DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, April 29, 2011

Why DAP keep SILENT when Kuan Yew retains himself as Singapore MP at age 87 but not to Pehin Sri Taib?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semasa PRN Sarawak baru-baru INI, bukan MAIN banyak lagi KEJIan dan MAKI-hamun yang diLEMPARkan oleh DAP dan kaum yang TEGAR menyokongnya terhadap Pehin Sri Taib yang telah menjadi KM Sarawak selama 30 tahun.. DAP dan kaum yang TEGAR menyokongnya seolah-olah tidak SEDAR bahawa mereka sendiri tidak kurang BUSUKnya dalam bab memegang KUASA ini kerana semua MAKLUM sejarah DAP itu sendiri dan sejarah POLITIK kaum yang menjadi peyokong TEGAR mereka di negara ini..->KLIK<-

DAP adalah sebuah parti yang berakar UMBI daripada PAP iaitu parti pemerintah di Singapura yang diASASkan dan diMILIKki oleh ahli keluarga DINASTI Lee Kuan Yew.. Sepertimana INDUKnya di Singapura, DAP jugak tidak lari daripada mengamalkan fahaman DINASTI dalam parti mereka.. Namun demikian, keBURUKkan DINASTI ala DAP atau PAP ialah kepimpinannya tidak lari daripada kalangan kaum keluarga tertentu atau sekurang-kurangnya sedan dengan pemimpin asalnya.. Dalam KONTEKS ini, parti politik Melayu/BUMIPUTERA sebenarnya jauh lebih BAIK dan terbuka dalam soal kepimpinan sebegini berbanding DAP atau PAP!

Hari ini kita LIHAT bagaimana Singapura seolah-olah sudah tidak boleh LARI dari mengamalkan kepimpinan DINASTI! Lee Kuan Yew sendiri walaupun sudah berusia 87 tahun masih lagi menjadi ahli Parlimen, dapat ELAUN sebagai Menteri Mentor dan masih berKUASA bagaikan 'MAHARAJA' di pulau KECIL itu.. Anda boleh LIHAT bagaiman peralihan KUASA di Singapura akhirnya akan kembali ke tangan keturunan Lee Kuan Yew jugak akhirnya..

Ini memBUKTIkan bahawa Pehin Sri Taib bukanlah TANDINGAN kepada Lee Kuan Yew dan tidak patut langsung menerima CEMUHan seperti gelaran 'ANJING' dan sebagainya sekalipun beliau kekal sebagai KM Sarawak! Adalah jelas bahawa DAP dan kaum yang TEGAR menyokongnya cuma TIDAK mahu menerima kePIMPINan Melayu/BUMIPUTERA sahaja dan alasan KONONnya pemimpin Melayu memerintah LAMA seperti Pehin Sri Taib hanyalah semata-mata untuk mengaburi niat JAHAT mereka yang LAPARkan kuasa POLITIK terhadap negara ini!

Kalau nak diKIRA, apa BEZAnya Lee Kuan Yew yang masih nak pegang kuasa POLITIK walaupun dah berTONGKAT dengan pemimpin dunia Arab yang diJATUHkan oleh RAKYAT mereka KONONnya DIKTATOR dan memerintah LAMA seperti Hosni Mubarak? Kenapakah pulak DAP hanya tahu menyamakan para pemimpin Melayu/BUMIPUTERA dengan Hosni Mubarak tetapi TIDAK pulak dengan Lee Kuan Yew? Apakah DAP dan kaum yang TEGAR menyokong mereka ingat kaum Melayu/BUMIPUTERA di negara ini boleh diperBODOHkan oleh mereka sedemikian rupa?

Terus-terang KATAlah, hanya kaum Melayu/BUMIPUTERA sahaja di negara ini yang MAMPU meLAHIRkan pemimpin bertaraf NEGARAWAN.. Tun Dr. Mahathir, Tunku, dan ramai lagi pemimpin Melayu/BUMIPUTERA sememangnya NEGARAWAN kerana sudi meLEPASkan kuasa mereka dan menyerahkan kembali kepada RAKYAT untuk memilih sendiri PEMIMPIN mereka.. Adakah anda SEDAR hanya kaum yang TEGAR menyokong DAP dan MARAH bila dipanggil PENDATANG ini kuat mengamalkan POLITIK ala DINASTI tetapi pandai pulak TUDUH orang sedemikian rupa jika pemimpin tersebut bukan seKAUM dengan mereka?

Lee Kuan Yew dan anak-beranak LIM dalam DAP adalah contoh terBAIK kalau anda ingin mengatakan keBURUKkan kepimpinan POLITIK ala DINASTI! Sedangkan negara China tanah BESAR sendiri bebas bertukar PEMIMPIN dan tidak pun mengamalkan DINASTI seperti mereka walaupun KOMUNIS? Anda lihat sendiri bagaimana peralihan KUASA berlaku di China daripada Mao Tze Tung kepada Deng Xiao Peng lalu kepada Jiang Zemin hinggalah akhirnya kepada Wen Jia Bao.. Adakah mereka ini ada hubungan keKELUARGAan seperti Lee Kuan Yew dan anak-beranak LIM dalam DAP? Malah, Taiwan pun tidak diperintah ala DINASTI sebegini?

Oleh itu kaum Melayu/BUMIPUTERA harus SEDAR bahawa TUDUHAN kononnya pemimpin kaum ini mengamalkan DINASTI seperti yang dilemparkan oleh DAP dan kaum yang TEGAR menyokongnya adalah PALSU semata-mata.. Mereka sendiri JAUH lebih BURUK dan SENGAJA memBURUKkan orang lain semata-mata untuk MENUTUK keBURUKkan mereka sendiri! Malah, kaum Melayu/BUMIPUTERA wajar berBANGGA kerana terbukti mengamalkan POLITIK Demokrasi TULEN walaupun tak meLEKATkan perkataan 'D-E-M-O-C-R-A-T-I-C' pada nama parti mereka!

Wallahualam..

1 comment:

Kenn said...

Bandingkan Kepimpinan Pehin Sri di Sarawak dan Kempimpinan Dato Seri di Semenanjung.

Satu mendapat sokongan padu, satu lagi tidak serik-serik kena kencing hingga orang dekat pun mula menjauhkan diri.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS