DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, March 21, 2011

Kalau bab mintak si KAFIR untuk BUNUH saudara seAGAMA, Pak-Pak Arab memang tiada tolok BANDINGnya..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dah banyak kali dah kita NYATAkan dalam BLOG ini.. Apa yang diDAKWA konon-kononnya 'REVOLUSI' di Timur Tengah ketika ini ialah 'FAKE' semata-mata.. Yang menjadi MANGSA dan yang tetap keHILANGan nyawa untuk setiap REVOLUSI tersebut adalah nyawa orang-orang ISLAM sendiri.. Di sini sahaja kita dah dapat meLIHAT keDUNGUan, JAHILIYYAH dan ke'BAGHAL'an Pak-Pak Arab yang sanggup berTUMPAH darah sesama saudara seagama asalkan tujuan POLITIK mereka tercapai.. Yang KETAWA besar meLIHAT ke'BAGHAL'an mereka pulak ialah kuasa-kuasa Neo-Con di barat dan rejim ZIONIS di Israel..

Libya telah menjadi MANGSA kedua negara-negara barat dan ke'BAGHAL'an Pak-Pak Arab yang tidak henti-henti menJILAT punggung mereka.. Hanya untuk menJATUHkan seorang DIKTATOR, Pak-Pak Arab sanggup memBIARkan kuasa-kuasa Barat mengebom dan meLANCARkan peluru berpandu memBUNUH saudara seagama mereka.. Malah, ulama-ulama mereka yang KONON-KONONnya didakwa berWIBAWA dan diKAGUMi oleh Lebai-Lebai PAS di negara kita pulak hanya memBISU terhadap serangan tersebut.. Sedangkan sebelum ini bukan main lagi mereka berFATWA untuk meminta rakyat sesebuah negara mencetuskan BANTAHan terhadap diktator atau pemimpin di negara terbabit? ->KLIK<-

Hanya bangsa Arab sahaja satu-satunya bangsa yang sering mengULANGi sejarah keJATUHan mereka.. Bangsa Arab telah diBEBASkan pemikiran mereka dari JAHILIYYAH kepada ISLAM dengan kedatangan junjungan besar Rasulullah SAW.. Namun, selepas mereka berjaya menjadi KUASA yang mengHANCURkan ROM dan PARSI, mereka mula kembali kepada JAHILIYYAH dan mengAGUNGkan segala macam keJAHILan.. Untuk REKOD, ini bukan kali pertama bangsa Arab yang berSEKONGKOL dengan bangsa asing untuk menJATUHkan sesama mereka sendiri..:-

1) SIAPAkah yang menyebabkan keJATUHan Kerajaaan Abbasiyyah di Baghdad kepada tentera Mongol Hulagu Khan hingga menyebabkan beratus ribu orang nyawa umat ISLAM dan khazanah ILMU umat ISLAM musnah?

2) SIAPAkah yang menyebabkan keJATUHan Kota Baitul Maqdis ke tangan tentera Salib hingga berterusan sampai kepada penubuhan negara HARAM Yahudi?

3) SIAPAkah yang menJILAT punggung Lawrence of Arabia hingga menJATUHkan sistem Khalifah terkahir umat ISLAM iaitu Turki Uthmaniyyah?

4) SIAPAkah yang mengIKTIRAF keSAHIHan status negara HARAM Israel hingga menyaksikan berjuta GELEN darah rakyat Palestin mengalir?

5) SIAPAkah yang berDIAM diri apabila Iraq diHANCURkan dan diMUSNAHkan oleh tentera US kononnya kerana dakwaan Saddam Hussein menyimpan 'Weapon of Mass Destruction' dan terlibat dalam tragedi 9/11?

Hari ini kita menyaksikan pulak Libya diMANGSAkan hanya kerana seorang Diktator tetapi yang hilang NYAWA ialah rakyatnya sendiri yang beragama ISLAM! SIAPAkah yang berTANGGUNG-JAWAB terhadap kejadian ini? Jawabnya -> ARAB!ARAB!ARAB!

Walaupun merekalah yang mula-mula mendapat HIDAYAH agama ISLAM tetapi merekalah yang mula-mula menCEMARkan agama suci ini dan saling berLUMBA untuk melakukan DOSA atas nama agama sendiri.. Hanya kerana HASUTan atau PROPAGANDA daripada media Barat seperti yang tertulis dalam Facebook, Twitter, BLOG dan banyak lagi, mereka sanggup menyaksikan DARAH saudara seAGAMA mereka mengalir tanpa sedikit pun rasa berSALAH.. Begitu mudah Pak-Pak Arab ini di'BAGHAL'kan hanya melalui dakyah keBEBASan menerusi Facebook, Twitter, BLOG dan laman SOSIAL lain?

Inikah sebab untuk kita yang seagama dengan mereka patut rasa KAGUM? Kagum dengan Pak-Pak Arab yang bersekongkol dengan kuasa ASING untuk menumpahkan DARAH saudara seagama? KAGUM kononnya mereka dipilih Allah SWT untuk menerima ISLAM lebih awal sedangkan merekalah penyebab ISLAM di pandang MUNDUR dan diHINA? Pak-Pak Arab ini bersenang-lenang di NEGARA kita dan sering berSOSIAL ala-ala Barat di Bukit Bintang, One Utama, Mon't Kiara dan Bangsar TETAPI pandai pulak berDEMONSTRASI di keDUTAan mereka di Jalan Ampang KONONnya mahukan DEMOKRASI di negara masing-masing?

BERAPA ramaikah pulak antara kita yang begitu mudah terTIPU dan terikut-ikut dengan LAKONan PALSU mereka hingga cuba melakukan perkara yang SAMA terhadap NEGARA kita sendiri?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS