DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, April 30, 2011

DATUK T VS LELAKI Y - Manusia ANUGERAH Tuhan yang TAKUT bila orang SUMPAH dengan nama Tuhan?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita sebenarnya terTANYA-tanya kenapakah ahli-ahli AMK seakan menjadi macam orang GILA apabila salah seorang DATUK T semalam cuba berSUMPAH bagi memperakukan dia menyaksikan dan meYAKINi bahawa LELAKI Y dalam KLIP video SEKS tersebut adalah sememangnya pemimpin kanan PKR? BerSUMPAH terutamanya dengan nama Allah SWT bukanlah perkara yang boleh diperMAINkan.. Orang yang berSUMPAH sedemikian rupa 'terIKAT' dengan apa yang diLAFAZkannya..

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini maka Allah akan melaknat akan diriku."

Nampak tak BERATnya SUMPAH yang diLAFAZkan? Jika dia sekadar MAIN-MAIN, memang BURUKlah akibatnya.. ->KLIK<-


Ahli-ahli AMK sebenarnya tidak ada sebab pun untuk buat KECOH seperti semalam.. MeLAINkan jika mereka bukan lagi orang ISLAM, tidak lagi berIMAN kepada Allah SWT dan tidak lagi memperakui keESAan Allah SWT.. Jika kita berIMAN kepada Allah SWT, kita tahu bahawa sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Agung di atas segala-galanya.. Jika salah seorang DATUK T terlampau ingin memBUKTIkan dia dipihak yang BENAR hingga sanggup berSUMPAH dengan nama Allah SWT, tidakkah pihak yang mengHALANGnya untuk berbuat demikian seperti para BAHLOL dalam AMK adalah pihak yang diLAKNATi kerana ENGGAN mengakui keESAan Allah SWT?

Rakaman KLIP video SEKS sudah pun terdedah sepenuhnya, bukti-bukti keterangan kedua-dua belah PIHAK sudah pun dicatatkan, bukti FORENSIK dari pakar IMEJ dan perFILEMan sudah pun diperOLEHi.. Dengan KATA lain, semua IKHTIAR yang mampu diLAKUkan oleh MANUSIA sudah pun diLAKUkan.. Kerana WUJUDnya para BAHLOL seperti AMK yang masih ENGGAN menerima HAKIKAT, maka pihak yang MENUDUH pun terpaksalah berSUMPAH dengan nama Allah SWT seperti yang dilakukan semalam? Maka, apa lagi yang mampu dibuat oleh AMK untuk menegakkan BENANG yang BASAH melainkan mereka mahu menunjukkan mereka diPIHAK yang JAHIL dan KUFUR Iman seperti semalam?

Untuk REKOD, setakat ini langsung TIDAK ada USAHA dipihak PKR bagi memBUKTIkan pemimpin kanan yang diMAKSUDkan bukanlah LELAKI Y seperti dalam video SEKS tersebut.. Yang mampu diLAKUkan hanyaka peNAFIan demi peNAFIan tanpa mampu mengemukakan BUKTI walau sedikit pun! Apakah para BAHLOL dalam PKR ini ingat RAKYAT boleh diTIPU sampai bila-bila hanya dengan peNAFIan 'berASASkan' AIR LIUR BASI mereka? Untuk REKOD lagi, pemimpin kanan PKR yang diMAKSUDkan bukan hanya ENGGAN untuk menyaman DATUK T, malah bila diAJAK untuk sama-sama berSUMPAH pun dia tak MAHU? Pemimpin kanan PKR itu jugak ENGGAN menyaman Ummi Hafilda Ali dan Datuk Nallakarupan walaupun mereka terang-terang memBURUKkannya?

Apa pun, pemimpin kanan PKR yang jugak merupakan Penasihat PKR sudah semakin SUKAR untuk berNAFAS sekarang.. Mungkin RISIKO yang dialaminya ketika ini tidak seTERUK mana jika ISTERInya sendiri tidak bertindak BODOH dengan menabalkannya sebagai 'Manusia ANUGERAH Tuhan'! Agaknya dia ingat Tuhan (Tak KISAH le Tuhan yang mana diRUJUKnya) tuh boleh diperBODOHkan olehnya seperti mana dia memperBODOHkan pengikutnya yang lain? DOSA dia sendiri dengan Allah SWT dalam bab pengGUNAan nama Allah SWT pun dah BESAR, diTAMBAH pulak oleh ISTERInya dengan gelaran BAHLOL sedemikian..

Terus-terang KATAlah, Penasihat PKR sudah tidak ada tempat lagi di dalam POLITIK negara ini.. Dengan tahap keWARASannya yang semakin dipertikaikan, ada BAIKnya dia berUNDUR dengan segera.. USIAnya pun bukanlah bertambah MUDA pun.. Lebih BAIK pulihkan kembali MARUAH anak cucunya yang tercemar TERUK akibat perBUATannya sendiri.. Apa yang diLAKUkannya tak akan mampu diBERSIHkan oleh anak cucunya selama TUJUH keturunan.. Kalau dia sekadar manusia BIASA, mungkin esok LUSA orang akan LUPA perbuatannya.. Malangnya, dah ISTERInya tabalkan dia sebagai 'Manusia ANUGERAH Tuhan', sendiri mau INGAT le! Sebijik macam Firaun zaman Nabi Musa AS dulu..

Sekadar saling mengINGATi, anda yang meLIHAT rakaman KLIP video SKES tersebut harus jugaklah perBETULkan NIAT anda semasa menontonnya.. Jika anda sekadar menCARI kePASTIan, cukuplah tengok sekali dua aje.. Jika anda memang SYOK tengok 'AKSI' terlampau LELAKI Y dengan amoi Cina pasangannya, maka niat anda dah tak BETUL dah.. Kot mana pun video SEKS tuh HARAM untuk dilihat sebenarnya.. Jadik, perBETULkan kembali niat anda dan ABAIkanlah video SEKS tersebut setelah anda yakin dan CAM siapakah LELAKI Y itu..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS