Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
Para Pembaca
HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
DOA KITA SEMUA
Friday, April 01, 2011
Adakah anda YAKIN negara kita tidak akan menerima NASIB seperti Libya dan lain-lain?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
SEDAR tak sedar satu lagi negara ISLAM bakal diHANCURkan KONONnya atas nama keBEBASan RAKYAT.. Apa yang menimpa Libya sungguh MALANG kerana negara ini diHANCURkan hanya demi memenuhi NAFSU pihak Barat dan puak NEO-CON ZIONIS yang mahu meWUJUDkan orde baru DUNIA.. DiTONJOLkan melalu media mereka KONONnya atas nama keBEBASan berSUARA, demokrasi atau LIBERALISME tetapi yang terpaksa menumpahkan DARAH demi mencapai ILUSI tersebut ialah umat ISLAM jugak.. Malah, para ULAMA hari ini sudah menjadi semacam paderi Kristian zaman pertengahan di Eropah yang menyaksikan mereka sanggup mengHASUT orang Kristian untuk saling memBUNUH melalui FATWA masing-masing.. INIlah yang berlaku dalam dunia ISLAM ketika ini..
Terus-terang katalah, hampir TIDAK ada suara dunia ISLAM yang bangun membela nasib rakyat Libya seperti mana yang berlaku apabila Iraq dan Afghanistan diHANCURkan tanpa ALASAN yang kukuh.. Iraq diMUSNAHkan atas DAKWAan KONONnya menyimpan 'Weapon Of Mass Destruction', DAKWAan yang tidak terBUKTI sampai sekarang.. Afghanistan pulak diHANCURkan kerana didakwa meRANCANG serangan 9/11.. Bagaimana pulak dengan Libya? Adakah Libya melakukan JENAYAH terhadap mana-mana negara? Atau Libya menjadi MANGSA konspirasi hasil 'SENJATA' seperti Facebook, BLOG dan Twitter demi meWUJUDkan orde baru DUNIA? ->KLIK<-
Adakah Libya akan diSERANG jika negara mereka tidak ada MINYAK? Adakah Sudan tidak akan diPECAHkan jika bukan kerana MINYAK? Adakah Iraq tidak diTAKLUK jika bukan kerana MINYAK? Adakah Afghanistan tidak akan diHANCURkan jika bukan kerana kepentingan laluan paip MINYAK dan menyekat bekalan MINYAK ke China? Adakah Mesir tidak akan diHURU-HARAkan jika mereka tidak menguasai Terusan Suez yang menjadi laluan kapal tangki MINYAK? Secara keBETULan, MINYAK yang sepatutnya menjadi sumber keKAYAan umat ISLAM kini menjadi ALASAN untuk umat ISLAM diperangi oleh kuasa-kuasa Barat yang diNAUNGi oleh puak NEO-CON ZIONIS!
Baiklah, kita nak TANYA anda pulak.. Apakah anda yakin NEGARA kita tidak akan mengalami NASIB serupa? Mungkin keterlaluan untuk kita mengatakan US akan mengHUJANi negara ini dengan peluru berpandu Tomahawk hanya kerana untuk memBELA seorang pemimpin pemBANGKANG yang diDAKWA kerana kes 'menJUBOR' pembantu LELAKInya sendiri dan sekarang menghadapi penDEDAHan skandal video SEKS pulak.. Namun, kita tidak MENOLAK puak-puak NEO-CON ZIONIS akan meROSAKkan negara ini mengGUNAkan 'SENJATA' Facebook, BLOG dan Twitter demi MENABALKAN 'Manusia ANUGERAH Tuhan' itu sebagai PENGUASA negara ini.. Jika itu BERLAKU, apakah nasib umat ISLAM dan bangsa Melayu?
Negara kita tidaklah mempunyai keKAYAan MINYAK seperti Libya, Sudan dan Iraq tetapi LOKASI negara kita STRATEGIK seperti Mesir dan Afghanistan.. Bayangkan jika Selat Melaka kembali diKUASAi oleh negara-negara Barat seperti mana yang berlaku pada TAHUN 1511M dahulu? Bukankah bermula dari TAHUN 1511M itulah orang Melayu/ISLAM yang mengecapi keGEMILANGan di bawah Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Kedah atau Kesultanan Patani-Kelantan diLABELkan oleh kuasa Barat sebagai bangsa yang 'DUDUK di ATAS POKOK'? Adakah jika SEJARAH berULANG, Pak-Pak ARAB yang KONONnya saudara seAGAMA akan memBANTU kita atau mereka sendiri pakat-pakat menarik DANA peLABURan mereka di negara ini seterusnya memBANTU kuasa NEO-CON ZIONIS meLUMPUHkan negara ini?
Apakah USAHA terbaik yang diLAKUkan oleh RAKYAT untuk mengHALANG sejarah HITAM penJAJAHan berULANG? Jawabnya hanyalah dengan ILMU, IMAN dan AMALAN..
- Kalau kita berILMU, kita tidak akan NAFIkan pemBUKTIan mengGUNAkan DNA adalah SAHIH lagi jitu.. Tidakkah DNA itu jugak ciptaan Allah SWT seperti mana CAP JARI dan RETINA mata?
- Kalau kita berILMU, kita tidak akan NAFIkan bahawa orang yang dituduh sebagai 'LELAKI Y' dalam video seks ENGGAN berSUMPAH apatah lagi menDAKWA orang yang mmenDEDAHkan video seks tersebut iaitu 'DATUK T' di MAHKAMAH..
- Kalau kita berIMAN, kita tidak akan NAFIkan bahawa segala Qada dan Qadar orang yang mahu menjadi Presiden PERTAMA 'Republik Malaysia' tidak diIZINkan oleh Allah SWT walaupun berJUTA kali Lebai PAS melakukan SOLAT HAJAT?
- Kalau kita berIMAN, sudah tentu kita TAHU bahawa segala ketentuan tentang Syurga dan NERAKA, ISLAM atau KAFIR adalah milik Allah SWT.. Bukannya diTENTUkan oleh DIKTATOR TUA pemakan GAJI BUTA selama 20 tahun di Kelantan!
- Kalau kita berAMAL, sudah tentu AMALAN kita akan menJAUHkan kita dari menabalkan SUAMI sendiri sebagai 'Manusia ANUGERAH Tuhan' di KHALAYAK ramai.. Tuhan mana GAMAKnya yang bagi COP MOHOR untuk lakukan 'perTABALan' sedemikian rupa?
- Kalau kita berILMU, berIMAN dan berAMAL, sudah tentu kita tidak MENYAMAKAN Allah SWT dengan nama Tuhan-Tuhan agama LAIN dan menJADIkan fahaman PLURALISME sebagai pegangan POLITIK..
Oleh itu, jika kita KEKAL sebagai UMAT yang berILMU, berIMAN dan berAMAL nescaya NEGARA ini tidak akan menjadi seperti Libya, Sudan, Mesir, Iraq dan Afghanistan.. Malah, 'SENJATA' seperti Facebook, BLOG dan Twitter pulak akan menjadi 'SENJATA' untuk kita berDAKWAH dan mengajak umat manusia ke jalan yang diREDHAi oleh Allah SWT.. Soalnya, adakah kita ke arah itu?
Wallahualam..
Labels:
Fikir-fikirkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA
KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?
Melayu dikhianati?
Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.
''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:
''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?
Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?
-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM
KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)
1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.
2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.
3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.
5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.
6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.
7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.
8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.
9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.
Ibrahim Ali
25 April 2009

No comments:
Post a Comment