang-undang negara dan kemudian memperBODOHkan rakyat negara ini kembali.. Apakah kita TIDAK patut berasa BANGGA atau cuba menonjolkan pulak tokoh-tokoh anak WATAN negara ini ke peringkat antarabangsa untuk diCONTOHi pulak oleh negara-negara lain? Inilah 'MIND-SET' buruk sesetengah pemimpin dan juga tokoh-tokoh BISNES di negara ini yang masih berMENTALITI KELAS KETIGA.. Masih sibuk nak BANGGAkan pencapaian orang luar sedangkan pencapaian rakyat negara sendiri tak mahu diTONJOLkan? 'MIND-SET' yang memBANGGAkan KONONnya Oxford itu jauh lebih BIJAK daripada IPT tempatan!

Wallahualam..

Monday, September 27, 2010

Apa yang perlu dipelajari daripada keKECOHan Pemilihan PKR..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Jika pemilihan parti pun KUCAR-KACIR dan macam nak mencetuskan PERANG saudara, apa akan jadi GAMAKnya jika PKR ditakdirkan berjaya 'menaklukki' PUTRAJAYA? Adakah keseluruhan sistem DEMOKRASI di negara ini akan berubah seperti mana yang berlaku di India, Indonesia, Filipina, Pakistan dan Thailand yang menyaksikan NYAWA melayang setiap kali ada PRU? Adakah itu baru dikatakan demokrasi TULEN seperti mana yang dipelajari oleh Penasihat PKR melalui rakan-rakan 'NEO-CON'nya di US? Adakah itu yang kita mahu untuk NEGARA ini?

Malam ini begitu KECOH apabila beberapa BLOG melaporkan pemilihan parti PKR menyaksikan beberapa muka yang dikatakan 'AKRAB' dengan Penasihat PKR tumbang di cabang masing-masing.. Ye la.. Siapa yang tahan MALU jika sebelum ini sering diberikan PUBLISITI seolah-olah merekalah yang paling hampir dengan Penasihat PKR dan dipercayai olehnya.. Tup! Tup!, KALAH pulak tuh.. Mana nak LETAK muka? Ada jugak yang KALAH dengan mendapat 5 UNDI sahaja.. Macam budak sekolah pilih Ketua Darjah pulak? KAH!KAH!KAH!

http://parpukari.blogspot.com/
http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2010/09/gempar-yb-jalang-pkr-ditolak-rakyat.html
http://theunspinners.blogspot.com/2010/09/kapar-pun-gaduh.html
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/09/pergaduhan-lagi-wakil-rbf-ke-lokasi.html

Sebenarnya, perGADUHan apabila memilih wakil adalah SINONIM dengan satu KAUM sahaja di negara ini.. Jika anda masih ingat pemilihan MIC yang pernah digemparkan dengan isu kerusi terbang, keranda dan sebagainya, anda akan TAHU kaum mana yang kita MAKSUDkan.. Penasihat PKR yang sebelum ini begitu GHAIRAH ingin menguasai UNDI dari kaum yang diMAKSUDkan telah mengHASUT dan melakukan PROPAGANDA tahap MAKSIMA untuk menanam keBENCIan kaum tersebut terhadap UMNO dan BN.. Ini menyaksikan bagaimana kaum ini menolak BN dengan DRASTIK pada PRU 2008 lalu.. Namun, kemasukkan kaum ini beramai-ramai ke dalam PKR menyebabkan mereka ingin menDOMINASI dan mencetuskan ketidaktentuan dalam parti yang sepatutnya berbilang KAUM ini..

Kiranya, macam STRATEGI makan TUANlah tuh.. Patut diingatkan jua bahawa PKR ini parti POLITIK yang ditubuhkan untuk seorang INDIVIDU, maka sudah tentu parti ini tidak dapat memenuhi TUNTUTAN semua pihak terutamanya tuntutan 'MELAMPAU' kaum yang dimaksudkan.. Maka jadiklah beberapa INSIDEN yang menakutkan sepertimana yang dilihat semasa pemilihan parti PKR ini.. Yang lebih mengAIBkan tuh, apabila beberapa pemimpin yang diketahui 'AKRAB' dengan Penasihat PKR ditumbangkan, pantas sekali ada USAHA pucuk pimpinan parti memBATALkan atau meng'KENSEL'kan keputusan pengundian cabang tersebut.. Inilah DEMOKRASI maha HEBAT ala-ala Neo-Con.. HE!HE!HE!

Apa pun, orang Melayu sepatutnya 'TAKE NOTE' dengan apa yang berlaku dalam PKR.. Ini kerana FAKTOR yang hampir sama jugak WUJUD dalam UMNO terutamanya apabila kita meneliti kembali keputusan PAU 2009 yang menyaksikan bagaimana pihak yang mendapat penCALONan paling kurang di peringkat Cawangan dan Bahagian meMENANGi jawatan tersebut di peringkat pusat HASIL permainan POLITIK WANG.. TAKTIKnya serupa sahaja kerana SIFUnya adalah orang yang SAMA.. Walau sebaik mana pun dia cuba menyembunyikan HUBUNGAN antara mereka, orang tetap akan NAMPAK jugak..

UMNO lebih berUNTUNG kerana parti ini adalah dianggotai oleh orang Melayu, tidak sepeti PKR.. Bayangkan jika ada KAUM-KAUM lain menyertai UMNO dan menyaksikan keputusan pemilihan seperti yang berlaku dalam PKR, dah tentu berlaku perang saudara.. Sebab itulah TEPAT sekali kata-kata Tun Mahathir bahawa:-

"Jangan tamak, orang yang tamak akan hilang segala-galanya. Sepatutnya orang Melayu bersatu-padu dan menyokong apa yang baik bagi kaum mereka, bukan nak tolak kaum lain, bukan nak rampas kaum lain. Hak kaum lain adalah hak mereka, tetapi hak orang Melayu mestilah kekal sebagai hak orang Melayu,"

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

Oleh itu, jangan berMIMPIlah UMNO akan disenangi oleh kaum bukan Melayu jika mereka mengikis hak-hak orang Melayu secara beransur-ansur mengikut tuntutan kaum-kaum tersebut..

Wallahualam..

Friday, September 24, 2010

Tak payah tunggu PRU 13 pun kita dah menyaksikan bagaimana POLITIK Melayu terhapus..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Adakah Melayu perlu menunggu PRU 13 untuk emngesahkan bahawa mereka bakal keHILANGan KUASA? Rasanya TIDAK perlu pun menunggu ke tarikh yang diMAKSUDkan.. Sekarang ini pun kita sudah melihat TANDA-TANDA jelas bahawa para pemimpin Melayu pada nama sahaja jadik PM, TPM, Penasihat Parti, Mursyidul AM atau pun MB tetapi terpaksa TUNDUK kepada tekanan-tekanan POLITIK bukan Melayu.. Contoh yang paling JELAS adah seperti baru-baru INI apabila beberapa PENYANGAK dalam UMNO bersuara 'MENYERANG' sebuah NGO Melayu iaitu PERKASA.. Sedangkan NGO seperti HINDRAF, Suqiu atau Dong Jiao Zhong langsung tak pernah pun diserang sedemikian RUPA oleh parti-parti yang mewakili kaum masing-masing?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.. Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Dengan kata LAIN, jika seorang Melayu dipilih sebagai MB atau PM sekalipun, mereka terpaksa TUNDUK atau menjadi 'LEMBU' kepada pemimpin-pemimpin bukan Melayu KHUSUSnya daripada parti 'RASIS' La'anatullah.. Malah, ini jugak boleh dikatakan sebagai SEJARAH penjajahan berulang di mana sebelum ini British menguasai negeri-negeri Melayu melalui RESIDEN atau Penasihat mereka.. Jadik? Apa BEZAnya?

Adalah penting untuk orang Melayu menyedari bahawa sekarang ini baik dalam UMNO atau pun PAS, hampir tiada pemimpin yang ingin memperTAHANkan orang Melayu.. Para pemimpin UMNO lebih kepada ingin mempertahankan keDUDUKan masing-masing dalam parti dan jugak keMEWAHan yang diperolehi melalui PLATFORM parti.. Sementara Lebai PAS pulak hanya ingin meROMPAK keKAYAan atau hasil-hasil NEGERI di mana mereka berkuasa di samping mengumpulkan PENGARUH bagi melindungi kegiatan mereka tersebut.. Orang Melayu hanya mampu berSORAK tetapi tanah terGADAI..

Kekecewaan orang Melayu adalah kerana mereka MELIHAT sendiri tiada pemimpin yang benar-benar berwibawa untuk menjadi pemimpin mereka selepas Tun Mahathir bersara.. PM ke-5 diAIBkan dengan mudah apabila gambar TIDOnya dan gambar dia pegang BAHU perempuan disebar merata-rata.. PM ke-6 pulak tidak henti-henti diTEKAN oleh orang bukan Melayu dengan bermacam CARA samada melalui EKONOMI, kes MAHKAMAH, isu agama, masalah DALAMAN parti dan banyak lagi.. Bagaimana boleh menTADBIR secara berkesan jika dia diTEKAN dari segenap arah? Bolehkah dia menjadi pemimpin orang Melayu yang berKESAN sedangkan para PENYANGAK dalam partinya sendiri sering membuat kenyataan yang 'MENIKAM BELAKANG'nya sendiri?

Yang lebih menakutkan adalah apabila kita melihat pola pengundian yang dijangka semakin menekan pada PRU 13 nanti.. Sudah banyak kali kita diberitahu bagaimana parti 'RASIS' La'anatullah begitu berSUNGGUH-SUNGGUH mendaftarkan pengundi Cina untuk PRU 13 kelak.. Dengan kata lain, mereka mahukan UNDI Cina menjadi PENENTU kepada kawasan-kawasan URBAN seperti di KL, Selangor, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.. Apa akan jadi jika negeri-negeri ini ditentukan oleh pola pengundian sedemikian RUPA? Adakah kita mahu menyaksikan kewujudan sebuah REPUBLIK baru dalam sebuah NEGARA?

Kita menyarankan agar NGO-NGO Melayu seperti PERKASA mengambil INISIATIF untuk memberi kesedaran tentang HAKIKAT ini kepada orang-orang Melayu KHUSUSnya pengundi-pengundi muda.. Sebagai sebuah NGO, PERKASA seharusnya berani mengadakan DIALOG, WACANA atau bertemu dengan pengundi-pengundi muda Melayu untuk menyedarkan tentang betapa PENTINGnya mereka memperTAHANkan kuasa POLITIK orang Melayu di negara ini.. Terlampau RAMAI golongan muda Melayu yang diLALAIkan melalui hiburan atau gejala SOSIAL.. Malah, golongan muda Melayu profesional yang bekerja di IPT, jurutera carigali di tengah laut, pekerja kilang dan ramai lagi sudah HILANG 'MOOD' untuk memperjuangkan kepetingan POLITIK Melayu terutamanya apabila melihat keGAGALan UMNO yang menyaksikan para PENYANGAK pulak menguasai parti.. Jangan tunggu UMNO melakukan kerja-kerja sebegini kerana UMNO hanya mahukan mereka menyokong pemimpin-pemimpin tertentu yang menjadi PENYANGAK dalam parti, bukannya mahukan para pengundi muda Melayu ini bersama-sama mempertahankan kepetingan POLITIK Melayu di negara ini..

Wallahualam..

Monday, September 20, 2010

Adakah 'The HATCHET Man' tidak faham BEZA 1 Malaysia dengan 'Malaysia Malaysian'?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

UMNO hanya akan meMUSNAHkan diri sendiri jika ada pemimpin BAWAHAN mereka yang tidak memahami ASPIRASI atau cuba memutar-belitkan kenyataan pemimpin UTAMA parti dengan mencampur-adukkannya mengikut pemahaman BANGANG mereka sendiri.. Sebagai CONTOH, jika pemimpin UTAMA UMNO iaitu DS Najib mengemukakan KONSEP 1 Malaysia yang berlandaskan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara tetapi ada pulak pemimpin BAWAHANnya yang memandai-mandai menyelewengkan KONSEP 1 Malaysia demi kepentingan POLITIK SEMPITnya.. Apatah lagi jika ada pemimpin BAWAHAN ini yang KELIRU konsep 1 Malaysia dengan 'Malaysia Malaysian'..

Itulah apa yang berlaku terhadap seorang Menteri bergelar 'The HATCHET Man' yang semakin hari semakin diBENCI oleh orang Melayu.. Adalah jelas dia yang hanyalah pemimpin BAWAHAN dalam kabinet yang cuma ditugaskan menjaga Parlimen dan pemberian PERMIT TEKSI sudah diKELIRUkan apabila cuba memandai-mandai mempertahankan KONSEP 1 Malaysia dengan menggunakan pemahaman 'Malaysia Malaysian' -> KONSEP yang disukai oleh DAP! Apabila diKRITIK oleh pihak-pihak yang mewakili kepentingan Melayu, dia sebaliknya menentang pulak walaupun DIA tak sedar bahawa UMNO itu sendiri terpaksa 'MEMINJAM' perkataan M-E-L-A-Y-U pada namanya!

Difahamkan, The HATCHET Man ini telah membalas kritikkan Awang Selamat dalam Utusan Malaysia terhadapnya yang JELAS menentang pertubuhan yang berORIENTASIkan Melayu..

http://musramrakunman.blogspot.com/2010/09/surat-terbuka-nazri-aziz-kepada-awang.html

Apa kata jika kita LIHAT satu-persatu apa yang cuba disampaikan olehnya samada BANGANG atau tidak lebih menunjukkan dia tuh sememangnya 'HATCHET' seperti gelarannya itu..

Pertama, saya tidak pernah takut untuk dikritik oleh pembangkang. Saya mahu Awang datang ke Parlimen dan melihat dan mendengar dengan sendiri ucapan-ucapan yang menyakitkan hati dan serangan yang saya terima ketika saya mempertahankan kerajaan berhubung isu-isu yang berkaitan dengan Perdana Menteri. Sepanjang tempoh 33 tahun pembabitan saya dalam politik, saya tidak terlepas daripada kritikan mana-mana pihak termasuk komen terbaru daripada Awang

Memang kita MAKLUM dia nih tak pernah TAKUT dengan pembangkang.. Malah, kalau rajin bukak laman YOUTUBE, ada banyak KLIP gelagatnya di Parlimen yang menunjukkan bagaimana 'AKRAB'nya The HATCHET Man ini dengan pembangkang dalam Parlimen.. Itu kita serahkan kepada para pembaca untuk menilainya.. Cuma, kalau dah 33 tahun terbabit dalam POLITIK tapi pemikiran masih DANGKAL, alamatnya ada HARAPANle UMNO hilang satu lagi 'Kerusi Selamat' PRU 13 nanti!

Saya juga bukan anti Dr Mahathir. Bagi saya, setakat ini beliau adalah Perdana Menteri terbaik yang saya pernah berkhidmat. Bagaimanapun, sebagai seorang bekas Perdana Menteri juga ada banyak kekurangannya. Awang sewajarnya keluar daripada peredaran masa dan berhadapan dengan hakikat bahawa saya kini berada dalam kerajaan sebagai seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bukan sebaliknya. Justeru, yang mengkritik kerajaan ialah Tun Mahathir dan bukan sebaliknya. Sudah tentu, sesiapa sahaja tanpa mengira siapa yang mengkritik kerajaan akan menerima serangan dalam tindakan saya mempertahankan kerajaan, sebagimana yang telah saya lakukan ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Ini adalah kenyataan 'RUBBISH' daripada seorang yang tak tahu BEZAkan apa yang BETUL dan apa yang SALAH.. Kritikkan Tun Mahathir bukanlah kritikkan KOSONG atau kritikkan yang tidak bersandarkan FAKTA.. Jauh sekali untuk menganggap kritikkan beliau adalah ingin menJATUHkan seseorang dalam partinya sendiri.. Malah, pihak yang menganggap kritikkan Tun sama seperti PEMBANGKANG harus dilihat sebagai satu bentuk cubaan untuk memperBODOHkan RAKYAT! Lupakah The HATCHET Man ini bahawa dia pernah diMALUkan oleh Tun Mahathir apabila dia sendiri terSALAH FAKTA dalam isu pemberian EX-Gratia kepada Tun Salleh Abbas dahulu? Bukankah itu BUKTI jelas bahawa The HATCHET Man ini memang tidak menyukai Tun Mahathir?

Saya tidak pasti sama ada Awang tahu siapa ketuanya kerana dia memperkecilkan dasar 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri dan mempromosikan perkauman sempit Ibrahim Ali yang sememangnya bukan ahli Umno. Awang harus bertanya pada dirinya persoalan yang dia ajukan kepada saya.

Kita TIDAK pernah pun terbaca kenyataan sesiapa dalam Utusan Malaysia mahu pun dalam PERKASA yang diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali yang dikatakan cuba memperkecilkan KONSEP 1 Malaysia! Ini adalah pemBOHONGan yang NYATA oleh The HATCHET Man ini sendiri! Apakah apabila seorang Melayu mempertahankan HAKnya sebagai Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dikatakan sebagai 'PERKAUMAN SEMPIT'? Adakah KONSEP 1 Malaysia mengHALANG seorang Melayu melakukan sedemikian sedangkan apabila kaum-kaum bukan Melayu berbuat sedemikian, The HATCHET Man hanya DIAM membisu?

Awang tidak pernah terfikir bagaimana lima Ahli Parlimen PKR boleh melompat ke kumpulan anggota bebas kalau bukan kerana kesopanan yang diperlihatkan oleh saya kepada mereka selaku Meneri Hal Ehwal Parlimen. Bilangan mereka yang melompat untuk menyertai kokus bebas telah mengatasi satu-satunya wakil rakyat tunggal dari kawasan Pasir Mas, hero orang Melayu yang diagung-agungkan oleh Awang. Umno tidak pernah meminta ataupun memerlukan Ibrahim untuk membantu kami, tetapi kerjasama dengan dia hanya akan menyebabkan kami kehilangan undi.

KAH!KAH!KAH! Kenyataan The HATCHET Man yang mengatakan 5 ahli Parlimen PKR menjadi ahli Parlimen BEBAS kerana 'terKAGUM' akan 'keSOPANan' yang diperlihatkan olehnya adalah tidak lebih daripada kenyataan SYOK SENDIRI! DS Najib patut rasa MALU kerana 5 ahli Parlimen ini keluar bukan kerana KAGUM dengan corak pentadbiran beliau, sebaliknya kerana 'terKAGUM' akan 'keSOPANan' The HATCHET Man ini? Datuk Ibrahim pun dah banyak KALI sebut bahawa dia dan PERKASA tidak pernah minta SOKONGAN UMNO? Namun, adalah meMALUkan bagi UMNO jika The HATCHET Man ini mengakui bahawa UMNO akan kehilangan UNDI kerana Datuk Ibrahim Ali seorang! KAH!KAH!KAH!


Dia harus memberi tumpuan untuk menaikkan edaran akhbarnya yang terus merosot. Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru sedangkan ia seharusnya bertindak sebaliknya. Itu yang sepatutnya menjadi KPI dan ukuran kejayan dia dalam bidang yang dia mendakwa dia mewakili. Saya punya sudah pasti iaitu memenangi kerusi Padang Rengas bagi BN dalam pilihan raya umum akan datang tanpa mengira sama ada saya menjadi calonnya ataupun tidak.


Bukanlah mengHAIRANkan jika edaran akhbar bercetak TURUN kerana sekarang ini RAKYAT lebih mudah merujuk berita di dalam internet berbanding membeli bahan bercetak.. Ini bukan sahaja berlaku kepada Utusan Malaysia, malah akhbar-akhbar lain jugak.. Cuba pergi selidik sendiri dan jangan HENTAM KROMO sahaja! Kerusi Padang Rengas sudah pasti akan HILANG jika The HATCHET Man ini kekal sebagai calon.. Malah, mungkin Perak sekali lagi akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat kerana RAKYAT meluat dengan ahli POLITIK seperti The HATCHET Man ini!

Dan, bagi saya, saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?

Eh? Takde HAL pun? Ikut sukalah? TS Muhyiddin pulak dengan 'Melayu DAHULU'? Jadik baguslah kalau dalam UMNO sendiri ada bermacam-macam pemahaman walaupun depan MEDIA dok pakat berSLOGAN 1 Malaysia? Oh ye, untuk The HATCHET Man ini, kalau dia letakkan M-E-L-A-Y-U itu nombor ke berapa ratus pun takde siapa pun HAIRAN! Tambah pulak bila orang pakat tengok gambar-gambar AKSI 'terlampau' anaknya di INTERNET! HE!HE!HE!

Wallahualam..

Sunday, September 19, 2010

When a Mamak try to kill two birds with one stone..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE!

Adalah jelas sekarang ahli-ahli 'KABINET' PESALAH POLITIK WANG dalam kepimpinan Pemuda UMNO sudah kehabisan MODAL POLITIK dan terpaksa bergantung kepada MODAL-MODAL POLITIK samada menerusi BLOG-BLOG atau pun NGO-NGO Melayu demi memastikan ada ISU yang boleh dijaja atau pun diPUBLISITIkan oleh mereka menerusi media.. Kekadang tu nampak jugak mereka bukannya mengHARGAi sangat pun sumbangan para BLOGGERS tetapi seperti biasa mereka buat PEJAM MATA aje la..

Keadaan ini berlaku kerana semua MAKLUM bahawa mereka yang terPILIH sebagai ahli-ahli 'KABINET' PESALAH POLITIK WANG dalam kepimpinan Pemuda UMNO ini bukannya diPILIH atas sebab KREDIBILITI atau jauh sekali kerana KHIDMAT BAKTI mereka kepada RAKYAT.. Sebaliknya, mereka diPILIH kerana ke'INTIM'an mereka dengan Ketua Pemuda PESALAH POLITIK WANG untuk dapat sumber FULUS.. Oleh itu, adalah mustahil mereka ini TAHU menyuarakan kehendak RAKYAT apatah lagi mendakwa diri mereka mewakili RAKYAT.. Rakyat pun MELUAT nak mendekati mereka nih.. Sebab itulah JARANG kita LIHAT isu yang mereka timbulkan benar-benar mendapat sambutan RAKYAT..

Kita terbaca Ketua Penerangan Pemuda UMNO yang sangat diketahui ke'INTIM'annya dengan 'BOSS'nya itu telah menuntut kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ehsan iaitu RM100 setahun kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris keluarga warga emas meninggal dunia menerusi program penghargaan warga emas adalah menggunakan wang daripada sumber judi..

http://www.pisau.net/2010/09/gempar-wang-ehsan-100-warga-mas-makan.html

Yang SERONOK dan KELAKARnya tuh, sempat jugak dia sebut:-

"Kami tidak buat menuduh mereka (kerajaan negeri) berbuat demikian... Cuma mahu penjelasan selepas blog berkenaan (Pisau.Net) membuat dakwaan baru-baru ini kerana ia membabitkan orang ramai terutama warga emas beragama Islam yang turut sama menerima wang berkenaan.

"Ambil tindakan terhadap blog berkenaan sekiranya dakwaan dibuat tidak benar, jangan hanya berdiam diri seperti dilakukan mereka sekarang sehingga menyebabkan rakyat merasa gelisah,"

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_23f9fe8f-7f000010-1d956ad0-205eaa8a

KAH!KAH!KAH! KAH!KAH!KAH! KAH!KAH!KAH!

Adeyy!!! You MASUK sebelah mana?

- Kalau dipihak RAKYAT terutamanya warga emas yang menerima pemberian tersebut, sepatutnya pergilah SIASAT sendiri maklumat yang disampaikan oleh BLOG tersebut?

- Atau adakah dia nih dipihak BLOGGER yang menuntut penjelasan daripada kerajaan DAP Pulau Pinang? Aik? Kalau begitu, takkan dia suruh SAMAN BLOGGER pulak?

- Atau sebenarnya dia nih 'INFORMER' tidak rasmi untuk kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menyampaikan MAKLUMAT yang dikhuatiri menyebabkan rakyat MARAH?

Jadik, pada fikiran anda sekalian, agak-agakla dia nih berada di pihak mana?

Kita TAHU sebagai orang POLITIK, dia memerlukan ISU agar KARIER POLITIKnya dilihat 'colourful' la sikit.. Sama la dengan 'BOSS' dia, Ketua Pemuda PESALAH POLITIK WANG tuh.. Sikit-sikit nak menyibuk tak tentu PASAL..

- Sebelum ini 'MANGKUK' tuh cuba laga-lagakan UMNO dengan PERKASA dalam beberapa ISU melibatkan kepentingan Melayu.. Haram tak diLAYAN oleh kepimpinan UMNO pun..

- Lepas tuh, dia cuba pulak menyibuk URUSAN Wisma Putra dengan menyarankan agar Duta Malaysia di Indonesia dipanggil PULANG.. -> Kang dah kena sebijik dengan DS Anifah Aman?

Oleh itu, adalah JELAS mereka dalam 'KABINET' PESALAH POLITIK WANG dalam kepimpinan Pemuda UMNO bukannya ada ISU pun.. Dengan menCIPLAK isu-isu tertentu daripada BLOGGER dan kemudian bersikap 'LEPAS TANGAN', selepas dapat sikit-sikit PUBLISITI daripada pihak MEDIA.. Sambil tu, boleh le lepas BOM ASAP kat mana-mana BLOGGER yang tidak disukai.. Yang JELASnya, adakah orang yang mendapat PUBLISITI daripada MEDIA ini akan berbuat apa-apa pun untuk MEMBELA warga emas yang disyakki menerima pemberian Wang Ehsan hasil JUDI tersebut? Agak-agak anda? HE!HE!HE!

Inlah yang dikatakan "Killing two birds with one stone"..

Wallahualam..

Friday, September 17, 2010

MenJAWAB tulisan Meng Lun Yong dalam Nanyang Siangpao yang dipetik Utusan Malaysia


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

DS Najib semasa berucap dalam majlis sempena meraikan sambutan Hari Malaysia di Sabah malam tadi telah menyatakan bahawa KONSEP 1 Malaysia yang diPELOPORinya adalah tidak bertentangan mahupun berLAWANan apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara.. Dengan KATA lain, KONSEP 1 Malaysia TIDAK berLAWANan dengan Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Negara yang menJAMIN hak-hak keISTIMEWAan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.. Namun demikian, kenapa pada HARI ini kita lihat KONSEP 1 Malaysia dipergunakan oleh puak-puak RASIS bukan Melayu untuk mengHAPUSkan hak-hak keISTIMEWAan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini?

Dalam ruangan Yuan Lun di muka surat A14, terbitan akhbar Nanyang Siangpao pada 13 September 2010, seorang PENULIS bernama Meng Lun Yong telah mengulas keRISAUan Tun Dr. Mahathir tentang jurang perbezaan keKAYAan antara Melayu Bumiputera dan bukan Bumiputera yang akan semakin MELUAS jika DS Najib berterusan meLAYAN tuntutan puak-puak 'RASIS' KIASU ini melalui Model Baru Ekonomi(MBE) yang dikaitkan dengan KONSEP 1 Malaysia.. Tulisan ini telah dipetik tanpa diulas oleh Utusan Malaysia..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Tulisan tersebut menyatakan:-

Dalam tempoh 53 tahun negara ini merdeka, catatan sejarah bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak sehingga Tun Hussien Onn. Cara mereka mentadbir negara ini mengambil jalan tengah, sekarang Mahathir cuba salahkan UMNO, tidak menghormati pemimpin-pemimpin UMNO yang lalu dan tidak berlaku adil terhadap kepimpinan UMNO sekarang.

Kita dapat RASAkan PENULIS bernama Meng Lun Yong ini seorang yang BUTA SEJARAH atau KANTOI soalan subjek SEJARAH dalam sistem peperiksaan NEGARA ini.. Mungkin dia hanya INGAT sejarah Kuomintang atau Peperangan Candu di BENUA asalnya sahaja GAMAKnya.. Ini kerana semua MAKLUM bahawa puak 'RASIS' KIASU seperti penulis inilah yang LANGSUNG tidak mengHORMATi apa sahaja yang telah dilakukan PM-PM terdahulu untuk NEGARA.. Cuba ingat balik, puak-puak manakah yang mencetuskan TRAGEDI 13 Mei di zaman Tunku? Puak-puak manakah yang menentang DEB oleh Tun Razak? Puak manakah yang menentang penubuhan PNB yang mengendalikan ASN dan ASB? Bukankah SEJARAH memBUKTIkan mereka ini lah yang KUAT menentang?

Selanjutnya, PENULIS ini mengatakan:-

Apa yang tidak dapat kita fahami, ‘orang tua’ ini kenapa takut terhadap apa yang dikemukakan oleh Chua Soi Lek. Chua cadangkan hapuskan 30 peratus kuota ekuiti bumiputera? Kerana itu, Chua dilabel sebagai pengamal perkauman. Mahathir semakin risau kerana dikhuatiri satu masa nanti, orang-orang Melayu miskin akan dipinggirkan oleh orang-orang Cina yang kaya.

Kita boleh sifatkan orang yang semakin tua akalnya seperti kebudak-budakan, cuba kita bayangkan jika akal orang tua balik asal seperti budak-budak. Jika orang-orang muda berkata akal orang-orang tua semakin berfikir seperti kebudak-budakan, bahasa itu sungguh tidak memberangsangkan. Ia mempunyai ciri-ciri menjatuhkan dan mengaibkan seseorang, bermaksud orang-orang tua yang sudah nyanyuk dan kabur pandangan.


PENULIS ini gagal memBUKTIkan secara STATISTIK antara orang Cina dengan orang Melayu siapa yang lebih KAYA.. Antara 10 orang BILIONAIR di negara ini, 8 orang dari kaum mana? Malah, kita rasa PENULIS ini cuba menyembunyikan FAKTA bahawa orang Melayu adalah penduduk MAJORITI negara ini tetapi hanya menguasai sebahagian kecil EKONOMI sedangkan kaumnya bukan sahaja dah LEBIH dari cukup MAKAN, malah kalau PERUT mereka membesar, mereka pasti INGIN mengisinya lagi demi memenuhi sifat TAMAK mereka.. Sifat TAMAK ini biasanya sifat BUDAK-BUDAK.. Jadik, siapakah yang keBUDAK-BUDAKkan kalau bukan PENULIS ini, Chua Soi Lek dan kaumnya?

Selanjutnya,

Bukankah kanak-kanak sekolah rendah pun pandai dan mampu mengira, contohnya 1 kilogram kek diberi makan untuk 10 orang, setiap orang akan dapat makan kek yang banyak, tetapi kek berat yang sama diberi kepada 20 orang, semua orang akan dapat pembahagian kek lebih kecil saiznya. Dengan itu, kenapa tidak buat kek yang lebih besar? Cara yang semudah itu, apa yang dibincangkan oleh Presiden MCA itulah falsafahnya, bukankah sudah lebih jelas? Itulah apa yang dimaksudkan sistem KPI!

Mahathir lebih takut kepada penelitian, takut kepada orang-orang yang hebat dan cerdik pandai, takut kamu semua lebih hebat daripada beliau, sebab itu kita ditekan. Beliau takut jika saya UMNO dan anda adalah orang-orang Melayu. Kemahuan beliau begitu kuat, kenapa letakkan diri sendiri dalam fahaman perkauman? Bukankah itu sudah membelakangi konsep 1Malaysia?


Di sini kita INGIN tanya kepada PENULIS yang BODOH ini.. Sepanjang 22 tahun pemerintahan Tun Dr. Mahathir sebagai PM, pernahkah KAUM kamu atau kamu sendiri KEBULURAN tak dapat MAKAN di negara INI? Di bawah pemerintahan Tun Dr. Mahathirlah kegiatan EKONOMI kaum kamu begitu berkembang hingga ramai menjadi BILIONAIR pada hari ini.. Apakah pulak SUMBANGAN balas daripada BILIONAIR ini kepada NEGARA? Ada? KeKAYAan mereka pun semuanya disimpan di luar negara? Malah cukup meMALUkan kamu meLOLONG mengatakan kaum kamu tidak diBANTU kerajaan sedangkan pendapatan BILIONAIR kaum kamu lebih dari cukup untuk menanggung kaum kamu sehinga berabad lamanya! Hakikat sebenarnya ialah KEK sudah dibahagikan tetapi hanya diLANTAK oleh mereka yang TAMAK HALOBA sahaja!

Tun Dr. Mahathir TIDAK pernah takutkan orang yang HEBAT.. Sebaliknya KAMU yang TAKUT kerana KAUM kamu tidak ada yang mampu menjadi pemimpin sepertinya.. Semua pemimpin KAMU dalam DAP, Gerakan atau MCA semuanya berMASALAH.. DAP adalah pengamal KRONISME tegar - parti ANAK BERANAK ala DINASTI!, MCA diketuai oleh pemimpin yang TIDAK berMORAL 2X5 dengan skandal Bekas Presiden US Bill Clinton - Monica Lewinsky, Gerakan pulak tidak ada JATI DIRI dan tercari-cari arah perjuangan.. Jadik? Sebutkanlah siapa antara pemimpin KAUM kamu yang seHEBAT Tun Dr. Mahathir atau mana-mana PM sebelum beliau? Ada?

Kita ingin memperINGATkan PENULIS bernama Meng Lun Yong INI.. Jangan sesekali kamu ingat kamu sahaja yang PANDAI kerana KONONnya kePANDAIan itu milik KAUM kamu.. Bukan semua orang suka menunjukkan keLEBIHan mereka.. Mungkin kamu boleh memperBODOHkan seekor dua Lebai Melayu PAS tetapi bukan bermakna kamu berjaya BODOHkan semua Melayu!

Wallahualam..

Tuesday, September 14, 2010

JUSTICE for Allahyarhamah Sosilawati, Allahyarham Norhisham, Allahyarham Kamaruddin and Allahyarham Ahmad Kamil.. - Al Fatihah..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

'JUSTICE' - Satu perkataan yang cukup suka diUNGKAPkan atau diSLOGANkan oleh puak-puak yang meRASAkan mereka 'terTINDAS' di negara ini walaupun mereka dapat hidup MEWAH dan semuanya lebih daripada cukup.. Malah, perkataan ini jugak tidak terkecuali daripada menjadi MODAL POLITIK puak-puak yang dimaksudkan hingga ada yang memakainya pada nama PARTI.. Soalnya, adakah mereka benar-benar memahami maksud 'JUSTICE' tersebut? Atau mereka hanya menggunakan ISTILAH tersebut secara 'SEBELAH MATA' untuk musuh-musuh POLITIK mereka sahaja?

Puak-puak yang diMAKSUDkan menyalah-gunakan perkataan 'JUSTICE' dalam banyak ISU dengan tujuan untuk memBURUK-BURUKkan pihak berkuasa, kerajaan atau mungkin jugak orang Melayu yang merupakan penduduk MAJORITI negara ini..

- Apabila seorang pencuri kereta mati dalam TAHANAN POLIS, mereka menggunakan perkataan ini untuk menyalahkan pihak berkuasa..

- Apabila seorang pembantu ADUN didapati terBUNUH di ibu pejabat SPRM, mereka menggunakan perkataan ini untuk menyalahkan SPRM..

- Apabila Penasihat PKR menghadapi kes men'JUBOR'nya untuk kali kedua, perkataan ini digunakan lagi KONONnya untuk membelanya..

Banyak lagilah KES penyalah-gunaan perkataan 'JUSTICE' yang tujuan sebenarnya berMOTIFkan POLITIK bukan dengan tujuan untuk mencari keadilan yang sebenarnya..

Namun, bagaimana pulak dalam KES pemBUNUHan Allahyarhamah Sosilawati dan 3 orang lagi yang mengikutinya untuk urusan jual beli TANAH? Apakah bentuk 'JUSTICE' yang dilaung-laungkan oleh puak-puak yang diMAKSUDkan adalah seNADA dan seIRAMA seperti yang selalu mereka sebut dalam kes-kes di atas?

Salah seorang SUSPEK utama KES ini adalah seorang peguam berGELAR Datuk..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Kalau menurut tinjauan beberapa BLOG, peguam ini dikatakan seorang yang mempunyai hubungan RAPAT dengan ahli-ahli POLITIK PR, anggota dalam BAR COUNCIL dan dikaitkan jugak sebagai seorang yang berSIMPATi dengan pertubuhan haram HINDRAF.. Jadik, adakah puak-puak yang diMAKSUDkan akan meLAUNGkan 'JUSTICE' untuk Allahyarhamah Sosilawati dan 3 orang lagi mangsa atau mereka akan meLAUNGkan 'JUSTICE' untuk peguam ini yang boleh diKATAkan seALIRAN pemahaman POLITIK dengan mereka?

Tanda-tanda penyalah-gunaan perkataan ini demi kepentingan POLITIK sudah ADA.. MP Pokok Sena dalam HARAKAH telah menyatakan:-

"Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya,"

"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang tadi.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28593:pembunuhan-sosilawati-ke-2-dahsyat-selepas-kes-altantuya-pas&catid=1:utama&Itemid=50

Kita FAHAM MP Pokok Sena ini memang SEKOLAH TAK HABIS, oleh itu jangan HARAPlah OTAK dia dapat memahami prosedur operasi POLIS untuk kes JENAYAH BERAT seperti ini.. Malah, dengan TARAF PENDIDIKAN sedemikian RUPA, tak HAIRANlah kalau dia langsung tak menyedari KENYATAAN 'BANGANG'nya ini mengGURIS hati dan perasaan ahli keluarga MANGSA..

Dengan MERAPU dan MENGAITkan kes JENAYAH BERAT ini dengan kes JENAYAH yang tak ada KAITAN disamping memperLEKEHkan usaha bersungguh-sungguh POLIS membantu keluarga mangsa, adalah JELAS sekali MP Pokok Sena ini menunjukkan dia bukannya SIMPATI pun sebaliknya MENGHINA ahli keluarga MANGSA.. Apakah perlu TRAGEDI ini diPOLITIKkan dengan kenyataan sedemikian rupa? Apakah ini satu bentuk 'JUSTICE' daripadanya untuk ahli keluarga MANGSA? -> Sebab itulah kita banyak kali SEBUT, setinggi mana pun ILMU anda, masuk PAS aje automatik jadik BODOH! Kalau yang dah sejak asal BODOH, lagilah bertambah-tambah BODOHnya!

Polis masih lagi mengumpulkan bukti FORENSIK selain melakukan siasatan terperinci.. Namun, kalau beginilah pemahaman 'JUSTICE' yang ditunjukkan oleh puak-puak tersebut melalui MP Pokok Sena, kita rasa pihak berkuasa SUKAR untuk menDAKWA para penjenayah tersebut kerana sudah PASTI puak-puak tuh enggan menerima KENYATAAN.. Pasti akan ada PUTAR-BELIT demi menjaga kepentingan POLITIK mereka.. Itu belum lagi bentuk 'PENYUCIAN DIRI' yang bakal dilakukan samada oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM' atau mana-mana ahli POLITIK mereka yang jadik PEGUAM?

Wallahualam..

Monday, September 13, 2010

Kelantan mendapat Sultan baru - sedikit pandangan dari Blog Kickdafella..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apa yang berlaku di Kelantan pada HARI ini sangat-sangat mengejutkan.. Hari ini kita menyaksikan bagaimana seorang Sultan yang masih lagi HIDUP boleh digantikan berbeza dengan keLAZIMan di negeri-negeri lain.. Kita percaya Pok Nik 'ALAHISSALAM' mengetahui dan 'meRELAkan' perkara ini berlaku demi SURVIVAL POLITIK Lebai PAS di Kelantan.. Setakat ini kita masih menunggu REAKSI daripada Kerajaan Pusat, Majlis Raja-Raja, UMNO, PERKASA dan jugak respon rakyat awam berkenaan peralihan kuasa yang boleh dikatakan secara TIBA-TIBA ini..

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Sebagai FAKTA, setakat yang kita TAHU belum pernah lagi perkara sebegini berlaku di negeri-negeri lain sejak semua 9 negeri berSULTAN digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia.. Apa yang berlaku di Kelantan telah membuka LEMBARAN BARU dalam institusi beraja di negara INI.. Mungkin Sultan-Sultan Melayu jugak patut 'TAKE NOTE' dengan perkara sebegini..

- Apakah semasa Almarhum Sultan Johor GERING dahulu, berlaku perkara sebegini?
- Apakah semasa Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan GERING dahulu, berlaku perkara sebegini?

Sebab itulah kita katakan apa yang berlaku di Kelantan adalah UNIK dan IRONInya nak tak nak kena diKAITkan dengan SURVIVAL Kerajaan Lebai PAS yang masih ingin menDOMINASI POLITIK dan KUASA di Kelantan.. Apakah wujudnya KOMPLOT antara mereka ini? Menurut BLOG Kickdafella:-

Ia di lakukan berdasarkan peruntukan 23A di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri Kelantan yang dikatakan telah diwartakan pada 22 Julai 2010.

Ini merupakan peruntukan baru dalam Perlembagaan Tuboh Negeri.

Sebelum ini tiada peruntukan di dalam Undang-Undang Tuboh Negeri membenarkan seorang Sultan diturunkan dari tahta melainkan dengan kerelaan atau setelah baginda mangkat.

Sebelum ini ura-ura untuk meminda Perlembagaan Tuboh Negeri telah kencang bertiup semenjak awal 2010 lagi. Bagaimanapun adalah disangkakan bahawa sebarang usaha meminda Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri hendaklah dilakukan di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan dengan mendapat persetujuan tidak kurang daripada 2/3 ahli Dewan.

Bagaimanapun, sumber blog ini yang berada di Majlis Permahsyuran tersebut memberitahu bahawa, di luar pengetahuan banyak pihak, sebarang bentuk pindaan Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri yang melibatkan tahta boleh dipinda menerusi Majlis Penasihat Sultan. Adalah difahamkan badan tersebut telah melakukan pindaan ini.

Menurut The Malaysian Insider pula, pindaan tersebut telah diwartakan pada 22 Julai 2010.


http://kickdefella.wordpress.com/

Dengan KATA lain, BLOG tersebut memBAYANGkan seolah-olah ada pihak 'memperCEPATkan' peralihan KUASA dari seorang Sultan kepada Pemangku Sultan melalui beberapa pindaan oleh Majlis Penasihat Sultan walaupun secara TRADISI dan amalannya, peralihan KUASA hanya dilakukan jika seseorang Sultan MANGKAT atau atas-atas sebab seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Negeri..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Jika TAKDIR Allah SWT tiba-tiba menjadikan Baginda SEMBUH, bagaimanakah pulak dengan STATUS perlantikkan tersebut?

Di sini, timbul pulak pertanyaan tentang apakah begitu 'LIMITED' kuasa seorang Pemangku Sultan sehinggakan memerlukan peralihan kuasa daripada seorang Sultan yang masih lagi hidup? Apakah wujud halangan seorang Pemangku Sultan untuk menjalankan tugas-tugasnya semasa Sultan sebenar masih dalam keadaan GERING? Kita serahkan kepada keBIJAKsanaan para pembaca untuk mengKAJI dan menyelidiki sendiri JAWAPAN kepada persoalan ini.. Kita jugak mengalu-alukan KOMEN yang membina berhubung persoalan ini.. Jangan diTANYA pulak persoalan ini kepada Lebai PAS, pasal mereka tengah KEMARUK KUASA.. IMPLIKASI apa yang berlaku hari ini sangat BESAR dan mungkin boleh merubah negara INI menjadi sebuah REPUBLIK di kemudian hari..

Apa pun, kita masih tertanya-tanya apakah penjelasan Kerajaan Negeri terhadap perkara-perkara berikut semasa Sultan masih GERING ketika ini?

- Sudahlah MB sendiri berLAGAK tak nak mengadap Sultan pun ketika Baginda masih GERING di hospital?

- Semasa Baginda hendak menDAPATkan rawatan di Singapura, baginda diHALANG dan kereta kenaikkan Baginda diSEKAT macam PENJENAYAH - Setakat ini masih belum ada penjelasan mana-mana PIHAK pun..



- Hari ini Baginda menyaksikan sendiri bagaimana kuasa Baginda sebagai Sultan telah diambil-alih seperti yang dinyatakan.. Kenapa TIDAK ada perisytiharan bahawa Sultan yang GERING hilang keUPAYAan untuk menjalankan TUGAS?

Apa pun, kita sebagai RAKYAT hanya mampu berTANYA soalan yang pasti tidak akan mendapat RESPON atau JAWAPAN yang seWAJARnya.. Daulat Tuanku..

Wallahualam..

Sunday, September 12, 2010

Respon DS Najib terhadap PERKASA baik aje, kenapa para PENYANGAK dalam UMNO pulak yang 'OVER'?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita HAIRAN apabila PM DS Najib sendiri memberi RESPON yang baik terhadap PERKASA, ada pulak para PENYANGAK yang telah memper'KUDA'kan UMNO sebelum ini untuk mengumpul keMEWAHan telah memberi RESPON yang sebaliknya.. Ini telah kita TULIS sebelum ini.. Berikut adalah SEDIKIT petikan RESPON DS Najib sendiri dalam wawancara dengan CNBC terhadap PERKASA:-

CNBC: Mengapa bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan kini PERKASA, kenapa mereka amat susah hati ?

NAJIB: Mereka tidak menentang kami. Mereka lebih berbicara mengenai hak Bumiputra. Sebenarnya, kami tidak menarik balik sebarang hak daripada Bumiputra tetapi kami memperkatakan biar kita lakukan dengan cara berbeza. Biar kita dapat hasil yang lebih baik. Biar kita capai sebuah masyarakat yang lebih saksama. Tetapi pada masa sama, berlaku adil kepada penduduk bukan Bumiputra. Kerana kami mahu membina 1Malaysia.


WAWANCARA penuh boleh dibaca di sini:-

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=527496

Dengan kata LAIN, DS Najib sendiri mengakui bahawa PERKASA bukannya MUSUH kepada pentadbirannya dan mengakui bahawa PERKASA 'CONCERN' terhadap hak-hak Bumiputera.. RESPON DS Najib ini sekaligus dilihat sebagai 'TAMPARAN' kepada para PENYANGAK dalam UMNO yang begitu meMUSUHi PERKASA tanpa sebab-sebab yang KUKUH..

Ini adalah kata-kata DS Najib sendiri sebagai PM dan jugak Presiden UMNO.. Kita percaya MAJORITI ahli-ahli UMNO sependapat dengan DS Najib.. Mereka sudah MUAK dengan tingkah-laku para PENYANGAK dalam UMNO yang membelakangkan OBJEKTIF perjuangan parti dan menjadikan UMNO sebagai platform mengejar kepentingan PERIBADI mereka.. Jika TIDAK, masakan sebahagian ahli-ahli PERKASA adalah jugak ahli-ahli UMNO? Hakikat inilah yang SUKAR diterima oleh para PENYANGAK dalam UMNO yang pernah kita sebut sebelum ini..

Ada seorang PENYANGAK dalam UMNO yang pernah diKAITkan dengan penyelewengan PERMIT TEKSI mengatakan mereka yang menyertai PERKASA adalah kerana mereka gagal memperoleh jawatan dalam parti?

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-bn-mula-pamer-suara-tentang-pendirian-perkasa/

BONGOK! PERKASA adalah NGO, buat apa nak menyertai NGO jika bertujuan untuk memperolehi JAWATAN? Apa yang boleh dapat dengan jawatan dalam NGO? Dapat PERMIT TEKSI? Dapat saham ECM Libra? Dapat KONTRAK atau lesen AP? Ini le dia jenis 'MINDSET' PENYANGAK dalam UMNO - Semua dia nampak DUIT dengan PANGKAT aje!

Jika DS Najib berterusan meLAYAN kerenah para PENYANGAK dalam UMNO, kita percaya MAJORITI pengundi Melayu akan mengerjakan UMNO tanpa belas KASIHAN.. Sanggupkah DS Najib melihat kehilangan lebih banyak 'KERUSI SELAMAT' UMNO dalam PRU 13 nanti disebabkan pengundi Melayu akan mengerjakan para PENYANGAK ini samada mereka 'SEMBUNYI' di Parlimen Putrajaya, Rembau dan Padang Rengas? Kita percaya sebagai PM dan jugak sebagai Presiden UMNO, DS Najib sudah tentu melihat jauh ke hadapan dan dapat mengesan SENTIMEN sebegini..

PERKASA selama ini pun TIDAK pernah menentang kerajaan, apatah lagi membuat tuntutan bukan-bukan seperti HINDRAF, SUQIU dan DAP.. Apa yang diperjuangkan oleh PERKASA adalah selari dengan apa yang telah terMAKTUB dalam Perlembagaan Negara dan jugak menuruti kehendak orang Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk MAJORITI di negara ini.. Adakah bila PERKASA menyuarakan kehendak MAJORITI, ianya perbuatan yang SALAH? Hanya mereka yang belajar prinsip DEMOKRASI di Israel aje yang beranggapan sedemikian..

PERKASA turut dianggotai oleh mereka yang berpengalaman dan PAKAR dalam pelbagai bidang samada EKONOMI, agama, pendidikan, undang-undang dan banyak lagi.. Mereka sudi menyertai sebuah NGO seperti PERKASA kerana SEDAR tanggung-jawab untuk menjaga kepentingan Melayu Bumiputera sebagai penduduk MAJORITI negara ini.. Mereka tidak mahu menunaikan tanggung-jawab tersebut dalam UMNO kerana mereka sedar UMNO sudah KORUP dan lari dari objektif perjuangan ASAL.. Kalau tak, masakan boleh muncul para PENYANGAK sebegini dalam UMNO?

Wallahualam..

Saturday, September 11, 2010

Para PENYANGAK dalam UMNO sudah mula 'kePANASan' dengan PERKASA..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita TIDAK hairan langsung dengan tindakkan segelintir pemimpin UMNO taraf PENYANGAK mula menggunakan MEDIA seperti The Malaysian Insider untuk memBURUK-burukkan sebuah NGO bernama PERKASA..

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bn-leaders-unite-against-perkasa/

Biasalah.. Dah nama pun PENYANGAK, apa lagi kerja yang mereka boleh buat? Nak pertahankan parti sendiri pun tak MAMPU, maka terpaksalah mereka mencari jalan MUDAH dengan meng'KAMBING-HITAM'kan PERKASA kononnya disebabkan PERKASAlah UMNO tidak mendapat sokongan.. Walhal semua MAKLUM tanpa keWUJUDan PERKASA atau mana-mana NGO sekalipun, UMNO tetap akan KALAH pilihanraya kerana WUJUDnya para PENYANGAK seperti mereka ini.. Malah, UMNO sebagai sebuah parti POLITIK yang ahlinya cecah 3 juta orang patut rasa MALU jika anggap NGO macam PERKASA sebagai ancaman!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Siapakah para PENYANGAK dalam UMNO yang ke'PANAS'an dengan PERKASA ini? Setakat ini sudah 3 orang menunjukkan diri mereka iaitu Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG, Menteri Jaga Parlimen 'The HATCHET Man' dan yang terbaru adalah SU Agung UMNO sendiri.. Kenapa mereka LAYAK dipanggil PENYANGAK? Mudah aje.. Kerana orang macam merekalah punca UMNO diBENCI bukan sahaja oleh orang Melayu, malah hampir sebahagian BESAR rakyat negara INI.. Kita berani KATAkan sedemikian kerana kita YAKIN jika UMNO mengekalkan mereka ini sebagai calon dalam PRU 13, UMNO pasti KALAH teruk dan tinggal bendera aje nanti..

Antara sebab-sebab mereka bertiga ini layak dipanggil PENYANGAK UMNO kerana:-

1) Merekalah antara TOKOH-TOKOH dalam UMNO yang menjadikan UMNO sebagai platform untuk mencari meMEWAHan dan keKAYAan peribadi.. Cuba anda ikuti 'KARIER' mereka dalam UMNO, anda akan dapati mereka ini adalah 'NOBODY' pun sebelum masuk UMNO? Dengan menjadikan UMNO sebagai platform, barulah mereka dapat bermacam projek untuk jadi MEWAH seperti yang kita LIHAT pada hari ini..

2) Apakah JASA mereka kepada UMNO? Ada sesiapa boleh bagi JASA mereka ini dalam parti atau pun untuk bangsa Melayu? BERSIH sangatkah mereka ini sebagai pemimpin?PANGKAT yang diperolehi mereka pun samada diLANTIK atau diMENANGi dengan cara yang meMALUkan seperti POLITIK WANG.. Layakkah mereka ini bercakap bagi pihak UMNO?

3) Kenapa mereka berasa terANCAM dengan PERKASA? Kerana mereka KHUATIR jika BISNES mereka dengan rakan-rakan KONGSI bukan Melayu terutamanya dengan TAIKUN-TAIKUN dalam MCA dan Gerakan akan terjejas.. Apa akan jadi jika rakan-rakan KONGSI mereka 'TERSINGGUNG' dengan tuntutan PERKASA? Nanti kurangla pulak 'SHARE' yang mereka akan dapat..

Anda boleh BACA sendiri SIAPA sebenarnya para PENYANGAK UMNO ini dan LAYAKkah mereka bercakap KONONnya macam diri tuh BERSIH sangat?

1) SU AGUNG UMNO
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=3251&Itemid=1

2) Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG
http://mymalaysia.wordpress.com/2006/10/12/the-truth-about-khairy-jamaluddin-24/

3) 'The HATCHET Man'
http://www.tranungkite.net/lama/c12/harakah1242.htm

Ahli PERKASA kini berjumlah 200 ribu orang.. Ini adalah jumlah yang cukup besar dan mampu mempengaruhi perjalanan POLITIK negara khususnya yang melibatkan politik orang Melayu.. Namun, para PENYANGAK UMNO cuba meMUSNAHkan PERKASA melalui Presidennya Datuk Ibrahim Ali.. Mereka mendakwa PERKASA hanya ditubuhkan untuk kepentingan POLITIK Datuk Ibrahim sahaja.. Betulah anggapan mereka?

1) Sebahagian BESAR ahli PERKASA adalah ahli UMNO sendiri yang mahu membela kepentingan orang Melayu setelah UMNO gagal memperTAHANkannya kerana sibuk dok layan POLITIK WANG dalam parti..

2) Para PENYANGAK UMNO ini hanya nampak Datuk Ibrahim Ali sahaja.. Mereka LUPA bahawa PERKASA turut disertai oleh ramai CENDEKIAWAN dan golongan INTELEK Melayu seperti para professor IPT, tokoh-tokoh EKONOMI dan budayawan Melayu.. Malah bekas PM Tun Mahathir adalah Penaung pertubuhan ini.. Datuk Ibrahim seorang tak akan mampu menggerakkan PERKASA tanpa mereka ini..

3) Semua MAKLUM semasa Operasi Lalang 1987, Datuk Ibrahim pernah ditahan ISA.. Masa tuh beliau ahli UMNO dan Ketua Pemudanya adalah DS Najib sendiri.. Jadik, siapakah para PENYANGAK ini hendak memperSOALkan KREDIBILITI orang seperti ini sedangkan mereka sendiri PENGECUT dan hanya tahu memperALATkan UMNO sahaja?


Seperti yang kita sebut di awal tadi, para PENYANGAK UMNO ini dah mula GELISAH dengan keWUJUDan PERKASA.. Malah semakin RAMAI yang dah mula menampakkan diri ibarat CACING yang kepanasan.. Mereka sampai menggunakan khidmat The Malaysian Insider, MEDIA yang diragui dan sering mencetuskan POLEMIK untuk menyuarakan hasrat mereka.. Kita SARANkan kepada para PENYANGAK ini agar mintak DS Najib keluarkan arahan RASMI untuk LARANG ahli-ahli UMNO menyertai PERKASA.. Kita nak tengok samada DS Najib BERANI ikut mereka atau TIDAK.. Ada BERANI?

Wallahualam..

Friday, September 10, 2010

سلامت هاري راي عيدالفطري


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung dan pembaca BLOG ini..

Semoga anda sekalian berbahagia menyambut AIDILIFITRI di samping keluarga dan juga dapat merapatkan SILATURRAHIM sesama ummah..

BLOG ini juga ingin meRAKAMkan ucapan SYABAS dan TAHNIAH kepada isteri PM kerana berjaya menunjukkan contoh yang baik apabila tamat khatam Al Quran 30 juzuk..

http://mummyrokiah.blogspot.com/2010/09/wajah-ayu-comel-dan-anggun-ds-rosmah.html

Sekurang-kurangnya ada jugak insan yang INGIN membuat keBAIKkan di bulan mulia ini berbeza daripada Lebai-Lebai Jahiliyyah dan Muslimah SESAT dalam PAS yang tak habis-habis nak berPOLITIK sepenuh masa dalam Bulan yang sepatutnya diIMARAHkan sebaik mungkin..

Anda boleh NILAI sendiri bagaimana TUDUNG LABUH, serban sebesar TAYAR, janggut sepanjang sedepa atau jubah selabuh kelambu tetapi kerana POLITIK, mereka boleh membeza-bezakan dan saling menyisihkan antara umat ISLAM dengan umat ISLAM yang lain.. Habis seluruh bulan Ramadhan di sia-siakan..

Adakah keadaan ini akan berUBAH selepas Ramadhan berakhir? Entahlah..Kita cuma mengharapkan yang terbaik, tetapi semuanya terpulanglah kepada pihak yang dimaksudkan.. Samada memilih untuk menjadi semakin JAHIL atau semakin berubah ke ara keBAIKkan..

Akhir kata, salam SYAWAL untuk semua..

Wallahualam..

Thursday, September 09, 2010

Ketua Pemuda UMNO yang 'KETINGGALAN BAS' dalam banyak isu..


ASSALMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita dalam BLOG ini pun dah banyak kali menyentuh tentang TINDAKkan yang seharusnya diambil oleh pihak Malaysia dalam menangani ISU segelintir rakyat Indon yang mencetuskan PROVOKASI terhadap negara ini..

http://sensecredaccountability.blogspot.com/2010/09/malaysia-seharusnya-melihat-indonesia.html

Malah, sudah RAMAI pun yang menyentuh tentang isu ini baik di kalangan pemimpin kerajaan, pembangkang malah NGO.. Dengan kata lain, sudah ramai RAKYAT yang PRIHATIN menyuarakan pendapat dan pandangan mereka berhubung dengan ISU ini..

Namun demikian, ada jugak yang jenis 'KETINGGALAN BAS'.. Contohnya macam Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG ini.. Dah berapa LAMA dah isu ini TIMBUL, tup!Tup! Barulah dia MUNCUL dengan IDEA yang bukannya baru pun malah, kita percaya diCIPLAK dari orang lain..

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_f2032ffa-7f000010-1d956ad0-db763a08

Seperti biasa, dengan LAGAK 'PERASAN BAGUS'nya, dia menyatakan Kerajaan patut hantar mesej yang tegas dan jelas kepada Jakarta bahawa kita tak akan bertoleransi bagi memastikan demonstrasi itu dihentikan untuk melindungi kedutaan kita.. Ewah! Ewah.. Macam le dia tuh pergi berDIRI depan kedutaan kita di sana mempertahankannya daripada kumpulan PERUSUH tuh? Pemuda UMNO yang diketuainya pun takat mampu hantar 'kertas secebis dua' kepada Pegawai Kedutaan Indon di sini aje?

Yang KELAKARnya tuh, dia menilai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman gagal dalam rundingannya dengan Menteri Luar Indonesia, Dr Marty M Natalegawa di Kota Kinabalu.. KONONnya dia mahu Menteri Luar lebih tegas menangani isu berkenaan.. Perghh!!!... Perasan dah jadik PM pulak ke? Ko tuh sapa nak nilai Menteri? Ko sendiri pun terkenal dengan POLITIK WANG, ada hati pulak nak nilai kerja orang LAIN? Dah KEMARUK sangat nak jadi Menteri la tuh..

Daripada Kerajaan memBUANG masa meLAYAN kemahuan PESALAH POLITIK WANG ini, adalah lebih BAIK Kerajaan menyiasat samada demonstratsi dan RUSUHAN tersebut didalangi oleh segelintir pihak dari negara ini jugak.. Kita percaya memang ada KAITANnya.. 'Keyword'nya senang aje.. 'Malaysia Insider', 'Shareholder', 'HINDU GOD', 'BENDERA', 'Penasihat PKR', 'Surya Paloh' dan 'Golkar' atau 'PDI-P'.. Mereka semua saling berKAIT antara satu sama lain..

Malah, kita PERCAYA 'Keyword' itu jugak berkait dengan 'ECM Libra' dan 'Budak Penghantar PASSPORT'.. Jadik pusing kot MANA pun, balik-balik MUKA-MUKA 'FAMILIAR' nih jugak yang dok jadik MALAUN dan PETUALANG kepada negara ini! Kot anda meRASAkan bijak apabila diperBODOHkan dek mereka nih, tak tahu la pulak! HE!HE!HE!

Wallahualam..

Wednesday, September 08, 2010

Hanya orang yang simpan 'RAHSIA' keluarga Penasihat PKR aje mampu NAIK dalam parti ANAK-BERANAK nih..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dalam sebuah REJIM yang dikuasai oleh anak-BERANAK, sudah tentu tidak wujud lagi DEMOKRASI atau pemilihan yang berasaskan suara ramai.. Kepimpinan yang WUJUD dalam REJIM sedemikian semuanya dipusatkan kepada seseorang dan orang itulah yang akan menunjukkan siapa jadik apa atau siapa menjawat jawatan apa dalam REJIM tersebut.. Dengan kata lain, nasib perjalanan POLITIK seseorang dalam REJIM tersebut semata-mata bergantung kepada INDIVIDU bukannya suara MAJORITI seperti yang sepatutnya.. Itulah yang berlaku dalam PKR sekarang ini..

Adalah JELAS bagi sesiapa yang mahu ke peringkat lebih TINGGI dalam HIERARKI kepimpinan PKR, seseorang itu bukan sahaja perlu meRAPATkan diri dengan pemimpin ANAK-BERANAK tersebut, malah kenalah SANGGUP jugak menyimpan dan berKONGSI 'RAHSIA' keluarga mereka.. Tambah pulak 'RAHSIA' tahap XXX atau 'VERY CLASSIFIED'.. Sesiapa yang tidak mampu meWUJUDkan hubungan sedemikian RUPA, perjalanan POLITIK mereka dalam PKR boleh dikatakan sudah LUMPUH dan hanya menanti masa untuk ditamatkan sahaja RIWAYAT POLITIK mereka di dalam parti itu.. Itulah PADAH yang bakal menanti apabila bekas calon MP Hulu Selangor iaitu DS Zaid Ibrahim cuba menentang MP Gombak yang juga ADUN Bukit Antarabangsa untuk jawatan Timbalan Presiden PKR..

Semua maklum keAKRABan MP Gombak ini bukan kerana dia ada hubungan kekeluargaan pun dengan REJIM anak-beranak dalam PKR.. Sebaliknya kerana 'keSETIAan' dan BANYAKnya 'RAHSIA' keluarga Penasihat PKR anak-BERANAK yang disimpannya.. Bukan sebarangan orang boleh simpan RAHSIA keluarga mereka dengan orang lain.. Untuk mengelakkan 'RAHSIA' tersebut terbongkar kepada UMUM, sudah tentu tidak ada JALAN lain melainkan mengikut sahaja kehendak MP Gombak bagi mendaki HIERARKI kepimpinan dalam PKR.. Dengan kata lain, walau seseorang itu cuba seBAIK mungkin untuk meRAPATkan diri dengan REJIM anak-beranak ini, mereka langsung TIDAK mampu menandingi MP Gombak disebabkan 'RAHSIA' anak-beranak yang dipegangnya selama ini..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Memang ramai bekas pemimpin PKR yang telah berKORBAN seperti Zainur Zakaria atau Chandra Muzaffar dan ada yang dipenjarakan kerana memperTAHANkan REJIM anak-BERANAK ini seperti Ezam Mohd. Nor.. Namun demikian, kerana mereka TIDAK menyimpan 'RAHSIA' seperti MP Gombak, pengorbanan mereka langsung tidak diHARGAi oleh Penasihat PKR dan ahli keluarganya.. Malah, pada anggapan REJIM anak-BERANAK ini, pengorbanan mereka itu perlu tetapi tidak perlu diHARGAi demi meletakkan Penasihat PKR sebagai PM negara ini.. Itulah penyebab ramai bekas pemimpin PKR keluar kerana merasakan tidak lebih sebagai 'TOOLS' kepada REJIM anak-BERANAK ini..

Hanya ada seorang sahaja yang berada di luar PKR tetapi menyimpan 'RAHSIA' sebanyak yang disimpan oleh MP Gombak.. Orang itu ialah Datuk Nalla yang jugak merupakan RAKAN MAIN TENIS kepada Penasihat PKR.. Jika Datuk Nalla memilih untuk bersama PKR, mungkin dia sudah menjawat jawatan tinggi dalam HIEARARKI kepimpinan parti ini.. Ini kerana 'RAHSIA' Penasihat PKR yang disimpannya memungkin dia jadi sedemikian.. Sebab itulah Penasihat PKR cuba sebaik mungkin untuk 'DISCREDIT'kan Datuk Nalla ini apabila dia keluar dari PKR dengan harapan orang RAMAI tidak akan percayakannya.. Datuk Nalla pula menggunakan 'RAHSIA' yang disimpannya sebagai 'BARGAIN' main tarik tali dengan Penasihat PKR..

Peluang yang tinggal untuk DS Zaid Ibrahim hanyalah dengan mengHARAPkan sokongan para 'LAWYER' Bar Council yang bersepah dalam PKR.. Mungkin kepimpinannya dalam Bar Council masih diingati oleh para 'LAWYER' ini? Jangan mereka jadik 'LAWYER' BURUK, sudah la.. Malah, kalau merayu SOKONGAN Pok Nik 'ALAIHISSALAM' pun rasanya buat sakit HATI aje.. Maunya orang tua tuh ungkit balik tang penentangan HUDUD olehnya dahulu.. Sekutu dalam parti 'RASIS' La'anatullah pun belum tentu nak TOLONG.. Dulu masa dalam UMNO, dia dah salah pilih SEKUTU, sekarang dalam PKR pun 2X5 aje nasibnya.. Orang lain dalam PKR pun cuma tunggu MASA aje menerima nasib seperti DS Zaid nih.. Nak SALAHkan siapa lagi kalau bukan diri sendiri yang tak boleh KAWAL NAFSU POLITIK?

Wallahualam..

Monday, September 06, 2010

Disebabkan IKLAN Hari Raya, rosak reputasi stesen TV bertahun-tahun..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Seperti yang kita semua MAKLUM, siaran TV selain daripada FUNGSI asalnya sebagai media untuk penyebaran MAKLUMAT, ianya jugak boleh menjadi 'SENJATA' untuk PROPAGANDA bagi pihak-pihak yang menguasainya.. Di Indonesia ketika ini, STESEN-stesen TV mereka berpenanan dalam memBURUKkan lagi hubungan antara Malaysia dan Indonesia melalui penyampaian MAKLUMAT yang kurang TEPAT.. Begitu jugak jika kita IMBAS peranan media seperti TV sedikit masa lalu semasa Perang Iraq dan tragedi 9/11.. Dengan kata LAIN, seperti juga sebilah PISAU, TV jugak boleh disalahgunakan sebagai senjata untuk menJAHANAMkan pihak-pihak tertentu..

Kita masih INGAT semasa PRU 2008, BN telah menyiarkan IKLAN propaganda di TV.. Dipercayai IKLAN tersebut adalah hasil kerja 'BANGANG' budak-budak 'LEVEL 4 BOYS' untuk cuba memperbaiki IMEJ pemerintahan BN di bawah PM ke-5.. Adalah sukar untuk memikirkan bagaimana IMEJ PM ke-5 masa itu cuba diperbaiki oleh budak-budak 'LEVEL 4 BOYS' sedangkan gambar-gambar PM ke-5 sedang TIDO dalam majlis rasmi dan gambar dia pegang bahu perempuan telah tersebar ke seluruh pelusuk NEGARA oleh jentera PROPAGANDA pembangkang.. Akibatnya, penyiaran IKLAN ini telah PISAU DUA MATA yang salah satu mata pisau tersebut menikam balik BN.. Sampai sekarang TIDAK ada tindakkan daripada BN terhadap mereka yang meng USAHAkan iklan tersebut..

Pada MUSIM Hari Raya kali ini, kita sekali lagi diKEJUTkan dengan IKLAN Hari Raya oleh sebuah stesen TV swasta yang seolah-olah tidak mengGAMBARkan apa yang sepatutnya..



Adalah jelas, IKLAN Hari Raya tersebut antara IKLAN Hari Raya yang MAHAL pernah dibuat oleh stesen TV tersebut.. Kita boleh NILAIkan daripada sudut penggunaan imej KOMPUTER GRAFIK yang banyak dalam iklan tersebut.. Namun demikian, IKLAN tersebut seMACAM lari daripada objektif untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Ada unsur-unsur seperti Santa Klaus dan Bunga Teratai yang SINONIM dengan agama-agama lain yang takde KAITAN pun dengan Hari Raya.. Takde pulak ditunjukkan imej MASJID yang sinonim dengan sambutan Hari Raya umat Islam?

Mungkin kerana KRITIKkan dan TEGURAN yang diterima, pihak stesen TV tersebut telah menarik balik IKLAN Hari Raya itu dan mereka juga membuat pengumuman meMINTA MAAF menerusi siaran berita TV mereka.. Namun, persoalan yang TIMBUL ialah siapakah DALANG yang menyebabkan iklan tersebut disiarkan? Siapakah pengarah dan produsernya? Siapakah yang menjadi ahli Lembaga Penapisnya? Setakat manakah pemahaman mereka tentang tujuan sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh umat Islam? Kita percaya penerbitan iklan ini dirancang dengan TELITI dan bukannya sekadar TANGKAP MUAT aje..

Untuk itu, pihak terbabit harus MENYIASAT dan menDEDAHkan siapakah yang terlibat disebalik pemBIKINan iklan Hari Raya tersebut.. Adakah mereka memang tidak faham atau mereka mempunyai AGENDA TERSEMBUNYI menerusi penyiaran IKLAN Hari Raya tersebut.. Apa salahnya kali ini jika dicadangkan MCMC menyiasat kes INI? Apa yang kita KHUATIR ialah mereka yang memBIKIN iklan Hari Raya ini akan mengGUNAkan alasan 'KONSEP 1 MALAYSIA' sebagai HELAH untuk penerbitannya.. Alasan macam budak Cina kat Muar tuh..

Pihak stesen TV swasta tersebut harus memandang SERIUS akibat penerbitan iklan seperti INI yang tidak menCERMINkan sesitiviti umat Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Semenjak operasi mereka berkembang hingga mempunyai 3 lagi stesen TV swasta yang bernaung di bawah operasi mereka, syarikat pemilik stesen TV ini semacam lebih BANYAK menumpukan kepada ASPEK hiburan untuk stesen TV ini.. Rancangan yang mempunyai unsur-unsur keAGAMAan atau nilai MORAL lebih ditumpukan oleh sebuah lagi stesen TV yang ada nombor 9 tuh.. Patutlah macam diorang pun kurang PEKA aje..

Wallahualam..

Saturday, September 04, 2010

The MYSTERY inside the MB Office - like the SKELETON inside the closet?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita SENGAJA memilih tajuk dalam Bahasa Inggeris untuk 'mengHORMATi' beberapa EXCO di Selangor dan Pulau Pinang yang dikhabarkan mengGUNAkan Bahasa Inggeris dalam surat-surat RASMI Kerajaan Negeri.. Rasanya semua MAKLUM EXCO dari parti mana yang seakan-akan BENCI dengan apa sahaja yang diKAITkan dengan 'MELAYU' termasuk dari segi penggunaan BAHASA..

http://parpukari.blogspot.com/2010/09/gempar-bukti-dap-memang-cina-komunis.html

http://theflyingkick.blogspot.com/2010/09/kalau-sudah-cina-thongsan-sampai-bila.html

Kita jugak tidak merasakan perlu menulis sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris kerana "Don't want this BLOG sound like STUPID" bak kata seorang artis semasa Festival Filem Malaysia beberapa tahun dahulu.. HE!HE!HE!

Nampaknya, sekali lagi peruntukan Perlembagaan Negara yang mengatakan Bahasa Malaysia atau lebih TEPAT lagi Bahasa Melayu sebagai Bahasa RASMI telah dilanggar.. Kita jugak tidak mengHARAPkan 'PAK JANGGUT' Sasterawan Negara mengemukakan BANTAHAN atau apa sahaja berhubung perkara INI seperti mana dia memBANTAH PPSMI.. Kita memang dah TAU lama dah HIPOKRASI dia nih.. Mungkin kalau sesiapa jumpa 'PAK JANGGGUT' nih kat kedai buku di KLCC atau di Pasar Seni, cuba-cubalah perhatikan disebaliknya JANGGUTnya itu tersembunyi HIPOKRASI atau TIDAK!

Apa pun, kita bukan NAK cerita pasal BAHASA.. Kita terTARIK dengan siri-siri MISTERI ala CSI yang berlaku di pejabat MB Selangor iaitu MISTERI Kamera Video Tersembunyi dalam Pejabat MB.. Misteri ini MENARIK kerana ianya melibatkan individu berPROFIL tinggi iaitu MB Selangor.. Malah, tidak ada sesiapa pun TAHU apa MOTIF Kamera Video tersebut diletakkan di pejabat MB itu.. Tidak diketahui ianya diletakkan oleh SEKUTU atau SETERU MB tersebut.. Apa pun, kita jangan LUPAkan beberapa FAKTA berikut sebagai RUJUKAN untuk mengikuti KES ini..

1) Kamera Video INI ditemui sendiri oleh MB Selangor.. Menurutnya, dia sudah melihat rakaman video itu dan mendapati ia merakamkan mesyuarat dalam pejabatnya dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pintu masuk ke pejabatnya akan diteliti oleh bahagian keselamatan untuk siasatan.. - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KameravideointippejabatMBSelangor/Article

2) Walaubagaimanapun, MB Selangor enggan memBUAT laporan POLIS berhubung kejadian INI.. Malah, keENGGANan dia berbuat demikian lebih menimbulkan BANYAK perSOALan dan SPEKULASI terutama sekali selepas dia mengakui telah meneliti RAKAMAN tersebut terlebih dahulu.. - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Khalidkenadesakbuataduanpolis/Article

3) Namun, semalam Setiausaha Politik kepada Menteri Besar menyatakan akan 'handle' perkara ini secara politik.. Dia juga menyatakan telah mengenal pasti beberapa wajah antaranya pelawat dan ada juga individu yang tidak sepatutnya berada di situ.. Mereka juga akan menubuhkan jawatankuasa khas badan bertindak dalaman ('internal task force') untuk menyiasat kes ini.. Mereka juga menolak penglibatan POLIS dalam jawatankuasa tersebut.. - http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story8135372.asp

Jadi, SIAPAkah yang bertanggung-jawab meletakkan KAMERA VIDEO untuk mengintip MB Selangor?

- Adalah MUSTAHIL untuk menuduh BN atau UMNO kerana mereka tiada AKSES ke pejabat MB.. Malah, jika BN atau UMNO yang berbuat demikian, sudah tentu MB Selangor tidak berlengah-lengah untuk memBUAT laporan POLIS dan memPUBLISTIkannya.. Tambahan pulak, takkanlah 'SPY' UMNO tahap AMATUR macam ni? HE!HE!HE!

- Mungkinkah SEKUTU MB sendiri dalam PR yang berbuat demikian? Ini kerana dengan meRAKAMkan pergerakan MB di pejabatnya, mereka boleh mengawasi jika ada tindak-tanduk MB yang menCURIGAkan atau membelakangi kepentingan mereka.. Almaklumlah, Selangorkan sekarang ini terkenal dengan kegiatan 'UNDERWORLD' yang diKAITkan dengan parti 'RASIS' La'anatullah yang jadi SEKUTU mereka?

- Atau mungkin jugak peSAING MB sendiri dalam partinya sendiri? Mungkinkah RAKAMAN Video tersebut akan digunakan untuk menJATUHkan MB Selangor dalam perebutan kuasa semasa pemilihan parti mereka nanti? Lagi pun, bukankah ada MP PKR kategori 'BABI TONYOK' yang HOBInya suka RAKAM benda-benda macam nih? HE!HE!HE!

- Kalau filem Melayu era 80-an dulu, ada ADEGAN di mana para ISTERI upah pengintip untuk 'SPY' aktiviti SUAMI mereka di pejabat.. Namun, takkanlah orang terdekat buat macam ni kot? HE!HE!HE!

Jika LAPORAN Polis dibuat, tidak semestinya SIASATAN yang dijalankan akan memihak kepada PELAPOR.. Ada kalanya siasatan yang menyeluruh akhirnya berkeSUDAHan dengan PELAPOR sendiri yang diDAKWA di mahkamah.. Inilah yang berlaku terhadap Penasihat PKR sendiri dalam kes 'menJUBOR'nya yang pertama 10 tahun dulu.. Laporan Polis terhadap penulis buku '50 Dalil' akhirnya menyebabkan dia sendiri yang 'KANTOI'..

Begitu jugak dalam kes ADUN Bukit Lanjan berhubung penyebaran gambar TIDOnya yang BURUK di internet.. Akhirnya siasatan memBUKTIkan orang yang menyebarkan gambar-gambar tersebut adalah JANTAN yang BERSEKEDUDUKAN dengannya.. Namun, dia dikira berUNTUNG pasal di'SUCI'kan oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM' dan muslimah PAS! Pada hari ini dia diLANTIK mengetuai kempen Anti Zina di Selangor.. Inilah keUNIKan tentang keDUNGUan Lebai dan MUSLIMAH PAS yang tidak ada pada 1 bilion umat Islam lain! KAH!KAH!KAH!

Selagi tiada laporan POLIS, selagi itulah banyak SPEKULASI akan timbul.. Malah, jika laporan POLIS dibuat sekarang pun, kebarangkalian BUKTI yang ada tidak RELEVAN dan mungkin sudah diMANIPULASIkan.. MISTERI ini boleh diSIMPULkan dalam bentuk peribahasa Melayu, "Umpama Jerangkung dalam almari" atau peribahasa orang PUTIHnya "like the skeleton inside the closet".. Kita tengoklah siapa yang kena dan siapa yang akan di'KAMBING HITAM'kan..

Wallahualam..

Thursday, September 02, 2010

Malaysia seharusnya melihat Indonesia sebagai 'CERMINAN' masa depan negara jika terus diKOTORi oleh ahli-ahli POLITIK..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dalam SOAL hubungan DIPLOMATIK, rasanya lebih RAMAI rakyat di luar sana yang jauh lebih PAKAR dan ARIF daripada pegawai-pegawai 'PERASAN BAGUS' di Wisma Putra mahu pun dalam agensi-agensi Kerajaan yang ada kaitan dengan hubungan luar.. Kerajaan mungkin patut menyedari bahawa KUALITI para pegawai PTD hari ini kebanyakkan jenis 'CAP AYAM' yang KEKOK dengan teknik-teknik DIPLOMASI dan GAGAL mempamerkan IMEJ negara seperti yang sepatutnya.. Tak HAIRAN kalau dikatakan ramai antara mereka ketika ini lebih berminat 'MAIN POLITIK'.. Mereka bukanlah para pegawai ERA Tun Dr. Mahathir atau PM sebelumnya yang terBUKTI berjaya menaikkan nama NEGARA dan memperTAHANkannya di mata dunia..

Penentangan dan PROVOKASI berterusan oleh segelintir rakyat Indon terhadap NEGARA kita hingga sampai tahap 'MENYERANG' kedutaan dan memBAKAR Jalur Gemilang seharusnya diLIHAT juga sebagai keGAGALan dasar DIPLOMASI negara.. HARI ini kita KECEWA melihat RESPON yang amat PASIF terhadap ISU yang dimaksudkan.. Kerajaan seolah-olah berSERAH 100% kepada kerajaan Indon yang sememangnya terbukti GAGAL mengawal tindakkan PROVOKASI rakyat mereka sendiri.. Adakah INI langkah yang WAJAR sedangkan Kerajaan jugak berperanan untuk memberi penjelasan atau memBELA maruah NEGARA daripada diHINA sedemikian rupa?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Sedangkan ISU yang ditimbulkan oleh Indon-Indon tersebut amatlah REMEH tetapi sengaja diperbesarkan.. Kerja mereka lebih MUDAH apabila Kerajaan kita sendiri amat PASIF dan seolah-olah berharap ISU ini reda dengan sendiri.. Jika inilah tindakkan kerajaan apabila MARUAH negara tercemar, jangan HARAPlah rakyat akan mengundi Kerajaan seperti ini lagi.. Adalah lebih BAIK Kerajaan cuba mengambil langkah-langkah berikut daripada menunggu dan menunggu?

1) Kerajaan harus memastikan hubungan DIPLOMATIK antara negara harus sampai ke peringkat RAKYAT bawahan, bukannya setakat sampai peringkat antara Kerajaan sahaja.. Dengan KATA lain, Kerajaan sepatutnya menaja atau membuat hubungan dengan beberapa kumpulan NGO yang pro-Malaysia di Indon agar mereka dapat 'COUNTER' terhadap pemBOHONGan yang berlaku di sana..

2) Ramai antara rakyat negara ini masih mempunyai hubungan kekeluargaan dengan rakyat Indon khususnya di Sumatera atau Sulawesi.. Malah, PM kita sendiri dikatakan mempunyai hubungan dengan beberapa suku kaum di Sulawesi.. Apa gunanya hubungan INI jika ianya GAGAL memperTAHANkan negara ini daripada menjadi mangsa PROVOKASI?

3) Kerajaan juga sepatutnya BERANI menyenaraikan segala bentuk BANTUAN yang telah disumbangkan oleh negara INI terhadap Indon termasuklah sumbangan PERCUMA USD 1 bilion semasa zaman GAWAT tahun 1997, sumbangan rakyat negara ini terhadap mangsa Tsunami, gempa bumi dan banyak lagi.. Senaraikan juga segala bentuk pelaburan negara di sana yang menyumbang kepada perkembangan EKONOMI mereka.. Senarai sumbangan ini perlulah diTERBITkan menerusi MEDIA antarabangsa seperti Majalah Time, Newsweek dan sebagainya supaya masyarakat antarabangsa dapat menilai betapa KEPARATnya mereka..

4) Kerajaan patut menyekat AKSES kemasukkan tenaga BURUH Indon khususnya dari Jawa sebagai TINDAK-BALAS.. Berikan kelonggaran kepada tenaga BURUH Indon dari Sumatera atau wilayah yang tidak bersikap PROVOKATIF terhadap negara.. Kita terlampau memberi MUKA sehinggakan rakyat Indon pun dah jadi pemandu TEKSI di negara ini.. Mereka sibuk berBOHONG KONONnya tenaga BURUH mereka dianiayai sedangkan RAMAI jugak yang jadi PEROMPAK dan PENYAMUN di sini?

5) Kerajaan juga seharusnya menyekat ALIRAN TUNAI ke Indonesia daripada rakyat Indon yang bekerja di negara ini.. Pastikan setiap penghantaran TUNAI oleh rakyat mereka yang bekerja di sini tidak melebihi AMAUN yang ditetapkan.. Tidakkah terfikirkah bahawa ALIRAN TUNAI inilah yang menyumbang kepada PERLAKUAN BIADAP mereka terhadap negara INI?

6) Kerajaan juga harus menyemai dan memastikan semangat PATROTISME rakyat terhadap negara sentiasa OPTIMUM.. Seharusnya pada usia negara meningkat 53 tahun, TIDAK wujud lagi MALAUN-MALAUN macam Namewee, anak perempuan Penasihat PKR dan jugak PESALAH POLITIK WANG yang tidak mempunyai semangat CINTAkan negara.. Malah, budaya HIBURAN keterlaluan yang memuncak semenjak zaman PM ke-5 telah meROSAKkan nilai-nilai jati diri generasi muda kita..

7) Selepas Tun Dr. Mahathir BERSARA, negara kita sudah TIDAK mempunyai lagi pemimpin yang berpengaruh dan diHORMATi di peringkat GLOBAL.. KeTOKOHan beliaulah yang banyak kali menyelamatkan IMEJ negara dipersada antarabangsa.. Jadi, silalah BELAJAR apa yang patut semasa hayat beliau masih ada..

Sikap LEMBEK Kerajaan hanya akan meMUDARATkan negara ini KELAK.. Jika ada RUANG untuk kita bertegas, maka kita perlu bertegas.. Kerajaan seharusnya FAHAM bahawa semenjak zaman BJ Habibie sebagai Presiden Indon, negara kita sering di'KAMBING HITAM'kan oleh ahli-ahli POLITIK mereka dalam segenap perkara.. "We have to END all of these, once for all".. Malaysia seharusnya melihat Indonesia sebagai 'CERMINAN' terhadap masa depan negara ini jika kita terus membiarkan NEGARA kita diKOTORi oleh ahli-ahli POLITIK yang tidak berETIKA dan mengundang pengaruh ASING untuk mereka berKUASA..

Wallahualam..

Wednesday, September 01, 2010

Tindakkan ahli POLITIK bukan ISLAM 'memohon RESTU' Pok Nik untuk ISU yang bertentangan ajaran ISLAM patut dipandang SERIUS..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sebelum anda SEMUA lupa, kita nak TANYA adakah anda semua MASIH ingat lagi kenyataan AMOI MP Serdang yang mengatakan INGIN menghadap Sultan Selangor untuk meMOHON MAAF berhubung dengan ISU dia masuk tempat SOLAT di surau tanpa menutup AURAT dan memberikan 'TAZKIRAH' pulak di sana? Jika anda RASA dah nak LUPA tuh, sila rujuk balik kenyataan AMOI tuh sendiri di bawah:-

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/8/28/nation/20100828184511&sec=nation

"I will clarify and apologise to the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, over the issue," Begitulah UNGKAPAN MANIS si AMOI tuh..

Untuk setakat INI, kita tidak terbaca mahu pun terDENGAR perkembangan terbaru samada AMOI tersebut benar-benar pergi menghadap Sultan Selangor atau pun TIDAK.. Malah, kita diFAHAMkan AMOI tersebut tidak jugak memberikan tarikh secara SPESIFIK untuk menghadap Baginda bagi tujuan yang dimaksudkan..

Namun demikian, AMOI tersebut TIDAK pulak berlengah-lengah untuk berJUMPA dengan Pok Nik 'ALAHISSALAM' untuk 'meMOHON RESTU' atau 'keREDHAan' orang tua tuh bagi mengHALALkan perbuatannya yang masuk surau sedemikian RUPA? Malah, TIDAK keterlaluan jika dikatakan AMOI tersebut lebih berSEGERA menemui Pok Nik untuk 'MENYUCIKAN' dirinya berbanding menghadap Sultan Selangor untuk meMOHON MAAF dan menjelaskan tindakannya itu.. Tidakkah tindakkan AMOI ini boleh dianggap mengHINA Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam di Selangor?

Adalah jelas fungsi seorang Sultan termasuklah menjaga dan memelihara kesucian agama ISLAM di negeri masing-masing selaras dengan TUGAS Baginda sebagai Ketua Agama ISLAM.. Oleh itu, apabila dikatakan Baginda Sultan Selangor MURKA dengan tindakkan AMOI tersebut, seHARUSnya dia menghadap Baginda sesegera mungkin untuk memohon MAAF.. Apa sebab pulak AMOI tuh berjumpa Pok Nik? Orang TUA tuh bukannya Ketua Agama ISLAM, Mufti atau pun jauh sekali sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor pun? Dia cuma 'KETUA AJARAN SONGSANG' untuk kelompok Lebai-Lebai DUNGU dalam PAS sahaja?

Untuk itu, pihak Majlis Agama Negeri dan Majlis FATWA Kebangsaan patut memandang SERIUS tindakkan ahli-ahli POLITIK bukan ISLAM terutamanya dari parti 'RASIS' La'anatullah yang sering berJUMPA Pok Nik apabila mereka melakukan keSALAHan yang boleh dianggap menCEMARkan agama ISLAM.. Adalah jelas mereka berJUMPA Pok Nik kerana beranggapan Pok Nik dapat mengHALALkan segala perbuatan mereka walaupun bertentangan dengan ajaran ISLAM demi kepentingan POLITIK mereka semata-mata..

Ini bukan PERKARA baru pun kerana SUDAH banyak kali mereka 'MENELAN' beberapa FATWA Pok Nik dalam ISU-ISU berikut:-

1) ISU pengGUNAan kalimah Allah SWT oleh pihak Gereja
2) ISU orang KAFIR menggunakan dan mempermainkan ayat Al Quran sedangkan mereka tidak berIMAN pun dengan Al Quran?
3) ISU pengHINAan terhadap Mufti Perak berhubung soal perpaduan umat ISLAM
4) ISU ADUN Bukit Lanjan yang bersekedudukan dengan orang ISLAM di'SUCI'kan oleh Pok Nik
5) ISU Pok Nik memberi keBENARan untuk parti 'RASIS' La'anatullah mengHINA Islam (http://www.mysinchew.com/node/28138)

Dengan KATA lain, orang KAFIR bebas untuk mempermainkan agama ISLAM di negara INI kerana adanya orang macam Pok Nik untuk membela perbuatan mereka seperti yang belaku dalam beberapa CONTOH yang dinyatakan.. Walaupun Perlembagaan Negara menyebut dengan jelas bahawa ISLAM agama rasmi, tetapi tindak-tanduk Pok Nik seharusnya diambil tindakkan seWAJARnya oleh pihak-pihak terbabit sebelum keadaan menjadi lebih BURUK....

Mereka yang menganggotai Majlis Agama Islam setiap negeri dan Majlis FATWA Kebangsaan sepatutnya BERHENTIlah menilai tahap keISLAMan seseorang pada jubah, tudung LABUH, serban atau panjang JANGGUT seseorang.. Itu hanyalah PAKAIAN di dunia sahaja, sesiapa pun boleh memakainya.. IMPLIKASInya amat besar jika suatu hari nanti segala pandangan atau keputusan Majlis FATWA Kebangsaan dan Majlis Agama Islam diTOLAK dan enggan dipatuhi bukan sahaja oleh Lebai PAS yang LIBERAL malah oleh orang bukan ISLAM.. Sebaliknya 'FATWA' Pok Nik pulak lebih diUTAMAkan demi kepentingan POLITIK sempit mereka.. Tidakkah ini akan menghancurkan UMAT Islam?

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS