DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, February 12, 2011

Laporan Polis oleh PERKASA - Segerakan SIASATAN dan jangan TUNGGU hingga negara ini HANCUR akibat KONSPIRASI!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita TERMENUNG sejenak memikirkan kandungan sebuah ARTIKEL dalam portal BERITA Agendadaily yang meLAPORkan tentang laporan POLIS oleh PERKASA yang menDAKWA Penasihat PKR cuba meLARIkan diri ke luar NEGARA dengan mengaturkan satu bentuk KONSPIRASI peringkat terTINGGI iaitu dengan memBUATkan dirinya terlibat dalam KEMALANGAN kemudian menuduh kerajaan cuba memBUNUHnya melalui kemalangan tersebut.. Apa sudah jadi dengan DUNIA ini hinggakan ada KONSPIRASI sebegitu GILA hanya demi mencapai cita-cita POLITIK? ->KLIK<-

KONSPIRASI sebegini mungkin BIASA di negara-negara BARAT terUTAMAnya yang melibatkan ZIONIS dan kumpulan NEO-CON yang ingin meWUJUDkan ORDER BARU DUNIA.. Namun, kita TIDAK menJANGKA pulak ada ahli POLITIK kita yang ingin membawa TAKTIK sedemikian RUPA ke negara ini demi mengubah GEO-POLITIK Malaysia.. Kalau sebelum ini kita terBACA mereka meRANCANG beberapa KONSPIRASI seperti:-

1)INSIDEN WTC 9/11 yang dikaitkan dengan pengganas ISLAM

2)PemBUNUHan Puteri Diana dan KEKASIHnya seorang ISLAM iaitu Dodi Al Fayed

3)Penaklukkan ke atas Iraq kerana KONONnya ada 'Weapon of Mass Destruction'

4)PemBUNUHan PM Lubnan Rafiq Hariri untuk memBURUKkan Syria

5)PemBUNUHan Benazir Bhutto yang mengubah terus GEO-POLITIK Pakistan

ADAkah SENARIO yang sama akan diWUJUDkan di Malaysia demi mengubah GEO-POLITIK negara ini dan meNAIKkan seseorang yang boleh menjadi BONEKA kepada mereka? Dari beberapa SUDUT, kita katakan ianya tidak MUSTAHIL.. Dalam kes Rafiq Hariri dan Benazir Bhutto, mereka ini pun PRO-Barat tetapi di'ELIMINATE'kan demi menJAYAkan agenda puak-puak NEO-CON untuk meLEMAHkan dunia ISLAM.. Begitu juga apa yang berlaku kepada Hosni Mubarak di Mesir.. Umpama LAMPIN pakai buang, setelah banyak menampung NAJIS maka diBUANG begitu sahaja! Malah, keadaan semakin memBIMBANGkan apabila beberapa BLOG meLAPORkan tentang keHILANGan AJK Wira Perkasa Pusat yang diKATAkan mempunyai dokumen penting tentang Penasihat PKR! ->KLIK<-

Begitu jugak dengan Penasihat PKR.. Dia diketahui UMUM mempunyai hubungan RAPAT dengan Yahudi ZIONIS dan puak-puak NEO-CON di US.. Sampai masanya apabila dia GAGAL menguasai NEGARA ini dan semakin menjadi LIABILITI kepada mereka terUTAMAnya selepas penDEDAHan oleh WIKILEAKS dan diikuti penDEDAHan demi penDEDAHan oleh beberapa bekas pemimpin PKR, maka dia pun diKHUATIRi akan menerima nasib yang SAMA seperti arwah Benazir atau Rafiq Hariri.. Kalau nasibnya BAIK sikit pun dia mungkin menjadi seperti WARGA dalam BUANGAN macam pembunuh orang ISLAM di selatan Thai iaitu Thaksin.. Namun, OBJEKTIF sebenar puak-puak NEO-CON sebenarnya ingin meWUJUDkan keTIDAK-stabilan di sesebuah NEGARA agar mereka dapat campur tangan seterusnya menguasai NEGARA tersebut.. Pemimpin yang diNAIKkan mereka pulak sudah tentunya hanyalah BONEKA yang boleh ditukar ganti bila-bila MASA..

Patut diINGATkan bahawasanya Penasihat PKR memang mempunyai 'TRACK RECORD' dalam mengaturkan KONSPIRASI.. LUPAkah anda dahulu semasa dia diTAHAN akibat KES 'menJUBOR'nya yang pertama dahulu, dia berKONSPIRASI mengatakan diracun ARSENIK, diSUNTIK dengan VIRUS AIDS dan dah NAZAK sangat? Sedangkan tanpa pengetahuan UMUM dia sebenarnya sedang berSERONOK diURUT oleh JANTAN di dalam BILIK TAHANANnya!->KLIK<-

Sekarang ini jika sekali lagi dia mengatur KONSPIRASI dengan mengikut SKRIP yang 'diCIPTA' oleh puak-puak NEO-CON rakan BAIKnya, tidak MUSTAHIL negara ini akan terjerumus dalam keKACAUan seperti di Mesir.. Tambahan pulak ketika ini Penasihat PKR diBANTU oleh GANGSTER DAP yang memPOLITIKkan apa saja bentuk keMATIan, dilindungi oleh pelampau HINDRAF dan di'BACK-UP' oleh peguam-peguam yang diNAUNGI oleh BAR COUNCIL hinggakan ada peguam dalam PKR yang diLAPORkan sanggup menulis Akuan BerSUMPAH palsu.. Malah dalam UMNO/BN pun ada yang berSEKONGKOL dengannya hinggakan sanggup menjadi pengHANTAR PASSPORT kepadanya walaupun orang tu bukan pegawai IMIGRESEN pun? Anda TAHUkan siapa orang tuh? Kalau takat sokongan Lebai PAS tu tak le HERAN sangat pasal bukannya mereka ada OTAK pun!

Sebagai RAKYAT, kita tidak mahu SENARIO sedemikian berlaku dan meMUSNAHkan terus negara ini sama sekali.. Kerajaan dan pihak berKUASA wajar mengambil BERAT laporan POLIS oleh PERKASA dan menyiasat sedalam-dalamnya keBENARan laporan tersebut.. Memang wajar agar PASSPORT Penasihat PKR diTAHAN kerana kita pun HAIRAN kenapa seseorang yang masih diDAKWA di mahkamah atas keSALAHan yang berat masih dibenarkan BEBAS ke luar negara? Atau Menteri KDN pun diGENGGAM 'TELOQ' dek puak-puak NEO-CON jugak ke? Senario POLITIK dalam negara kita dah jadi terlampau BURUK pasal orang POLITIK kita bukan nak beri KHIDMAT kepada RAKYAT sebaliknya gila beREBUT KUASA hingga sanggup mengHANCURkan segala-galanya!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS