DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, April 16, 2012

Dataran MERDEKA adalah MANIFESTASI perJUANGan UMNO - BACUL jika UMNO GAGAL memperTAHANkannya..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dataran MERDEKA sebenarnya bukan MILIK sesiapa pun sebenarnya.. Kenapa ianya diNAMAkan Dataran MERDEKA? Kerana di situlah PROKLAMASI KeMERDEKAan NEGARA diISYTIHARkan oleh YTM Tunku Abdul RAHMAN Putra.. Siapakah YTM Tunku Abdul RAHMAN? Beliau ialah PRESIDEN UMNO Kedua, PUTERA Diraja Kedah (Bapa SAUDARA kepada YDP Agong sekarang) dan jugak tentunya PEMIMPIN orang Melayu ketika itu.. Jadik, SIGNIFIKANnya, Dataran MERDEKA tentunya bukan MILIK bebudak 'DROP' yang MERENGEK tak nak bayar HUTANG dan bukan sekali MILIK BERSIH 2.0 yang HARAM..

UMNO atau PEMIMPIN Melayu/ISLAM lebih SIGNIFIKAN dan jugak turut BERHAK terhadap Dataran MERDEKA.. Dataran MERDEKA adalah LAMBANG perjuangan UMNO dan orang Melayu/ISLAM untuk keMERDEKAan.. SEJARAH Dataran MERDEKA itu sendiri adalah SEJARAH UMNO dan ianya TIDAK boleh diPISAHkan sama sekali.. Apakah BACULnya UMNO pada HARI ini apabila memBIARkan Dataran MERDEKA atau nama LAMAnya iaitu Padang Kelab SELANGOR di'JAJAH' oleh para BARUA ZIONIS Neo-CON? Siapakah mereka itu yang meRASAkan lebih BERHAK untuk 'meMILIKi' Dataran MERDEKA berbanding UMNO? TIDAKkah mereka yang berPIHAK kepada UMNO jugak adalah RAKYAT?

UMNO patut TAHU ada 'LIMIT'nya apabila orang memijak KEPALA mereka.. Para penyokong UMNO mengHARAPkan sekurang-kurangnya Pemuda UMNO tampil ke depan memperTAHANkan Dataran MERDEKA yang SIGNIFIKAN dengan perjuangan parti mereka.. Mungkin kerana Pemuda UMNO diKETUAi oleh seorang yang TIDAK lahir, TIDAK berSEKOLAH dan TIDAK pun diBESARkan di NEGARA ini, dia langsung TIDAK meRASAkan SENSITIVITI seperti mana allahyarham Datuk Harun Idris, Jaafar Albar atau pun Sardon JUBIR.. Kenapa UMNO TIDAK menCONTOHi bagaimana RAKYAT Palestin begitu memperTAHANkan Masjid Al AQSA kerana ianya AMANAH umat ISLAM?

- Apakah 3 JUTA orang ahli UMNO langsung TIDAK mampu diGERAKkan untuk meLANYAK hanya 300 orang bebudak 'DROP' IPT atau pun sekitar 3 RIBU orang penyokong BERSIH 2.0 kelak?

- Apakah 3 JUTA orang ahli UMNO lebih sibuk TUDUH-menuduh sesama ahli PARTI dalam ISU seperti NFC berbanding berHADAPAN 'FACE to FACE' dengan LAWAN mereka?

- Apakah 3 JUTA ahli UMNO meRASAkan KONONnya dengan beKERJA secara SENYAP seperti Naib Ketua WANITA UMNO lebih berKESAN sedangkan semua MAKLUM dia sebenarnya 'TIDUR' sejak menJAWAT JAWATAN tersebut? Inikah PERANGAI para PEMIMPIN UMNO yang KONONnya BIJAK belaka?

BACUL betul.. Sebelum ini UMNO TIDAK mampu berbuat apa-apa apabila PWTC yang meRUPAkan HQ UMNO pun diHINA oleh bebudak 'DROP' IPT, masakan UMNO mampu berTINDAK lebih JAUH untuk memperTAHANkan apa yang UMNO telah BINA menerusi kerajaan yang diTERAJUi mereka? Apakah UMNO meRASAkan mereka BERHAK meWAKILi RAKYAT jika mereka sendiri pun GAGAL memperTAHANkan MARUAH dan perJUANGan mereka selama ini? Dataran MERDEKA atau apa saja MERCU TANDA Kebangsaan di NEGARA ini adalah MANIFESTASI perjuangan UMNO menerusi kerajaan untuk RAKYAT.. Kenapa TIDAK diKERAHkan segala 'bala TENTERA' UMNO untuk memperTAHANkannya?

Lupakah UMNO apa yang mereka perJUANGkan dan LAUNGkan di Dataran MERDEKA pada tahun 1946, zaman KONFRANTASI 1963 dan zaman KOMUNIS sejak sekian lama? Dataran MERDEKA adalah WARISAN daripada RAKYAT kepada UMNO sejak sekian lama.. Kenapa UMNO sendiri memperSIA-SIAkan AMANAH ini dan memBIARkan ianya diCEMARi KONONnya atas nama RAKYAT? Kenapakah UMNO sebegitu MUDAH memBUANG segala NOSTALGIA perJUANGan PARTI mereka di Dataran MERDEKA ini hanya kerana UMNO ingin menyanjungi para PEMIMPIN yang TIDAK mengHARGAi perJUANGan para PEMIMPIN UMNO terDAHULU seperti 'BOSS' Pemuda UMNO dan Naib Ketua WANITA UMNO? Apakah dengan berDEBAT atau SENYAP menyelesaikan masalah?

Sekurang-kurangnya sebagai PEMIMPIN, mereka patut berSUARA atau TAMPIL berHADAPAN memperTAHANkan WARISAN milik RAKYAT yang diAMANAHkan kepada UMNO ini.. Di manakah mereka ini? BerSANTAI di 'CLUB House' yang EKSKLUSIF? Atau memadai mengerahkan beberapa juruBLOG UPAHan untuk MENULIS sepatah DUA kemudian berALIH kepada ISU lain? Atau sekadar 'MENEROPONG' sahaja pengHINAan ini dari JAUH kemudian TIBA-TIBA menDAKWA diri KONONnya meWAKILi akar-UMBI? Kalau sekadar ini sahaja kePANDAIan mereka depan RAKYAT, LAYAKkah UMNO untuk meWAKILi suara RAKYAT? Apakah RAKYAT sebegitu MUDAH nak berikan UNDI nanti? Mohon HousePK dan Din TURTLE sebarkan SAMA artikel ini ye..

Wallahualam..

3 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

Mereka bukan tahu sejarah pun, yang mereka akan bising bila pembangkang dah kuasai PWTC.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sebenarnya terlalu BANYAK dalam CATATAN SEJARAH menyenaraikan apa yang UMNO telah KEMBALIkan kepada RAKYAT sejak diTUBUHkan pada 1946 selain PADANG Kelab Selangor ini..

Siapakah mereka bebudak 'DROP' IPT atau pertubuhan HARAM BERSIH 2.0 untuk meNAFIkannya?

Malangnya, segala FAKTA SEJARAH ini cuba diPADAMkan dari dalam UMNO sendiri KONONnya kerana nak diLIHAT LIBERAL oleh beberapa budak-budak OX-BRIDGE yang takde lah PANDAI mana pun..

Apakah UMNO sendiri RELA diHINA kerana mahu dilihat LIBERAL?

Wallahualam..

Anonymous said...

Lu hebat le tukang dok Peghati...Kenapa ye ?...

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS