DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, February 22, 2011

Fahaman PLURALISME dan gerakan REVOLUSI senjata untuk meMUSNAHkan umat ISLAM dek orang-orang ISLAM sendiri?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita menyambut baik HASRAT DS Najib untuk memerangi fahaman PLURALISME di kalangan umat ISLAM di negara ini.. Fahaman PLURALISME adalah jelas bertentangan dengan AKIDAH umat ISLAM dan harus dilihat sebagai ANCAMAN kepada negara seperti Malaysia yang mempunyai umat ISLAM yang ramai tetapi mempunyai penganut agama lain sebagai WARGANEGARA.. Fahaman PLURALISME secara mudahnya adalah fahaman yang cuba menyamakan agama ISLAM dengan agama-agama lain walaupun di dalam Al Quran disebut dengan jelas bahawa agama yang SAH di sisi Allah SWT hanyalah ISLAM..->KLIK<-

Fahaman PLURALISME mula merebak di negara ini AKIBAT pembawaan beberapa TOKOH POLITIK terUTAMAnya di pihak Pakatan Rakyat(PR)yang jelas sanggup mengGADAIkan ISLAM demi kepentingan POLITIK mereka.. ISU-ISU seperti pengGUNAan nama Allah SWT oleh agama lain dan penyalah-gunaan ayat-ayat suci Al Quran oleh ahli POLITIK kafir La'anatullah semasa kempen POLITIK adalah BUKTI jelas pembawaan fahaman PLURALISME oleh mereka.. Walaupun pernah diTEGUR dan diLARANG oleh beberapa ULAMA dan Majlis Fatwa sendiri, mereka yang KEMARUK kuasa ini tidak mengENDAHkannya kerana kepentingan POLITIK sendiri.. Ini amat berBAHAYA kepada umat ISLAM kerana fahaman ini secara langsung akan menjejaskan AKIDAH mereka seterusnya jika diBIARkan sampai satu tahap akan menjadikan umat ISLAM menjadi MURTAD atau tidak lagi PERCAYAkan agama mereka sendiri..

Namun demikian, walaupun hasrat DS Najib tersebut disanjung dan disambut BAIK, masih ada beberapa perkara yang perlu DS Najib tangani terlebih DAHULU.. Kita INGIN memBERITAHU bahawa ada salah seorang Menteri DS Najib sendiri telah membuat KENYATAAN yang mungkin boleh menyebabkan dia dianggap sebagai 2X5 dengan penganut fahaman PLURALISME sebelum ini.. Di BAWAH adalah kenyataan Menteri tersebut dalam berita 'The Malaysian Insider'..

"They are right and they are also wrong. They are right because Islam has a special place in this country, which is guaranteed under the constitution. But I disagree that Islam is more superior than other religions, that I cannot accept. I believe Islam does not ask you to say things like that. We cannot be arrogant, we must be tolerant . I think Islam promotes moderation, and not extremism," ->KLIK<-

Kita INGIN tahu apakah KOMEN DS Najib sendiri terhadap kenyataan Menterinya seperti yang diLAPORkan oleh The Malaysia Insider itu? Adakah Menterinya itu TERSASUL? Adakah Menterinya itu tidak FAHAM agamanya sendiri? Adakah Menterinya itu dari AWAL lagi memang nak SABOTAJ DS Najib? Atau adakah The Malaysian Insider tersalah LAPOR kata-kata Menteri itu? OKlah, kita HARAP DS Najib dapat meminta penjelasan daripada Menteri tersebut.. CUMA, kita rasa DS Najib pun TAHU ini bukan kali PERTAMA Menteri tuh meMALUkan DS Najib.. HE!HE!HE!

Selaian fahaman PLURALISME, gerakan REVOLUSI jugak sebenarnya digunakan untuk meMUSNAHkan umat ISLAM terutamanya di negara-negara yang mana umat ISLAM adalah DOMINAN atau sekitar 90% daripada jumlah penduduk.. Walaupun dalam kes seperti di Tunisia dan Mesir menyaksikan JATUHnya pemimpin DIKTATOR dan penyebab keMUNDURan sesebuah negara, tetapi adalah jelas masa hadapan negara tersebut belum pasti.. Malah, keKACAUan yang berlaku menyebabkan LUMPUHnya ekonomi negara-negara tersebut dan menyaksikan si MISKIN yang bangkit memBERONTAK akan berTAMBAH lagi MISKIN bukannya mendapat keMAKMURan seperti yang diimpikan..

Walaupun idea REVOLUSI ini cuba di bawa ke negara INI untuk menCETUSkan keBENCIan terhadap kerajaan oleh beberapa Lebai PAS yang tak SEKOLAH, NYATA sekali ianya tidak akan BERJAYA.. Walaupun pemahaman POLITIK berbeza, MAJORITI rakyat di negara ini MENOLAK idea sedemikian kerana tidak mahu keMAKMURan dan limpahan EKONOMI yang diNIMATi selama ini diMUSNAHkan hanya kerana idea beberapa KERAT Lebai DUNGU dalam PAS.. Malah, faktor-faktor yang menyebabkan REVOLUSI berlaku lebih menyamai dengan suasana GEO-POLITIK di Kelantan yang jugak diperintah ala-ala REJIM DIKTATOR.. Cuma DIKTATOR TUA kat Kelantan tuh tidaklah seGANAS di negara-negara tersebut pasal dia tuh peMALAS tahap DEWATA, pemakan GAJI BUTA dan selalu sakit-sakit.. Cuma BAB memelihara banyak PENYAMUN harta RAKYAT dalam kerajaannnya tuh 100% boleh diSAMAkan dengan Ben Ali dan Hosni Mubarak! HE!HE!HE!

Namun demikian, baik fahaman PLURALISME atau gerakan REVOLUSI, semuanya adalah CIPTAAN musuh-musuh ISLAM dari Barat.. Fahaman PLURALISME adalah 'SERANGAN' untuk negara majoriti umat ISLAM tetapi berbilang kaum seperti Malaysia manakala REVOLUSI adalah 'SERANGAN' untuk negara yang umat ISLAMnya 90% - 100% daripada jumlah penduduk.. AKIBATnya adalah SAMA sahaja cuma penyebabnya adalah berbeza.. MEDIA seperti laman SOSIAL Facebook, BLOG dan Twitter menjadi 'SENJATA' untuk kedua-dua 'SERANGAN' meMUSNAHkan sesama umat ISLAM.. Sekali lagi umat ISLAM hanya menurut sahaja apabila mereka diperBODOHkan seperti ini.. Jarang sekali umat ISLAM mengGUNAkan Facebook untuk berMUSYAWARAH apatah lagi untuk berDAKWAH bagi menangkis 'SERANGAN-SERANGAN' tersebut..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS