DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, February 22, 2010

Apabila Melayu turut sama bersekongkol dengan orang lain HINA bangsa sendiri..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kalau RAJIN bukak BLOG berkaitan dengan POLITIK, kita pasti akan terjumpa dengan beberapa BLOG yang nampaknya dimiliki oleh Melayu tetapi mengHINA pulak BANGSAnya sendiri.. Begitu jugak jika anda cuba berbual dengan beberapa KADER-KADER PAS di IPTA dan IPTS.. Anda akan dapati mereka TIDAK segan untuk mengHINA bangsa mereka sendiri.. Ini KETARA terutamanya KADER-KADER PAS yang berasal dari sebelah Perak, Penang dan KL.. Lebai-Lebai PAS yang berBINI banyak selalu jadikkan pengHINAan nama Melayu nih MODAL masa ceramah..

APA sudah jadik? Kenapa mereka ini cenderung mengHINA bangsa sendiri? Apakah SALAH nama bangsa mereka ini? Adakah bangsa-bangsa LAIN di dunia ini yang mempunyai MENTALITI seperti mereka ini? Adakah mereka TIDAK berSYUKUR dilahirkan sebagai bangsa Melayu? Adakah mereka merasakan tanpa status bangsa Melayu mereka akan dimuliakan di negara ini?

Kalau TANYA pada Lebai dan KADER-KADER PAS, diorang akan kata bangsa itu TAK penting tapi agama itu lebih penting.. Malah sesiapa yang memperjuangkan bangsa, akan diLABELkan sebagai 'ASSOBIYYAH' menurut fahaman diorang..

KITA hairan dengan para Lebai dan KADER-KADER PAS yang DUNGU ini.. Kenapa mereka TIDAK memBUANG sahaja nama BANGSA apabila membuat pendaftaran Surat Kelahiran, Kad Pengenalan, Borang Kahwin, Borang Daftar Mengundi, Borang pohon biasiswa, borang pinjaman MARA, borang minta KERJA, borang beli RUMAH dan segala macam borang lagi?

Atau kalau mereka ENGGAN berbuat demikian, mereka boleh mula dengan anak-anak mereka.. Jangan DAFTARkan anak sebagai bangsa Melayu, sebaliknya taruh aje NEGRO ke, ESKIMO ke, RED INDIAN ke, YAHUDI ke.. Kot nak boh Jepun ke, American ke atau Australian untuk nampak 'HIGH CLASS' pun tak apa..

Tapi kita YAKIN 100% tak akan ada Lebai PAS yang sanggup berbuat demikian.. Malah, Lebai PAS yang berBINI dengan warga Kemboja atau Siam sekali pun akan menDAFTARkan bangsa anak mereka sebagai 'M-E-L-A-Y-U' jugak! Itu BUKTInya betapa HIPOKRIT, MUNAFIK dan CELAKAnya para Lebai atau KADER-KADER PAS yang DUNGU ini.. Dalam pada dok HINA bangsa sendiri dan berSEKONGKOL pulak dengan kaum lain untuk HINA bangsa mereka, NYATA mereka tak SANGGUP pun nak buang bangsa mereka..

UNIKnya di Malaysia ini, kedudukan bangsa Melayu terJAMIN dalam Perlembagaan Negara melalui HAK-HAK ISTIMEWA BUMIPUTERA.. Malah, agama orang Melayu, ketua orang Melayu (Sultan) dan bahasa orang Melayu turut terJAMIN dalam Perlembagaan Negara.. Kepentingan Melayu dan BUMIPUTERA sentiasa terpelihara dan segala DASAR kerajaan sentiasa dipastikan meletakkan kepentingan Melayu.. Baik DEB, DPN dan bermacam dasar lagi, semuanya dipastikan untuk menjaga kepentingan Melayu dan BUMIPUTERA sebagai penduduk asal dan majoriti negara ini..

ITU pun para Lebai dan KADER-KADER PAS tak TAHU berSYUKUR lagi? MASIH nak berSEKONGKOL dengan puak-puak 'RACIST' dan KOMUNIS untuk bersama-sama mengHINA bangsa sendiri?

Kalau bukan kerana BANGSA mereka, Lebai dan KADER-KADER PAS tak akan dapat pun masuk FELDA, menabung dalam ASB, beli rumah LOT BUMIPUTERA, anak-anak dapat BIASISWA kuota BUMIPUTERA, dapat berniaga modal dari agensi BUMIPUTERA, dapat tanah REZAB dan banyak lagi keLEBIHan hanya kerana mereka berBANGSA Melayu.. Namun, hari INI adakah mereka semua berSYUKUR?

Apa yang para Lebai dan KADER-KADER PAS dapat apabila berSEKONGKOL dengan puak-puak 'RACIST' dan KOMUNIS untuk mengHINA bangsa sendiri? Mungkin mereka DAPAT secebis keMEWAHan, tapi bukannya untuk SEMUA.. Itu pun selagi HAYAT dikandung badan.. Apabila HABIS madu SEPAH diBUANG, mereka cuma akan diJADIkan sebagai TUKANG ANGKUT NAJIS kepada puak-puak 'RACIST' dan KOMUNIS yang mereka sanjungi itu!

Dah terBUKTI pun sikap KIASU mereka.. Apabila ada India curi kereta mati dalam tahanan atau Cina mati semasa soal-siasat, PANTAS dijadikan ISU.. Tapi BILA ada YB Cina dikatakan MABUK bawak KERETA langgar BUDAK Melayu pelajar UITM sampai KOMA, pantas pulak puak-puak 'RACIST' dan KOMUNIS ni pakat dok SENYAP? Ziarah pun main HANTAR wakil aje.. Kalau ini 'DOUBLE STANDARD' yang ditunjukkan, adakah PAS dianggap MULIA di mata puak-puak 'RACIST' dan KOMUNIS ini?

Puak-puak 'RACIST' dan KOMUNIS ini BIJAK menyembunyikan perjuangan berasaskan BANGSA mereka.. Cuba fikir, HINDRAF ditubuhkan untuk bela siapa? Siapakah yang memperTAHANkan penjualan arak dan BABI secara terbuka? Siapa yang memperSOALkan peruntukan kerajaan untuk pembinaan masjid? Bukankah INI bukti mereka pun berjuang untuk bangsa mereka?

Adakah wajar PAS terpengaruh dengan puak-puak 'RACIST' dan KOMUNIS yang seKERAT dua masuk Islam kemudian dah BERANI memperSOALkan hak-hak bangsa Melayu? Islam hanya boleh diUKUR keIMANan mereka dan itu adalah hak ALLAH SWT.. Ikhlaskah mereka masuk ISLAM jika bertujuan untuk main POLITIK atau nak TUNJUK kononnya mereka lebih baik dari orang Melayu yang beragama Islam?

Apa pun UMNO jugak tak terkecuali dalam SOAL ini.. Tambah pulak ada Menteri UMNO yang mempertikaikan kurikulum BTN kerana didakwa bersifat perkauman Melayu.. Itu TAK masuk lagi bab UMNO memberi jawatan kepada PESALAH POLITIK WANG tapi pada masa yang SAMA mendabik dada kata UMNO berjuang untuk Melayu? Tunggang TERBALIK jugak..

SEBAB ITULAH HAK-HAK BANGSA MELAYU JANGAN DIPOLITIKKAN LANGSUNG.. YANG RUGINYA NANTI SIAPA?

Wallahualam..

4 comments:

Anonymous said...

Ya tuan, saya ada tulis juga sedikit hal yang berkaitan... silalah singgah http://dinturtle.blogspot.com/2010/02/pas-umno-melayu-islam.html

Anonymous said...

di malaysia prjuangan brtrasakan bangsa perlu ade sbb ada 3 kaum majoriti trbesar di negara ini yg berlainan agama.Bangsa melayu sudah cukup sinonom dgn agama islam,byangkan kalau bangsa lain yg mnjadi pmimpin/menteri2,adakah agama islam itu akan terbela?Lihat saja di singapura,bgamaina nasib melayu di sana,bgitulah jg nasib agama islam.melayu/islam sbg hiasan saja di sana.

Berapa kerat pmimpin/mnteri2 di malaysia yg bukan bragama islam yg mmprtahankan islam?kalau pr mmrintah nak harapkan siapa jg bangsa melayu/ kelangsungan agama islam?anuar?lim kit siang?lim guang eng?teresa kok?
hahahaaa....

Nak harapkan pas?sekali kena jeling dgn ronie liu,trus mata jd buta,mulut jd bisu,telinga pekak!!
pas tu meraban mcm org nyanyok..

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita sangat berSETUJU dengan En. Din dan yang lain..

Apa yang perlu ditekankan di sini ialah jangan sesekali PAS menggadaikan BANGSA semata-mata kerana menurutkan NAFSU berPOLITIK..

Ini sampai KADER-KADER PAS kat IPTA/ IPTS pun diajar memperlekehkan BANGSA sendiri, apa ke jadahnya?

Tengok cara kaum Cina berPOLITIK, baik DAP ke MCA ke Gerakan ke, takdenya diorang nak hina BANGSA sendiri? Lagi diorang berpakat untuk naikkan bangsa diorang, ada la..

Islam dipertahankan di Malaysia kerana adanya bangsa Melayu yang menjadi penganutnya.. Tak belajar sejarah Filipina bagaimana bangsa mereka telah di'Sepanyol'kan mengakibatkan Islam di sana TURUT jadi LEMAH?

BODO punya Lebai!!

Wallahualam..

Melayu Raya said...

Saya amat bersetuju dgn komen tuan.
Sekarang jika bangsa Melayu pertahan kan ketuanan Melayu dan Raja Melayu dikatakan resis! Ya memang kita RESIS! Utk pertahankan bangsa kita perlu resis, kenapa takut digelar resis? Salahkah kita pertahankan hak Melayu yg termaktub dlm perlembagaan????
Sejak azali memang negara ini kepunyaan Melayu,siapa yang mahu pertikaikan?Siapakah bangsa yang menentang Siam, Portugis,Belanda, Inggeris,Jepun,Bintang Tiga di Tanah Melayu? China kah atau Indiakah atau bangsa lainkah? kalu tidak bangsa Melayu!!.Mahukah sejarah kita tulis semula macam yg Singapura cuba lakukan? Kita minta Melayu yg tidak sedar diri mengutuk bangsa sendiri ini berhijrahlah ke Singapura di seberang Tambak Johor dan tahulah nanti bagaimana layanan kelas dua malah kelas tiga Bangsa Melayu disana!Kita biasa melihat Melayu dipertotonkan dan berlakun sebagai lanun dihotel2 utk tutunan penghuni Hotel sebagai budaya Melayu!
Tidak ada manusia dalam dunia ini yang tidak berbangsa.Setiap bangsa ada negaranya Inggeris di England, Cina di China, India di India,Arab di Arab Saudi dan dunia Arab,Melayu di Tanah Melayu dan Nusantara/Alam Melayu dan sebagainya.
Melayu yang tak mengaku Melayu ini elok lah pilih negara mana yang mahu terima mereka tanpa bangsa,mungkin Antartika kot,tapi disana pun ada bangsa Eskimo dan depa ni tahan sejuk kah? Kenalah belajar bahasa Eskimo kerana bahasa Melayu dah tak bolih dan tak mahu pakai.
Dalam Islam pun ada berbagai bangsa,ada bangsa Arab, Yahudi,Nasrani,Palastin,Turki dan sebagainya.Masa Nabi Muhammad SAW buka Madinah puan ada berbagai bangsa di sana. Apa depa tak tengokkah? atau buat pekak,buta dan tuli? Tulah banyak sangat berpolitik dan dengar ceramah mengata dan fitnah orang setiap hari! Kita cadangkan orang yang bersekongkol dengan bangsa asing mengutuk Melayu ni tulis lah dalam ruang bangsa masa isi borang pohon biasiswa,PTPTN,pinjaman bank,rumah,anak masuk MRSM,asrama,
atau apa pun borang BANGSA: TIADA! Kerana kalu sebut bangsa nanti dikatakan,assabiayah! Depa perlu ingat TANPA BANGSA TIDAK ADA NEGARA!!!!

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS