DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, March 23, 2011

DRAMA dalam DRAMA - Sampai bila kepimpinan PKR akan terus berDRAMA untuk memperBODOHkan rakyat?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kali ini PKR sekali lagi menimpa tamparan HEBAT apabila Hakim Mahkamah Tinggi untuk kes 'menJUBOR' Penasihat PKR telah me'REVISE'kan balik keputusan sebelum ini seterusnya menerima PAKAI tuala kecil 'Good Morning', berus gigi dan botol minuman jenama Cactus serta segala hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diLAKUkan ke atas barangan tersebut.. Walaupun tanpa memberikan DNA secara rasmi, Penasihat PKR telan air liur kerana barangan tersebut KEKAL sebagai bahan BUKTI.. ->KLIK<-

Sebelum ini sekitar 24 JAM yang lalu, Penasihat PKR dalam satu sidang media untuk meNAFIkan dirinya sebagai 'aktor' dalam video seks telah membuat kenyataan yang dipetik MEDIA mengatakan bahawa penDEDAHan video seks itu sebagai USAHA musuh POLITIKnya (Siapa lagi kalau bukan UMNO/BN) untuk menimbulkan KES baru kerana berANGGAPan musuh POLITIKnya akan GAGAL menDAKWAnya dalam KES 'menJUBOR'nya kali ini.. Namun, berikutan dengan keputusan HAKIM pada kali ini, jelas sekali kita akan dapati bahawa kes 'menJUBOR'nya dan kes video seks ini adalah 2 kes yang berBEZA sama sekali.. Itu pun dia masih mempertikaikan mahkamah dan mengatakan HAKIM 'diTEKAN' oleh UMNO/BN dalam membuat keputusan.. ->KLIK<-

Kita akan terus menyaksikan DRAMA dalam DRAMA yang akan berlaku sepanjang kes 'menJUBOR' ini berlangsung.. Namun, ingin kita TEGASkan di sini bahawa KREDIBILITI kepimpinan PKR sudah HANCUR dan parti ini dilihat begitu menJIJIKkan.. PKR patut membuang nama 'RAKYAT' pada partinya.. Sebagai RAKYAT, kita ingin bertanya kenapakah PKR yang menggunapakai nama 'RAKYAT' pada nama partinya begitu terikut-ikut untuk memBELA pemimpin yang berMASALAH terutamanya dalam kes SEKS? Perlukah seluruh parti diHERET sama ke dalam masalah SEKSnya yang sepatutnya adalah masalah PERIBADI sedangkan peranan sebuah parti POLITIK adalah untuk menJANJIkan atau memBERIkan khidmat kepada RAKYAT?

Kalau dilihat dalam kes-kes MAHKAMAH melibatkan orang POLITIK sebelum ini, biasanya mereka akan LETAK jawatan dan tidak mahu diKAITkan dengan parti masing-masing.. Tidak pernah lagi kita melihat seorang pemimpin parti mengHERET partinya sekali dalam kes MAHKAMAHnya sendiri.. Cuba sebut parti apa dalam DUNIA yang berbuat demikian selain daripada PKR? Namun demikian, jika pemimpin tersebut diDAPATi berSALAH, mahukah keseluruhan ahli PKR menerima HAKIKAT bahawa parti mereka akan HANCUR tanpa bersisa hanya kerana pemimpin ini dan anak-beranaknya? Atau memang ahli-ahli PKR begitu BODOH dan langsung tak tahu guna OTAK untuk berfikir?

REALITInya, rakyat tidak akan merasa SESUAP nasi pun jika mereka menyokong PKR kerana PKR telah menunjukkan mereka lebih mementingkan masa depan PEMIMPIN yang berMASALAH ini daripada memikirkan tentang RAKYAT! Bukankah apa yang diLAKUkan oleh PKR inilah yang menyebabkan keJATUHan para DIKTATOR di Asia Barat ketika ini? Adakah mereka ingat RAKYAT Malaysia ini tidak berpelajaran, buta HURUF atau BODOH seperti Pak-Pak ARAB yang mudah di'BAGHAL'kan oleh pihak-pihak tertentu untuk menguasai pemerintahan NEGARA mereka?

Mungkin anda patut tahu MESEJ yang cuba diSAMPAIkan oleh TS. P.Ramlee dalam FILEMnya seperti 3 Abdul, Ali Baba Bujang Lapok atau Ahmad Albab yang secara SINISnya menyindir Pak-Pak ARAB kerana tidak mengGUNAkan OTAK seterusnya memberi MESEJ menerusi filem agar orang Melayu yang menontonnya tidak menCONTOHi sikap Pak-Pak ARAB seperti yang dipaparkan dalam FILEM tersebut.. Dalam KONTEKS PKR, merekalah Pak-Pak ARAB yang diUMPAMAkan oleh TS. P.Ramlee dalam filem-filemnya dan jika anda melihat filem-filem tersebut dan meRASAkan watak-watak Pak-Pak ARAB dalam filem tersebut agak ke'BAGHAL'an, maka memang ke'BAGHAL'an dan keDUNGUanlah ahli-ahli PKR!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS