DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, November 11, 2010

Slogan baru Lebai PAS - 'Negara ISLAM' dan 'HUDUD' diketepikan, 'BABI' lebih diUTAMAkan..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Adalah meLUCUkan apabila melihat seorang Lebai PAS bersungguh-sungguh memperTAHANkan seekor BINATANG yang jelas HARAM di sisi Islam.. Kalau DAHULU kita hairan apabila terbaca seorang Ustazah Lebai PAS menyokong pemBINAan kandang BABI bersaiz MEGA di Selangor, HARI ini kita terbaca pulak bagaimana seorang Lebai PAS yang sepatutnya 'EDUCATED' memperTAHANkan seorang murid yang sepatutnya ISLAM membawa SOSEJ BABI ke sekolah hingga di ROTAN oleh gurunya..

Isunya berMULA apabila seorang Lebai PAS di Parlimen cuba memBELA anak seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam di Sarawak yang diKATAkan diROTAN oleh gurunya kerana membawa BEKALAN nasi goreng berlaukkan sosej babi ke kelasnya.. Pada MULAnya isu ini cuba diPUBLISITIkan oleh peMINAT setia BABI dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP.. KONONnya DAP cuba menyalahkan guru terbabit yang meROTAN murid tersebut.. Malah, seperti mana kes-kes yang menimpa penJAWAT awam Melayu sebelum ini, DAP sudah tentu akan memPOLITIKkan isu ini..

MALANGnya, percubaan DAP ini telah diKANTOIkan oleh bekas pemimpin PKR yang juga MP Kulim - Bandar Baharu, Zulkifli Nordin.. Yang lebih meMALUkan para Pemimpin PR tuh, dia menyatakan bahawa murid itu, Basil anak Baginda adalah beragama Islam berdasarkan agama ayahnya, Baginda @ Norazman Abdullah yang pernah menjadi calon PKR pada Pilihan Raya Umum 1999.. Menurutnya, dia secara peribadi mengenali Baginda yang menjadi salah seorang saksi dalam perbicaraan kes melibatkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998..

Nak SEDAPkan cerita lagi, dia mengatakan:-

"Saya terlibat sebagai peguam dalam kes itu dan mengendalikan secara langsung saksi terlibat. Saya tahu dia seorang beragama Islam, jadi ini bermakna anaknya adalah Islam, emak dia (Angela Jabing) saya tidak tahu agamanya.. Persoalan yang perlu diperjelaskan adakah tindakan guru merotan murid itu salah iaitu apabila mempertahankan anak seorang Islam daripada membawa babi yang diharamkan Islam sebagai bekal ke sekolah,"

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm

Kan dah KANTOI dah? MALU wehh..

MALANGnya, penjelasan Zulkifli masih cuba diPUTAR-BELITkan oleh seorang Lebai PAS MP Kuala Selangor.. MP tersebut cuba meengalihkan ISU kepada hukuman ROTAN yang dikenakan kerana alasan mereka ianya melanggar hak asasi PELAJAR tersebut.. INI adalah sesuatu yang PELIK kerana MP PAS terbabit cuba menyembunyikan ISU yang lebih BESAR iaitu status agama MURID terbabit dan BAPA kandungnya sendiri! ISU ini telah diperrjelaskan sendiri oleh Zulikifli di dalam BLOGnya sendiri.. Malah dia menyarankan agar JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Sarawak menyiasat STATUS sebenar agama bapa murid tersebut..

http://zul4kulim.blogspot.com/

Di SINI kita rasa MUAL yang teramat meLIHAT gelagat Lebai PAS MP Kuala Selangor yang beriya-iya memperTAHANkan keSALAHan yang jelas diHUKUM HARAM di dalam agamanya sendiri.. Adakah sudah menjadi prinsip Lebai PAS yang begitu teringin menjadi LIBERAL hinggakan segala hukum HALAL dan HARAM diperSETANkan? Apakah pada pandangan MAJORITI Lebai PAS bahawa kepentingan menJAGA keMAHUan peMAKAN BABI seperti DAP adalah lebih mustahak berbanding memperjuangkan Negara ISLAM dan hukum HUDUD seperti mana yang mereka perjuangkan sebelum ini?

Kita harus INGAT bahawa bapa kepada MURID yang kontroversi INI adalah merupakan salah seorang SAKSI kepada kes menJUBOR Penasihat PKR yang pertama dahulu.. Malah, bagaimana semasa dalam KES menJUBOR tersebut, dia menyatakan dirinya sudah masuk ISLAM tetapi pada HARI ini dia sudah tidak berAGAMA pulak? Adakah seMUDAH itu mereka menukar agama seperti menukar BAJU? Apakah Lebai PAS sedar bahawa mereka adalah puak yang terLAKNAT akibat memBENARkan dan menSENSASIkan isu ini mengikut keMAHUan pemakan BABI seperti DAP?

http://apanama2020.blogspot.com/

UMNO jugak patut sedar bahawa ada rakan KOMPONEN mereka dalam BN begitu BODOH hingga turut SAMA ikut rentak DAP kerana perSAMAan dalam bab makan BABI.. Adakah UMNO sedar bahawa mereka jugak akan turut sama diperBODOHkan seperti Lebai PAS kerana menjadi pak TURUT kepada apa sahaja kehendak pemakan BABI dalam BN hinggakan semua keMAHUan mereka perlu dituruti sedangkan mereka langsung tak menyumbang apa-apa pun kepada peningkatan UNDI untuk BN?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS