DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, February 01, 2011

DIKTATOR kat Mesir diorang nampak, DIKTATOR kat Kelantan tuh buat-buat tak NAMPAK pulak? Petanda Lebai PAS memang JAHILLIYAH!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

JAHILLIYAH - Apakah yang anda FAHAM dengan ISTILAH ini? Secara MUDAHnya, istilah ARAB ini dapat diSAMAkan dengan keBODOHan dan tiada pegangan HIDUP.. Sebelum keLAHIRan Nabi SAW, bangsa ARAB digambarkan sebagai bangsa JAHILLIYAH iaitu bangsa yang BODOH, tidak berTAMADUN dan suka mencetuskan HURU-HARA.. Zaman ini jugaklah menyaksikan bangsa ARAB menyembah BERHALA, memBUNUH anak-anak perempuan dan berperang sesama sendiri.. KeDATANGan ISLAM telah menghapuskan keJAHILan bangsa ARAB seterusnya menjadikan mereka mula berTAMADUN dan menyebarkan ISLAM ke seluruh DUNIA..

Semasa PRK DUN Tenang baru-baru INI, Pok Nik 'ALAIHISSALAM' telah mengeluarkan 'FATWA' mengatakan pengundi yang tidak UNDI calon PAS dikatakan JAHILLIYAH.. Namun, selepas beberapa HARI PRK selesai, kita nampak 'FATWA' Pok Nik telah berBALIK kepada pengikutnya SENDIRI.. Ini kita dapat SAKSIkan bila Lebai-Lebai PAS cuba mengANJURkan DEMONSTRASI pada hari jumaat INI berTUJUAN untuk menuntut Presiden Mesir Hosni Mubarak LETAK jawatan dan juga memPROTES keNAIKkan harga barang..

KLIK

KLIK

KENAPA kita katakan Lebai PAS tu semua JAHILLIYAH? Senang aje..:-

1) PERNAH tak kita dengar Presiden sesebuah negara asing letak jawatan kerana BANTAHan segelintir Lebai-Lebai BODOH sepeti Lebai PAS? Kalau hanya demonstrasi di Malaysia boleh memBUATkan Presiden Mesir berUNDUR, lebih baik anjurkan DEMONSTRASI agar Presiden Israel TUMBANG dan Israel pulangkan kembali tanah-tanah Palestin.. SOALnya, bolehkah DEMONSTRASI dari Malaysia sahaja mengubah kepimpinan sesebuah kerajaan ASING? -> Itu sebablah kita KATAkan Lebai PAS adalah JAHILLIYAH! KAH!KAH!KAH!

2) BEGITU jugak kalau kita TANYA, adakah dengan berDEMONSTRASI, harga barang seperti petrol RON97 akan TURUN? Kita tak TAHUlah setakat mana tertekannya Lebai PAS dengan keNAIKkan RON97, tetapi kalau tertekan, TANDAnya Lebai PAS nih MEWAH sangat hidup pasal pakai mampu RON97.. Kalau dengan DEMONSTRASI boleh menurunkan harga BARANG, dah tentu ramai Lebai-Lebai PAS akan diJEMPUT ke SERATA dunia untuk buat DEMONSTRASI dengan harapan esoknya harga BARANG di tempat tersebut akan TURUN! -> Itu sebablah kita KATAkan Lebai PAS adalah JAHILLIYAH! KAH!KAH!KAH!

Kita tahu MUSLIHAT sebenar Lebai PAS mengadakan DEMONSTRASI tidak lain sebagai cubaan untuk mengata kerajaan BN menindas RAKYAT sama seperti kerajaan Mesir dan RAKYAT perlu menJATUHkan kerajaan BN seperti mana rakyat Mesir lakukan.. Bukan BEGITU? HE!HE!HE!

Kalau nak kata bab TINDAS menindas atau bab kerajaan menyeleweng ke apa ke, hanya ada sebuah kerajaan NEGERI di Malaysia yang boleh diKATAkan menyerupai tindak-tanduk kerajaan Mesir.. Kerajaan mana lagi kalau bukan kerajaan Lebai PAS Pok Nik 'ALAIHISSALAM' di Kelantan! Kenapa kita katakan sedemikian?:-

1) Kerajaan PAS Kelantan masih belum menyelesaikan HUTANG RM800 juta dengan syarikat balak Singapura Timbermines.. Apa nak PINDAHkan hutang tu pada rakyat Kelantan ke?

2) Kerajaan PAS Kelantan tidak mampu menyediakan INFRASTRUKTUR untuk rakyat Kelantan seperti bekalan AIR BERSIH dan persediaan mengHADAPi BANJIR.. Hutang Kelantan Water dulu pun Tun Dr. Mahathir tolong BAYARkan bagi pihak Pok Nik! Ingat RAKYAT tak tahu ke?

3) Penyelewengan dalam banyak PROJEK seperti yang terbaru adalah pemBINAan Bazar Tok Guru (Lubang KUBUR Tok Guru?) yang diDEDAHkan baru-baru ini.. Duit habis banyak tapi RAKYAT dapat apa selain diTIPU hidup-hidup?

4) Kalau Hosni Mubarak dikatakan pemimpin SEKULAR, Pok Nik jugak telah menSEKULARkan agama ISLAM dengan kenyataannya dalam isu pengGUNAan nama Allah SWT, penyalah-gunaan MASJID dan isu pengGUNAan ayat-ayat Al Quran oleh bukan ISLAM atau lebih tepat lagi oleh DAP dan PKR.. Kan 2X5 aje Pok Nik dengan Hosni Mubarak?

5) Kalau para pemimpin kerajaan Mesir diKATAkan KORUP dan tidak berMORAL, apa BEZAnya dengan Lebai-Lebai PAS di Kelantan seperti ADUN Selinsing, ADUN Melor, MP Kota Bharu dan Pok Nik sendiri? Bukankah Projek Ladang Rakyat bukti NYATA keKORUPan Lebai PAS sama seperti para pemimpin Mesir?

JADIK Lebai PAS jangan berMIMPI nak meng'IMPORT' keKACAUan di negara-negara Arab ke negara INI.. Walaupun Menteri KDN diketahui UMUM memang LEMBAB untuk mengesan TAKTIK kotor Lebai PAS seperti ini, RAKYAT ramai yang BIJAK dan akan menolak Lebai PAS ke TANAH jika keHIDUPan mereka dikucar-kacirkan menerusi DEMONSTRASI.. Keputusan beberapa PRK telah memBUKTIkan orang Melayu/ISLAM menolak pihak yang menJILAT 'punggung tak BASUH' pemimpin DAP.. Apakah Lebai PAS sanggup menghadapi RAKYAT seperti mana apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1977?

Kalau Lebai PAS 'CONCERN' sangat atau naik 'SYEH' dengan apa yang berlaku di Mesir, kenapa tidak ambil INISIATIF pakat-pakat sewa kapal terbang untuk KONON-KONONnya pergi berJIHAD di sana? Buat DEMONSTRASI kat sini apa yang rakyat Mesir dapat? Atau kalau INGIN sangat jatuhkan kerajaan seperti di Mesir, kenapa tidak katakan perkara yang SAMA kepada negara-negara ARAB lain termasuk Arab Saudi? Ada BERANI? HE!HE!HE!

Kita AKUI kerajaan kita termasuk Menteri Luar dan Menteri KDN agak 'SLOW' menangani perkara ini.. Kalau dulu DS Rosmah menelefon Wanita Pertama Mesir untuk BEBASkan rakyat Malaysia yang diTAHAN dalam konvoi darat ke Gaza, takkan KALI ni pun nak mintak tolong dengan dia sekali lagi? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS