DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, May 04, 2010

Bahaya jika diBIARkan golongan LIBERALISME diberikan jawatan dalam kerajaan dan agensi-agensinya..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita patut SEDAR bahawasanya khazanah, pusaka dan warisan NEGARA kita ini sedang diROMPAK oleh golongan POLITIK yang berfahaman LIBERAL.. Golongan POLITIK yang berfahaman LIBERAL ini sebenarnya WUJUD baik dalam UMNO, PAS dan paling banyak sekali tentulah dalam PKR dan DAP.. KeWUJUDan golongan berfahaman LIBERAL ini bukanlah kerana mereka ingin berPOLITIK mahu membangunkan negara atau jauh sekali untuk meMAJUkan umat, sebaliknya kewujudan mereka hanyalah kerana ingin memPORAK-perandakan sesebuah negara berPAKSIkan telunjuk kuasa-kuasa asing..

Di dalam PAS, GENG ERDOGAN merupakan manifestasi tentang keWUJUDan golongan LIBERAL ini dalam parti yang mengaku KONONnya lebih Islam dari orang lain.. Ketuanya ialah orang KALAH dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS lalu.. GENG ERDOGAN ini jenis yang sanggup bertindak secara MATLAMAT mengHALALkan cara.. Sampaikan apa yang HARAM pun boleh diHALALkan asalkan tujuan POLITIK mereka tercapai.. Malah, perbuatan mereka seolah-olah diRESTUi oleh pucuk pimpinan PAS itu sendiri walaupun perbuatan sebegini JELAS bertentangan dengan ajaran Islam.. Namun, bukankah fahaman LIBERALISME itu meletakkan agama berada di BAWAH tapak kaki mereka aje?

Apabila BLOGGER Kickdafella mengakui menerima pemBAYARan sebanyak RM 4juta untuk tujuan memBURUK-burukkan kepimpinan PM ke-5, kita sudah mengetahui bahawa INI adalah perancangan GENG ERDOGAN yang menganuti fahaman LIBERALISME.. Dalam pada PAS mengakui bahawa mereka TIDAK mampu pun untuk BINA masjid di Kelantan atau menyediakan bekalan AIR untuk rakyat, mereka sanggup menuruti kehendak GENG ERDOGAN hingga membelanjakan RM 4 juta untuk tujuan sebegini.. Agaknya la, BERAPA bilion RM pulak belanja yang diHABISkan untuk memburuk-burukkan Tun Dr. Mahathir? Berapa banyak pulak yang akan diperuntukkan untuk DS Najib pulak?

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_5f0dbfd7-7f000010-1d956ad0-8278c84b

Itu dalam PAS.. Seperti yang kita kata, dalam UMNO pun ada jugak.. Malah, dalam UMNO pun tak KURANG hebatnya jugak.. Golongan LIBERALISME dalam UMNO mula menjalankan 'JARUM' mereka melalui seseorang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan dengan PM ke-5.. Strategi mereka lebih dahsyat hingga sampai TAHAP kerajaan kena dengar cakap mereka atau KONSULTAN yang mereka TUBUHkan.. Dengan cara INIlah mereka mengaut hasil kekayaan negara ini apabila anggota-anggota kumpulan INI ditempatkan di badan-badan milik kerajaan, GLC dan organisasi kerajaan.. Sejak itu kita melihat banyak DASAR kerajaan pada masa itu lebih menJURUS kepada kepentingan PIHAK-pihak tertentu seperti golongan INI..

Apabila PM ke-5 meletak jawatan, pada mulanya golongan ini seolah-olah keHILANGan arah, namun sejak akhir-akhir INI mereka kembali menDAPAT tempat mungkin kerana keALPAan para pemimpin yang asyik berSLOGAN 1 Malaysia.. Kita semakin HAIRAN kenapa golongan LIBERALISME ini diberikan tempat dalam agensi kerajaan seperti menjawat jawatan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam 'BOARD' Petronas dan sebagainya.. Apakah di dalam Petronas ketika INI sudah keKURANGan kakitangan yang PATRIOTIK, setia dan berjasa kepada syarikat ini dan NEGARAnya sendiri hingga memerlukan seseorang yang TIDAK tahu asal-usulnya diLANTIK ke jawatan sedemikian?

http://sensecredaccountability.blogspot.com/2009/10/apa-yang-bagus-sangat-dengan-ex-level-4.html

Sejak akhir-akhir ini banyak berlaku perLANTIKkan orang berfahaman LIBERAL ke dalam organisasi-organisasi milik kerajaan.. INI telah pun diperkatakan oleh beberapa BLOG sebelum ini.. TIDAKkah kerajaan SEDAR tentang BAHAYAnya melantik mereka ini? Atau kerajaan memang SEDAR tapi tak MAMPU berbuat apa-apa mungkin kerana 'TERIKAT' dengan sesuatu? Hinggakan seorang yang berfahaman LIBERALISME tegar hendak dilantik sebagai Perhubungan Korporat bagi pihak Petronas? Sekali lagi kita TANYA, apakah di dalam Petronas ketika INI sudah keKURANGan kakitangan yang lebih beWIBAWA hingga memerlukan perlantikkan seorang yang berFAHAMan LIBERALISME?

Kita TIDAK mahu Petronas atau mana-mana agensi berkaitan kerajaan diperalatkan untuk memenuhi NAFSU POLITIK golongan ini dalam perjuangan POLITIK mereka.. Terutamanya UMNO yang menguasai kepimpinan negara dan kerajaan.. Seharusnya UMNO patut berTANYA adakah mereka yang didapati berSALAH mengamalkan POLITIK WANG dalam pemilihan parti memperolehi WANG daripada titik peluh mereka sendiri atau menadapatkannya menerusi KHIDMAT KONSULTAN yang diDALANGI mereka kepada pihak kerajaan?

BAHAYA lebih besar golongan berfahaman LIBERALISME ini adalah mereka sanggup meROMPAK harta negara demi mencapai cita-cita POLITIK mereka.. Yang paling menakutkan, mereka TIDAK kisah pun untuk 'JUAL NEGARA' asalkan kepentingan mereka tidak terGANGGU.. Sekarang INI, banyak usaha secara HALUS untuk melantik golongan LIBERALISME ini ke dalam agensi-agensi kerajaan yang 'BUAT DUIT'.. Kita nak TANYA kepada anda semua, AGAK-AGAKla, apakah nanti yang TINGGAL kat NEGARA ini untuk diWARISI oleh generasi kemudian jika golongan LIBERALISME ini dibiarkan bermaharaja-lela seperti yang dinyatakan?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS