DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, November 06, 2010

Ustaz Mohd. Nor Deris telah mengHILANGkan taraf keWALIan, keDEWATAan dan apa-apa lagi taraf yang ada pada Pok Nik..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apabila BUKU bertemu dengan RUAS!

Itulah yang SESUAI untuk kita SEBUTkan apabila meneliti petikan klip YOUTUBE yang menunjukkan Ustaz Mohd. Nor Deris cuba menCABAR Pok Nik 'ALAHISSALAM' untuk berBAHAS dengannya..



Walaupun PIHAK yang menerbitkan petikan klip YOUTUBE ini cuba mengGAMBARkan KONONnya Ustaz Mohd. Nor Deris seolah-olah TIDAK hormatkan Pok Nik, tetapi jangan kita LUPA bahawasanya Pok Nik jugak TIDAK pernah pun HORMATkan orang lain?
Mantan Sultan Kelantan SAKIT, Pok Nik tak datang meLAWAT sebagai tanda HORMAT.. Tun Dr. Mahathir yang bagi geran RM600 juta untuk Pok Nik bayar HUTANG air Kelantan pun Pok Nik HINA bermacam-macam.. Malah, DS Najib yang meLAWAT Pok Nik masa dia masuk ICU pun Pok Nik sanggup DOAkan pecah PERUT! Kalau BEGINI perangai Pok Nik, apa SEBAB untuk Pok Nik meRASAkan dia LAYAK diHORMATi?


BerBALIK kepada adegan dalam KLIP tersebut.. Adalah jelas pertikaian antara Pok Nik dengan Ustaz Mohd. Nor Deris bukanlah pertikaian PERIBADI pun.. Jelas sekali pertikaian mereka berdua meLIBATkan permasalahan umat ISLAM terutamanya BUDAYA Lebai PAS yang suka mengKAFIRkan umat Islam LAIN yang tidak seFAHAMan POLITIK dengan mereka.. Namun, yang PELIKnya, pada masa yang SAMA Lebai PAS boleh pulak bersekongkol dengan DAP walaupun jelas sikap perMUSUHan DAP terhadap agenda umat Islam? INIlah yang menyebabkan Ustaz Mohd. Nor Deris kePANASan dan menCABAR Pok Nik berDEBAT dengannya.. Yang PELIKnya, Pok Nik tak BERANI pulak menyahut cabaran Ustaz Mohd. Nor tersebut? Sebaliknya Pok Nik mengatakan "Mu la TOBAT dulu!" KAH!KAH!KAH!

Di awal KLIP tersebut, Pok Nik cuba menyalahkan UMNO kerana bersekongkol dengan MCA sebaliknya Ustaz Mohd. Nor Deris pulak memBALAS dengan mengatakan PAS lebih teruk kerana bersekongkol dengan DAP.. Di sini sahaja KITA dah nampak keSONGSANGan Pok Nik.. SeBURUK-buruk MCA, mereka antara yang berSETUJU apabila perkara utama dalam Perlembagaan Negara diputuskan.. Dengan KATA lain, MCA tidak memBANTAH apabila ISLAM menjadi agama RASMI negara tercatat dalam Perlembagaan Negara.. Begitu jugak dengan perkara-perkara yang meLIBATkan bahasa Melayu, hak-hak ISTIMEWA orang Melayu, KeSULTANan Melayu dan lain-lain.. Namun, Pok Nik cuba menyembunyikan HAKIKAT bahawa DAP bukan sahaja menentang HUDUD, bahkan konsep negara ISLAM yang diperjuangkan oleh Lebai PAS pun ditolak mentah-mentah! Malula SIKIT Pok Nik wei!!

Malah, Ustaz Mohd. Nor Deris bersedia berHADAPan dengan siapa sahaja pemimpin Lebai PAS untuk memBAHASkan tentang takrifan 'AHZAB'.. Namun, Pok Nik buat TAK RETI aje dalam KLIP tu? Adakah Lebai PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP untuk meMUSUHi orang Islam seperti UMNO dianggap 'AHZAB'? LAYAKkah DAP yang menentang tulisan JAWI pun dianggap sekutu 'AHZAB'? Adakah para pemimpin PKR yang menJUBOR sesama jenis, bersekedudukan dan KAKI kebas harta orang LAYAK dipanggil 'AHZAB'? Mungkin inilah perSOALan yang ingin diTIMBULkan tetapi Pok Nik tidak mahu RESPON kerana nanti lebih terKANTOI gamaknya!

Dalam sejarah negeri Kelantan, Masjid BESAR Muhammadi di Kota Bharu berdekatan dengan Padang Bank (panggilan orang Kelantan) pernah menjadi MEDAN perbahasan secara INTELEKTUAL antara tokoh-tokoh ulama di negeri INI.. Malah, pernah tercatat sultan-sultan Kelantan terdahulu seperti Sultan Muhammad IV pernah menjadi JURI atau orang TENGAH dalam perbahasan ILMU sesama alim ulama di negeri tersebut.. Oleh itu, apa KATA kalau ada pihak mengANJURkan pulak perBAHASan antara Pok Nik dengan Ustaz Mohd. Nor Deris di hadapan Sultan Muhammad V? Jangan HANTAR Mat Sabu dengan Mahfuz Omar, udah le.. Atau pun dihantar MP Shah Alam karang, habis satu negeri pakat kepit 'BIBLE' pulak? HE!HE!HE!

Apa pun, dalam KLIP terbabit jelas mengGAMBARkan Pok Nik cuma BERANI di hadapan orang-orang UMNO yang mungkin dianggapnya tidak mahir dalam ISLAM.. Apabila berhadapan dengan orang seperti Ustaz Mohd. Nor Deris, Pok Nik pun TIDAK lebih manusia BIASA aje.. Habis hilang TARAF keWALIan, keDEWATA rayaan dan apa-apa lagi TARAF yang selama ini diberikan oleh Lebai PAS hingga Pok Nik jadi RIAK dan TAKBUR! Oleh itu, Ustaz Mohd. Nor Deris telah pun meMULAkannya.. Bagaimana pulak denga ulama-ulama MUDA UMNO? Bagaimana pulak dengan ustaz-ustaz JAKIM dan para MUFTI selain mufti Perak? Sampai bila nak TENGOK umat ISLAM jadik 'KUCA LANA' (loghat Kelantan bermaksud carcamarba) disebabkan SIKAP mereka sendiri?

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

maaf cakap le, aku tgk mat deris ni yang macm kna rasuk hantu atau setan. kalo nk berlawan ilmu, jangan sampai malukan diri kat rumah org.

Ko tgk akhlak pemimpin PAS, cuba tenteramkan keadaan, kalo kna ke Najib, aku rasa ada dah samseng UMNO tumbuk mamat ni

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS