DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, March 09, 2011

DNA - Antara keSAHIHan dan cara ianya diperOLEHi..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

RAMAI yang kelihatan tidak puas HATI dengan tindakkan HAKIM Mahkamah Tinggi dalam perBICARAan kes 'menJUBOR' Penasihat PKR menolak 3 bahan BUKTI utama yang mengandungi DNAnya.. ALASAN hakim ialah ketiga-tiga bahan BUKTI tersebut diperOLEHi secara tidak SAH dan meRAGUkan.. Namun demikian, RAMAI antara kita yang masih terLUPA beberapa FAKTA seperti berikut:-

1) Keputusan yang dibuat oleh HAKIM tersebut adalah keputusan 'PerBICARAan dalam PerBICARAan', bukannya perbicaraan UTAMA yang menjurus kepada samada Penasihat PKR benar-benar 'menJUBOR' pembantunya atau TIDAK.. KEPUTUSAN 'PerBICARAan dalam PerBICARAan' ini ialah ketiga-tiga bahan BUKTI yang diperolehi oleh pihak POLIS adalah tidak SAH.. Namun, KEPUTUSAN ini langsung tidak boleh meNAFIkan bahawa DNA daripada ketiga-tiga bahan BUKTI tersebut adalah menyamai DNA yang terdapat dalam DUBUR mangsa, Saiful Bukhari..

2) Setakat INI penolakkan ketiga-tiga bahan BUKTI tersebut langsung tidak boleh meNAFIkan bahawa Penasihat PKR tidak 'menJUBOR' Saiful.. Bukti-bukti LAIN seperti rakaman CCTV, keterangan SAKSI dan laporan perUBATan dan banyak lagi ASPEK masih tidak menyebelahi Penasihat PKR.. Yang diPERTIKAIkan berkenaan ialah cara DNA diperOLEHi oleh pihak POLIS, bukannya keSAHIHan keputusan ANALISA DNA yang terdapat pada dubur Saiful dan ketiga-tiga bahan BUKTI yang menunjukkan ianya SAMA..

3) Setakat ini peguam BELA Penasihat PKR masih GAGAL untuk mempertikaikan ANALISA tersebut dan masih terKIAL-KIAL untuk mempertikaikan keSAHIHan DNA yang ditemukan oleh pakar-pakar DNA seperti yang diNYATAkan dalam MAHKAMAH.. Justeru itu, tinggal hanya satu JALAN sahaja untuk memBUKTIkan Penasihat PKR tidak 'menJUBOR' Saiful Bukhari seperti yang diDAKWA - MemBERIkan DNAnya dalam apa BENTUK sekali pun atas PERINTAH mahkamah.. SOALnya BERANIkah dia?

Kenyataan oleh MP Kulim Zulkifli Noordin berhubung perkara ini sangat TEPAT..

" Di dalam kes pertuduhan meliwat Saiful ini, yang dipertikai bukan DNA perbandingan itu sendiri. Yang dipertikai ialah sumber DNA perbandingan itu yang diperolehi secara tidak sah. Maknanya menurut Pendakwaraya, DNA air mani yang diperolehi daripada dubur Saiful dengan DNA perbandingan yang diperolehi daripada sampel Anwar Ibrahim (mungkin dari bulu, peluh dan airliur) adalah sama dan bertepatan. Pendekkata, rumusan yang dibuat oleh Pendakwaraya, memandangkan DNA airmani dalam dubur Saiful dan DNA perbandingan yang diperolehi adalah dari sumber yang sama iaitu Anwar Ibrahim, maknanya dakwaan Saiful "dikunyitkan" oleh Anwar adalah 99% betul!"

Kita jugak berSETUJU dengannya bahawa ada HIKMAH di sebalik penolakkan ketiga-tiga bahan BUKTI tersebut oleh HAKIM..

"Malahan jika dilihat dari sudut yang positif, penolakan ini merupakan satu "blessing in disguise", ada hikmahnya tersendiri. Ini kerana samada Anwar mahupun Pendakwaraya mempunyai satu peluang yang luas untuk membuktikan kesahihan DNA airmani yang ditemui didalam dubur Saiful tersebut. Iaitu dengan mana-mana pihak, samada Anwar mahupun Pendakwaraya boleh membuat permohonan kepada Mahkamah untuk memerintahkan supaya satu sampel DNA asal dan baru dikemukakan kepada pihak pakar Forensik melalui Mahkamah. Dan dalam kes ini, Anwar mempunyai dua pilihan, dan kedua-dua pilihan itu akan menentukan nasib dan kredibiliti beliau!" ->KLIK<-

Dalam KONTEKS ini, kita sebagai RAKYAT melihat betapa 'LOOSE'nya peranan MAHKAMAH yang tidak berTINDAK apabila Penasihat PKR melakukan keSALAHan mengHINA mahkamah di dalam ceramah dan KEMPEN politik.. Malah, MAHKAMAH jugak seakan 'MANDOM' apabila sentiasa mengANGGUK terhadap sebarang penagguhan samada oleh Penasihat PKR mahupun oleh peguam BELAnya.. Sekarang ini RAKYAT melihat pasukan POLIS negara ini mempunyai keCEKAPan setanding dengan polis negara-negara Barat seperti dalam rancangan CSI tetapi MAHKAMAH negara ini pulak masih seperti negara DUNIA ke-3!

Jika MAHKAMAH bertindak TEGAS, sudah tentu keADILan dapat diTEGAKkan.. Sudah tiba masanya MAHKAMAH menunjukkan institusi undang-undang di NEGARA ini jugak setanding dengan keMAJUan negara dan peredaran ZAMAN..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS