DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, February 05, 2010

Ini MASA terbaik untuk UMNO bersihkan parti dari petualang yang berSEKONGKOL dengan Penasihat PKR!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita TAK tahu adakah kepimpinan UMNO sudah SEDAR atau masih lagi diperBODOHkan.. Namun, jika ada yang masih CERDIK dan berAKAL, mereka seharusnya mengetahui bahawa inilah MASA terBAIK untuk memBERSIHkan UMNO daripada para petualang yang berSEKONGKOL dengan Penasihat PKR dan telah meMUSNAHkan UMNO dari dalam.. Pada KETIKA inilah seHARUSnya diDEDAHkan bagaimana LICIKnya komplot mereka dengan Penasihat PKR yang telah menyebabkan UMNO kehilangan SOKONGan semasa pilihanraya umum lepas..

Yang menJADIkan UMNO seperti mana yang kita LIHAT pada hari ini bukan orang LAIN, sebaliknya diSEBABkan petualang-petualang yang berSEKONGKOL dan berSUBAHAT dengan musuh-musuh UMNO di luar.. Mereka ini telah mengambil KESEMPATAN lalu mempengaruhi kepimpinan PM terdahulu hingga menyebabkan BANYAK keputusan BODOH yang meRUGIkan negara dan rakyat telah dilakukan.. BerBEZA dengan kepimpinan Tun Dr. Mahathir yang TEGAS dengan musuh-musuh UMNO, kepimpinan UMNO selepas beliau telah dipengaruhi dan diperBODOHkan oleh petualang-petualang yang kita MAKSUDkan..

Ini menyebabkan UMNO telah lari dari agenda perjuangan asal untuk orang Melayu dan berubah menjadi sebuah parti di mana kepimpinannya mementingkan DIRI sendiri dan asyik 'MENGEMBUNGKAN' perut BUNCIT masing-masing.. Petualang-petualang ini pula pada masa yang SAMA telah memecah-belahkan UMNO dan menyalurkan segala keLEMAHan UMNO kepada sekutu mereka di luar KHUSUSnya dalam PKR.. PKR berjaya mengEKSPLOITASI keLEMAHan UMNO yang diperolehi lalu menjalankan gerak saraf terhadap RAKYAT khususnya orang Melayu agar mereka memBENCI UMNO yang dilihat membelakangi perjuangan membela mereka..

Usaha mereka BERJAYA kerana UMNO pada masa itu dipimpin oleh pemimpin yang LEMAH, suka berSLOGAN, memBIARkan ahli-ahli keluarganya mencampuri urusan kerajaan dan PARTI serta kerap berada di luar negara untuk mencari PUBLISITI.. UMNO telah diLEMAHkan melalui Pemuda UMNO di mana seorang 'MALAUN' yang terang-terang menyanjungi dan berSIMPATI dengan Penasihat PKR telah diangkat ke HIERARKI jawatan tinggi dalam Pemuda UMNO.. Tambah pulak 'MALAUN' yang diMAKSUDkan pulak ada hubungan keluarga dengan PM ketika itu, lagilah MUDAH dia menjalankan agendanya..

SIAPAkah 'MALAUN' yang diMAKSUDkan? Anda TAHU dan kita semua pun TAHU.. Semasa Penasihat PKR diBEBASkan pada sekitar tahun 2004, 'MALAUN' itulah yang TERHEGEH-HEGEH menyampaikan PASSPORT antarabangsa kepada Penasihat PKR di kediamannya.. Apa sebab 'MALAUN' tu berbuat demikian sedangkan dia bukannya Pegawai IMIGRESEN pun? Bukankah PASSPORT antarabangsa tidak boleh dipegang sebarangan melainkan oleh pemiliknya atau kakitangan Jabatan Imigresen? PerSOALan itu hanya boleh diJAWAB jika UMNO segera melakukan pemBERSIHan seperti yang kita NYATAKAN..

Adakah hanya 'MALAUN' itu sahaja petualang yang berSEKONGKOL dengan Penasihat PKR untuk meMUSNAHkan UMNO dari dalam? Ada RAMAI lagi yang terlibat.. Malah, bukan dalam UMNO sahaja, dalam agensi-agensi kerajaan dan media yang diKUASAi oleh UMNO pun ada.. Mereka berperanan menDEDAHkan keburukkan sesetengah pemimpin UMNO, memBURUK-burukkan dasar kerajaan terdahulu, meMUSNAHkan segala apa yang telah diUSAHAkan oleh kerajaan terdahulu khususnya semasa Tun Mahathir jadik PM dan banyak lagi.. Tetapi, 'KEPALA'nya adalah 'MALAUN' yang kita sebut tadilah!

Hari INI kita terBACA pulak penDEDAHan tentang KONONnya wujud keBOCORan maklumat sulit negara kepada kedutaan asing di negara ini.. Dikatakan perbuatan ini dilakukan oleh ‘orang dalam’ yang merupakan kakitangan Kementerian Pertahanan dan segelintir pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM)..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Cuba anda melihat 'TIMING' penDEDAHan ini yang SERENTAK dengan perbicaraan kes 'menJUBOR' Penasihat PKR.. Tidakkah anda SANGSI bahawa penDEDAHan ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian UMUM daripada perbicaraan KES tersebut? Malah, apakah tujuan penDEDAHan ini dimaklumkan kepada MEDIA terlebih dahulu sebelum Perdana Menteri sendiri dimaklumkan? Sebagai contoh, di US pihak CIA atau FBI tidak sewenang-wenangnya menDEDAHkan perkara SULIT sebegini kepada UMUM sebelum Jabatan Negara atau WHITEHOUSE memberi keBENARan?

SAMA seperti penDEDAHan kes kehilangan enjin JET TUDM sebelum ini, yang kena 'HENTAM' adalah Menteri Pertahanan ketika itu iaitu YAB Perdana Menteri sendiri! Jadik apakah objektif sebenar penDEDAHan ini oleh Menteri terbabit? Adakah ini jugak kerja-kerja petualang dalam UMNO seperti yang kita nyatakan? Almaklumlah, Menteri terbabit dan Penasihat PKR tuh dah KENAL lama sejak sama-sama di universiti zaman rusuhan pelajar tahun 1974 lagi..

Wallahualam..

5 comments:

antikebun said...

Tuan,

Tak faham la. Kalau ranting dan dahan pokok sudah berulat, daunnya kering, batangnya dah burok kenapa si tukang kebun tu tak trim aja, biar yang baru tumbuh dan juga mengelakkan daun-daun hijau, ranting yang kuat yang lain tu terpalit sama.

Tak kan si tukang kebun tu nak tunggu pohon akan kuat sendiri dengan sinar menteri dan siraman air yang biasa dilakukan setiap hari.

Si tukang kebun ni kenalah ada "tulur" sikit utk pegang gunting trimmer tu! Tak kan menikus sampai begitu sekali!

Pemerhati said...

UMNO mesti bertindak keras dan buang terus Khairy, Zahid dan Nazri.
Kalau tak, DS Najib akan kecundang!

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

En. antikebun,

Bagus kiasan anda..

SUBURnya pokok bergantung bagaimana tukang kebun menjaganya.. Tetapi siapa tahu kalau tukang kebun itu hanya 'TITLE' sahaja sedangkan dia langsung tak tahu selok-belok berkebun?

Sebab tu lah banyak tanah-tanah terbiar kat negara kita ini.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

Anti Beruk said...

Hasil nukilan Beruk yang dipelihara di kebun BTN baca dan angguk kepala selepas tu main dam

ahaa said...

Tuan,
Saya tak setuju kalau tuan kata pimpinan UMNO tak tahu ada petualang ni. Mungkin dia tahu, tapi takleh nak buat apa-apa, sebab 'teloq'nya dipegang... jeng jeng jeng...

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS