DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, January 10, 2012

Keputusan MAHKAMAH yang memBERIkan lebih ruang untuk DS Najib dan DSAI terus MERAPU sepuas-puasnya..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita tak TAHU apa yang DS Najib dan ahli-ahli POLITIK ini semua MERAPU.. RAMAI yang jugak yang terikut-ikut MERAPU mengatakan bahawa KONONnya keputusan MAHKAMAH semalam memBUKTIkan Kerajaan UMNO/BN adalah TELUS dan tidak menCAMPURi urusan MAHKAMAH..->KLIK<-

Pada kitalah, itu KENYATAAN paling BODOH pernah kita DENGAR.. Adakah selama ini Kerajaan UMNO/BN 'mengakui' TOHMAHan bahawa mereka memPENGARUHi keputusan MAHKAMAH? Adakah selama ini TOTOK PKR + PAS yang berpenDIRIan sedemikian akan mengubah penDIRIan dengan KENYATAAN begitu? DS Najib, berhentilah berKHAYAL! Kot mana pun DS Najib dan UMNO/BN tetap akan diHENTAM oleh mereka ini jugak!

Kot mana sekalipun, ianya TIDAK akan mengubah apa-apa.. RAKYAT akan terus 'diHIDANGkan' dengan agenda POLITIK berterusan dalam keHIDUPan seharian mereka.. Malah, RAKYAT akan kembali 'meNIKMATI' keadaan POLITIK yang tidak STABIL hingga tahap menJEJASkan urusan keHIDUPan seharian.. Kenapa tidak? Satu PIHAK bergitu berNAFSU untuk menjadi PM NEGARA ini sementara satu PIHAK lagi begitu BODOH dalam TINDAKannya untuk memperTAHANkan KUASA yang telah diAMANAHkan melalui PRU? Jadiknya, POLEMIK ini akan berterusan dan RAKYAT tetap SENGSARA macam tu jugak!

Keputusan MAHKAMAH yang menolak pemBUKTIan menerusi DNA jugak sebenarnya menDATANGkan IMPAK besar dalam sistem perUNDANGan NEGARA.. Dengan kata lain, keputusan semalam boleh diJADIkan ALASAN untuk meNAFIkan aktiviti meROGOL, berZINA dan tentunya 'menJUBOR' di dalam MAHKAMAH.. Malah, segala KOMITMEN pihak ketiga seperti para DOKTOR, pakar Kimia di Jabatan Kimia dan tentunya POLIS telah diperSIAkan akibat penolakkan bukti DNA tersebut.. Adakah mereka ini tiada 'Standard Operating Procedure'(SOP) hingga penemuan mereka diTOLAK begitu aje? Apakah selama ini mereka berKHIDMAT untuk buat kerja-kerja BODOH pada akhirnya?

Kalau diBANDINGkan dengan KES 'menJUBOR' yang PERTAMA, ramai menDAPATi terlampau banyak 'keISTIMEWAan' yang telah diBERIkan kepada terTUDUH dalam KES kali ini.. Semua masih ingat bagaimana semasa KES 'menJUBOR' yang PERTAMA dulu terTUDUH terpaksa naik 'Black MARIA' dari 'HOMESTAY' Sungai BULOHnya.. Kali ini, terTUDUH bukan sahaja BEBAS mengHINA MAHKAMAH di merata-rata tempat, PASSPORT terTUDUH jugak tidak diTAHAN, KENYATAAN terTUDUH tanpa pengakuan berSUMPAH jugak seakan tidak memberi IMPAK kepada keputusan MAHKAMAH.. TerTUDUH jugak pernah 2 kali cuba menukar HAKIM selain penangguhan 74 kali.. ->KLIK<-

Apa ini? Begitu banyak keISTIMEWAan diBERIkan kepada terTUDUH? Bagaimana pulak dengan MANGSAnya iaitu Saiful Bukhari? Apakah dia diBERIkan keISTIMEWAan sedemikian rupa? RAKYAT menyaksikan sendiri selama 3 TAHUN perBICARAan.. Rasanya yang menjadi MANGSA sebenar kepada KONSPIRASI ialah Saiful ini.. Dia bukan sahaja diHINA, malah keputusan MAHKAMAH jugak turut menJADIkan dirinya tidak berKREDIBILITI walaupun tidak ada satu pun perBUATannya yang mengGANGGU perJALANan perBICARAan.. Mungkin ini keADILan versi orang POLITIK kot? Entahla LABU..

Dalam KONTEKS ini, RAKYAT masih menunggu KEPUTUSAN penuh pengHAKIMan yang diBACAkan sekitar 10 minit aje semalam.. RAKYAT ingin tahu adakah kejadian 'menJUBOR' itu benar-benar berlaku atau TIDAK? Adakah disebabkan keSANGSIan di dalam pemBUKTIan DNA menyebabkan FAKTA kejadian 'menJUBOR' itu turut diketepikan? Itu yang RAKYAT ingin tahu.. RAKYAT ingin tahu secara terperinci kenapa pemBUKTIan yang lebih 'terSUSUN' oleh pihak PENDAKWARAYA kali ini berbanding KES 'menJUBOR' yang PERTAMA dahulu diketepikan oleh HAKIM bicara.. Kenapa agaknya?

Rasanya jika merujuk kepada KES video VK Linggam, mungkin SURUHANJAYA diRAJA patut diTUBUHkan kot untuk mengetahui kejadian 'menJUBOR' benar-benar belaku dan kenapa ianya tidak diSEBUT dalam kenyataan pengHAKIMan yang RINGKAS semalam? "Is there SOMETHING wrong here?" Apa yang RAKYAT mahu ialah jika mereka diANIAYA oleh orang POLITIK seperti dalam KES 'menJUBOR' kali ini, apakah HAK mereka diTUNAIkan tanpa campur tangan sesiapa? DS Najib dan para MENTERInya patut berhenti MERAPU tentang 'keTELUSan' pasal tak ada siapa pun PEDULI tentang itu.. Pada RAKYAT, 'keTELUSan' hanya diTERIMA jika keADILan benar-benar diTEGAKkan..

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

TERBAEK....Anda begitu bijak dan jujur.KEMENANGAN DIPIHAK YANG SALAH. PENGHAKIMAM YANG MEMALUKAN.



Lebai Bertuah

Anonymous said...

Collateral damage....whatever it takes....itulah hakikat sebenar Keputusan penghakiman...orang bodoh saja yang akan menerima.

Walaupun didesak agar menarik diri sebanyak 3 kali kenapa TH tetap enggan...???
Adanya sebab Annuar harus mempertahankan diri..???
Mengapa semua ini.....kalau akhirnya ada keraguan...masuk akal ke..

KAH 2 LAWAK BODOH ... Oleh mereka yang yakin Mahkahmah Bebas dari exec.interference..

Wallahuw'alm

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS