DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, October 27, 2009

Setakat mana mereka ini mengambil BERAT tentang Laporan Audit Negara terhadap pentadbiran masing-masing?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Setiap kali Laporan Audit Negara dikeluarkan, pasti banyak isu-isu tentang 'KETIRISAN' atau 'KETIDAK-TELUSAN' berlaku dilaporkan.. Isu-isu sebegini bukan sahaja berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Pusat, malah turut membabitkan Kerajaan Negeri.. Adakah WAJAR isu-isu sebegini terus WUJUD sedangkan kita KONONnya sedang menuju ke arah negara maju?

--------------------------------------------------------------

Sebelum ini kita telah pun melaporkan tentang kenyataan Ketua Audit Negara yang tidak berpuas hati terhadap Kerajaan Negeri Kelantan bawah pemerintahan Pok Nik kerana didapati meluluskan 2,200 hektar kawasan hutan simpan kekal dengan ketinggian melebihi 1,000 meter untuk aktiviti pembalakan kepada sebuah syarikat swasta walaupun ia sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Perlindungan Sepenuhnya.

Kelulusan itu dibuat kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP).. Bagi tempoh 2005 hingga 2008, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) meluluskan enam lesen pembalakan dengan keluasan 555 hektar iaitu sebahagian daripada 2,200 hektar yang diluluskan bagi projek perintis Pembalakan Berimpak Rendah (RIL) kepada Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd.(KPK)..

Jabatan Audit Negara mendapati projek perintis ini telah memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan kerana mendapat kawasan pembalakan dengan kayu yang banyak dan berkualiti tinggi yang belum diterokai tanpa melalui proses tender.. Kerajaan Negeri Kelantan pula hanya mendapat royalti dan premium sebagaimana kawasan pembalakan biasa yang lain.. Sekiranya tujuan projek perintis ini untuk mengkaji Pengusahasilan Hutan Berimpak Rendah khususnya untuk kawasan tanah tinggi, JPNK tidak sepatutnya meluluskan kawasan yang luas sehingga 2,200 hektar sebagai projek perintis

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_02.htm

SETAKAT INI KITA BELUM LAGILAH TERBACA RESPON ATAU MAKLUM BALAS RASMI DARIPADA POK NIK BERKENAAN SOAL INI.. AGAKNYA ORANG TUA TU MASIH SIBUK NAK BEREGM LAGI KOT? KRONI-KRONI ORANG TUA NIH DALAM KERAJAAN NEGERI KOT MANA PUN MASYUKK JUGAK!!

-------------------------------------------------------

Kemudian, menurut laporan The Star pulak, sebuah GLC milik Kerajaan Pusat iaitu Syarikat Prasarana Negara jugak dikhabarkan menerima laporan yang KURANG BAIK daripada Jabatan Audit Negara.. Ada 3 perkara yang menimbulkan persoalan dalam Laporan Audit tersebut iaitu:-

1)Pelaburan Syarikat Prasarana Negara dalam KL Infrastructure Group Bhd yang mengakibatkan kerugian.

2)Pembelian sebidang tanah di Balakong dengan harga yang lebih mahal daripada harga yang ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di Kementerian Kewangan pada Julai 2008.

3)Terdapat kelemahan dalam isu pembelian bas-bas tambahan daripada syarikat yang tidak menerima kelulusan Kementerian Kewangan. Pembelian bas-bas ini menjadi persoalan kerana terdapat kepincangan daripada soal kualiti bas-bas terbabit yang seterusnya akan menjadi risiko kepada pihak pengguna.

Persoalan-persoalan ini adalah antara penyebab Syarikat Prasarana Negara mengalami kerugian terkumpul selama 3 tahun bernilai lebih RM800 juta.. Tiada siapa pun hendak menjawab atau mahu bertanggung-jawab dalam soal ini..

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/21/business/4943444&sec=business

ISU PENGANGKUTAN AWAM SEBENARNYA BUKAN BARU MALAH TELAH BERBILION RM DILABURKAN KONONNYA DENGAN ALASAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN.. NAMPAKNYA KERAJAAN PUSAT PATUT MENERAPKAN NILAI-NILAI 1 MALAYSIA JUGAK UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN INI?

--------------------------------------------------------

Di Pulau Pinang pula timbul isu berlakunya penyalahgunaan kenderaan milik kerajaan negeri.. Laporan itu menyebut masalah kekerapan penggantian tayar dikenalpasti berlaku di Pulau Pinang iaitu kekerapan penggantian tayar berlaku pada tiga buah kenderaan bernombor pendaftaran PED 21, PBF 1 dan PAF 1.. Penyiasatan audit itu melaporkan kesemua penggantian tayar adalah disebabkan keadaan bunga tayar yang haus atau tayar pecah, tayar haus sebelah, tayar tidak mencengkam dan tayar keras.. Laporan itu menyifatkan penggantian tayar terlalu kerap bagi tempoh tiga hingga 34 bulan dan penggunaan pada jarak perbatuan antara 1,700 kilometer hingga 21,900 kilometer untuk tiga kenderaan itu adalah meragukan.. Namun, tindakkan pantas KM Pulau Pinang mengarahkan siasatan dilakukan oleh Pegawai Kewangan Negeri wajar diberikan kredit..

http://limguaneng.com/index.php/2009/10/22/teguran-ketua-audit-negeri-yang-kebanyakan-pada-pentadbiran-lama-terhadap-penukaran-tayar-rm-31064-dan-pembelian-minyak-tidak-ada-penyelewengan/

CUMA KITA TERTANYA-TANYA KENAPA KM PULAU PINANG MENGGUNAKAN ISTILAH 'PENTADBIRAN LAMA' APABILA MERUJUK ISU INI DALAM BLOGNYA? ADAKAH ISTILAH INI 2X5 SEPERTI ISTILAH 'KERAJAAN UMNO' YANG DIGUNAKAN OLEH BELIAU SEMASA BERDEBAT DENGAN TS KOH TSU KOON DI DBP DAHULU? JIKA BENAR, KIASU TETAP KIASU SELAMANYA!

-----------------------------------------------------------------

Apa pun, Jabatan Audit Negara wajar diberi PUJIAN kerana tegas dan telus menjalankan tanggung-jawab mereka.. Cuma kita terasa RALAT apabila negara ini masih lagi diselubungi dengan isu-isu sebegini melalui Laporan Audit yang dikeluarkan.. Ini sebenanrnya melambangkan keLEMAHan pentadbiran masing-masing..

Malah, ianya boleh dielakkan jika keGHAIRAHAN BERPOLITIK dihapuskan sebaliknya semua pihak yang terlibat menumpukan kepada menunaikan AMANAH terhadap rakyat yang memilih mereka sebagai kerajaan..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS