DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, January 09, 2012

Keputusan yang akan memBERIkan lebih RUANG untuk HURU-HARA..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apakah yang akan berlaku SELEPAS ini? Penasihat PKR tentunya akan berKEMPEN seluruh NEGARA untuk meYAKINkan RAKYAT bahawa DIRInya menjadi mangsa KONSPIRASI.. Selagi dia tidak menjadi PM, selagi itulah dia akan terus 'berKOMPANG' sebegini.. Bagaimana pulak dengan UMNO/BN? Apakah PARTI ini akan terus bersedia menjadi 'PUNCHING BAG' kepada PKR + PAS + DAP? Apakah keputusan MAHKAMAH ini akan diRAYU oleh Saiful Bukhari? Atau ianya akan 'MATI' setakat ini sahaja?

Dalam KONTEKS ini, apabila MAHKAMAH menyatakan mereka terpaksa menolak bukti DNA kerana ALASAN ianya meRAGUkan dan hanya bergantung kepada TESTIMONIAL Saiful, kita patut meLIHAT kembali bagaimana pihak PENDAKWA terpaksa berGANTUNG kepada DNA yang diKUTIP daripada botol MINUMAN, berus GIGI dan TUALA di LOKAP.. Dengan kata lain, Penasihat PKR sendiri yang ENGGAN memBERIkan DNAnya tetapi langsung tidak diSABITkan oleh MAHKAMAH.. Apakah sekiranya KES ini bersambung di MAHKAMAH RAYUAN, akta DNA akan diguna pakai sebagai pemBUKTIan? Kita TUNGGU..

Selain itu, keENGGANan Penasihat PKR memBERIkan keterangan berSUMPAH selain memanggil SAKSI yang benar-benar ada KAITAN jugak seakan TIDAK memberi sebarang 'INPUT' kepada perJALANan KES.. Kalau di luar sana, RAKYAT mempertikaikan keENGGANan Penasihat PKR berSUMPAH MUBAHALAH seperti yang dilakukan oleh Saiful dan DATUK T.. Keadaan semakin menJADI rumit dan ianya seakan-akan menJADIkan keSALAHan LIWAT dan ROGOL bukan lagi satu keSALAHan.. Memang BESAR kesan keputusan pengHAKIMan ini terhadap undang-undang NEGARA kerana ianya meLIBATkan seorang yang LICIK dan sanggup mengHANCURkan sebuah NEGARA demi melayan NAFSUnya untuk menjadi seorang PM..

Apa pun, terlampau banyak pihak menjadi MANGSA selain Saiful sepanjang perBICARAan ini berlangsung.. Sepanjang berBICARAan ini, selain DS Najib suami ISTERI, TS Musa Hassan, Datuk Zul NORDIN dan yang terbaru Datuk Hassan Ali telah menjadi MANGSA kepada Penasihat PKR.. Itu belum diKIRA lagi beberapa PIHAK seperti Rahimi Osman, pembantu Pendakwaraya iaitu Farah Azlina, pakar-pakar DNA Jabatan Kimia dan RAMAI lagi yang tak pasal-pasal diHERET semata-mata untuk menJATUHkan KREDIBILITI Saiful.. Malah HAKIM sendiri cuba diGUGURkan daripada perBICARAan.. Dahsyat bukan?

Kita menJANGKAkan keadaan semakin sukar untuk UMNO/BN berNAFAS sebagai sebuah kerajaan.. Ini kerana semua MAKLUM bahawa Penasihat PKR pasti akan memutar-belitkan kenyataan bahawa dia yang jadi 'MANGSA' bukannya dia sebagai 'peMANGSA'.. Memandangkan MUSTAHIL dia akan berhenti untuk menabalkan diri sebagai PM, kita PERCAYA akan lebih banyak HURU-HARA bakal tercetus selagi dia tidak menjadi PM.. Dalam KONTEKS ini, kita jugak meLIHAT keSALAHan pada pihak Kerajaan UMNO/BN jugak kerana memBERIkan seluas-luas RUANG untuk diMANIPULASI sejak era Tun Dollah lagi.. Apakah DS Najib yang menDOKONG fahaman LIBERALISME akan berubah?

Bagaimana pulak dengan kita para juruBLOG yang tidak SUKA orang seperti Penasihat PKR menJADI PM? Adakah kita jugak akan berubah penDIRIan? Adakah kita jugak akan mula meLIHAT bahawa ini adalah KONSPIRASI yang diatur oleh Kerajaan UMNO/BN? Kita mungkin cenderung kepada UMNO/BN kerana PERANGAI Penasihat PKR terSANGATlah BURUK untuk menjadi PEMIMPIN bagi NEGARA ini.. Namun, selepas ini adakah kita masih mampu mengekalkan 'TITLE' sebagai juruBLOG yang BEBAS atau dah mula SENGET setelah meLIHAT kepada apa yang berlaku? Sama-samalah kita TUNGGU..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS