DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, March 10, 2011

Don't play-play! They have their own 'DEFINITON' on the term of 'LIWAT'!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Maksud perkataan 'LIWAT' secara bahasa MUDAHnya ialah aktiviti SEKS secara meMASUKkan PENIS ke dalam DUBUR.. Tidak ada ISTILAH lain yang lebih sesuai dari segi BAHASA untuk memberi MAKSUD kepada perBUATan ini.. Malah, sebelum tahun 1998, istilah ini tidak begitu POPULAR dan mungkin RAMAI yang tidak tahu.. Apabila seorang mantan TPM Malaysia diDAKWA melakukan perbuatan ini di mahkamah pada tahun 1998, secara AUTOMATIK istilah ini menjadi begitu POPULAR dan diperKATAkan merata-rata hingga mendapat TEGURAN beberapa pihak kerana diKHUATIRi memberikan pengaruh BURUK kepada kanak-kanak..

Selepas 10 tahun, sekali lagi ISTILAH ini kembali POPULAR dan diPOPULARkan oleh individu yang SAMA.. Cuma 'MANGSA'nya aje yang berbeza.. Seperti kes yang sama 10 tahun lalu, sekali lagi ASPEK teknikal semasa kejadian cuba diPERTIKAIkan di mahkamah agar dapat diPUTAR-belitkan di luar mahkamah depan para PENYOKONGnya.. Walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan 10 TAHUN lalu tetap menyabitkan INDIVIDU tersbeut dengan keSALAHan 'LIWAT' tetapi dengan memperMAINkan aspek TEKNIKAL, peguam BELA individu tersebut cuba memperLIHATkannya seolah-olah TIDAK berSALAH kerana kepentingan POLITIK meskipun pemBUKTIan dari segi DNA dan rakaman VIDEO memBUKTIkan sebaliknya..

Setelah BERJAYA membuat HAKIM mengetepikan 3 bahan BUKTI yang mengeSAHkan DNA individu tersebut SAMA dengan DNA yang dijumpai dalam DUBUR mangsa, KALI ini peguam belanya cuba pulak memperSOALkan 'Tahap keMASUKkan ke dalam DUBUR' mangsa..

"During her examination-in-chief by Solicitor-General II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, she was asked why she had circled "Yes" for "rectal attempted", to which she replied: “This line is a little confusing, because I wouldn’t know whether it reached the rectum (during penetration).

"If there was a line that said 'anus performed', I would have circled that."

Later, during her cross-examination by defence counsel Karpal Singh, she disagreed that rectal penetration was the same as anal penetration, which amounted to sodomy.

"The rectum is above the anus," she said.
" ->KLIK<-

Pada pemahaman kita sebagai ORANG biasa, 'LIWAT' telah berlaku apabila PENIS memasukki DUBUR untuk tujuan SEKS.. Itu sahaja sudah CUKUP jelas MAKSUDnya dan dalam ISLAM atau mana-mana agama pun perbuatan INI amat diKUTUK.. Namun demikian, mungkin demi untuk men'SUCI'kan anak GUAMnya yang melakukan perBUATan jijik tersebut, maka diperSOALkanlah samada keMASUKkan tersebut sampai ke REKTUM atau setakat ANUS.. Mungkinkah jika setakat ANUS sahaja tidak diKIRA sebagai 'LIWAT'? Jika itu yang diperSOALkan, berSORAK sakanlah saki-baki umat Nabi Luth di serata DUNIA!

Hakim-hakim MAHKAMAH kita seharusnya mempunyai pengetahuan TEKNIKAL atau mempunyai kePAKARan dalam bidang keDOKTORan atau ANATOMI yang cukup jelas untuk mengendalikan kes-kes sebegini terUTAMAnya yang meLIBATkan individu berPROFIL tinggi.. Sebarang keKELIRUan dipihak MAHKAMAH hanya akan menjadikan MANGSA terANIAYA dan tidak mendapat keADILan yang sepatutnya.. Setakat ini kita sudah meLIHAT dalam isu DNA bagaimana keSAHIHan DNA tidak dipertikaikan sebaliknya cara DNA tersebut diperolehi yang dipertikaikan.. Tuhan dan jadikan DNA itu cukup sempurna untuk MAKHLUKnya, kita pulak memandai-mandai untuk meNAFIkan kejadian Tuhan dengan tidak memberikan keADILan yang sepatutnya?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS