DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, February 06, 2011

DIKTATOR Tua kat Kelantan tu ke yang MINTAK dengan Kerajaan Arab Saudi pinjamkan kapal terbang bawa balik pelajar Malaysia dari Jeddah?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semakin KERAP kita memBACA LIDAH PemBOHONGan RASMI Lebai PAS iaitu HARAKAH berhubung dengan berita pengHANTARan pulang para pelajar Malaysia dari Mesir, semakin kita YAKIN PAS akan terSUNGKUR menyembah TANAH di mana-mana pilihanraya nanti.. Terus terang KATAlah, tidak ada satu pun berita dalam HARAKAH yang boleh diTAFSIRkan sebagai mengHARGAi usaha kerajaan untuk memBAWA pulang para pelajar Malaysia di Mesir yang terkandas akibat keKACAUan di sana.. Sebaliknya apa yang diPAPARkan adalah USAHA berTERUSan Lebai-Lebai PAS memFITNAH dan memperLEKEHkan usaha kerajaan yang memBANTU anak-anak mereka sendiri di sana..

Sampai bila Lebai PAS menerusi HARAKAH berkeYAKINan bahawa mereka mampu memperBODOHkan rakyat? Di zaman keCANGGIHan KOMUNIKASI yang canggih diSERTAkan VISUAL, jangan sebegitu MUDAH rakyat memPERCAYAi penulisan Lebai-Lebai BODOH dalam HARAKAH yang jelas MENIPU rakyat.. Kalau MAKLUMAT dalam HARAKAH tepat, sudah lama PAS menang BESAR dalam setiap PRK sebelum ini.. KeKALAHan PAS satu demi satu memBUKTIkan orang Melayu/ISLAM sudah memBENCI Lebai PAS yang tidak habis-habis menabur FITNAH dengan bermacam cara, SALAH satunya menerusi HARAKAH ini..

Dalam KONTEKS memberi BANTUAN kepada para pelajar dan RAKYAT Malaysia di Mesir, apakah sumbangan Lebai PAS atau HARAKAH yang begitu berKESAN? Adakah dengan memBUKA Bilik Gerakan yang 'TERGANTUNG' dapat memBANTU para pelajar Malaysia di sana? Kita KATAkan 'TERGANTUNG' pasal Bilik Gerakan tersebut tidak pun menyalurkan BANTUAN yang diPERLUkan oleh para pelajar di Mesir.. Malah, Bilik Gerakan INI berFUNGSI pulak sebagai KILANG FITNAH untuk berterusan memFITNAH kerajaan yang bertungkus-lumus memBANTU para pelajar Malaysia di Mesir.. ->KLIK<-

Cuba SEBUT apakah BANTUAN yang telah diSUMBANGkan oleh Lebai PAS untuk para pelajar Malaysia di Mesir? Bantuan WANG? Berapa SEN sangat? Kalau takat beratus ribu RM, dengan keKACAUan yang berlaku dan keNAIKkan harga barang KESAN perGOLAKkan di sana, 2,3, hari aje habislah DUIT tu.. Itu pun kalau duit itu tak diSONGLAP sebahagiannya oleh Lebai-Lebai PAS yang KONONnya menjadi 'POSMEN' untuk bawanya ke Mesir.. Bukan kita TAK tahu Lebai-Lebai PAS ni pakar SONGLAP duit DERMA, Ceramah, KOHILAL, Tabung MEMALI dan banyak lagi.. Selain DUIT? Apa lagi yang Lebai PAS beri? TIKET penerbangan? Pesawat SEWA khas? Atau AIR liur BASI DIKTATOR TUA kat Kelantan tuh?

Balik-balik, Kerajaan PUSAT jugak yang benar-benar memBERI bantuan kepada para pelajar Mesir terMASUKlah anak-anak Lebai PAS sendiri yang sebahagiannya dah pun KAHWIN walaupun masih belajar pakai DUIT rakyat.. HARI ini pulak Kerajaan Arab Saudi turut membantu dalam proses pengHANTARan pulang penuntut Malaysia yang dibawa keluar dari Mesir dan kini sedang diTEMPATkan di Jeddah.. ->KLIK<-

Eh? Siapa pulak yang usaha mintak IHSAN Raja Abdullah Arab Saudi untuk tujuan sedemikian? DIKTATOR TUA kat Kelantan tu ke? Bila MASA dia MINTAK? Semalam dia Solat HAJAT, esok Raja Arab Saudi dah dapat PESANAN dia melalui MIMPI ke? Betul ke DIKTATOR TUA tuh yang MINTAK? Atau Kerajaan Pusat yang yang diMOMOKkan sebagai 'ZALIM' oleh Lebai PAS ini yang berUSAHA sedemikian rupa? Kalau NAK harapkan DIKTATOR TUA kat Kelantan tuh, rakyat Kelantan kena BANJIR bukannya dia pernah TUNJUK MUKA pun! ALASAN dia KONONnya ALERGIK dengan air HUJAN macam KAMBING! Cheh!!!

JADIK kalau USAHA tu tak ada dan sememangnya tak MAMPU, tak USAHlah pulak gunakan HARAKAH untuk terus berBOHONG dan buat FITNAH.. Ini bukan aje setakat petugas-petugas kerajaan yang memBANTU di Mesir aje, petugas-petugas TUDM, Air Asia, MAS, LUTH dan MISC pun langsung Lebai PAS tak ucapkan TERIMA KASIH? Bila anak-anak mereka SELAMAT sampai di Malaysia pun sekali lagi mereka GUNAkan HARAKAH untuk berterusan memFITNAH Kerajaan Pusat? ISLAM mengajar UMATnya berSYUKUR dan tahu berterima KASIH tetapi Lebai PAS yang SENTIASA mengaku lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain ini kenapa lebih TERUK daripada orang ZAMAN BATU? Mungkin sebab mereka menCONTOhi DIKTATOR TUA kat Kelantan tuh yang selama ini banyak diBANTU oleh Kerajaan Pusat TETAPI tak pernah pun tahu berTERIMA KASIH!

Kalau Hosni Mubarak diJATUHkan selepas 30 tahun memerintah Mesir, DIKTATOR TUA kat Kelantan tuh YAKIN ke yang dia tidak akan MENERIMA nasib yang SAMA? Takkan dia dah LUPA kot apa yang berlaku di Kelantan semasa tahun 1977? Itu RAKYAT Kelantan sendiri yang 'MENGAMUK' masa tuh bukannya orang LAIN.. Jadik jangan dok MIMPI sangatlah selepas dok FITNAH orang nih..

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

Allah akan menunjukkan bahawa perangai tak senonoh PAS ini salah dengan sesuatu yang tidak mereka jangka nanti..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS