DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, July 24, 2010

Antara SERUAN PENYATUAN oleh MUFTI atau SERUAN PERPECAHAN oleh AGEN DAJJAL dalam Parti ISLAM..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Nabi SAW menganjurkan umat ISLAM agar saling sayang-menyayangi sesama SAUDARA seagama.. Nabi SAW tidak pernah menganjurkan mana-mana orang ISLAM agar menyisihkan atau memulaukan orang ISLAM lain tanpa sebab yang KUKUH.. Jauh sekalilah sampai tahap memutuskan SILATURRAHIM.. Malah, jika ada yang JAHAT sekalipun kita dianjurkan agar membimbingnya kembali ke jalan yang diREDHAI oleh ALLAH SWT.. Itulah keUNIKkan ISLAM yang diajar oleh Nabi SAW.. Namun, hari INI dengan mengambil kira SENARIO politik SEMASA, adakah anda merasakan kita sedang mengikuti ajaran ISLAM yang di bawa oleh Nabi SAW atau kita sudah pun melencong JAUH daripadanya?

Di Malaysia, orang Melayu adalah orang ISLAM.. Jika berlaku perpecahan kepada orang Melayu, maka ISLAM jugak akan berpecah dan LEMAH.. Sebelum ini kita didedahkan dengan kes-kes solat 2 IMAM dan kes cerai-berai kerana suami sokong parti lain, isteri sokong parti LAIN.. Itu sebenarnya meMALUkan ISLAM kerana memBUKTIkan bahawa mereka yang melakukan sedemikian meletakkan ISLAM di bawah POLITIK.. Tak kiralah mereka mendakwa KONONnya parti mereka parti ISLAM sekali pun.. Yang NYATA, POLITIK lebih diUTAMAkan oleh mereka berbanding ISLAM itu sendiri..

Yang menganjurkan umat ISLAM agar berpecah-belah sebenarnya DAJJAL Laknatullah.. Walaupun mereka mendakwa KONONnya parti mereka itu ISLAM, itu bukan alasan untuk menidakkan keWUJUDan DAJJAL Laknatullah di kalangan mereka.. Apalah sangat dengan 'TITLE' parti ISLAM yang jelas 'TITLE' SYOK SENDIRI itu? Penekanan tentang pentingnya parti ISLAM itu tidak ADA pun dalam RUKUN IMAN, RUKUN ISLAM apatah lagi RUKUN SOLAT.. Jadik, jelaslah seseorang itu tetap ISLAM selagi beriman dengan RUKUN IMAN dan melakukan RUKUN ISLAM walaupun menolak parti ISLAM.. Jugak, jelaslah keWUJUDan parti ISLAM hanyalah instrumen untuk memecah-belahkan sesama umat ISLAM hasil hasutan DAJJAL Laknatullah..

Mufti Perak telah menganjurkan orang Melayu agar bersatu kerana ianya sekaligus menguatkan umat ISLAM di negara ini.. Sebagai seorang MUFTI, beliau cuba melaksanakan tanggung-jawabnya terhadap umat ISLAM sekaligus cuba membimbing kita ke jalan yang diREDHAi oleh ALLAH SWT.. Yang PELIKnya, ada pulak kalangan orang Melayu dalam parti ISLAM yang 'kePANASan' dengan usaha Mufti Perak tersebut.. Sepatutnya merekalah yang terlebih dahulu menyahut dan menyetujui usaha Mufti Perak tersebut jika BENAR mereka memperjuangkan ISLAM? Ini MUFTI pulak dituduh berBOHONG dan ada pulak AGEN DAJJAL Laknatullah mengatakan jumpa MUFTI dianggap melanggar keputusan parti?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Jelas sekali parti ISLAM tersebut KELIRU dan GAGAL memBEZAkan yang mana satu seruan yang BAIK dan berlandaskan ISLAM dan yang mana satu seruan JAHAT yang berlandaskan IBLIS untuk menyesatkan umat ISLAM.. Sekarang INI kita melihat parti ISLAM tersebut lebih cenderung untuk mengHALALkan perkara yang HARAM dan mengHARAMkan perkara yang HALAL demi mengikut kemahuan sekutu mereka yang bukan ISLAM atau yang ingin meLIBERALkan ISLAM.. DAJJAL Laknatullah berjaya menjerumuskan sekumpulan orang ISLAM dalam parti INI kepada keSESATan melalui AGEN-AGENnya dalam parti tersebut.. Mereka ni lah yang beriya-iya membenarkan nama ALLAH SWT digunakan untuk penDAKWAHan oleh agama lain dan merendahkan TARAF agama ISLAM di negara INI setaraf dengan agama menyembah BERHALA!?

Mereka mendakwa menjunjung tinggi ULAMA dan ILMUWAN ISLAM tetapi apabila seorang MUFTI menganjurkan kepada perpaduan, mereka MENOLAKnya dan menuduhnya berBOHONG pulak? Apa yang dilakukan oleh Mufti Perak INI harus diSOKONG oleh umat ISLAM negara INI.. Malah, kita menyeru kepada para Mufti lain dan jugak kesemua ulama ISLAM agar memBERANIkan diri mereka menyatakan SOKONGAN kepada penyatuan seperti Mufti Perak ini.. Cuba kita TELITI balik sirah Nabi SAW dan kesemua 25 Rasul yang disebut dalam Al Quran.. Bukankah hampir kesemua RASUL ini dimusuhi oleh KAUM mereka sendiri? Bukankah Rasul-Rasul ULUL Azmi diLABELkan pemBOHONG dan diMUSUHi apabila mereka menyeru kepada keBAIKkan sama seperti apa yang dialami oleh Mufti Perak ketika INI?

Ya, Mufti Perak bukannya Nabi TETAPI beliau sebagai MUFTI dan ULAMA telah menyeru kepada keBAIKkan.. Bukankah ULAMA itu peWARIS Nabi? Inilah CABARAN yang dihadapi oleh mana-mana INDIVIDU yang ingin menyeru kepada keBAIKkan.. Seharusnya umat ISLAM lain terutama 40 orang ulama MUDA yang masuk UMNO tidak SEGAN untuk menCONTOHi apa yang Mufti Perak lakukan.. Jangan pergi CONTOHi apa yang Pok Nik 'ALAHISSALAM' lakukan, udah le! Kawan-kawan POLITIK dia pun panggil dia 'ULAMA TEROMPAH' aje! Malah, kita jugak menyeru kepada Mufti-Mufti negeri lain agar bersama-sama dan seiring untuk terus membimbing dan menyeru umat ISLAM di negara INI ke arah keBAIKkan walaupun ditentang oleh PIHAK yang mendakwa KONONnya mereka lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain di negara INI..

Wallahualam..

1 comment:

Pemerhati said...

Kaum Cina memang berpakat utk kepentingan politik mereka.
Baru2 ini MCA dan Gerakan telah adakan perjumpaan sulit dgn DAP di Hong Kong dan di Singapura. Apa lagi kalau bukan utk bekerjasama dlm menghadapi PRU13.
Kaum Melayu masih berpecah kpd UMNO, PAS dan PKR. Maka Melayu akan hanyut pd PRU13 nanti.
Melayu mudah lupa..........

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS