DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, March 01, 2011

Eksklusif PRK DUN Kerdau - Hek eleh... Lebai PAS nak KEMPEN pasal pembangunan tapi APA diorang TAHU selain makan GAJI BUTA?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Eh? PEMBANGUNAN?
Eh? Lebai PAS tahu ke apa itu pemBANGUNan?
Eh? Mampu ke Lebai PAS bawak pemBANGUNan?
Eh? Apa yang Lebai PAS mampu lakukan untuk pemBANGUNan?


KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!

Itulah LAWAK yang diJENAKAkan oleh Lebai PAS menerusi HARAKAH.. Jika anda sering mengIKUTi kempen Lebai PAS dalam setiap kali PRK semenjak PRK Permatang Pauh, RASAnya inilah PERTAMA kali Lebai PAS menggunakan ISTILAH 'P-E-M-B-A-N-G-U-N-A-N' sebagai bahan KEMPEN.. ->KLIK<-

Beberapa PRK sebelum ini Lebai PAS sering menggunakan ISU siapa lebih ISLAM dijadikan MODAL kempen TETAPI kerana lawan Lebai PAS di DUN Kerdau tergolong sebagai ULAMA, terpaksalah cari MODAL lain.. Nak SERANG peribadi LAWAN pun takut terkena BALIK macam kat PRK DUN Tenang hari tuh.. Patutle sampai sekarang Din PUDUDRAYA tak nampak MUKA pun semasa KEMPEN! HE!HE!HE!

BAIKlah, untuk berlaku ADIL kepada Lebai PAS yang tak pernahnya ADIL, kita INGIN tahu apakah yang MAMPU diBANGUNkan oleh Lebai PAS untuk penduduk DUN Kerdau? MASJID? Jalan raya? Bekalan ELEKTRIK dan TELEKOMUNIKASI? Atau Lebai PAS nak bina KONDOMINIUM mewah untuk penduduk DUN Kerdau yang mungkin TIDAK ada rumah? Atau MAMPUkah Lebai PAS memberi pemBANGUNan yang lebih BAIK berbanding daripada apa yang sudah ada di DUN Kerdau ketika ini?

Kalau diBACA balik kenyataan dalam HARAKAH tuh, Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan memilih calon PAS untuk pilihan raya kecil ini tidak akan merugikan apa-apa kepada BN atau Umno kerana ia sekejap sahaja menjelang pilihan raya umum.

"Sudah pasti, kerajaan akan memberikan perhatian penuh kepada Kerdau kerana takut kalah juga dalam pilihan raya umum nanti dengan membangunkan kawasan ini dan dengan itu rakyat Kerdaulah yang untung," katanya.

NAMPAK tuh? Belum apa-apa lagi Lebai-Lebai PAS dah menyatakan mereka akan MAKAN GAJI BUTA jika dipilih oleh pengundi DUN Kerdau.. Syabas kita UCAPkan kepada Tuan Ibrahim Tuan Man yang berterus-terang menyatakan sedemikian dalam HARAKAH! Jangan le pulak nanti TARIK balik kata-kata atau buat DALIH KONONnya HARAKAH tersalah TULIS pulak! HE!HE!HE!

Walaupun Lebai PAS menyatakan KONONnya Kerajaan Pahang berHUTANG sebanyak RM300 juta, INGIN kita INGATkan bahawa Pok Nik DIKTATOR TUA kat Kelantan jugak telah menyebabkan Kerajaan Kelantan dan RAKYATnya berHUTANG sebanyak RM800 juta dengan syarikat TIMBERMINE dari Singapura! Nak SOROK mana FAKTA ini? Patutle Pok Ni sentiasa SETUJU dengan Lee Kuan Yew termasuk bila si KIASU itu mintak orang ISLAM longgarkan pegangan agama di Singapura! Kiranya DIKTATOR TUA tuh nak beli jiwa si KIASU tu la agaknya! Kalau kita ambil Kelantan sebagai CONTOH, apakah bentuk pemBANGUNan yang BERJAYA?

1) TERNAKkan kambing JAMNAPARI yang entah berapa EKOR dah diTERNAK?

2) Pengambilan tanah RAKYAT untuk Ladang RAKYAT kemudian diGADAIkan kepada Tokey CINA penyokong DAP?

3) MeWUJUDkan INDUSTRI SEKS di Jalan Hamzah, Kota Bharu sebagai aktiviti EKONOMI nilai TAMBAH? Patut le ramai YB PAS yang kaki XXX!!

4) Menyebabkan ratusan ribu orang RAKYAT Kelantan bekerja di negeri LAIN kerana tiadanya INDUSTRI yang memberi peKERJAan?

5) Ketidakmampuan menyediakan BEKALAN air BERSIH hingga terpaksa minta GERAN pinjaman dari Kerajaan Pusat?

6) PemBINAan Bazar 'LUBANG KUBOR' Tok Guru sebagai tempat berNIAGA walaupun keLUASan setiap KEDAI lebih kurang dengan JAMBAN?

7) KeGAGALan projek seperti Pelabuhan Darat Kuala Krai, terminal minyak dan gas di Tumpat dan pasar baru di Pasir Mas?

Oleh itu, kalau nak 'KENCING' pasal pemBANGUNan di tempat orang semasa PRK, lebih BAIK tengok dulu tempat sendiri macam mana.. Kalau Kerajaan PAS di Kedah pun terkial-kial nak jawab SOALAN wartawan semasa Kedah dilanda BANJIR, apakah Kelantan yang diperintah selama 20 tahun mampu jadik CONTOH yang BAIK? Bila KM Melaka DS Ali Rustam DEDAHkan fakta dan ANGKA menunjukkan INDIKATOR pembangunan antara Melaka dengan Kelantan, HARAM tak berani pulak nak JAWAB?

Patutnya sebelum nak KOMPLEN pasal pemBANGUNan di tempat orang, mintak DIKTATOR TUA kat Kelantan tuh TURUNkan 'SYURGA' dia dari LANGIT barula BETUL kalau nak buat MODAL kempen sekalipun! Ada BERANI? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS