Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
Para Pembaca
HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
DOA KITA SEMUA
Monday, February 01, 2010
Kepimpinan Pemuda UMNO yang masih 'MENGIGAU' tak habis-habis..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Dalam PADA orang-orang UMNO dok berSORAK-sakan melihat komponen Pakatan Rakyat(PR) saling berTIKAM lidah sesama sendiri di Selangor dan Pulau Pinang, jangan LUPA bahawa kemelut dalam Barisan Nasional (BN) pun tidak KURANG jugak HEBATnya.. Bukan sahaja masalah dengan komponen BN ceperti MCA, MIC dan PPP, dalam UMNO sendiri ada ISU yang belum selesai seperti isu Ku-Li ingin mengetuai sebuah kumpulan untuk menuntut ROYALTI minyak dan jugak isu KEPIMPINAN Pemuda UMNO..
Namun, yang paling KELAKAR sekali dah tentulah isu KEPIMPINAN Pemuda UMNO.. Baru-baru ini semasa mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia di ibu pejabat UMNO PWTC petang Khamis lepas, diLAPORkan ada EXCO yang yang tidak berPUAS hati dengan kepimpinan Ketua Pemuda PESALAH POLITIK WANG dan dikatakan dia telah diMINTA supaya meletak jawatan.. Beberapa orang BLOGGERS telah pun menyiarkan berita ini dalam BLOG masing-masing..
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_7813ece3-7f000010-175b7f90-2d08d739
Pada keESOKkan harinya, ada pulak beberapa EXCO yang lain menafikan berita tersebut.. Ada pulak yang menempelak beberapa BLOG kononnnya para BLOGGERS tersebut tidak pun ada di dalam mesyuarat tersebut dan tidak melaporkan perkara yang sebenar.. Apa pun kita TAK hairan dnegan PENAFIAN tersebut.. Biasalah.. Mesti JAGA 'air muka' BOSS punya.. Kalau TAK, ada la PROJEK yang kena KENSEL nanti! Lagi pun, MEDIA kita nih pun masih ada 'SAKI BAKI' penyembah 'HINDU GOD' yang begitu menguasai MEDIA semasa pemerintahan rejim PM ke-5!
Kita tak hairan pun kalau barisan EXCO Pemuda UMNO ingin bersama Ketua Pemuda PESALAH POLITIK WANG untuk 'terjun dengan labu-labunya'.. Rata-rata rakyat khususnya golongan MUDA dah tahu membuat penilaian dan tidak mudah terikut-ikut dengan keBODOHan sesetengah pihak yang tak tahu memBEZAkan mana yang BURUK dan mana yang patut jadik TELADAN.. Kalau inilah KUALITI kepimpinan yang ada dalam Pemuda UMNO, memang kita FAHAM sangat-sangat kenapa UMNO lemah dan selalu KALAH pilihanraya kecil..
Untuk menutup keLEMAHan, maka diberitakanlah KONONnya Pemuda UMNO berjaya menarik keAHLIan baru seramai 25 ribu orang.. Kononnya itu adalah pencapaian CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG (ikut SLOGAN Pak Mertua dia)Pemuda UMNO di bawah Ketua Pemudanya ini.. Apa yang HAIRANnya dengan 'figure' yang dinyatakan? The figure is still a figure? Tunggulah hari mengundi nanti? Apa BEZAnya dengan Lebai PAS yang sering mendakwa mereka mempunyai berJUTA-juta ahli pada hari ini? Siapa TIRU taktik siapa nih?
Orang Melayu menjauhi UMNO kerana KUALITI kepimpinan parti KHUSUSnya sayap Pemuda UMNOnya.. Rata-rata mereka yang berjawatan ketika ini masuk Pemuda UMNO kerana nak cari BISNES atau nak masuk TENDER.. Bukan kerana nak bantu RAKYAT atau jauh sekalilah nak mempertahankan hak-hak orang Melayu yang selama ini dok SOKONG UMNO.. Mereka beranggapan sokongan orang Melayu adalah 'SOLID' kepada UMNO.. Dalam dok mempunyai tanggapan begitulah yang menyebabkan UMNO nyaris tumbang PRU tahun 2008 dan kalah banyak kali pilihanraya kecil selepas itu.. PADAH akibat nak 'memBODOHkan' orang Melayu kerana kemaruk sangat nak berKUASA..
KUALITI kepimpinan yang HAPRAK inilah menyebabkan ramai golongan profesional muda Melayu memandang SINIS dengan Pemuda UMNO.. Ye la.. Mereka yang kat luar tuh berSUSAH payah untuk berjaya dalam keHIDUPan dan mengejar cita-cita mereka tapi ada pulak MALAUN tuh senang-senang dapat KUASA hanya berMODALkan sijil NIKAH sebagai menantu PM? Jadik, kalau nak mintak golongan profesional muda Melayu ini kembali SOKONG UMNO di bawah kepimpinan Ketua Pemuda PESALAH POLITIK WANG, jangan HARAPlah.. Buat rendah TARAF intelektual diri mereka sendiri aje..
Ada pulak kepimpinan Pemuda UMNO peringkat cawangan dan bahagian yang KATEGORI 'BAHLUL' menyalahkan golongan profesional muda Melayu ini yang enggan menyokong UMNO kononnya TAK kenang JASA, tak tau berterima kasih dan banyak lagi.. Namun, sekurang-kurangnya mereka TIDAK mengKHIANATI dan mengGADAI bangsa mereka dengan memilih PESALAH POLITIK WANG sebagai ketua? Cuba TUNJUK, ada ke parti POLITIK lain dalam DUNIA ini yang masih memilih orang yang terBUKTI bersalah politik WANG sebagai ketua selain Pemuda UMNO?
Pemuda UMNO zaman Tun Sardon Jubir, Syed Jaafar Albar, Datuk Harun Idris dan Datuk Suhaimi cukup pantang kalau nama 'Melayu' diperlekehkan oleh orang lain.. USIK aje, 'berpencak SILAT'lah mereka mempertahankan orang Melayu.. La ni membawak kepada zaman Menteri KDN yang 'PEMAAF' hingga zaman PESALAH POLITIK WANG jadik ketua, bukan takat nama Melayu aje, malah agama Islam, kesultanan Melayu, bahasa Melayu dan hak-hak Melayu diUSIK pun takat buat 'DONNO' aje.. Yang VETERAN pulak terpaksa harapkan NGO macam PERKASA.. Patutle ramai yang spesis macam 'ADUKA TARUNA' tuh..
Wallahualam..
Labels:
Cerita Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA
KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?
Melayu dikhianati?
Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.
''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:
''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?
Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?
-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM
KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)
1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.
2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.
3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.
5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.
6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.
7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.
8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.
9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.
Ibrahim Ali
25 April 2009

No comments:
Post a Comment