DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, April 21, 2011

Siapa KATA anak bukan MELAYU tak teringin jadi anak kepada MELAYU? HE!HE!HE!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE!

Siapa kata kita tidak patut rasa BANGGA dengan menjadi bangsa Melayu/BUMIPUTERA? Mungkin yang kategori SESAT macam Pok Nik 'ALAIHISSALAM' akan kata begitu tetapi kita YAKIN dia pun tak sanggup mengaku dia bukan Melayu pasal kalau dia buat begitu, memang tak jadi MB la kat sebuah negeri Melayu macam Kelantan! Mungkin dah LUMRAH agaknya kat negara kita, kalau nakkan KUASA dengan POLITIK, maka nama Melayu/BUMIPUTERAlah yang akan diperMAINkan..

Namun demikian, ada satu parti RASIS yang sering meMOMOKkan keBURUKkan bangsa Melayu ini kepada kaumnya.. Ditaburlah FITNAH kononnya bangsa Melayu/BUMIPUTERA ini kuat RASUAH, malas, mengharapkan IHSAN kerajaan, kuat perKAUMan dan banyak lagilah! Ditokok tambahlah pulak dengan GAMBARan konon-kononnya kaum yang menyokong parti RASIS tersebut sering diketepikan dalam bermacam PERKARA dari segi pendidikan, amalan agama, kebebasan bersuara hinggalah bab mereka TAMAK sampai nak bolot satu negara! Mantap tuh.. Bab MENIPU macam nih, Yahudi kta Israel pun KALAH! HE!HE!HE!

Suatu hari, berSORAK sakanlah ahli-ahli parti RASIS tersebut kerana ada ANAK kepada allahyarham seorang tokoh POLITIK dari UMNO menyertai parti tersebut.. Dengan niat untuk menyindir orang Melayu/BUMIPUTERA, diberikanlah PANGKAT sebagai S/U POLITIK Khalifah RASIS Pulau Pinang kepada anak tokoh POLITIK dari UMNO tersebut walaupun dia pun baru aje menyertai parti RASIS tersebut.. Kemudian demi nak menyedapkan CERITA yang digubah oleh parti RASIS ini, diGAMBARkanlah pulak anak tokoh POLITIK dari UMNO ini menentang parti arwah 'BAPA'nya kerana KONONnya parti tersebut mengamalkan perKAUMan dan tidak sama seperti ERA bapanya.. ->KLIK<-

Malangnya, mungkin NIAT jahatnya tak diIZINkan Tuhan, terBONGKARlah pulak kisah tentang IDENTITI dirinya yang tak MALU mengaku sebagai anak kepada tokoh POLITIK dari UMNO tersebut.. Rupanya, didapati dia nih cuma anak TIRI aje.. Malah, maknya yang bukan dari bangsa Melayu tu pulak adalah isteri KEDUA kepada tokoh POLITIK tersebut selepas isteri PERTAMAnya meninggal.. Lebih meMALUkan pulak apabila umurnya sendiri tidak selari dengan tahun perKAHWINan maknya dengan tokoh POLITIK tersebut.. Ye la.. Dah dia LAHIR dulu sebelum mak dia berKAHWIN dengan tokoh POLITIK tuh, kot mana sekali pun memang bukan ANAK kandungla kan? Kot tak caya, boleh buat DNA 'TEST'.. HE!HE!HE! ->KLIK<-

Apa pun itu dah memang STRATEGI jahat parti RASIS tersebut untuk mengGAMBARkan 'KONON-KONONnya' Melayu/BUMIPUTERA menentang Melayu.. Jadik, tak HAIRANlah parti RASIS tuh sanggup mengelirukan RAKYAT dengan memberikan GAMBARan anak TIRI kepada tokoh POLITIK dari UMNO tuh seolah-olah anak KANDUNGnya! Maka apabila si anak TIRI ini mencerca beberapa tokoh POLITIK Melayu yang PRIHATIN terhadap bangsanya, RAKYAT akan mendapat gambaran KONONnya Melayu diTENTANG oleh Melayu sendiri.. Nampaknya parti RASIS tersebut kena REKA skrip lagi BAIKlah untuk menipu orang Melayu/BUMIPUTERA nih..->KLIK<-

Namun demikian, ianya memBERI gambaran jugak bahawa anak TIRI dari isteri KEDUA bukan bangsa Melayu kepada kepada tokoh POLITIK dari UMNO ini MUNGKIN sangat terINGIN menjadi M-E-L-A-Y-U.. Secara SAINTIFIKnya, tidak mungkin DNAnya boleh berubah menjadi DNA Melayu tetapi dengan mengaku DIRInya KONON-KONONnya sebagai anak kepada tokoh POLITIK tersebut, dapatlah dia menjadi Melayu sekurang-kurangnya dengan menumpang nama bapa TIRInya itu.. Ini jugak sekaligus memBUKTIkan bahawa kaum yang TEGAR menyokong parti RASIS tuh sangat INGIN menjadi Melayu walaupun mereka sering memBURUKkan orang Melayu/BUMIPUTERA dalam setiap KEMPEN politik mereka! Tak gitu ke? HE!HE!HE!

Lebai-Lebai PAS mungkin patut MALU dengan diri mereka sendiri bahawa sedangkan orang bukan Melayu pun sangat berHAJAT nak jadi Melayu, mereka nih pulak begitu DUNGU dengan menolak perkaitan Melayu dalam DIRI masing-masing? Tak ke BAHLOL Lebai-Lebai PAS nih? Lebai-Lebai PAS mengHINA perkaitan diri mereka dengan Melayu tetapi TAHU pulak MARAH jika keISTIMEWAan yang diperolehi oleh mereka kerana mereka adalah bangsa Melayu cuba diTARIK balik? Kalau bukan kerana mereka tuh pun Melayu, LAYAKkah Lebai PAS dapat tanah RIZAB, bantuan MARA, skim amanah SAHAM, biasiswa anak-anak, kuota kemasukkan ke IPT, kuota beli rumah dan masuk tender projek serta banyak lagi? Tak ke Lebai PAS ini wajar diKATEGORIkan sebagai 'KUFUR nikmat'? (bukan nama BAPAK Pok Nik ye... HE!HE!HE!)

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS