DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, October 10, 2009

DUN Bagan Pinang - baik BN mahupun PAS, kedua-duanya bukan 'BERSIH' sangat pun..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Esok penduduk di DUN Bagan Pinang akan keluar mengundi.. Sepanjang KEMPEN pilihanraya kecil kali ini, begitu banyak FITNAH, maki HAMUN, laporan POLIS dan juga adegan belasah membelasah berlaku sepanjang kempen pilihanraya kali ini.. Uniknya pilihanraya di DUN Bagan Pinang ialah kerana jumlah pengundi POS yang ramai dan jugak pengundi kaum India yang dijangka akan menjadi PENENTU kepada parti mana yang akan MENANG kali ini..

BN mempertaruhkan bekas MB Negeri Sembilan selama 22 tahun iaitu TS Isa Samad.. Walaupun BN sedar TS Isa Samad masih diselubungi KONTROVERSI kerana beliau pernah diHUKUM kerana kesalahan POLITIK WANG semasa pemilihan UMNO tahun 2005. Malah, bekas pemimpin tertinggi UMNO seperti Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh juga dilihat kurang senang dengan pencalonan TS Isa Samad.. Namun oleh kerana KEMARUK NAK MENANG setelah kalah 7 pilihanraya berturut-turut, maka BN terpaksa mengambil kembali beliau dengan mengharapkan pengaruh beliau dapat 'MEMANISKAN' sedikit muka BN yang KALAH memanjang..

PAS pula mempertaruhkan calonnya yang pernah KALAH dan sentiasa KALAH untuk mencuba nasib.. Walaupun calon PAS, Zulkifli Mohammed mempunyai pendidikan yang BAIK dan kelihatan 'low profile' sepanjang kempen, namun sukar untuk beliau memenangi DUN Bagan Pinang yang dipertahankan dengan sehabis mungkin oleh BN.. BN telah meletakkan DUN Bagan Pinang sebagai 'turning point' untuk mengubah persepsi pengundi aga kembali berpihak kepadanya.. Untuk itu BN dilihat bermati-matian bekerja untuk mempertahankan DUN Bagan Pinang.. Mungkin agaknya bagi PAS kalau tidak mampu menang pun sekurang-kurangnya calon PAS mampu mengurangkan majoriti undi dengan lebih banyak?

Semasa berlangsungnya kempen, bermacam-macam teknik memburukkan lawan dapat dilihat di DUN Bagan Pinang.. BN menyerang PAS kononnya tidak mampu membawa pembangunan, memecah-belahkan masyarakat dan mengatakan PAS tidak ada calon sesuai kerana calon PAS bukannya pengundi asal di DUN Bagan Pinang.. Sementara PAS pula tentunya menyerang BN sebagai mengamalkan rasuah, meletakkan calon 'muka lama'dan seperti biasa menyalahkan BN dalam aspek pembaziran wang rakyat..

Calon BN mengatakan kesalahan beliau mengamalkan POLITIK WANG adalah tidak seberapa jika dibandingkan dengan kesalahan JENAYAH dilakukan oleh Penasihat PKR dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang.. Begitu juga sebaliknya PAS menyerang calon BN dengan mengatakan kesalahan POLITIK WANG calon BN yang lalu bukti pilih BN merugikan rakyat.. Malah semasa penamaan calon, para penyokong PAS juga disyakki menyerang tokoh-tokoh BN secara fizikal.. Betul ke tak tuh tengok ajelah siapa yang kena nanti..

YANG PELIKNYA, KETUA PEMUDA UMNO TAK HABIS-HABIS MENCARI PUBLISITI MURAHAN SEPERTI DALAM PETIKAN DI BAWAH:-

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_12.htm

Kita faham tujuannya nak cari PUBLISITI MURAHAN dengan mengutip isu MURAHAN yang mana isu yang dia bangkitkan di atas bukannya isu baru pun.. Namun, adakah KETUA PEMUDA UMNO adalah manusia yang 'BENAR-BENAR BERSIH' dan langsung tidak tahu 'GUNA DUIT' macam ahli-ahli POLITIK yang dinyatakannnya dalam petikan tersebut? Kesian BENAR rakyat masih diTIPU dengan LAKONAN YANG TIDAK MENJADI ini..

Nampaknya baik BN/UMNO atau PAS yang dipilih nanti, rakyat tidak akan dapat apa-apa pun.. Rakyat masih tetap ditipu dan akan terus ditipu oleh kedua-dua belah pihak.. KESIAN RAKYAT..

Walau apa pun, atas semangat DEMOKRASI, kita sarankan agar pengundi DUN Bagan Pinang solat Ishtikharah untuk membuat pilihan terbaik demi masa depan mereka..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS