DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, February 02, 2010

Muslihat Pok Nik timbulkan ISU 'Royalti Minyak' untuk 'COVER' kes LIWAT Penasihat PKR dan 'SOROK'kan kes Menantunya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sepatutnya pada KETIKA ini cuma Penasihat PKR saja yang mengGELABAH dengan kes MAHKAMAHnya.. Namun, ada jugak yang turut sama mengGELABAH sekali dengan dia.. Malah, dalam INTERNET ada muka-muka 'MALAUN' yang mengiringi Penasihat PKR ke mahkamah hari ini SEMUAnya para pemimpin Pakatan Rakyat yang bermasalah.. Baik MB Selangor Khalid Ibrahim, Xavier, Tian Chua, Elizabeth Wong dan Karpal Singh.. Sebut saja siapa, semuanya jenis 'MALAUN' yang ada kes samada kes MAHKAMAH, MORAL atau pun kes pelingkup duit rakyat..

Namun, yang MENARIKnya ada kelibat seorang TUA yang sepatutnya takde KAITAN pun.. Siapa lagi kalau bukan Pok Nik MB Kelantan.. Untuk apa dia hadir? Lawyer bukan.. Ahli keluarga Penasihat PKR pun bukan.. Dia cuma seorang 'KETUA AJARAN SESAT' yang diperalatkan dek Penasihat PKR untuk mengelirukan UMAT Islam dengan segala macam FATWA ala-ala DEWATA RAYA.. Sekarang dia mengiringi Penasihat PKR ke mahkamah demi menjaga AIR MUKAnya yang telah berFATWA menyokong Penasihat PKR membuta-tuli..

Beberapa hari lepas, orang TUA nih sengaja menimbulkan ISU tentang 'ROYALTI MINYAK' Kelantan kononnya dia menDAKWA bahawa Kerajaan Pusat merampas minyak Kelantan.. Habih dIREKA segala macam DONGENG untuk mengaburi FAKTA yang yang sebenarnya.. Nampaknya orang TUA nih cuba menyembunyikan PERKARA-PERKARA di bawah untuk mengelirukan orang ramai:-

1) Pok Nik ENGGAN bawak ke mahkamah berkenaan isu TUNTUTAN 'ROYALTI MINYAK' pasal dia TAHU dia cuma memBOHONG ikut SKRIP yang dikarang oleh Husam Musa..

2) Perasan tak bila isu TUNTUTAN 'ROYALTI MINYAK' dibangkitkan, HABIS lenyap segala kisah BURUK orang tua nih yang GAGAL menTADBIR Kelantan dan kisah BURUK Menantunya yang dok 'mengebas' sana-sini dalam Kerajaan Kelantan sebijik macam Menantu Pak Lah si PESALAH POLITIK WANG tuh..

3) Selain itu, isu TUNTUTAN 'ROYALTI MINYAK' ini dibangkitkan untuk mengalih tumpuan seluruh negara daripada kes LIWAT Penasihat PKR di mahkamah pada hari ini..

4) Selain itu, Pok Nik berHARAP dengan membangkitkan isu TUNTUTAN 'ROYALTI MINYAK', dia dapat mengalihkan tumpuan keMARAHan rakyat Kelantan daripada isu SAMAN BALAK RM800 juta oleh sebuah syarikat Singapura terhadap Kerajaan Kelantan ketika ini.. Nasib BAIKla Petronas yang korek minyak.. Kalau dapat kat syarikat asing macam kes BALAK RM800 juta tuh, habih la satu negeri Kelantan -> TANAH tak dak, perairan pun tak dak!

5) Bukan RAHSIA lagi Pok Nik GAGAL dan telah menghabiskan duit kerajaan Kelantan tanpa sebarang projek-projek untuk RAKYAT.. Semua duit peruntukan dan hasil negeri tidak diRASAi pun oleh rakyat Kelantan selama 20 tahun lebih dia jadik MB.. Habis lenyap diTELAN dek dia dan lebai-lebai PAS seangkatan untuk tujuan kumpul harta dan berBINI banyak.. Rakyat Kelantan dok NGANGA je la..

6) Kalau di'TOTAL' semua duit peruntukan dan hasil negeri selama 20 tahun lebih dia jadik MB, maunye berBILION RM.. Tapi, nak sediakan bekalan air pun kena meminjam dengan Kerajaan Pusat? Sedangkan Melaka yang negerinya lebih kecil pun mampu membangun, kenapa TIDAK Kelantan? Ini semuanya dia nak KAUT, rakyat nak meniaga kecil-kecilan pun kena menyembah anak-beranak dia dalam MPKB.. Kalau diberi duit 'ROYALTI MINYAK', maunya LESAP tanpa kesan..

7) Cuba SEBUT satu aje projek yang menguntungkan rakyat Kelantan.. Tok sah dok kata la bina Giant, bina TESCO atau bina bazar Tok Guru apa semua.. Bukannya dapat pulangan 'DIRECT' kepada rakyat pun.. Yang KAYAnya tokey-tokey Giant, TESCO, lebai-lebai PAS, Menantu dia dan anak-beranak dia sendiri! Rakyat Kelantan dapat apa?

SEBAB tu lah seorang lagi anak Kelantan bernama Datuk Mustapha Mohamad mencadangkan agar Kerajaan negeri Kelantan bersama-sama menyertai jawatankuasa wang ihsan untuk pembangunan negeri..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0126&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive

Yang PENTING ialah agar rakyat Kelantan dapat 'RASA' kesan daripada penyaluran wang ihsan untuk pembangunan negeri.. Bukannya bila dibagi, terus LESAP entah ke mana.. Dengan penyertaan BERSAMA antara Negeri dan Pusat, PASTI tak timbul dah macam kes wang ihsan di Terengganu di mana boleh muncul 'PROJEK-PROJEK PATRICK BADAWI'..

Masalahnya, Pok Nik dan lebai-lebai PAS seangkatan ni macam YAKJUJ dan MAKJUJ, nak BALUN semua duit tu sesama diorang seperti mana peruntukan dan hasil negeri Kelantan yang diorang kuasai ketika ini.. Nampak sangat tak IKHLAS dan ISLAM itu cuma pada pakaian diorang aje..

Depan orang bukan main lagi berLAKON kononnya dok kat rumah BURUK, pakai kereta kecik aje walhal Pok Nik nih kek sambut harijadi pun khabarnya harga beRIBU-RIBU.. Pergi HAJI pun siap orang TAJA.. Kalau lebai-lebai PAS pulak, siap tambah KUOTA bini lagi.. Tak cukup yang 'local', boleh 'IMPORT' dari Kemboja atau Thailand.. Itu yang kita tak MAHU terjadi.. Sudahnya, terpaksa berSEKONGKOL dengan Penasihat PKR dengan harapan kot dia terlepas ke Putrajaya, boleh le merasa SIKIT sebanyak.. Tapi la ni macam DESTINASI Putrajaya dah jadik Sungai Buloh nampaknya..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS