DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, January 12, 2012

Cuba TUNJUKkan RAKYAT mana yang benar-benar FAHAM agenda TRANSFORMASI DS Najib?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pernah tak ada sesiapa beritahu DS Najib setakat manakah penerimaan RAKYAT terhadap program TRANSFORMASInya? Selain itu, setakat manakah program TRANSFORMASI DS Najib mencapai keJAYAan sebelum RAKYAT membuat peNILAIan terhadapnya di dalam PRU-13 kali ini? Bukan apa, ini mengINGATkan kita kepada PM sebelum DS Najib yang KHAYAL dengan SANJUNGan sejak MENANG besar pada PRU-11 tahun 2004 tetapi terSUNGKUR jatuh pada PRU-12 tahun 2008.. Adakah DS Najib mahu mengULANGInya lagi?

Kalau kita LIHAT saluran TV, tentunya jenuh kita meLIHAT kempen TRANSFORMASI itu dan ini.. Ya.. kempen di TV atau mana-mana MEDIA memanglah HEBAT.. Namun, zaman ini bukan TV aje satu-satunya SALURan INFORMASI untuk RAKYAT.. Terlampau banyak ALTERNATIF untuk RAKYAT membuat peNILAIan terhadap PRESTASI sesebuah kerajaan.. Yang paling MUSTAHAK ialah keCEKAPan penyaluran sesuatu INFORMASI kepada RAKYAT menDAHULUi pihak LAWAN seperti PR.. Adakah kerajaan SEDAR senario ini?

Sekadar perBANDINGan.. KES-kes yang menJURUS kepada TUDUHan PENYELEWENGan terhadap para PEMIMPIN kerajaan selalunya terSEBAR lebih PANTAS dan meLUAS.. Sedangkan para PEMIMPIN PR seolah-olah diLIHAT 'Suci lagi BERSIH' macam mereka langsung tak MENYELEWENG? Contohnya, ketika ini RAKYAT dilihat lebih terTUMPU kepada isu pengGUNAan wang ZAKAT oleh DS Jamil Khir untuk tujuan GUAMan dan isu NFC.. Sedangkan PENYELEWENGan para PEMIMPIN PR seperti di Perak, Pulau Pinang dan Selangor walaupun BERAT jugak tetapi seakan diKABURkan dari pandangan RAKYAT.. Kenapa ye?

Selain itu, satu lagi CONTOH mudah ialah bagaimana keMEWAHan para PEMIMPIN UMNO/BN sering menJADI bahan MOMOKkan puak-puak PR.. Namun, pernahkah ada PEMIMPIN UMNO/BN memBONGKAR punca keKAYAan Timbalan Presiden PKR? Pernah tak sesiapa men'JENTIK' bagaimana dia menjadi KAYA? Malah, sampai SEKARANG tidak ada siapa pun pernah SIASAT dari manakah sumber keKAYAan Penasihat PKR anak-beranak? Terus-terang katalah, PM Itali Selvio Belusconi lebih jelas dari mana SUMBER keKAYAannya berbanding Penasihat PKR anak-beranak ini.. Kenapa UMNO/BN tidak berTINDAK balas menDEDAHkannya?

Sebab itulah kita BERANI kata DS Najib janganlah TERPEDAYA bahawa TRANSFORMASInya selama ini diFAHAMi RAKYAT seperti yang cuba diKHAYALkan menerusi para MENTERI Kaki BODEK dan para PEMIMPIN UMNO/BN yang kuat mengAMPU.. Tidak ada sebarang keSAHIHan untuk itu semua meLAINkan RAKYAT memBUKTIkannya menerusi UNDI mereka pada PRU.. Yang lebih TERUKnya tuh, ada jugak RAKYAT yang terpedaya KONONnya TRANSFORMASI DS Najib itu adalah 'diCILOK' daripada Buku 'JING-GAY' kerana RAKYAT tidak diSALURkan FAKTA yang tepat oleh JENTERA kerajaan sendiri!

Kita menimbulkan ISU ini kerana kita sering berada di kalangan RAKYAT marhaen untuk meneliti perBUALan mereka di Pasar Keramat, KLCC, PEJABAT kerajaan, dalam LRT dan di mana-mana sehaja.. Nyata sekali TRANSFORMASI yang dilakukan oleh DS Najib GAGAL di FAHAMi dan lebih TERUK, tidak kurang jugak RAKYAT berpendapat TRANSFORMASI ini hanya mengUNTUNGkan 'Kaki-kaki PROJEK' di dalam UMNO/BN.. Jangan SALAHkan RAKYAT kerana ini seperti yang kita NYATAkan, ini keSALAHan JENTERA kerajaan dan JENTERA penerangan UMNO/BN sendiri yang lebih sibuk mengebas PERUNTUKAN daripada berKERJA!

Mungkin DS Najib patut TAHU bahawa agenda TRANSFORMASInya kelihatan BURUK kerana INDIVIDU yang diAMANAHkan oleh DS Najib sebagai peLAKSANA belum tentu berKONGSI pemikiran dengannya.. Ini SPESIS depan DS Najib dia ANGGUK aje tetapi di belakang DS Najib, dialah penSABOTAJ utama agenda TRANSFORMASI tersebut.. Jangan terKEJUT jika diKATAkan mereka tak HERAN pun kalau DS Najib tak jadik PM pun selepas PRU-13 nanti.. Pada pandangan SPESIS macam ini, mana-mana PEMIMPIN POLITIK ibarat PELACUR untuk mereka memuaskan NAFSU sebelum diTINGGALkan.. HE!HE!HE!

RAKYAT melihat TRANSFORMASI DS Najib tiada HALA TUJU pun sebaliknya hanya agenda untuk meNAMPAKkan DS Najib dan UMNO/BN lebih BAIK berbanding PR di hadapan RAKYAT.. RAKYAT tak nampak pun keSUNGGUHan atau 'JIWA' untuk menJAYAkan agenda TRANSFORMASI itu.. Sebab itu semakin RAMAI yang tidak berPUAS hati dengan agenda TRANSFORMASI kerana ianya tidak ber'JIWA' RAKYAT seperti WAWASAN 2020.. DS Najib patut sedar berapa KERAT sangatla PEMIMPIN UMNO/BN sendiri yang 'IKHLAS' untuk menJAYAkan TRANSFORMASI ini? RAMAI yang takat tau SEBUT tapi tak mengHAYATInya!

PEMIMPIN PR setiap hari berKEMPEN depan RAKYAT meMOMOKkan segala macam keBURUKkan UMNO/BN sebagai kerajaan.. Ini berTUJUAN agar RAKYAT mendapat PERSEPSI negatif terhadap kerajaan seterusnya RAKYAT sendiri akan menolak sebarang agenda kerajaan seperti TRANSFORMASI ini.. Namun demikian, perBUATan para PEMIMPIN PR ini langsung tidak di'COUNTER' oleh para PEMIMPIN UMNO/BN sendiri.. Almaklumlah, dalam UMNO/BN pun RAMAI jenis 'TROJAN' yang berMAZHABkan PR khususnya PKR! Tugas mereka hanyalah untuk mengKHAYALkan DS Najib agar 'Mati CELIK' bila UMNO/BN kalah PRU!

Wallahualam..

4 comments:

Anonymous said...

saya rakyat biasa tapi saya faham agenda transformasi DS Najib..jadi yang tak faham bukan sb tak dapat info tapi sb mg tak nak faham..

zopinion said...

Brader, saya nak tinggalkan sikit komen disini dan juga mohon sekiranya brader sudi linkkan blog saya di ruang rakan-rakan blogger tuan.

Memang tak salah yang brader cakap bahawa pemimpin BN/Umno pun banyak yg tak benar2 comprehend apa yg PM cuba lakukan.. at certain point.. pasal tu kita perlu wakil rakyat yg mempunyai certain level of education.
What i see the critical point for PRU 13.. mereka yg di atas pagar perlu kita convince kepada kejujuran rancangan PM untuk transform. Problem, result wont come in so soon on the transformation action...
Untuk penyokong pembangkang yg taksub tu, we just leave it... Hassan Ali keluar bagus... azmin nk pegang top post bagus... pembangkang akan jatuh sendiri kerana rebutan kuasa... dan itu jugaklah kalau tak dijaga akan menjatuhkan UMNO/BN... musuh didepan senang nak perang.. yg dalam selimut siapa yg tahu...

Tq
wubra.blogspot.com

link saudara sudah saya masukkan ke blog saya.
Tq

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Anon 12:43, apa yang anda FAHAM? HE!HE!HE!

zopinion, sesuatu agenda itu diNILAI berdasarkan perLAKSANAan, bukannya berDASARkan TEORI semata-mata.. Mereka yang dia atas PAGAR hanya menaruh keYAKINan jika agenda tersebut menjadi REALITI, bukannya cakap2 kosong..

Musuh dalam SELIMUT memang banyak dalam UMNO.. Pasal ramai yang belum sepenuh hati mengIKTIRAF kePIMPIMnan DS Najib dan sibuk nak buat HAL sendiri..

Wallahualam..

Shacklesmith said...

Banyak propaganda puak2 DAPig seperti video panjang minit yg mereka keluarkan pada June sudah tak dicounter attack lagi unit media umno..

antara propaganda mereka kononnya negara ni akan bangkrap 10 tahun lagi dan KITA KEMUNGKINAN BESAR AKAN TERPAKSA MENGEKSPORT ORANG GAJI KE LUAR NEGARA!!<<<ramai gadis bangsa kita sudah educated!! logikkah mereka hendak bekerja jadi orang gaji?? kerja luar negara tu mungkin kot spt jd pramugari di dubai tu!!!

nak harap amoy anak2 bangsa pencacai DAPig jadi orang gaji??? hahahah.. tuihh!!! jgn harap. depalah golongan wanita plg cerewet kat negara ni..

lagi satu, mulanya mereka cakap kononnya golongan middle class semakin menyusut.. middle class bangsa mana yang menyusut?? middle class melayu makin ramai skrg nie.. anak2 felda diberi biasiswa belajar luar negara takkan balik jadi peneroka macam mak bapak depa kot..

PROPAGANDA PENUH AUTA YANG DISEBARKAN DAPIG TU SEBENARNYA LEBIH MUDAH DITERIMA DARI PROGRAM TRANSFORMASI NAJIB..

BPN, UMB dan mana cybertroopers BN yang lain.. jgn goyang telur jer asyik serang hamPAS sbb mentang2lah org hamPAS ni bengap macam lembu..

DAPig lagi kuat fitnahnya, tapi sy lihat banyak lagi tak ditentang

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS