DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, September 14, 2013

KeKECEWAAN RAKYAT sebagai penumpang TREN KTMB Senandung WAU yang TIDAK sampai kepada DS Najib..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

LAMA jugak kita dah tak menulis BLOG.. Bukan apa.. Kita jugak sedang menjadi MANGSA PREJUDIS daripada puak-puak berOTAK LIBERAL yang sedang meRENGEK keliling DS Najib hingga nak menyekat peKERJAan orang lain.. Orang berOTAK LIBERAL yang meRENGEK DS Najib nih biasanya sering diBERIkan tempat dalam GLC dan AGENSI kerajaan bukan kerana keHEBATan mereka mengURUSkan ENTITI tersebut sebaliknya TIDAK lebih kerana mereka itu berOTAK LIBERAL sahaja.. Sebab itulah kita pun mejadi MANGSA kerana kita MAHUkan tempat diBERIkan kepada orang yang SAYANGkan NEGARA..

Apa pun, itu bukan TUJUAN kita menulis kali ini.. Kali ini kita ingin CERITAkan tentang PENGALAMAN kita mengGUNAkan perKHIDMATan TREN Senandung WAU KTMB ke Kelantan MALAM tadi.. Kita bukan ingin menyalahkan DS Najib memBUTA-TULI atas keLEMAHan perKHIDMATan TREN ini.. Sebaliknya DS Najib sendiri sewajarnya mengetahui setiap DETIK NADI RAKYAT yang keSUSAHan akibat keLEMAHan yang berlaku dalam pengurusan KTMB hingga tahap amat meMALUkan NEGARA.. Malah kakitangan KTMB sendiri meLUAHkan keKECEWAan mereka terhadap perkara ini.. Apakah DS Najib yang PRIHATIN akan berDIAM aje?

Pernahkah anda menaiki mana-mana perKHIDMATan TREN yang KONONnya EKSPRES tetapi mengambil MASA hingga 17 JAM setengah untuk satu TRIP perJALANan TREN hanya seJAUH lebih kurang 500 KM sahaja di NEGARA ini? PERCAYA tak anda jika diKATAkan REKOD sebegini TIDAK pernah pun terCATAT dalam perKHIDMATan TREN di NEGARA-NEGARA yang jauh lebih MUNDUR berBANDING NEGARA kita samada di Bangladesh, Indonesia atau pun di mana-mana NEGARA Afrika sekalipun! KTMB patut berBANGGA di atas REKOD begini!


Bukan nak memBURUKkan perKHIDMATan KTMB tetapi itulah REALITI yang diHADAPi oleh kita dan RAMAI lagi penumpang pada TARIKH 13 September 2013, 8:30 MALAM tadi.. Pada WAKTU berKENAan, TREN KTMB Senandung WAU telah diJADUALkan berTOLAK dari KL Sentral ke Gemas sebelum NAIK semula mengHALA ke Tumpat, Kelantan.. Nak dijadikkan CERITA, selepas berTOLAK aje dari STESEN Gemas untuk menghala ke Mentakab, ENJIN TREN tersebut telah mengalami keROSAKkan di sekitar kawasan Bahau.. Ini menyebabkan TREN tersebut terpaksa berhenti untuk diperBAIKI selama 1 jam!

Nak dijadikkan CERITA pulak, mungkin keROSAKkan tersebut amat RUMIT, TREN itu terpaksa diUNDURkan semula ke STESEN Gemas untuk diperBAIKI dengan lebih terperinci.. Hanya sejam sebelum waktu Subuh BARUlah TREN tersebut diBENARkan meneruskan semula perJALANannya.. BAYANGkan betapa 'EKSPRES'nya perJALANan TREN tersebut? Yang menJELEKkan tuh, apakah KTMB GAGAL mengesan keROSAKkan ENJIN tersebut sebelum meMULAkan perJALANan dari KL Sentral lagi? Apakah PENGURUSAN KTMB begitu BODOH hingga GAGAL mengenal-pasti TREN mana ROSAK, TREN mana TIDAK ROSAK?

Akibat keBODOHan PENGURUSAN KTMB inilah RAMAI penumpang terpaksa menerima AKIBATnya.. Antara perkara yang meMALUkan daripada INSIDEN ini,

1) RAMAI penumpang yang ingin meLANCONG ke Taman NEGARA, Taman NEGERI Gunung Stong atau ke Pulau Perhentian keRUGIan MASA kerana keBANYAKkan mereka telah mengatur TRIP masing-masing pada CUTI kali ini..

2) Ada beberapa pelancong ASING yang mungkin terbaca tentang perJALANan mengGUNAkan TREN ini menerusi BUKU-BUKU seperti 'Lonely PLANET' terpaksa menerima HAKIKAT bahawa keBODOHan PENGURUSAN KTMB kali ini nyata telah meMALUkan NEGARA dalam sektor pelancongan.. Ianya sangat meMALUkan..

3) Pihak PENGURUSAN KTMB mungkin boleh mengatakan "Siapa SURUH naik TREN ini?".. Namun demikian, penumpang yang NAIK memBAYAR HARGA TIKET untuk perJALANan yang SELAMAT dan TIDAK terlalu LEWAT.. HARGA TIKET KTMB mungkin lebih MURAH dari HARGA TIKET bas EKSPRES tetapi bukan SEMUA RAKYAT suka mengGUNAkan bas terUTAMAnya sejak BANYAK kemalangan berlaku meLIBATkan kenderaaan tersebut.. SALAH RAKYAT jugak ke kali ini?

Kenapa DS Najib perlu diKAITkan dalam SOAL ini? Bukankah keSALAHan ini patut diLETAKkan kepada KTMB, SPAD dan KeMENTERIan Pengangkutan? Oh.. DS Najib LUPA kot bahawa perKHIDMATan TREN jugak termasuk dalam NKRAnya.. Mungkin DS Najib hanya TAHU perKHIDMATan TREN seperti 'Double TRACK' ERL, LRT, MRT atau MONOREL untuk orang BANDAR aje.. Agaknya perKHIDMATan TREN KTMB seperti ini TIDAK LAYAK untuk masuk dalam NKRA? Lagi pun, DS Najib kalau ke mana-mana DESTINASI di Kelantan atau pedalaman Pahang biasanya mengGUNAkan HELIKOPTER atau JET Kerajaan..


Kita SEDAR bahawa INSIDEN sebegini bukanlah BARU pun dalam PENGURUSAN KTMB.. Buat ADUAN pun hanya BUANG MASA aje.. ADU kepada SPAD? Errr...


Nak ADU kepada dia nih ke? Mungkin sehari dua PENGURUSAN KTMB akan DENGAR la.. Lepas tuh? Dengan dia nih sekali pakat SENYAP aje nanti..


Nak ADU kepada 'PEMANGKU' MENTERI Pengangkutan di atas nih? Biar BETUL!! Ini nak HELIKOPTER masa PRU HARI tu pun HELIKOPTER sendiri 'REJECT' dia?


Nak ADU kepada AGENSI macam PEMANDU? Itu SEMUAnya SPESIS berOTAK LIBERAL yang KONONnya PERASAN mereka tuh berSAYAP turun dari LANGIT.. Sebab itulah LAGAK mereka nih memBUATkan RAKYAT biasa pun nak MUNTAH!

Jadik? Nak tak nak kenalah ADU dan MARAHkan DS Najib.. Dah berPULUH TAHUN NEGARA ini MERDEKA, perKHIDMATan KTMB ke Pantai Timur masih lagi macam zaman PERANG DUNIA ke-2? Apa nih DS Najib? Ini ke NEGARA MAJU?

Wallahualam..
  

7 comments:

Anonymous said...

Ari tu nak bagi kat syed, pengurusan ktmb keras kepala, macam mana gomen nak spenser kepada perkhidmatan yang asyik rugi je tiap2 tahun, nak tunggu pencen kot.

Anonymous said...

sekali2 Allah uji.. terima ujian dengan redha.. jng asyik nak salahkan orang lain..

Anonymous said...

lain kali xnak naik train..
jln kaki je laa.. !!

Johan said...

Kerosakan yang berlaku tidak dijangka.... kerosakan berlaku juga pada kapal terbang...kereta, motorsikal... Anda mengatakan pihak KTMB bodoh adakah anda itu CERDIK sangat...

Anonymous said...

Pening nak baca tulisan kecik besar kecik besar.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apa punya DUNGU la.. Bukan SEMUA keROSAKkan itu TIDAK boleh diJANGKA.. Kalau INSIDEN pasal orang letak OBJEK atas LANDASAN tu memang la tak boleh diJANGKA tapi ini kalau ENJIN dari zaman KOMUNIS lagi diguna pakai, takkan tak boleh FIKIR bila-bila MASA aje akan ROSAK? OTAK LIBERAL BETULlah.. KAH!KAH!KAH!

Lain kali, pergi TANYA sendiri kat STAFF KTMB tuh.. Diorang pun tak boleh buat apa-apa pasal SEMUAnya terTAKLUK kepada ARAHAN dari HQ.. Yang SALAH kat sini MALAUN yang dok MAKAN GAJI BUTA kat HQ tuh dan DUNGU-DUNGU macam korang yang main HANGGUK memBUTA TULI aje..

Wallahualam..

Anonymous said...

saya salah seorang penumpang tren pada hari 2..saya x salahkan ktmb..mereka terpaksa bergerak lewat bagi memberi laluan kepada tren lain bagi mengelak jadual tren lain mengalami kelewatan..kerosakan itu memang di luar jangkaan sebab saya pengguna setia senandung wau..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS