DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, March 25, 2011

DATUK T VS LELAKI Y - FAHAMkan dulu apa yang POLIS sedang siasat sebelum buat SPEKULASI..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita INGIN tanyakan kepada anda SEMUA berhubung dengan isu video seks seorang pemimpin kanan PKR yang diDEDAHkan oleh 3 orang 'DATUK T' pada Isnin LEPAS.. DiLAPORkan bahawa 'LELAKI Y' yang meRASAkan video seks tersebut cuba diKAITkan dengan dirinya telah mengadakan sidang akhbar untuk meNAFIkannya dan diikuti dengan memBUAT laporan POLIS pada keESOKkan harinya.. Polis telah pun memBUKA kertas siasatan dan diFAHAMkan 'DATUK T' yang menDEDAHkan video seks tersebut kepada beberapa orang wakil media telah pun diSOAL siasat oleh POLIS dan diambil keterangan..->KLIK<-

Oleh itu, SOALAN yang ingin kita TANYAkan kepada anda semua ialah APA yang SEBENARnya sedang diSIASAT oleh POLIS?

- ADAkah POLIS sedang menyiasat tentang penyiaran video seks yang menyalahi undang-undang seperti yang diDAKWA oleh 'LELAKI Y'?

ATAU

- ADAkah POLIS sedang menyiasat SIAPAkah yang diRAKAM dalam video seks seterusnya menentukan keSAHIHan RAKAMan video tersebut seperti yang dikeHENDAKi oleh 'DATUK T'?

CUBA anda fikir betul-betul.. Agak-agak anda apakah SEBENARnya yang diSIASAT oleh POLIS? Pada akhirnya nanti siapakah yang akan dihadapkan ke muka pengadilan? 'DATUK T' atau 'LELAKI Y'?

Kita TANYAkan soalan sedemikian kerana kita DAPATi ada keKELIRUan yang semacam 'diRANCANG' berhubung isu INI.. Malah, ada jugak beberapa pihak termasuk BLOGGER dalam UMNO/BN yang menyatakan "Takkan DEDAHkan video seks tu SALAH?" atau "SALAHkah mereka tolong BUKAKkan PEKUNG orang yang diSYAKki pemimpin kanan PKR (LEKAKI Y) dalam video seks itu?" Mak aii.. Dah macam ala-ala Lebai PAS pulak dah? Matlamat mengHALALkan cara? KAH!KAH!KAH!

Kita MALAS nak perSOALkan pemahaman undang-undang atau MORAL dalam kepala mereka tetapi TINDAKkan Penasihat PKR membuat laporan POLIS berhubung penyiaran video seks ini adalah BETUL di sisi undang-undang walaupun mungkin satu DUNIA ingin TAHU bahawa BENAR atau TIDAK yang 'LELAKI Y' adalah individu dalam video SEKS tersebut.. Bagaimana pulak sekiranya 'DATUK T' yang disabitkan keSALAHan kerana menyiarkan video seks tersebut sedangkan 'LELAKI Y' pulak BEBAS pasal siasatan tidak menJURUS kepada pemBUKTIan individu dalam video seks itu? Sebab itulah dua PERKARA ini perlu diBEZAkan dan anda perlu tahu POLIS sedang menyiasat PERKARA yang mana satu?

Bukan kita tidak FAHAM objektif 'DATUK T' menDEDAHkan video seks ini.. FAHAM sangat-sangat.. Malangnya SETAKAT ini tuntutan 'DATUK T' agar diWUJUDkan sebuah Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat keSAHIHan dan 'ORIGINALITY' video ini masih belum mendapat RESPON dari pihak yang berkenaan.. Agaknya pihak berkenaan mengambil sikap berhati-hati kerana KHUATIR dengan PERSEPSI rakyat yang mungkin beranggapan kerajaan akan diLIHAT bersekongkol dengan 'DATUK T' mengANIAYAi 'LELAKI Y' jika berSETUJU dengan penubuhan suruhanjaya tersebut.. Itulah PERSEPSI yang cuba ditimbulkan oleh PKR terhadap RAKYAT berhubung kes ini..

Sebab itulah kita menyuarakan keBIMBANGan dalam penulisan sebelum ini kerana UMUM melihat 2 orang daripada 'DATUK T' ini diKAITkan dengan UMNO/BN dan juga PERKASA kerana mereka adalah antara AHLInya.. Bayangkan kalau siasatan TIDAK memihak kepada mereka? Adakah anda yakin RAKYAT percaya apa yang diDEDAHkan oleh 'DATUK T' sedangkan mereka pun TIDAK melihat sendiri video seks tersebut SAMA seperti para pemimpin PKR yang lain? Namun, banyak jugak BLOGGER dalam UMNO/BN yang kurang SENANG dengan apa yang kita cuba SAMPAIkan? SPESIS sokong bawa REBAH sisa peninggalan zaman PM ke-5 kot? HE!HE!HE!

Apa pun ini SEMUAnya adalah 'keMUNGKINan'.. Kita tidak TAHU takdir ALLAH SWT memihak kepada siapa.. Yang jelas, ini adalah perMAINan MUSLIHAT yang maha HEBAT dan penuh ARTISTIK.. Siapa yang dapat memBUKTIkan siapa yang berSALAH, dialah peMENANGnya.. Untuk itu, anda seharusnya meRUJUK kembali kes-kes mahkamah 'LELAKI Y' di masa SILAM dan jugak pada masa INI kerana di situ akan terserlah bahawasanya MENANG di MAHKAMAH tetapi KALAH di tangan RAKYAT dan jugak KALAH di tangan RAKYAT tapi MENANG di MAHKAMAH.. Betul tak? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS