DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, January 20, 2012

Pertembungan Kak Ijat dengan puak-puak PKR di MAHKAMAH pasti MENARIK kalau PERKARA berikut BERLAKU.. HE!HE!HE!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Akhirnya selepas beberapa BULAN berlalu, Kak Ijat sebagai 'BOSS' Wanita UMNO telah mengambil TINDAKan MAHKAMAH terhadap 'LEMBU-LEMBU PKR' yang diKATAkan cuba memFITNAHnya berhubung ISU lembu NFC.. Walaupun dalam KES ini Kak Ijat sudah hampir LUNYAI 'diKERJAkan' oleh KAWAN dan LAWAN, namun semangat meLAWAN Kak Ijat seWAJARnya diPUJI dan diCONTOHi jika UMNO/BN mahu KEKAL sebagai kerajaan pada PRU-13 nanti.. Pada kita, Kak Ijat memang BERHAK memBELA dirinya dalam KES ini..

Apabila kita memBACA betapa TERUJAnya 'LEMBU-LEMBU PKR' untuk berHADAPAN dengan Kak Ijat, kita terSENYUM aje.. ->KLIK<-

Ini kerana kita TAHU bahawa keYAKINan 'LEMBU-LEMBU PKR' ini tentunya HASIL keputusan MAHKAMAH Tinggi pada 9 Januari lalu yang memBEBASkan Penasihat PKR daripada TUDUHAN 'menJUBOR' bekas pembantu PERIBADInya sendiri.. Dengan kata lain, mereka 'KONFIDEN' untuk memperGUNAkan MAHKAMAH sekali lagi bagi memanjangkan ISU untuk menJATUHkan UMNO/BN seperti mana Penasihat PKR LAKUKAN..

Apa pun, kedua-dua PIHAK sudah berSEDIA untuk berTEMBUNG di MAHKAMAH.. Kak Ijat sudah menyenaraikan DS Shafee Abdullah sebagai PEGUAMnya.. Bukan CALANG-CALANG orang tuh.. Tambahan pulak, Kak Ijat sendiri adalah pengamal undang-undang yang pernah ada FIRMAnya sendiri.. SAKSI penCACAI pulak Kak Ijat boleh LANTIK 'BOSS' Pemuda UMNO tu.. Siapakah pulak PEGUAM untuk 'LEMBU-LEMBU PKR' ini? Tentunya bukan Mak LAMPIR Ampang kan? Nanti habis dengan HAKIM pakat cabut LARI dari MAHKAMAH kerana 'keBUSUKkan' MULUTnya! Apa kata kalau kita CADANGkan Karpal SINGH? SETUJU tak?

Sudah tentu ramai di kalangan RAKYAT yang mahu menyaksikan pertembungan HEBAT DS Shafee Abdullah dengan Karpal SINGH 'The GOD Father'? Ini akan mengULANGi perTEMBUNGan KES 'menJUBOR' Penasihat PKR yang PERTAMA dulu di mana RAKYAT menyaksikan perTEMBUNGan antara 9 PEGUAM terbaik di NEGARA ini dengan PASUKAN para PENDAKWARAYA dan Peguam NEGARA.. Tentu MENARIK bukan? Malah, kita PERCAYA ini sekaligus akan memBUKTIkan KONONnya MAHKAMAH kita ini benar-benar ADIL dan SAKSAMA untuk RAKYAT? Tambah pulak jika BAR COUNCIL akan CADANGkan agar jangan MERAYU nanti!

Cumanya kita HARAPlah perTEMBUNGan ini diADILi oleh HAKIM yang benar-benar berWIBAWA.. Sebaik-baiknya HAKIM yang berFIKIRan LUAS dan PERCAYA bahawa bukti DNA dalam 'JUBOR' orang atau di mana-mana TIDAK akan berMUTASI menjadi DNA orang lain! Kalau jenis HAKIM yang main ikut SEDAP dia aje, memang NAYAlah.. Lagi satu, sepatutnya PILIHlah HAKIM yang benar-benar KOMITED dengan 'TIMEFRAME'.. Bukan apa, nanti kalau KES MAHKAMAH ini dok main TANGGUH sampai dekat 70 kali kang, entah berapa JUTA RM pulak duit cukai RAKYAT diBAZIRkan nanti? Karang kami sebagai RAKYAT jugak RUGI! Kena PASTIkan jugak agar HAKIM bukan satu ALUMNI sekolah M#KK.. Faham-faham je la..

Kita jugak menyarankan agar 'LEMBU-LEMBU PKR' memanggil pakar SAKIT tulang dari Jerman dan pakar DNA yang tak seBERAPA pakar dari Australia sebagai SAKSI.. Manalah tahu kot ada keCACATan pada LEMBU-LEMBU NFC nanti, bolehlah mereka SAHkan.. Oh ye! Dr. Pornthip yang macam orang SASAU pun patut diPANGGIL sama.. Jangan BIMBANG, MB GAGAP tak ragu-ragu GUNAkan duit RAKYAT Selangor untuk bayar TAMBANG dia! Lagi pun kita PERCAYA ramai RAKYAT di NEGARA ini 'meRINDUi' HIPOTESIS Dr. Pornthip untuk LEMBU-LEMBU NFC yang terTEKAN kerana diSIASAT oleh SPRM! KAH!KAH!KAH!

Yang MENARIKnya, mereka yang diSAMAN ini mengatakan bahawa Kak Ijat hanya perlu membayar kos GUAMAN dan penTADBIRan jika SAMAN itu ditolak..

"Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah tentu beliau mampu membayarnya,
(Namun) jika pimpinan Umno seperti Shahrizat beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar,
"

Ewah.. KAYA orang aje yang dia KIRA? Kenapa agaknya 'LEMBU-LEMBU PKR' ini TIDAK pulak menyebut keKAYAan Penasihat PKR, Timbalan Presidennya, S/U AGONGnya dan RAMAI lagi? MISKIN apa keJADAHnya mereka ini semua kalau kita TENGOK penDEDAHan di INTERNET tentang betapa BESARnya RUMAH mereka, kereta MEWAH mereka dan MUDAHnya mereka ke luar NEGARA? Dari mana SUMBER keKAYAan itu SEMUA? diTURUNkan dari LANGIT bersama-sama 'Manusia ANUGERAH Tuhan' tu ke? Atau Pok Nik 'ALAIHISSALAM' tadah TANGAN menurunkan DUIT dari LANGIT walaupun RAKYAT Kelantan cuma dapat air KARAT?

Apa pun, 'LEMBU-LEMBU PKR' ini jangan LUPA bahawa mereka tidak MENANG semua KES MAHKAMAH.. Jangan LUPA bahawa PKR pernah KALAH dalam KES MAHKAMAH meLIBATkan MB Perak DS Zambry, FITNAH terhadap Ummi Hafilda Ali dan bagaimana juruBLOG PKR terKIAL-KIAL terpaksa nak BAYAR SAMAN oleh DS Rais Yatim.. ZIONIS Neo-CON pun boleh BANKRAP nak SPONSOR PKR kalau KALAH banyak kali kat MAHKAMAH? Oleh itu, biarlah Penasihat PKR aje yang terLEPAS asalkan bukan BALACI-BALACI tak LAKU macam 'LEMBU-LEMBU PKR' ini.. Takat 'LEMBU-LEMBU PKR' macam nih, buat KORBAN Hari Raya Haji aje la!

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

kik khik khik kik,
... ulasan kelakar dan mencuit hati. padat dengan kisah lembu, melembu dan dilembukan. agaknya lembu pun naik hairan dan tertanya2, diaorang ni manusia ke lembu? cuma kesian kat sekor lembu kampung binjai berangan nak jadi lembu Friesian at the end macam ko cakap, senget beb nak membayo kalah saman. hehe.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS