DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, April 22, 2011

Learning Maths in KIASU style - You didn't get the Chinese VOTEs, you should VACANT the Chief Minister SEAT?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita TAK nafikan kaum Cina memang HEBAT dalam bidang MATEMATIK.. Malah, memang diAKUi bahawa kaedah SEMPOA merupakan kaedah asas paling BAIK untuk menguasai MATEMATIK.. Malangnya, keBIJAKsanaan kaum ini dalam MATEMATIK tidak diTERJEMAHkan pulak oleh para pemimpin mereka dalam POLITIK.. Apabila seorang Naib Presiden MCA, menyarankan agar Pehin Sri Taib meLETAKkan jawatan sebagai KM Sarawak kerana KONONnya dia tak dapat UNDI kaum Cina, kita terTANYA-tanya siapa agaknya guru SEMPOA dia?

"Although Sarawak Barisan Nasional emerged victorious at the recently-concluded state election on April 16 and retained its two-thirds majority to stay in power, it is obvious that Tan Sri Taib Mahmud no longer wields support from Chinese voters,"

Begitulah KATAnya dalam AKHBAR The Star.. ->KLIK<-

Seperti yang kita pernah KATA, mungkin CARA pengiraan BEGINI hanya terpakai jika kaum PRIBUMI berjaya menjadi KM Sarawak tanpa mendapat SOKONGan kaum Cina.. Jika KM Sarawak mendapat SOKONGan kaum Cina atau jika kaum Cina terUTAMAnya dari DAP berjaya meRAMPAS takhta KM Sarawak daripada kaum PRIBUMI, tentu Naib Presiden MCA ini tidak akan menonjolkan pengiraan yang meMALUkan kaum Cina ini sendiri! HE!HE!HE!

Kita ingin TANYAlah kepada Naib Presiden MCA ini.. INGATkah kamu tentang KEMPEN pilihanraya Presiden US pada tahun 2004 yang menyaksikan keMENANGan Presiden Bush hanya diSEBABkan dia MENANG undi ELEKTORAL? ->KLIK<-

Presiden Bush jugak hanya MENANG nyawa-nyawa IKAN.. Malah kalau diBANDINGkan penCAPAIan dia dengan Pehin Sri Taib, nyata sekali Pehin Sri Taib jauh lebih HEBAT berbandingnya.. Oleh itu, adakah berASAS tuntutan Naib Presiden MCA ini yang mahukan Pehin Sri Taib berUNDUR walaupun dia berjaya membawa BN menang majoriti 2/3 dan partinya sendiri MENANG 100% di setiap DUN yang ditandingi? Apa PENTINGnya Pehin Sri Taib perlu mengambil KIRA sokongan atau UNDI kaum Cina sedangkan kaum Cina sememangnya telah diBERIkan hak untuk memikirkan masa depan mereka SAMA seperti kaum-kaum lain di Sarawak?

Sebab itulah kita pernah SEBUT dalam BLOG ini bahawa Pehin Sri Taib sebenarnya telah 'MENUNJUKKAN KAEDAH' bagaimana untuk memBENTUK sebuah kerajaan tanpa SOKONGan atau UNDI kaum Cina yang lebih suka menjadi penyokong TEGAR kepada DAP.. Inilah sebenarnya yang diBIMBANGi dan diTAKUTi oleh sebahagian besar pemimpin kaum ini tidak kira samada dari DAP mahu pun dalam KOMPONEN BN sendiri! Tidak diNAFIkan bahawa pola pengUNDIan sebegini adalah tidak SIHAT untuk negara yang memPUNYAi masyarakat MAJMUK seperti Malaysia tetapi BUKANkah ini yang diHAJATi oleh pengundi kaum Cina sendiri?

Selain BLOG ini, mantan Menteri Penerangan Malaysia jugak telah menyuarakan keBIMBANGannya berhubung pola pengUNDIan sebegini ->KLIK<-

Adalah BODOH jika para ahli POLITIK kaum Cina samada dari DAP, MCA, Gerakan atau mana-mana parti menyangka kaum Melayu/BUMIPUTERA hanya akan berDIAM diri melihat keRAKUSan politik kaum Cina yang tidak mengenal BATAS.. Malah, bukan MUSTAHIL para pemimpin Melayu yang 'diSUKAi' oleh kaum Cina seperti Penasihat PKR, Lebai-Lebai PAS, Ketua Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG dan Timbalan Menteri IPT yang mabuk dengan SLOGAN 'New POLITICs' nya akan terSUNGKUR menyembah TANAH kelak.. Kaum Melayu/BUMIPUTERA mungkin sudah meRASAkan bahawasanya segala BUDI baik mereka yang sanggup berKONGSI tanah air dan keWARGANEGARAan dengan kaum lain tidak menDAPAT pemBALASan setimpal akibat keTAMAKkan satu KAUM yang TEGAR menyokong DAP!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS