DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, November 02, 2010

Ke mana sahaja dia pergi, dia hanya akan menSABOTAJ peluang BN..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

BODOH tak boleh diajar atau memang INGIN menSABOTAJ peluang BN kerana 'PAKATAN PASSPORT' dengan Penasihat PKR tahun 2004 dahulu?

Apa KAITANnya pertandingan PRK Batu Sapi kali ini yang menyaksikan pemilihan 3 PENJURU dengan pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang jugak menyaksikan pertadingan 3 penjuru dahulu?

Semua MAKLUM bahawa Ketua Pemuda UMNO memenangi jawatannya dahulu walaupun diDAPATI berSALAH melakukan keSALAHan POLITIK WANG! DiULANGI, didapati berSALAH oleh Lembaga Disiplin UMNO sendiri bahawa dia melakukan keSALAHan POLITIK WANG! Adakah orang UMNO sebegitu BEBAL seperti ahli-ahli PKR yang enggan menerima sememangnya Penasihat PRK seorang 'penJUBOR' walaupun keputusan 3 HAKIM Mahkamah Rayuan TIDAK menolaknya terbabit dengan perbuatan sedemikian?

Kali INI Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG telah membuat kenyataan yang jelas akan menjejaskan peluang BN memenangi PRK Batu Sapi di Sabah.. Kenyataan yang memBANGGAkan dirinya memenangi pertandingan 3 penjuru semasa pemilihan Ketua Pemuda UMNO dahulu walaupun dia menerima penCALONan paling SEDIKIT berbanding dua orang lawannya..

Menurut petikan Agendadaily,

Ketika ada pihak membayangkan calon BN di Batu Sapi boleh menang, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berharap jentera parti tidak bersikap selesa kerana macam-macam boleh berlaku dalam pertandingan tiga penjuru.

Beliau memberi contoh ketika pemilihan jawatan Ketua Pemuda dalam pemilihan parti tahun lalu apabila berlaku saingan tiga membabitkan beliau, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir. Walaupun Khairy calon favorite, Mukhriz mendapat pencalonan tertinggi manakala Khairy di tempat ketiga tetapi setelah pemilihan, ahli parlimen Rembau itu menang jawatan tersebut.

"Macam-macam boleh berlaku jika ada pertandingan tiga penjuru, macam saya dulu," katanya kepada Agendadaily selepas mengadakan lawatan ke Kampung Gas, di Batu Sapi bersama-sama jentera Pemuda BN, Isnin.


http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_b46eee70-7f000010-1d956ad0-a4414258

ADAkah dia memBUATkan kenyataan ini kerana ingin memperBODOHkan rakyat?

Semua MAKLUM beza antara PRK dengan Pemilihan Agung UMNO(PAU).. PRK tidak memerlukan kuota jumlah penCALONan sedangkan PAU memerlukan KUOTA pencalonan tertentu.. Dengan KATA lain, pemilihan lalu menyaksikan bagaimana SOGOKkan dan POLITIK WANG diperingkat pusat boleh mempengaruhi keputusan.. Hinggakan nak kira 700 lebih UNDI pun mengambil masa sampai ke malam! Adakah ITU yang hendak diSAMAkan dengan PRK Batu Sapi kali INI oleh Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG?

Jika dia TIDAK berNIAT hendak memperBODOHkan pengundi di Batu Sapi, jelas dia ingin menSABOTAJ peluang BN di sana.. Jadik pilihlah antara DUA kemungkinan ini.. Yang NYATAnya, ke mana sahaja dia pergi, imej BN depan RAKYAT pasti akan dirosakkannya..

Wallahualam..

2 comments:

udanggalah said...

Salam perkenalan...
Khairy bukan tak berpotensi tapi dia gelojoh...kalau dia naik dari bawah dia cukup dihormati.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita MELUAT dia dengan bukan sebab nama dia, bukan sebab batang TUBUH dia tetapi sebab 'PERANGAI' dia yang meMUSNAHkan segala-galanya..

NOKTAH

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS