DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, November 13, 2010

ISU pengurusan bekalan air negeri memBUKTIkan betapa BENGAPnya MB-MB Pakatan Rakyat!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Walaupun negara ini diLIMPAHi dengan taburan air hujan semulajadi antara yang tertinggi di dunia, tetapi akibat pertambahan penduduk, aktiviti INDUSTRI dan pencemaran yang berleluasa, bekalan AIR bersih untuk penduduk di negara INI menjadi KRITIKAL bergantung bagaimana setiap negeri menguruskan bekalan masing-masing.. IRONInya di sini, kebanyakkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat menghadapi masalah BEKALAN AIR dan juga peningkatan harga BIL air.. Sebagai contoh, Kedah dan Pulau Pinang telah menaikkan kadar BIL air sementara Selangor dan Kelantan pulak menghadapi masalah untuk menyalurkan BEKALAN AIR BERSIH kepada rakyat..

Bab naik kadar BIL AIR tu terpulanglah kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Kerajaan Lebai PAS Kedah untuk menjelaskannya kepada RAKYAT.. Yang menarik untuk diperkatakan ialah keGAGALan berterusan Pok Nik 'ALAIHISSALAM' MB Kelantan untuk memberikan bekalan air BERSIH kepada rakyat Kelantan dan keBANGANGan kenyataan berdolak-dalik MB Selangor berhubung soal penyaluran bekalan AIR di Selangor.. Menurut beberapa PAKAR, Selangor, KL dan Putrajaya dijangka mengalami KRISIS BEKALAN AIR menjelang 2012.. Namun pandangan PAKAR ini diTOLAK oleh MB Selangor.. Malah, dia menCADANGkan pulak TEORI merapu seperti projek pembersihan Sungai Klang untuk menDAPATkan bekalan AIR BERSIH..

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29447:bersihkan-air-sungai-klang-lebih-cekap-mb-selangor&catid=1:utama&Itemid=50

Kita TAK nafikan tentang keperluan memBERSIHkan Sungai Klang, namun untuk mengatakan Sungai Klang yang BERSIH mampu menampung keperluan BEKALAN AIR BERSIH untuk Selangor, KL dan Putrajaya adalah kenyataan MERAPU dan memperBODOHkan orang! Semua maklum bahawa keperluan AIR bukanlah sahaja untuk kegunaan ISI rumah, malah sektor perindustrian juga memerlukan AIR BERSIH dalalm jumlah yang BESAR.. Mampukah bekalan air dari Sungai Klang sahaja menampung keperluan untuk SEMUA ini? Sedangkan jumlah penduduk semakin meningkat menandakan perlunya BEKALAN AIR bersepadu dilakukan untuk menampung keperluan tersebut..

- Dapatkah MB Selangor memBERI jaminan bahawa rakyat Selangor, KL dan Putrajaya akan dapat bekalan AIR BERSIH mencukupi sekiranya Sungai Klang diBERSIHkan seperti diDAKWAnya?

- Dapatkah MB Selangor memBUKTIkan belanja memBERSIHkan Sungai Klang dari hulu ke hilirnya JAUH lebih MURAH berbanding bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk menyalurkan bekalan AIR dari Pahang? Sedangkan belanjawan negeri mengalami DEFISIT?

- Antara punca pencemaran sungai di Selangor adalah kegiatan mengorek PASIR ala YAKJUJ wal MAKJUJ yang di'HALAL'kan oleh MBnya sendiri! Mahukah MB Selangor memBERHENTIkan kegiatan JAHANAM ini yang jelas mencemarkan sungai-sungai di Selangor?

Itu kenyataan BANGANG MB Selangor tentang isu BEKALAN AIR di negerinya.. Di Kelantan pulak, MBnya pun cukup HEBAT dalam bab memperBODOHkan rakyat.. Hinggakan dimaklumkan Kelantan kena TUNGGU hingga tahun 2027 untuk dapatkan BEKALAN AIR BERSIH!

http://www.bharian.com.my/articles/BekalanairbersihdiseluruhKelantanpada2027_Exco/Article/

Dengan kata lain, walaupun Malaysia sudah mencapai Wawasan 2020, Kelantan kena tunggu 7 tahun lagi baru dapat bekalan AIR BERSIH! Dari mana Lebai PAS belajar matematik KITA pun tak tahu tapi begitulah pengiraan mereka..

Bab ini melampaulah kalau Lebai PAS masih nak SALAHkan Kerajaan Pusat jugak.. Semua TAHU bagaimana keCERDIKkan Pok Nik menguruskan BEKALAN AIR di Kelantan hinggakan kita dengar cerita dulu Pok Nik tandatangan KONTRAK dengan Syarikat Thames Water selepas dia sudah makan nasik.. AKIBATnya, Pok Nik terpaksa PINJAM duit dengan Kerajaan Pusat sebanyak RM600 juta untuk selesaikan HUTANG akibat pemBATALan KONTRAK.. Itu pun Pok Nik dan Lebai PAS masih lagi mengHINA Tun Mahathir, PM yang berikan PINJAMAN BESAR tersebut..

Punca bekalan air Kelantan hampir 80% berpunca dari Sungai Kelantan.. Di HULUnya Lebai-Lebai PAS berpakat dengan Tokey CINA Singapura tebang BALAK hingga menjejaskan kawasan TADAHAN AIR.. Di HILIRnya pulak, Lebai PAS jugak berpakat dengan Tokey CINA tertentu untuk KOREK PASIR hingga mengeruhkan AIR sungai ini dan boleh diSAKSIkan dari Tanah Merah hingga ke Pasir Mas dan Kota Bharu.. Apakah USAHA Lebai PAS untuk memulihara sungai yang begitu PENTING ini? Anda cuma boleh SAKSIkan Lebai-Lebai PAS memasang TANGKI air besar kat rumah masing-masing.. Rakyat BIASA? Lantaklah.. Air keruh ke berkarat ke, JANJI rumah Lebai PAS OK! Sebijik macam YAKJUJ wal MAKJUJ!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS