DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, November 05, 2010

WANG untuk UNDI - Kalau Nik Aziz buat dikatakan SALAH, bagaimana pulak dengan perbuatan lepas DIA nih?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dia dah MULA dah nak 'CLAIM CREDIT' di depan MEDIA.. Di saat semua PIHAK di DUN Galas dan Batu Sapi meRAIkan meMENANGan BN secara sederhana dan penuh keSYUKURan, 'MANGKUK' nih pulak masih cuba mencari PUBLISITI murahan menerusi kenyataan MEDIA seolah-olah macam le orang nak BACA sangat apa yang keluar dari MULUTnya! Sejak bila pulak UMNO meLANTIK 'MANGKUK' nih menjadi jurucakap atau jurulas bagi partinya? TAHUkah UMNO akan IMPLIKASI besar terhadap parti jika 'MANGKUK' nih dibiarkan sewenang-wenangnta membuat kenyataan?

KALI ini, Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG seperti dipetik oleh Utusan Malaysia mengatakan tindakan Menteri Besar Kelantan itu adalah kesalahan besar kerana ia merupakan perbuatan memberi rasuah kepada golongan tersebut supaya mengundi calon parti itu pada pilihan raya. Katanya, Pas sangat terdesak untuk memenangi pilihan raya kecil itu sehingga sanggup melakukan apa sahaja..

"Jadi, saya berharap siasatan berhubung perkara ini dapat dijalankan dengan segera kerana sudah terang perbuatan Nik Abdul Aziz itu salah di sisi undang-undang..

"Rakyat sepatutnya sudah boleh menilai sendiri daripada tindakan tersebut kerana sebelum ini Pas yang sibuk mencanang bahawa Barisan Nasional (BN) sering menggunakan politik wang tetapi sebenarnya merekalah yang mengamalkannya,
" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_13.htm

Ewah! Ewah!... MACAM bagus aje dia ye? Kalau Pok Nik 'ALAIHISSALAM' dikatakan terdesak untuk dapatkan UNDI, bagaimana pulak dengan dia SENDIRI yang didapati berSALAH oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana terBUKTI mengamalkan keSALAHan POLITIK WANG semasa pemilihan parti untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO tahun 2009 lalu? Adakah dia yang melakukan perBUATan JIJIK tersebut patut diLIHAT bersih sedangkan dia mahukan Pok Nik pulak dilihat KOTOR kerana melakukan perbuatan yang SAMA?

Dengan KATA lain,kenyataannya INI hanya cuba MENUTUP keBURUKkannya melakukan keSALAHan POLITIK WANG semasa pemilihan partinya dengan menonojolkan keSALAHan Pok Nik memberi 'ZAKAT' menerusi MEDIA.. Dia mengHARAPkan agar orang ramai mengutuk perbuatan Pok Nik dan meLUPAkan HAKIKAT bahawasanya dia jugak pernah melakukan perBUATan yang SAMA! Apakah graduan 'CELUP' Oxford ini INGAT sebegitu MUDAH untuk dia memperBODOHkan rakyat negara INI? Adakah setakat INI sahaja keCERDIKkan graduan 'OXFORD' yang hendak ditonjolkan sangat oleh UMNO?

KeMENANGan BN di DUN Galas dan Batu Sapi adalah hasil kerja KERAS para pemimpin BN tempatan di sana diBANTU oleh para BLOGGERS yang tidak henti-henti menyerang keBURUKkan Lebai PAS, SAPP dan PKR sepanjang masa.. Nak HARAPkan dia sebagai Ketua Pemuda UMNO yang diPILIH menerusi POLITIK WANG? Dok SABOTAJ orang pandai la! Takde satu pun SUMBANGANnya yang boleh diBANGGAkan atau boleh dipuji untuk kedua-dua PRK kali ini.. Pasal semua MAKLUM dia cuma nak dapat PUBLISITI atau liputan media aje, bukannya pasal benar-benar nak bantu BN pun!

Adakah orang seperti INI yang hendak diBANGGAkan oleh UMNO? Orang yang LANGSUNG tidak mematuhi apa yang diucapkannya sendiri dalam ucapannya semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru INI? Kalau Pok Nik buat SALAH, ko pun 2X5 JUGAKlah! HE!HE!HE!

Wallahualam..

1 comment:

detguaq said...

Bila pencuri menjerit "Perompak!" "Perompak!" "Perompak!".....

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS