DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, February 03, 2010

Rakyat patut tahu apa yang TERSIRAT disebalik kata-kata "Can I f**k you?"


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Macam DIALOG dalam VCD 'BLUE'..

Itulah yang terbayang dalam kepala KITA apabila Saiful Bukhari sebagai saksi UTAMA perbicaraan KES menJUBOR Penasihat PKR mengatakan bahawa dia telah ditanya "Can I f**k you?"oleh Penasihat PKR itu sendiri.. Itulah yang Saiful sebut dalam MAHKAMAH dan menjadi bahan SENDAAN oleh para BLOGGERS ketika ini..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_26.htm

Agaknya DUNIA dah nak terBALIK agaknya.. Begitu 'GENTLEMEN' sekali Penasihat PKR jika benar dia berkata sedemikian sebelum 'memangsai' Saiful.. Apa pun, KES ini masih lagi dalam perbicaraan.. Apa saja kemungkinan akan berlaku.. Malah, tak mustahil akan ada FAKTA yang diPUTAR-belitkan sama seperti KES menJUBORnya 11 tahun yang lalu.. JIJIK ke apa ke, inilah HAKIKAT yang perlu dihadapi oleh kedua-dua belah pihak di mahkamah ini..

Namun, kita agak KECEWA bila dinyatakan bahawa prosiding KES ini akan melalui PERBICARAAN TERTUTUP bermula esok.. Ini kerana, PERBICARAAN TERTUTUP hanya akan memberi peluang kepada yang terTUDUH untuk memutar-belitkan FAKTA kepada para pengikutnya yang DUNGU di luar sana.. Sama seperti apa yang berlaku dalam KES menJUBORnya 11 tahun dahulu, bagaimana PERBICARAAN TERTUTUP telah berhasil menyembunyikan fakta sebenar dan menyebabkan terlampau banyak MANIPULASI fakta berlaku.. TERANG-TERANG MAHKAMAH KATA BERSALAH MENJUBOR PUN DIPUTAR-BELIT KATA TIDAK MENJUBOR?

Untuk itu, apa kata diberi sedikit RUANG sekurang-kurangnya kepada pihak MEDIA kita untuk membuat liputan KES ini.. KES yang berPROFIL tinggi ini sebenarnya telah mendapat liputan bukan sahaja media temapatan, malah media asing yang sering memutar-belitkan FAKTA.. KREDIBILITI Sistem Kehakiman Negara jugak yang akan diperSOALkan jika berlakunya putar-belit fakta oleh media asing dan jugak media pro Pakatan Rakyat..Ini akan mengundang campur tangan ASING dan menyebabkan keKELIRUan kepada rakyat yang TIDAK mendapat maklumat sebenar..

Kita harap dipertimbangkan permintaan ini.. Janganlah dok ASYIK layan permintaan peguam SINGH OKU yang jelas PENIPU pasal dia jugak yang mengatakan dalam Dewan Rakyat tahun 1997 dahulu yang Penasihat PKR ini (dahulunya Timbalan Pedana Menteri) sebagai seorang penJUBOR? Cuba rujuk balik HANSARD perbahasan Dewan Rakyat tahun 1997..Sampai bila hak RAKYAT untuk mengetahui perkara sebenar hendak diketepikan semata-mata nak meLAYAN penipuan SINGH OKU itu?

IMPLIKASI perbicaraan KES menJUBOR Penasihat PKR ini sangat BESAR.. Tambah pulak kalau dia didapati berSALAH, lagila besar AKIBATnya.. Contohnya:-

1) Pok Nik MB Kelantan akan mendapat MALU BESAR dan mungkin masuk ICU lagi pasal selama ni dialah yang DOK jadi 'pengeluar FATWA songsang' untuk 'COVER LINE' keDURJANAan ini.. Sampaikan orang berSUMPAH nama ALLAH SWT pun dipertikaikan macam orang TUA tuh sama tahap dengan Nabi pulak..

2) PKR akan HANCUR sama sekali dan menyeluruh tanpa berSISA walaupun sebesar ZARAH.. Asal pun memang PKR nih memperjuangkan kepentingan INDVIDU (Penasihat PKR) aje pun..

3) PAS dan DAP mungkin berTUKAR pemimpin.. Kepala KOMUNIS dalam DAP akan dijadikan 'MENDIANG' dan mungkin diGANTIkan dengan kepala 'KONGSI GELAP' pulak..

4) Segala isu tuntutan 'ROYALTI MINYAK', isu YBK di Selangor, isu pengGUNAan nama ALLAH, isu pengHINAan Raja-Raja Melayu oleh Aduka Taruna dan isu jawatan MB Perak akan LENYAP sama sekali.. GENG ERDOGAN dalam PAS yang mendalangi semua ISU ini akan dihalau KELUAR dari Kelantan oleh rakyat Kelantan sendiri seperti tahun 1977..

5) MP Gua Musang berkemungkinan akan dipujuk jadik Ketua Pembangkang BARU di Parlimen.. Dah pembangkang yang tinggal semuanya TAK sanggup menggalas JAWATAN tersebut.. SINGH OKU dah kena TUTUP kedai pasal firma GUAMANnya tak LAKU..

6) Siapa kata UMNO tak kena IMPAK? Kena jugak.. Jangan LUPA siapa yang terHEGEH-HEGEH jadik 'Pegawai Imigresen' tanpa lantikkan bagi pasport kepada Penasihat PKR? Pak Mertua siapa yang bersama-sama Penasihat PKR bersekongkol menJAHANAMkan negara? PengKHIANAT ini akan menerima PADAH nanti..

7) Yang kesiannya Presiden PKR dan anaknya yang dok jadi MP Lembah Pantai tu la.. 7 keturunan pun tak HILANG malu punya.. SIMPATI tu ada jugak pasal DOSA orang tua tak sepatutnya ditanggung oleh anak-anak mereka.. Namun, dah itu pilihan mereka..

Sebab itu kita sebagai RAKYAT meminta kerjasama pihak mahkamah agar membiarkan perbicaraan ini dijalankan secara TERBUKA.. Supaya rakyat dapat menilai sendiri siapa BENAR dan siapa yang SALAH.. Apa pun terpulanglah kepada Tuan Hakim.. Insya-allah, jika tak SALAH, apa yang nak diTAKUTkan? Bukankah Tuhan itu Maha Berkuasa?

ADA BERANI?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS