DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, November 03, 2010

Pok Nik memang peRASUAH? - Bagusle, Ketua Pemuda UMNO dah ada GENG! KAH!KAH!KAH!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dulu lagi kita dah SEBUTkan.. Jangan PERCAYA sangat dengan LAKONan orang TUA nih.. Jangan MUDAH tertipu dengan rumahnya yang KONONnya tidak seMEWAH mana di Pulau Melaka tuh.. Sedangkan keluar aje beberapa INCI dari kawasan rumahnya tuh, segala bentuk keMEWAHan boleh diperolehi oleh orang TUA tuh.. Itu ZUHUD ke namanya? Mungkin ZUHUDla kot pada TAFSIRAN Lebai PAS yang rata-ratanya mak bapak tak ajar 'BASIC' agama.. Namun, pada orang Islam LAIN yang dididik oleh mak bapak masing-masing tetang perkara ASAS dalam agama Islam dan berpegang TEGUH dengannya sampai bila-bila, mereka TAHU memBEZAkan apa itu ZUHUD dan apa itu JUMUD!

Kali nih Pok Nik 'ALAIHISSALAM' telah menCEMARkan imej PAS dan jugak sekaligus memalitkan keKOTORan pada agama Islam yang KONONnya sering dikatakan oleh Lebai PAS sebagai tunjang perjuangan POLITIK mereka.. SPR telah memBERIkan pendapat berhubung isu gambar Pok Nik dok hulur duit kat orang ASLI yang dikatakan masuk Islam sebagai RASUAH!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_40.htm

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, mengikut Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 apa-apa pemberian wang kepada pengundi yang boleh mendorong pengundi itu mengundi ditafsirkan sebagai rasuah atau cuba membeli undi..

"Apa yang saya sebutkan itu di bawah konteks undang-undang. Itu hak masing-masing, tetapi dalam undang-undang wang diterima oleh pengundi berdaftar dalam kawasan pilihan raya akan berlaku, wang itu diberi oleh siapa juga atas nama parti ke atau calon, maksudnya jelas memang boleh dirujuk seksyen tersebut,"

Katanya pada persidangan media di sini hari ini.. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberikan sejumlah wang kepada penduduk Orang Asli di Lojing yang disifatkan sebagai tindakan terdesak membeli undi..

Sekarang terPULANG kepada SPRM untuk mengambil tindakkan seWAJARnya terhadap Pok Nik dan PAS sebagai sebuah parti politik yang berTANDING di DUN Galas.. Seperti yang kita sebut tadi, Pok Nik bukan sahaja telah menCEMARkan IMEJ partinya sendiri, bahkan mengotori nama agama Islam dan boleh jugak diTUDUH sebagai menSABOTAJ peluang calon PAS di DUN Galas! Jika calon PAS menang sekalipun, perbuatan Pok Nik akan diSABITkan dengan keSALAHan pilihanraya dan keMENANGan calon PAS tersebut boleh diBATALkan! INI bukan perkara BARU kerana jika anda masih INGAT, cubaan oleh Lebai PAS untuk memBATALkan sesuatu keputusan PRK pernah dilakukan mereka dahulu di DUN Pengkalan Pasir pada tahun 2005.. KALI ini giliran Lebai PAS pulaklah yang terkena!

Apa pun DALIH yang akan Pok Nik kemukakan, gambar Pok Nik HULUR duit tuh dah tersebar serata DUNIA! Malah, jika dikatakan tujuan pemberian tersebut KONONnya sebagai ZAKAT, itu adalah DALIH paling BODOH kerana selama INI ada ke mualaf yang masuk Islam terus dapat duit ZAKAT serta merta? Dapat 'DIRECT' dari tangan MB lagi? Apa ISTIMEWAnya mualaf tersebut berbanding mualaf-mualaf lain hinggakan Pok Nik sampaikan sendiri dengan TANGANnya? Mungkin ISTIMEWA pasal mereka adalah pengundi DUN Galas la tu.. KAH!KAH!KAH!

Malah, SPRM jugak wajar menyiasat JUMLAH duit yang diHULURkan oleh Pok Nik dalam gambar tersebut.. Kita diFAHAMkan jumlahnya sekitar RM300 (Duit RM50 sebanyak 6 keping).. Jika BENAR, bandingkan pulak dengan jumlah yang diterima oleh MUALAF lain untuk memastikan adakah JUMLAH 'ZAKAT' tersebut adalah SAMA sepertimana yang diterima oleh MUALAF lain atau hanya 3 orang MUALAF dalam gambar tersebut sahaja yang ISTIMEWA dapat duit ZAKAT sebanyak RM300? Dalam ISLAM, dah tentu setiap ZAKAT ada KADARnya.. Malah, 'TIMING' pemberian pun ada digariskan dalam Islam.. Takkan Pok Nik sebagai 'BOSS' kepada puak yang mengaku LEBIH Islam berbanding orang Islam lain tak tahu pulak? HE!HE!HE!

Apa pun, SPR dah berikan pandangan mereka.. Laporan polis pun dah dibuat.. Bukti berGAMBAR pun dah ada.. Tinggal SPRM aje untuk menyiasat dan memBUKTIkan dakwaan tersebut di mahkamah.. Jangan NANTI terLEPAS macam kes menantu dia atau macam kes TANAH balak Hulu Kelantan atau macam kes penSWASTAan air di Kelantan tu sudah le! Makin SERONOK la pulak nanti 'ZAKAT' diberikan setiap kali pilihanraya! Kita INGATkan masa Pemilihan Agung UMNO yang lalu aje ada 'ZAKAT' macam nih? Rupanya Pok Nik dengan Ketua Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG pun 2x5 jugak ke? HE!HE!HE!

Selamat mengundi untuk semua pengundi di DUN Galas!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS