Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
Para Pembaca
HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
DOA KITA SEMUA
Friday, May 07, 2010
Melayu diperalatkan untuk menDERHAKA kepada Sultannya sendiri..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Apakah HUKUMANnya kepada seorang PENDERHAKA? Kalau mengikut catatan sejarah, Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Syah yang telah menyedari baginda diTIPU dan diMANIPULASI oleh si Kitol dan Raja Mendaliar telah menitahkan mereka dan ahli keluarga LELAKI dibunuh, segala harta mereka diRAMPAS dan rumah mereka diROBOHkan dan diHUMBAN ke laut.. Itulah HUKUMAN terhadap PENDERHAKA pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.. Diriwayatkan bahawa Hang Jebat jugak telah menDERHAKA kepada Sultan tetapi DERHAKAnya hanya menyebabkan beliau diBUNUH oleh Hang Tuah.. Dengan KATA lain, hukuman kepada PENDERHAKA tidak lain adalah diBUNUH!
Malah, Islam jugak menitik-berat agar pihak yang menDERHAKA kepada pemerintah diHUKUM.. Ini kerana, sebarang bentuk penDERHAKAan ke atas pemerintah tanpa sebab yang KUKUH boleh menghancurkan ummah lalu boleh meRUNTUHkan mana-mana WILAYAH atau institusi keNEGARAan Islam itu sendiri.. Jika RUNTUH, apakah Islam dapat ditegakkan dan diperTAHANkan tanpa ada seorang pemimpin? Sebab itulah perumpamaan Melayu "Raja adil raja disembah, raja ZALIM raja disanggah" adalah RELEVAN kerana bangsa Melayu adalah bangsa yang TAAT kepada Sultan sejak zaman berzaman lagi..
Sejak akhir-akhir INI, kita meLIHAT bermacam bentuk penDERHAKAan terhadap Sultan-Sultan Melayu walaupun banginda tidak berlaku ZALIM pun terhadap rakyat seperti zaman dahulukala.. Malah, dapat diLIHAT bahawa mereka yang menDERHAKA kepada Sultan-Sultan Melayu ini jauh lebih ZALIM dan selayaknya menerima HUKUMAN sepertimana para penDERHAKA zaman dahulukala.. Antaranya:-
1) 'SEMBAH DERHAKA' mantan MB Perak yang MEROYAN terhadap keputusan Sultan Perak yang mengatakan dirinya sudah TAK layak jadi MB akibat kehilangan majoriti kerusi DUN..
2) PengHINAan oleh penulis BLOG Aduka Taruna terhadap almarhum Sultan Johor menerusi tulisan dalam BLOGnya..
3) KeENGGANan Pok Nik 'Alaihissalam' sebagai MB Kelantan menZIARAHi Sultan Kelantan yang menerima rawatan di Singapura sedangkan semasa orang TUA nih sakit dulu, baginda boleh pulak melawatnya?
4) Kronologi Pok Nik melawan titah Sultan Selangor seperti di bawah:-
Sultan Selangor telah menitah masjid dan surau TIDAK digunakan untuk tujuan POLITIK -> Pok Nik 'Alaihissalam' yang berKEMPEN di Hulu Selangor secara jelas menyatakan TIDAK SETUJU dengan apa yang dikatakan oleh Baginda Sultan apabila disoal oleh wartawan -> Baginda Sultan menitahkan bahawa sesiapa yang TIDAK setuju dengan Baginda agar jangan datang ke Selangor -> Pok Nik 'Alaihissalam' berdalih dengan menuturkan ayat "BODO TOKLEH AJAR" dan menyalahkan pihak media KONONnya memutar-belitkan kenyataannya..
5) Seorang lagi kawan Pok Nik 'Alahissalam' si KAKI TONGGANG yang kalah PRK Hulu Selangor menyatakan SETUJU dengan Pok Nik dengan mengatakan sekarang bukan zaman FEUDAL.. Agaknya dia MABOK ke apa......
SOALnya, adakah Sultan Selangor, Sultan Perak dan Sultan Kelantan berlaku ZALIM atau sebaliknya mereka yang enggan menuruti atau mematuhi TITAH Baginda yang lebih ZALIM?
Kita PERCAYA ada perancangan JANGKA panjang untuk mengHILANGkan kuasa Sultan-Sultan di negara INI.. Ini bukan perkara baru, malah semakin JELAS kelihatan sejak semakin RAMAI golongan LIBERAL bergiat AKTIF dalam POLITIK negara ini.. Malah, golongan LIBERAL ini yang dengan MUDAHnya meperKUDAkan Lebai-Lebai PAS telah mengatur berMACAM bentuk KONSPIRASI untuk menjatuhkan INSTITUSI Beraja di negara INI.. Lebai-Lebai PAS pulak, asalkan demi POLITIK, jual NEGARA pun sanggup..
Apa yang berlaku terhadap Sultan Kelantan pulak merupakan satu MANIFESTASI yang terhasil akibat KONSPIRASI puak-puak ini.. Kita kasihan kenapa Baginda Sultan yang masih menerima RAWATAN diTAHAN dan diperlakukan seperti nak CULIK orang.. Difahamkan, kereta yang Baginda naiki diTAHAN dan diserbu oleh POLIS berTOPENG..
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/5/mstar_berita/20100505120843&sec=mstar_berita
Walau APA pun JUSTIFIKASI, perbuatan sebegini terhadap seorang Sultan yang masih memerintah dan berKUASA adalah MELAMPAU dan mengHINAkan.. TIDAK adakah cara yang lebih BAIK untuk mencari penyelesaian? Adakah mereka yang memperlakukan Sultan sebegini mahu memBANTU atau mahu menambah lagi penDERITAan? Baginda seorang Sultan, baginda jugak seorang PESAKIT, apakah perbuatan sebegini WAJAR?
Adakah ini SEBENARnya kehendak anggota keluarga Baginda sendiri atau kehendak DALANG yang berselindung disebalik nama anggota keluarga Baginda? Malah, alasan berbuat sebegini KONONnya untuk melindungi keSELAMATan Baginda Sultan setelah berlakunya KES pengawal peribadi Baginda diTEMBAK sebenarnya telah menCETUSkan lebih banyak perSOALan.. UNTUK ITU, PIHAK POLIS WAJAR MENDEDAHKAN SIAPA YANG MENGARAHKAN MEREKA BERTINDAK SEBEGINI TERHADAP SEORANG SULTAN SEBUAH KERAJAAN NEGERI..
http://cyberita.asia1.com.sg/mluarnegara/story/0,6879,164246,00.html
Kalau mengikut teori KONSPIRASI, nampak semacam seolah-olah kejadian tersebut diATUR untuk dijadikan ALASAN bagi 'MENGAWAL' pergerakan Sultan Kelantan.. Setakat INI penjenayah tersebut masih BEBAS dan belum ada penahanan.. Kita HAIRAN kenapa Kerajaan Negeri Kelantan seolah-olah BUAT tak TAHU aje? Apakah mereka jugak turut sama berKONSPIRASI seperti yang diDEDAHkan oleh Blog Kickdafella?
http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/17/usaha-menabalkan-sultan-kelantan-yang-baru-dalam-proses/
SIAPAKAH SEBENARNYA DALANG SEGALA KEJADIAN INI DAN APAKAH MOTIFNYA? TIDAKKAH DALANG INI PATUT DIHUKUM SEBAGAI PENDERHAKA?
Wallahualam..
Labels:
Sekeliling kita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA
KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?
Melayu dikhianati?
Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.
''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:
''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?
Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?
-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM
KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)
1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.
2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.
3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.
5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.
6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.
7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.
8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.
9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.
Ibrahim Ali
25 April 2009

No comments:
Post a Comment