DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, November 28, 2010

'The HATCHET Man' kata Namewee TIDAK berSALAH semasa meRASMIkan majlis di sekolah CINA..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita HAIRAN sampai hari INI para menteri UMNO masih belum SEDAR apakah PUNCA sebenar UMNO diTOLAK rakyat dalam PRU 12 lalu.. Yang lebih mengHAIRANkan tuh, mereka BEBAS membuat kenyataan BODOH hinggakan menDATANGkan implikasi BERAT terhadap parti mereka.. Apakah UMNO yakin mereka akan KEMBALI mendapat majoriti 2/3 di Parlimen jika menteri-menteri tahap CIPAN ini diKEKALkan atau dibiarkan BEBAS memBUAT kenyataan sesuka HATI? Atau sebenarnya mereka ini penSABOTAJ untuk menROSAKkan UMNO dari dalam seperti beberapa bekas MP UMNO yang masuk PKR? DS Najib sebagai PM seharusnya menunjukkan dia lebih berKUASA dan 'OVERRULE' ke atas mereka ini.. Bukan menunjukkan beliau hilang KAWALAN ke atas mereka seperti 'The HATCHET Man' ini..

Hari ini kita terkejut memBACA kenyataan 'The HATCHET Man' mengatakan tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang yang membolehkan dia diambil tindakan..

"Sekiranya Namewee membuat lagu lucah yang dihalakan kepada pengetua sekolah di Kulai, maka orang yang berhak mengambil tindakan di bawah Akta SKMM ialah pengetua sekolah itu.. Terpulang kepada pengetua itu untuk mengambil tindakan atau tidak tetapi kerajaan tidak ada hak untuk mengambil tindakan ke atas Namewee,"

Itu katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah pembinaan bangunan baru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Kerian.. Kenyataan 'The HATCHET Man' ini dikeluarkan semasa dia meRASMIkan majlis di sebuah sekolah CINA dan sudah tentunya di hadapan mereka yang seKAUM dengan Namewee..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm

SIAPAkah 'The HATCHET Man' ini? Adakah dia Menteri Pelajaran? Adakah dia Menteri KDN? DIA cuma seorang Menteri JAGA Parlimen dan sepatutnya dia tidak perlu pun BUKA mulut buat kenyataan di luar bidang KUASA atau PORTFOLIOnya.. Seharusnya dia mengHORMATi Menteri yang bertanggung-jawab atau meminta pihak yang berTANYA agar merujuk kepada kementerian terbabit untuk JAWAPAN.. Adakah 'The HATCHET Man' meRASAkan dia sudah jadik PM hingga BEBAS boleh buat kenyataan bagi pihak orang LAIN?

Kita tertanya-tanya adakah dia SUDAH menonton sendiri KLIP yang diMAKSUDkan dan adakah dia FAHAM apakah implikasi KLIP sedemikian rupa terhadap RAKYAT negara INI? Dalam KLIP terbabit, Namewee bukan sahaja mengHINA pengetua tersebut, malah dia turut mengHINA guru-guru dan Kementerian Pelajaran secara AMnya.. Tanda 'F**K' itu bukan diTUJUkan kepada pengetua sahaja sebaliknya kepada semua guru-guru KHUSUSnya yang berBANGSA Melayu.. Hanya 'The HATCHET Man' sahaja yang BODOH tak memahaminya.. Kalau BETUL dia anti RASIS, kenapa dia berDIAM bila mereka yang seKAUMnya membuat kenyataan RASIS terhadap orang Melayu?

Malah, akhbar SINCHEW jugak lebih telus menyatakan tentang keSALAHan yang dilakukan oleh Namewee..

http://www.mysinchew.com/node/44342

Begitu HAPRAKnya Menteri 'The HATCHET Man' sampaikan BENDA mudah ini pun tak boleh BACA? INIkah seorang Menteri kabinet DS Najib yang hanya BERANI bertanding di kawasan Parlimen majoriti Melayu? Kalau BENAR-BENAR dia yakin bukan Melayu nak menyokongnya, pergilah berTANDING di kawasan Parlimen Ipoh Barat atau Ipoh Timur? TENGOK ramai mana mereka yang seKAUM dengan Namewee nak berikan UNDI kepadanya yang bertanding atas nama UMNO!

KeSALAHan lepas yang dilakukan oleh Namewee pun sebenarnya sangat BERAT dan sepatutnya diHUKUM.. PengHINAan ke atas lagu kebangsaaan dan mengHINA laungan AZAN adalah satu keSALAHan BESAR dan terang-terangan melanggar Perlembagaan Negara.. Namun, kerana PENAKUTnya UMNO terutamanya para Menterinya nak DAPATkan sokongan bukan Melayu, maka mereka IKUT sahaja desakan untuk 'menSUCIkan' keSALAHan seperti ini.. Menteri-Menteri ini beranggapan orang Melayu tetap mudah diBELI dan akan mengUNDI mereka walaupun seRENDAH mana pun MARUAH mereka diJATUHkan.. Mereka seolah-olah LUPA bahawa undi Melayulah yang menyebabkan UMNO nyaris hilang KUASA dalam PRU lepas..

Sampai sekarang Menteri-Menteri BANGANG seperti 'The HATCHET Man' GAGAL menJAWAB kenapa peratusan undi ROSAK PRU lepas adalah terTINGGI dalam sejarah PRU.. Mereka jugak GAGAL menJAWAB kenapa undi Melayu GAGAL menyelamatkan mereka di Kedah, Perak dan Selangor.. DS Najib dan TS Muhyiddin patut meNILAI kembali siapa yang menjadik menteri dalam kabinet mereka INI..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS