DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, February 08, 2011

Adakah UNDANG-UNDANG negara INI tidak perlu diPATUHi oleh orang-orang POLITIK?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dalam RUKUNEGARA, ada disebut tentang KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.. Ianya berMAKSUD rakyat negara ini menJUNJUNG tinggi undang-undang yang telah diBENTUK di negara ini seperti Perlembagaan, Kanun, Akta atau pun peraturan.. Namun demikian, untuk menJUNJUNG salah satu RUKUNEGARA ini ianya memerlukan penguatkuasaan.. Tanpa penguatkuasaan, sesuatu UNDANG-UNDANG itu tidak memberi sebarang MAKNA dan jika keadaan itu BERLAKU, kita boleh nampak TIDAK ada BEZA antara manusia dengan BINATANG.. Secara MUDAHnya, sesuatu UNDANG-UNDANG itu tidak akan terTEGAK dengan sendirinya tanpa penDUKUNGnya iaitu badan penguatkuasa seperti POLIS, SPRM, KASTAM dan sebagainya..

Walaupun BEGITU, kebelakangan INI kita nampak seolah-olah ada LOMPANG dalam penguatkuasaan UNDANG-UNDANG di negara INI hingga menyebabkan ianya telah diMANIPULASI terutamanya oleh orang-orang POLITIK kita yang seperti BINATANG.. Ada BANYAK keSALAHan yang dilakukan oleh orang-orang POLITIK kita sepatutnya diBATASi oleh UNDANG-UNDANG tetapi mereka seolah-olah dibiarkan berTINDAK liar seperti BINATANG hingga menyebabkan sesuatu UNDANG-UNDANG itu semacam tidak ada NILAI.. Nak CONTOH?

1) Semasa PRK DUN Galas yang LALU, aksi Pok Nik 'ALAIHISSALAM' yang memberi SOGOKAN semasa KEMPEN pilihanraya telah berjaya diRAKAM.. Walaupun Pok Nik dan Lebai-Lebai PAS cuba berDALIH dengan mengatakan pemberian tersebut KONONnya sebagai 'ZAKAT' ke atas orang asli yang masuk ISLAM, tetapi ianya diLAKUkan 'EKSKLUSIF' semasa KEMPEN pilihanraya.. Malah, Pengerusi SPR sendiri atas bidang KUASAnya sebagai perlaksana AKTA PILIHANRAYA telah memBERIkan pendapat aksi Pok Nik tersebut menyalahi Perkara 10, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.. Namun demikian, sehingga hari INI tiada TINDAKKAN diambil oleh SPRM terhadap Pok Nik?

2) Ketua Penerangan PKR yang juga merupakan salah seorang PEGUAM kepada ADUN Sri Muda yang KINI menghadapi perBICARAan di bawah AKTA HASUTAN sebenarnya telah diKAITkan dengan pemBIKINan Akuan Bersumpah PALSU.. Rahimi Osman yang meRUPAkan rakan kepada MANGSA jubor Penasihat PKR iaitu Saiful Bukhari Azlan telah menDAKWA diPAKSA oleh PEGUAM tersebut untuk menandatangani Akuan Bersumpah PALSU terhadap Saiful.. Laporan POLIS telah dibuat tetapi sehingga KINI tiada siapa TAHU apakah STATUS kes ini.. Apa sudah JADI? ->KLIK<-

3) KALI ini, rakyat Selangor diKEJUTkan dengan BERITA bahawa MB GAGAP menggunakan Kerajaan Negeri Selangor akan membiayai kos perundangan ADUN Sri Muda yang menghadapi perBICARAan di bawah AKTA HASUTAN kerana penulisan BLOGnya yang mengHINA DYMM Sultan Selangor.. Adalah jelas penDAKWAan terhadap ADUN Sri Muda bukan kerana dia meWAKILi Kerajaan Selangor sebaliknya atas penulisan PERIBADInya sendiri.. Dengan KATA lain, SENDIRI BUAT SENDIRI TANGGUNG.. Tindakkan MB GAGAP melalui Kerajaan Negeri Selangor memBIAYAI kos perundangan adalah satu bentuk PENYELEWENGAN duit rakyat yang bayar CUKAI dan sekaligus penDERHAKAan kepada DYMM Sultan Selangor itu sendiri.. Adakah SPRM dan Jabatan Peguam Negara perlu menunggu orang buat LAPORAN barulah terHEGEH-HEGEH untuk buka fail SIASATAN? ->KLIK<-

INIlah yang kita PELIK dengan TUNGGANG-TERBALIK berhubung penguatkuasaan UNDANG-UNDANG oleh agensi-agensi yang sepatutnya berTANGGUNG-JAWAB terhadap perkara sebegini.. Tidak SALAH kalau kita sebagai RAKYAT biasa meLABELkan mereka sebagai LEMBAB dan 'PILIH BULU' untuk bertindak walaupun hanya untuk buka FAIL SIASATAN.. Keadaan ini hanya akan menjadikan perlanggaran UNDANG-UNDANG berlaku secara berleluasa dan apabila sampai satu TAHAP, kita khuatir negara INI akan menjadi HURU-HARA seperti apa yang terjadi di Mesir..

Kita ingin TAHU, besar SANGATkah kuasa orang POLITIK dalam kes-kes yang diNYATAkan tadi hingga mereka bebas untuk MENYELEWENG, menyalahgunakan KUASA dan bebas meMANIPULASI tanpa diambil sebarang TINDAKkan? Apakah NEGARA kita ini menJURUS kepada zaman di mana orang POLITIK menjadi seperti MAFIA iaitu mereka BEBAS meLANGGARi UNDANG-UNDANG tanpa perlu TAKUT dikenakan HUKUMAN? Di BAWAH tanggung-jawab SIAPAkah untuk memastikan orang-orang POLITIK tersebut mematuhi UNDANG-UNDANG seperti rakyat BIASA yang lain? Mana dia Menteri KDN? Peguam Negara? SPRM? POLIS dan lain-lain pihak berKUASA? Jika anda berTINDAK di bawah landas UNDANG-UNDANG, apakah yang perlu hendak diTAKUTi?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS