DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, July 27, 2010

ULAMA TEROMPAH bermaharajalela pasal pemimpin UMNO sendiri ENGGAN pertahankan AGAMA dan BANGSA mereka..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Walaupun TIDAK wujud dalam istilah PERIBAHASA Melayu tentang maksud sebenar istilah 'ULAMA TEROMPAH', tetapi berdasarkan KIASAN yang digunakan oleh MP Bayan Baru, 'ULAMA TEROMPAH' mungkin berMAKSUD mereka yang menDABIK diri sebagai ULAMA tetapi sering dipergunakan oleh PIHAK-PIHAK tertentu untuk melakukan PERKARA BURUK.. Samalah dengan fungsi TEROMPAH yang diguna pakai di dalam JAMBAN untuk pergi melepaskan 'HAJAT'.. Jika BENAR, maka memang TEPATlah istilah tersebut untuk Pok Nik 'ALAHISSALAM' dan Lebai-Lebai PAS DUNGU yang seangkatan dengannya.. Memang sekarang INI pun kita lihat mereka dipergunakan oleh pihak tertentu melakukan perkara KEJI di dalam ISLAM..

Apakah perkara-perkara KEJI yang diKUTUK dalam ISLAM tetapi dilakukan dengan sebegitu SELAMBA oleh para ULAMA TEROMPAH ini?

1) MENYEKUTUkan ALLAH SWT dengan Tuhan agama LAIN apabila Lebai PAS menyokong penggunaan nama ALLAH SWT oleh penerbitan DAKWAH Gereja..

2) Menuduh Mufti Perak sebagai pemBOHONG hanya kerana beliau cuba menyatu-padukan orang Melayu dan umat ISLAM.. Sedangkan Lebai PAS yang beriya-iya menuduh Mufti Perak itu pemBOHONG tuh sebenarnya SEKOLAH PUN TAK HABIS!

3) Membenarkan SEKUTU bukan ISLAM mereka dalam parti 'RACIST' La'anatullah memperMAINkan ayat-ayat Al Quran sewenang-wenangnya sedangkan mereka langsung tak berIMAN dengannya?

4) Membela SEKUTU mereka yang MINUM ARAK, berSEKEDUDUKan dengan jantan, berJUDI, mengHINA laungan AZAN, 'menJUBOR' jantan dan banyak lagi perkara KEJI dan terKUTUK kerana terlampau KEMARUK dengan kuasa POLITIK..

5) Mereka sendiri sanggup memFITNAH, mempersoalkan keISLAMan orang ISLAM lain dan mengHINA atau memperLEKEHkan para ULAMA yang enggan bersekongkol dengan mereka..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0726&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

Walaupun Sayyidina Abu Bakar As SIDDIQ merupakan sahabat Nabi SAW yang lembut dan penyabar, tetapi beliau KERAS dan sanggup berperang dengan golongan RIDDAH yang cuba memecah-belahkan ISLAM dan mempercayai beberapa nabi PALSU yang muncul selepas keWAFATan Baginda SAW.. Jika kita TELITI balik perlakuan Lebai-Lebai PAS, bukankah mereka jugak 2X5 kerana pada mereka, hanya PAS yang boleh membawa umat ISLAM ke syurga, hanya PAS yang layak bercakap tentang ISLAM dan mendakwa Lebai-Lebai PAS lebih ISLAM daripada 1.8 bilion umat ISLAM yang lain? Bukankah itu yang selalu diCERAMAHkan oleh mereka?

Pada dasarnya, UMNO yang jugak dianggotai oleh 3 juta lebih orang ISLAM di negara INI mampu menghalang atau mengHAPUSkan segala kemungkaran yang di bawak oleh PAS.. Sebaliknya UMNO gagal berbuat demikian.. Lebih TEPAT lagi, UMNO berasa MALU hingga enggan berhadapan dengan PAS terutamanya apabila menyentuh tentang ISLAM.. Nak tahu KENAPA? Kerana ahli-ahli UMNO yang RAMAI itu sudah hilang arah TUJU dan lari dari dasar perjuangan parti mereka SENDIRI!

Para pemimpin UMNO hari INI berasa MALU untuk membela AGAMA dan BANGSA mereka sendiri kerana mahu dilihat lebih LIBERAL setaraf dengan Lebai PAS.. Malah, ada pulak yang beranggapan memperjuangkan AGAMA dan BANGSA dilihat bertentangan pulak dengan KONSEP 1 Malaysia! Yang PELIKnya, main POLITIK WANG, berebut tender PROJEK atau peruntukan dan cari PUBLISTI murahan tak de pulak nak rasa MALU? Malah, jenis macam tuh pulak diangkat jadik PEMIMPIN parti?

Bukan tidak ada ULAMA dalam UMNO.. MP Besut seorang ULAMA, Dr. Mashithah Ibrahim pun dikira ULAMA UMNO malah baru-baru ini 40 orang ULAMA muda yang berkelulusan agama tahap Master dan PhD telah menyertai UMNO.. Namun, semuanya pakat SENYAP-sunyi apabila Lebai-Lebai PAS yang bukannya ada kelulusan agama pun memperLEKEHkan keISLAMan orang UMNO! Malah, bila Mufti diHINA pun pakat diam aje.. Lebai-Lebai PAS yang sekolah tak HABIS pun tak BERANI nak berhadapan, apatah lagi dengan Lebai-Lebai PAS tahap OTAI macam Pok Nik 'ALAHISSALAM'?

Semasa zaman PM ke-4, Pok Nik 'ALAHISSALAM' cukup 'JAKI' dengan kepimpinan beliau yang diIKTIRAF oleh seluruh dunia ISLAM sebagai pemimpin ISLAM contoh.. Habis pelbagai daya diUSAHAkan oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM' untuk menJATUHkan KREDIBILITI ulama-ulama UMNO masa tuh macam Dr. Abdul Hamid Othman, Dr. Yusoff Nor, Ismail Ibrahim dan ramai lagi yang dilihat sebagai penaik IMEJ PM ke-4.. Ada yang berjaya, ada yang dia GAGAL.. Semasa zaman PM ke-5, barulah usaha Pok Nik berjaya PASAL PM ke-5 lebih suka dengar cakap Menantu BABAH dan kawan-kawan 'LEVEL 4 BOYS'nya.. Habis hancur UMNO dibuat mereka.. Jadik, SALAH siapa?

Kalau sekarang orang-orang UMNO nak kata Pok Nik 'ALAIHISSALAM' dan Lebai-Lebai PAS yang lain sebagai ANGKUH, TAKBUR, BONGKAK dan sebagainya, memang mereka BERHAK bersikap sedemikian.. Salah siapa yang memberi MUKA kepada Pok Nik hingga sekarang nih dia jadik macam tuh sedangkan diorang nih nak bina MASJID pun tak mampu? ULAMA lain mana dia ambik KIRA dah? Kalau orang UMNO nak UNGKIT balik KONONnya Pok Nik terHUTANG NYAWA dengan pemimpin UMNO yang hantar doktor pakar dari IJN masa dia masuk ICU, takdenya orang TUA nih nak ingat dah! Kirim SALAM le jawabnye.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS