Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Tuesday, December 30, 2008
P36 Kuala Terengganu - Bukan UMNO VS PAS tapi Level 4 BOYS VS Geng ERDOGAN?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Sedikit SOROTAN pasal pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu kali ini.. Nampaknya Sudah pasti yang akan bertanding adalah PAS melawan UMNO.. UMNO sudah pun mengemukakan nama calon lebih awal iaitu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sementara PAS pula masih belum mengemukakan nama calonnya kerana difahamkan masih diperingkat perbicangan.. UMNO mengemukakan nama calon lebih awal dengan tujuan untuk membolehkan calon tersebut menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin timbul dikalangan jentera parti sendiri.. Ini kerana, Datuk Wan Farid digambarkan sebagai orang yang 'kurang mesra' dengan akar umbi UMNO sendiri.. Malah, Datuk Wan Farid juga digambarkan sebagai orang Khairy Jamaluddin dan salah seorang ahli 'Level 4 BOYS' - kumpulan yang menyebabkan kemarahan rakyat terhadap UMNO!
Strategi mengemukakan nama Wan Farid lebih awal agar beliau dapat turun ke akar umbi untuk mententeramkan keadaan dan mengelakkan berlakunya kejadian 'cah keting' semasa hari pengundian.. Pengalaman kekalahan UMNO di Permatang Pauh menyaksikan bagaimana ahli-ahli UMNO sendiri menolak calon UMNO.. Daripada 20 ribu ahli, calon UMNO hanya mendapat undi sekitar 15 ribu lebih aje.. Inilah yang menakutkan UMNO sendiri apabila berlakunya pilihanraya kecil.. UMNO bimbang kemarahan rakyat yang menyebabkan keMEROSOTan undi pada pilihan raya umum lalu akan berlanjutan.. Untuk itu, UMNO mesti memastikan tiada perpecahan diperingkat akar umbi kesemua ahli UMNO memberikan undi kepada calon UMNO semasa pilihanraya..
Namun, Wan Ahmad Farid sendiri dalam temuramah dengan Utusan Malaysia yang diterbitkan pada hari Ahad 28 Disember mengakui dia gagal 'MEMISAHKAN' dirinya dengan pengaruh Pak Lah atau lebih tepat lagi Khairy Jamaluddin.. Memang nama Wan Farid dikenali ramai terutamanya apabila dia dan abangnya Wan Hisyam dikaitkan dengan PROJEK MEGA Pak Lah seperti Monsoon Cup dan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man.. Projek yang gagal memberi manfaat kepada rakyat Terengganu sebaliknya didakwa mengenyangkan perut 'Patrick Badawi' menyebabkan kemerosotan undi dipihak BN semasa pilihanraya umum lalu.. Adakah kemarahan rakyat Terengganu masih bersisa? Kita TUNGGU............
Dipihak PAS pula, mereka masih berbelah-bagi tentang calon yang bakal ditonjolkan.. Bagi pihak PAS Terengganu, mereka sudah tentu mahukan anak tempatan untuk menentang calon UMNO.. Namun kenyataan Datuk Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS menyebabkan berlakunya kecelaruan dalam pemilihan calon.. Datuk Nik Aziz dikatakan ingin meletakkan calon luar seperti Mat Sabu dalam pilihanraya kali ini.. Tambahan pula, Mat Sabu walaupun sebagai calon luar berjaya mengurangkan undi UMNO dengan banyak semasa pilihanraya umum sebelum ini..
Keinginan Nik Aziz ini dikatakan dipengaruhi oleh Geng ERDOGAN di dalam PAS yang 'berKIBLATkan' DS Anwar Ibrahim.. Usaha ini sangat ditentang oleh golongan 'OTAI' dalam PAS yang lebih mementingkan kelangsungan PAS sebagai sebuah parti.. Golongan 'OTAI' ini ingin menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang DOMINAN dalam Pakatan Rakyat dan tidak dipengaruhi termasuk oleh DS Anwar sendiri.. Kita semua kenalah menunggu hingga awal tahun depan untuk mengetahui seiapa calon PAS..
Baik Level 4 BOYS mahu pun Geng ERDOGAN, kedua-dua kumpulan ini SANGAT dibenci oleh ahli-ahli parti masing-masing.. Bukan rahsia lagi keMARAHan rakyat terhadap Level 4 BOYS telah menyebabkan BN hilang kuasa di 5 buah negeri.. Malah sukar untuk menyatakan rakyat telah 'meMAAFkan' UMNO kerana Level 4 BOYS yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin telah pun menjelmakan diri mereka sebagai penyokong DS Najib pula!Malah penguasaan Level 4 BOYS dalam media banyak memberikan PUBLISITI berlebihan kepada Khairy dan sekutunya dalam UMNO..
Geng ERDOGAN pula sering dipertikaikan kesetiaan mereka kepada PAS.. Ini kerana, Geng ERDOGAN lebih cenderung atau lebih setia kepada 'Penaung tidak RASMI' mereka iaitu DS Anwar Ibrahim.. Geng ERDOGAN sebenarnya berperanan untuk 'meNEUTRALkan' PAS agar PAS lebih mudah bekerjasama dan tidak TAKSUB kepada agenda parti mereka.. Ini telah menimbulkan kemarahan dikalangan pucuk pimpinan PAS kerana PAS sebagai sebuah parti yang jauh lebih 'SENIOR' dalam Pakatan Rakyat seharusnya lebih berpengaruh dalam membuat keputusan.. Malangnya, suara PAS dalam Pakatan Rakyat kebelakangan ini dilihat sebagai suara 'NYANYUK' atau Melukut di tepi Gantang' oleh rakan-rakannya dalam PKR dan DAP..
Apabila berlangsung debat antara Khairy dan Datuk Husam Musa di Kota Bharu, ramai menyaksikan bagaimana keGAGALan Datuk Husam menjawab isu berkaitan HUDUD yang selama ini menjadi 'trademark' PAS.. Inilah contoh Geng ERDOGAN yang bukannya SERIUS kepada perjuangan PAS sebaliknya menjadikan PAS sebagai platform untuk kerjaya politik mereka.. Kita juga menyaksikan PUBLISITI meluas oleh media yang dikuasai Level 4 BOYS khususnya TV3 dan Media Prima terhadap apa yang dikatakan 'KeMENANGan Khairy ke atas Husam'.. Sedangkan semua MAKLUM agenda beri PUBLISTI berlebihan itu hanya kerana Khairy ingin bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada Mac 2009.. Kalau Khairy sekadar ahli biasa, ada ke PUBLISITI macam tu? HE!HE!HE!
Apa pun kita harap pengundi di Kuala Terengganu berWASPADA dengan TAKTIK kotor baik daripada Level 4 BOYS mahu pun Geng ERDOGAN nih! Tidak ada UNTUNGnya kalau kita mengundi atau mengamanahkan kuasa kepada kedua-dua golongan ini.. Yang RUGInya tetap rakyat macam kita.. Perjuangan UMNO atau PAS sekarang ini sedang diROSAKkan oleh kedua-dua golongan ini.. Selagi mereka tidak dipisahkan dengan parti masing-masing, jangan HARAPlah nasib anda akan dibela..
Wallahualam..
Wednesday, December 24, 2008
PPSMI - hasrat MURNI yang diKABURkan oleh keDUNGUan pemimpin POLITIK
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
PPSMI diperkenalkan oleh bekas PM Tun Dr Mahathir dengan tujuan untuk menggalakkkan para pelajar membiasakan diri dengan istilah Sains dan Matematik apabila mereka mendalami pengajian dalam kedua-dua bidang berkaitan di peringkat lebih tinggi.. Kenapa Bahasa Inggeris dipilih? Ini kerana hampir 60% maklumat atau ilmu terdapat dalam Bahasa Inggeris.. Bahasa Inggeris dipertuturkan dan menjadi lingua-franca lebih 50% negara di dunia.. Dengan kata lain, orang DUNGU sahaja menafikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa GLOBAL..
Kenapa pula subjek Matematik dan Sains perlu dipelajari dalam Bahasa Inggeris? Ini kerana banyak istilah-istilah dan penemuan-penemuan baru dalam kedua-dua bidang ini ditulis dalam Bahasa Inggeris.. Memang sepatutnya menjadi tanggung-jawab pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Dewan Bahasa & Pustaka untuk memastikan istilah-istilah ini diTERJEMAHkan dalam Bahasa Melayu.. Malangnya, peruntukkan masa (timeframe) dan tenaga kerja yang diperlukan sangat-sangat tidak mencukupi.. Oleh kerana tidak mahu negara kita ketinggalan dalam segala bidang, maka Tun Dr Mahathir telah mengambil inisiatif mengubah teknik pembelajaran Sains dan Matematik sebelum ini dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Ibunda di SRJK kepada Bahasa Inggeris..
Sebenarnya ini bukan perkara baru pun.. Singapura telah melaksanakan usaha sebegini lebih awal.. Malah sekarang ini India dan China telah pun mengambil langkah yang sama.. Dengan jumlah penduduk yang berkali ganda jauh lebih ramai berbanding Malaysia, nescaya pelaburan asing ke negara-negara terbabit akan meningkat.. Dalam masa yang sama, adakah kita dapati bahasa asal penduduk negara terbabit hilang? Tak jugak kerana rata-rata penduduk negara terbabit mempunyai JATI DIRI yang cukup kuat.. Bukan macam sesetengah daripada mereka yang berhijrah ke negara ini.. Sudah le menentang usaha seperti di atas, malah penguasaan Bahasa Melayu mereka pun LEMAH!Jenis tak sedar diri, nak kata macam mana..
Yang peliknya tuh, usaha sebegini diTAFSIRkan sebagai usaha untuk menidakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan oleh orang Melayu sendiri? KONONnya kerajaan tidak menDAULATkan Bahasa Melayu, kerajaan tidak prihatin dengan nasib bahasa ibunda dan banyak lagi.. Sedangkan apabila Teresa Kok menukar papan tanda jalan di KL kepada papan tanda 4 bahasa, diam pulak GOLONGAN nih? Antara yang membantah PPSMI ialah:-
1) Pertubuhan-Pertubuhan Pendidikan Cina (Dong Jiong Zhong)
Mereka membantah KONONnya berpendapat Bahasa Cina lebih sesuai untuk belajar Sains dan Matematik berbanding Bahasa Inggeris.. Kita dah memang tahu berapa kerat aje dia antara mereka ni yang mengamalkan peribahasa 'Bumi dipijak, langit dijunjung', jadi bukanlah persoalan pun mereka bersikap sebegini..
2) Parti Politik Cina yang RACIST (DAP)
Golongan nih memang kita tahu depan kita mereka bantah.. Belakang kita, mereka sanggup berhabis DUIT hantar anak-anak mereka ke US, UK dan Singapura untuk belajar di sana.. Aik? Agaknya kat US sana subjek Matematik dan Sains diajar dalam bahasa ibunda mereka agaknya?
3) Golongan ERDOGAN dalam Parti Islam Se-Tanah Melayu
Sebenarnya mereka bukan faham pun apa yang mereka BANTAH.. Sekadar merealisasikan hasrat BUSUK golongan ERDOGAN yang teringin ber'Perdana Menteri'kan DSAI aje.. Untuk jadik PM, DSAI akan setuju apa sahaja hasrat golongan bukan Melayu walaupun akhirnya akan meRUGIkan Melayu sendiri.. Yang peliknya tuh, jenis 'TAK MASUK SEKOLAH' macam YB bekas penolak TROLI kat Kedah pun turut membantah? Walhal dia bukannya pernah belajar kat UNIVERSITI pun?
4) Golongan yang mengaku PEJUANG BAHASA, Budayawan, SASTERAWAN dan sebagainya..
Golongan ini sebenarnya golongan terpelajar.. Namun mereka kena faham, mereka juga tidak mampu untuk membantu negara khususnya orang Melayu apabila negara ketandusan teknologi atau kekurangan kepakaran dalam bidang-bidang sains yang lebih kompleks.. Takat buat SAJAK, puisi atau cerpen dalam Bahasa Melayu tak akan menjadikan orang Melayu mampu buat roket ciptaan sendiri! Sepatutnya mereka LEBIH memikul tanggung-jawab untuk melakukan penterjemahan ke dalam Bahasa Melayu.. Namun golongan ni nampaknya lebih suka 'pegang mikrofon' berbanding 'pegang pen dan kamus'?
5) Golongan dalam UMNO sendiri yang berebut jawatan parti..
Bukan RAHSIA lagi dua orang calon Ketua Pemuda UMNO menyuarakan bantahan terhadap PPSMI ini.. Yang seorang tu memang kita tahu la dia tak mahu ada orang Melayu dapat menyaingi KARIERnya dalam POLITIK.. Supaya dia dapat meneruskan SURVIVAL atas hubungan kekeluargaan dengan pemimpin tertinggi UMNO ketika ini.. Maklumlah, SUSAHla dia kalau ada orang pandai sikit dari dia yang berkelulusan Sains Politik OXFORD tuh.. Namun, yang peliknya calon yang seorang lagi tuh.. HARAM kita tak faham sebab-musabab dia nak membantah? Dia kata dia faham sebab PPSMI dilakukan tapi dia masih nak MANSUHkan PPSMI? KONONnya dia kata tentangan terhadap PPSMI yang kuat menyebabkan dia sokong supaya diMANSUHkan.. Kalau takde SEBAB, takkan nak belajar dalam Bahasa JAWA kot?
Jadi anda dapat lihat dan baca sendiri PETUALANG yang sebenarnya tidak pun menyumbang kepada pembangunan negara sebaliknya cuba menDAJALkan pulak usaha membangunkan negara tanpa sebab-sebab yang munasabah.. Adakah dengan memahami Sains dan Matematik mengurangkan jati diri dan keSETIAan kita pada negara sendiri? Atau adakah perbuatan dan SIKAP golongan-golongan di atas yang akan meJAHANAMkan negara ini nanti? Pelik jugak, budak-budak sekolah takde masalah pun dengan PPMSI tapi golongan kat atas yang disebutkan pulak lebih-lebih?
Wallahualam..
Monday, December 22, 2008
Wacana Politik Transformasi Negara - 'Kesayangan' Nik Aziz VS Menantu Pak Lah
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana berjaya manganjurkan sesi debat Wacana Politik Transformasi Negara di Kelantan dua hari lepas.. Melihat suasana yang dipaparkan menerusi televisyen, ramai juga ahli PAS dan ahli UMNO yang memenuhi Balai Islam Lundang, Kota Bharu di mana tempat wacana tersebut diadakan.. Alhamdulillah suasana tempat berlangsungnya acara tersebut berjalan lancar walaupun penyokong UMNO dan PAS kelihatan berada di bawah satu bumbung..
Namun, apa yang ingin dipaparkan pada ketika ini ialah intipati mengenai sebahagian daripada apa yang disampaikan oleh Datuk Husam Musa dan Khairy Jamaluddin sebagai panelis dalam wacana tersebut.. Antara petikan yang menarik daripada Datuk Husam Musa ialah:-
Pas memberi jaminan untuk melaksanakannya di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan - Husam Musa
Walaupun terus-terang katalah, majoriti umat Islam di negara ini sudah lali dan muak dengan janji-janji kosong oleh Lebai PAS, namun Datuk Husam Musa tetap menyuarakannya apabila dicabar oleh Khairy.. Ada bermacam-macam PERSEPSI yang timbul akibat kenyataan Datuk Husam Musa seperti di atas.. Bagi pihak UMNO, dah tentulah mereka akan mempersendakan kenyataan tersebut kerana terbukti PAS sanggup 'membuang' HUDUD semata-mata hendak bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat..
Bagi pihak PAS pula, dah tentulah kenyataan tersebut disambut dengan HANGAT walaupun mungkin keRIUHannya sekadar dalam Balai Islam pada hari itu sahaja.. Yang nyatanya, KOMITMEN dan NAWAITU Lebai PAS memang dah berputar 100% berbanding perjuangan parti mereka sebelum ini.. Bukan main lagi pihak MEDIA khususnya TV3 (mungkin kerana faktor 'HINDU GOD MUSLIM PRIEST') memberikan KREDIT kepada Khairy di atas keberaniannya mencabar Datuk Husam Musa sedangkan semua maklum akan jawapan yang akan keluar dari mulut Datuk Husam tuh.. Bukan Lebai PAS le kalau tak SEBUT perkataan 'HUDUD' tuh! HE!HE!HE!
Khairy juga ada petikan menarik yang dikemukakan semasa wacana tersebut berlangsung:-
Dengan wujudnya dwiparti politik kuat iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, telah memberikan peluang kepada BN memulihkan imejnya dan membawa perubahan lebih baik. - Khairy Jamaluddin
Nampaknya JELAS sekali hasrat Khairy untuk merealisasikan sistem dua parti di negara ini seperti sistem yang ada di US (Republican & Demokrat) dan juga di UK (Buruh & Conservative).. Itulah pegangan dan KEPERCAYAAN politik yang dipelajari di Oxford agaknya.. Sedangkan di Asia, hampir kesemua negara yang mengamalkan demokrasi seperti India, Jepun, Indonesia, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Malaysia sendiri mengamalkan sistem pelbagai parti..
Adakah dengan merombak susunan parti politik sedia ada merupakan HASRAT tersembunyi Menantu PM kita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada usia 40 tahun? HE!HE!HE
Corak bentuk PEMIKIRAN yang sama jugak boleh dilihat menerusi perkembangan mutakhir dunia korporat negara sejak akhir-akhir ini.. Contohnya penggabungan Sima Darby, Guthrie dan Golden Hope menjadi entiti perladangan terbesar, usaha untuk menggabungkan Kumpulan Utusan Melayu dengan Kumpulan News Straits Times Press yang ditentang hebat dan baru-baru ini usaha Sime Darby untuk menswastakan Institut Jantung Negara..
Nampaknya berdasarkan pemikiran Khairy yang diTONJOLkan menerusi sesi Wacana Politik Transformasi Negara, mungkin kita boleh MENGAGAK siapa 'DALANG BELAKANG TABIR' yang 'mengocakkan' dunia korporat negara kita seperti yang diPAPARkan di atas.. Jangan lepas ni bila berlakunya sistem dua parti, ada 'MALAUN' yang makan KOMISEN jugak, sudah le!
Apa pun, ini hanyalah sesi wacana antara wakil kumpulan ERDOGAN dalam PAS dengan wakil kumpulan SETIAKAWAN dalam UMNO.. Secara keseluruhannya tiada apa pun yang ISTIMEWA kerana luahan-luahan yang sama juga boleh kita dapati menerusi ucapan kata-kata atau tulisan 'MAKHLUK TUHAN' yang menjadi 'IDOLA' kepada kedua-dua kumpulan ERDOGAN dan SETIAKAWAN tuh! HE!HE!HE!
Wallahualam..
Friday, December 19, 2008
Sakit Jantung kerana IJN - Siapa yang UNTUNG, siapa yang MISKIN?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
IJN telah ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir khusus untuk menjalankan penyelidikkan dan rawatan terhadap pesakit jantung di negara ini.. Malah Tun dan Pak Lah sendiri pernah menerima rawatan jantung di IJN.. IJN satu-satunya institusi yang paling berjaya dalam bidang rawatan jantung di rantau ini..Merujuk kepada berita Utusan Malaysia, nampaknya Sime Darby akan mengambil-alih pegangan saham dalam IJN sebanyak 51% daripada pihak kerajaan (Kementerian Kesihatan).. Ini telah menimbulkan persoalan tentang bagaimana pihak IJN hendak mengekalkan bayaran perkhidmatan khususnya untuk merawat pesakit jantung di negara ini..
Wajarkah IJN diswasta?
Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat
–Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri
Syarikat Sime Darby mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan
–Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri
Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat
–Datuk Dr. Chua Soi Lek
Timbalan Presiden MCA
(Bekas Menteri Kesihatan)
Walaupun IJN kini bertaraf dunia ia masih perlu memberikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan ini merupakan kriteria yang diperlukan
–Khairy Jamaludin
Naib Ketua Pemuda UMNO
Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus
–Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby
Berdasarkan segala KOMEN di atas, tidak ada seorang pun yang memberi ulasan yang RASIONAL kenapa IJN perlu diswastakan? Merujuk kepada laporan Utusan Malaysia, Pak Lah kata kerajaan masih MAMPU untuk menguruskan IJN.. Jadi sekiranya tidak ada masalah, kenapa perlu diSWASTAkan? Apakah alasan KONKRIT yang mewajarkan tindakkan kali ini?
Kita bukan tidak tahu ada 'TANGAN-TANGAN GHAIB' yang menjadi BROKER khusus untuk mengaut keuntungan dalam projek penswastaan, penggabungan entiti korporat atau penjualan saham GLC di era Pak Lah ini.. Senario yang sama telah pun berlaku seperti di bawah:-
1) Penggabungan Sime Darby, Golden Hope Plantation dan Guthrie corporation membentuk satu entiti korporat peladangan yang terbesar di dunia tanpa sebab-musabab yang MUNASABAH..
2) Penjualan MV Augusta milik Proton kepada Gevi SPA KONONnya MV Augusta penyebab kerugian kepada Proton.. (Sekarang ini kita dapati Proton terkial-kial untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat luat akibat tidak mampu nak membangunkan teknologi sendiri)
3) Cubaan untuk menggabungkan Kumpulan Utusan Melayu dengan Kumpulan New Strait Time Press.. Cubaan ini GAGAL kerana penentangan oleh para pekerja kedua-dua syarikat terbabit..
Rasanya 'TANGAN-TANGAN GHAIB' yang sama kali ini ingin mencuba dengan IJN pulak nampaknya? Ini kerana 'TANGAN-TANGAN GHAIB' ni bimbang dengan ketidak-tentuan nasib mereka sekirang Pak Lah bersara Mac 2009 nanti..
JANJI korporat KONONnya kepentingan orang miskin untuk mendapatkan rawatan tidak diabaikan adalah JANJI yang cukup NAIF.. Ini kerana TAKRIFAN Pak Lah tentang 'Siapa orang miskin' itu sendiri sangat DANGKAL! Pak Lah membayangkan orang miskin hanyalah mereka yang tinggal di pedalaman, bertani, nelayan atau peniaga warong.. Pak Lah tak nampak pun golongan yang tinggal di rumah-rumah flat yang sempit yang kena naik bas atau komuter ke tempat kerja ini sebagai golongan miskin jugak (golongan miskin tegar).. Apakah JAMINAN untuk golongan ini tidak dikenakan bayaran yang keterlaluan KONONnya kerana mereka bekerja di bandar?
Rakyat harus sedar dan mintak penjelasan agar usaha penjahanaman ini dapat dihentikan!
Wallahualam..
Thursday, December 18, 2008
Sedangkan BUSH pun dibaling KASUT, apatah lagi.....
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Setipa kali kita baca berita pasal Bush dibaling kasut oleh seorang wartawan Iraq, pasti kita akan KETAWA gelak sampai terguling-guling melihat bagaimana seorang Presiden negara kuasa besar 'DIPERLEKEH'kan sedemikian rupa oleh rakyat marhaen Dunia Arab.. Malu betul tuh! Malah kagum pulak kit dengan keberanian wartawan tersebut hinggakan dia menjadi 'HERO' dunia Arab dan Islam keseluruhannya..
Wartawan baling kasut disanjung dunia Arab
BAGHDAD 17 Dis. – Wartawan Iraq, Muntadar Al-Zeidi yang mendapat sanjungan di seluruh dunia Arab kerana membaling kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush di sini pada Ahad lalu dihadapkan semula ke mahkamah hari ini.
Saudara lelaki wartawan itu, Durgham Al-Zeidi, berkata, dia dan seorang lagi saudara lelaki telah diberitahu oleh hakim siasatan bahawa Muntadar “telah memberikan kerjasama yang baik.”
Menurut seorang pegawai kerajaan, kehadiran Muntadar di hadapan hakim itu ialah langkah pertama dalam proses undang-undang rumit yang mungkin berkesudahan dengan perbicaraan jenayah.
Walaupun Muntadar mendapat simpati di seluruh rantau ini, pihak berkuasa Iraq membawa kesnya ke Mahkamah Jenayah Pusat Iraq yang biasanya mengendalikan kes-kes keselamatan dan keganasan.
Hakim siasatan berkenaan akan mengkaji bahan bukti dan memutuskan sama ada Muntadar patut dibicarakan atau tidak, proses yang boleh memakan masa berbulan-bulan.
Muntadar mengaku melakukan “serangan ke atas seorang Presiden” semasa dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama semalam.
Di bawah undang-undang Iraq, Muntadar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun kerana “menghina ketua sebuah negara asing.”
Menurut Durgham, Muntadar telah dibawa ke hospital Ibn Sina di Zon Hijau yang dikawal ketat setelah mengalami patah tulang lengan dan rusuk akibat dibelasah oleh pengawal keselamatan Iraq, selain cedera di mata dan kaki.
Muntadar menjadi fokus dunia pada Ahad lalu apabila beliau melemparkan kasutnya ke arah Bush dan menggelarnya ‘anjing’ semasa lawatan perpisahan Presiden AS itu ke negara ini.
White House semalam menyatakan, terpulang kepada para pemimpin Iraq untuk memutuskan sama ada hendak menghukum Muntadar atau tidak, tetapi pihaknya sudah melupakan insiden itu.
– Agensi
Oh ye.. Kepada sesiapa yang 'BerkeINGINan' untuk baling kasut kepada Bush, anda boleh melakukannya secara online di www.sockandawe.com
Kita HARAPla tak ada Pemimpin Malaysia menerima nasib seperti Bush.. Almaklumlah.. kalau kita lihat daripada cara bertindak dan corak pemikiran, ramai jugakla pemimpin kita layak dibuat sedemikian rupa! HE!HE!HE!
Wallahualam..
Tuesday, December 16, 2008
Pindaan AUKU, Suruhanjaya Kehakiman & Suruhanjaya Pencegahan Rasuah - IDEA Pak Lah untuk SIAPA?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Sebelum bersara, Pak Lah menegaskan yang beliau hendak memastikan berlaku 'sedikit' pembaharuan dalam sistem pentadbirannya sebagai tanda yang beliau juga ada meninggalkan apa yang dikatakan sebagai 'LEGASI' nya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5.. Antara yang diikhtiarkan oleh Pak Lah hasil dorongan golongan 'budak-budak tingkat 4' adalah apa yang dikatakan pembaharuan dalam PINDAAN 3 akta yang sedang dibahaskan dalam Parlimen sekarang ini..
Akta-akta tersebut adalah Akta Universiti dan Kolej (AUKU), Akta Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.. Rata-rata rakyat sebenarnya tidak faham untuk apa, untuk siapa dan kenapa akta-akta ini hendak dipinda atau diperbaharui oleh Pak Lah dan konco-konconya.. Alasan yang diberikan hanyalah KONONnya untuk menunjukkan 'KETELUSAN' dalam pentadbirannya yang sebelum ini 'TIDAK TELUS'.. Sebab itu lah apabila Pak Lah jadi PM 5 tahun dahulu, bukan main lagi orang itu dan orang ini didakwa ada kaitan dengan RASUAH.. Benarkah Pak Lah JUJUR sedemikian rupa?
Kita KOMEN sedikit mengenai akta-akta yang BAKAL dipinda atau diperbaharui:-
1) Pindaan Akta Universiti dan Kolej (AUKU)
Akta ini diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu.. Tahukah anda kenapa akta ini diperkenalkan? Tujuannya adalah untuk memastikan golongan siswazah yang ketika itu LEBIH SUKA KE JALAN RAYA BERBANDING KE KULIAH ada hala tuju dan turut sama membangunkan negara.. Tahukah anda siapa 'KEPAL BESAR' pemimpin pelajar ketika itu? Itu le.. Yang LULUSan Sains Sosial aje tapi berjaya menjawat jawatan Menteri Kewangan hasil ihsan Tun Dr Mahathir! Alah.. 'MALAUN' yang berjaya memiskinkan penduduk Malaysia dengan ikut nasihat IMF untuk naikkan kadar FAEDAH tahun 1998 dahulu! Apabila pindaan akta nih dibentag dalam Parlimen, sedap mulut aje dia kata KONONnya Universiti Malaysia tak dapar RANKING terbaik pasal pelajarnya dikekang oleh AUKU.. Yang memalukan tuh, ramai jugak pemimpin BN yang bersetuju dengan dia nih? Sedangkan semua maklum RANKING ditentukan oleh berapa banyak kajian universiti terbabit yang diPATENkan dan diKOMERSIALkan! Habih semua kena perbodoh dengan 'Mangkuk' tuh..Nampaknya ada harapan le kita menyaksikan demonstrasi pelajar nak tukar kerajaan ala-ala tahun 70an dahulu!
2) Akta Suruhanjaya Perlantikkan Hakim..
Ini sebenarnya akta "Pi Mai Pi Mai Tang Tu.." ekoran kes Video Linggam.. KONONnya kuasa Perdana Menteri dalam perlantikkan Ketua Hakim Negara tak 'valid'.. Kononnya berlaku penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri semasa mengemukakan nama bakal Ketua Hakim Negara kepada YDP Agong.. Kononnya para hakim patut dipilih oleh kalangan mereka dalam bidang perundangan dan tidak wajar badan Eksekutif mencampuri urusan tersebut.. Akhirnya, untuk menunjukkan 'keterbukaan' kerajaan, maka Ketua Hakim Negara dan 5 jawatan tertinggi hakim dipilih oleh satu 'comittee' yang terdiri daripada beberapa hakim kanan dan individu yang dilantik oleh Perdana Menteri.. Yang LAWAKnya tuh, sebelum hantar nama calon untuk pengesahan oleh YDP Agong, kena melalui 'PENAPISAN' oleh Perdana Menteri jugak? Maka jadiklah ia akta "Pi Mai Pi Mai Tang Tu.."
3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Kita dah ada Badan Pencegahan Rasuah (BPR).. Namun, BPR ni didakwa tidak telus dalam melaksanakan tugas.. Malah, ada beberapa pegawai BPR sendiri didakwa terbabit dengan rasuah.. Kes TS Eric Chia KONONnya membuktikan betapa BPR gagal mencapai matlamat untuk menghapuskan rasuah.. Ye.. Kita SETUJU dengan itu.. Memang BPR patut diberi nafas baru.. Namun adakah 'PENJENAMAAN SEMULA BPR' dengan nama Suruhanjaya Pencegaha Rasuah adalah jalan penyelesaian terhadap aktiviti rasuah yang berleluasa? Sedangkan BPR pun tak boleh menjawab dengan TELITI kenapa seorang yang ber'JAWATAN' MENANTU KESAYANGAN boleh pinjam duit 'dari kawan' untuk membeli saham ECM Libra? Sampai sekarang BPR tak pernah mencari atau membuktikan keWUJUDan siapa 'kawan' yang baik hati bagi pinjam RM 7 juta tuh? Jadi, apa maknanya 'PENJENAMAAN SEMULA BPR' dengan nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah? HE!HE!HE!
Diharaplah kita sebagai rakyat dapat memahami apa yang tersurat dan apa yang tersirat disebalik pindaan atau pengenalan akta-akta tersebut.. Adakah kita cuba diperBODOHkan sekali lagi?
Wallahualam..
Thursday, December 11, 2008
Kisah 'Antara Dua Darjat' dan QARUN di Bukit Antarabangsa
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Pertama sekali izinkan aku ucapkan TAKZIAH kepada mangsa tanah runtuh terutamanya mangsa daripada 14 rumah banglo yang musnah.. Semoga ALLAH SWT menempatkan umat Islam yang terkorban dikalangan mereka yang berIMAN kepadaNYA.. Kepada yang masih hidup, ambillah ini sebagai pengajaran atau pun ujian Tuhan dan teruskanlah kehidupan seperti sediakala.. Sesungguhnya kehidupan mesti diteruskan kerana itulah fitrah kejadian manusia..
Syabas juga diucapkan kepada pihak pertahanan awam, polis, tentera dan jugak pihak hospital yang berkaitan kerana bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa tanpa mengira penat lelah selama 24 jam.. Bukan senang untuk menangani keadaan seperti ini tanpa sumbangan mereka.. Malah mereka juga turut diancam bahaya di tempat runtuhan apabila mereka terpaksa bertugas untuk mencari mangsa.. Jasa dan bakti mereka wajarlah disanjung tinggi apabila kita menilai pengorbanan mereka..
Namun yang tak sedapnya tuh apabila segelintir penduduk terutamanya penduduk seramai 3000 orang yang tidaklah terjejas seperti mangsa 14 buah rumah banglo ini tetapi terperangkap akibat runtuhan tanah di kediaman mereka MELEMPARKAN kata-kata KURANG MANIS terhadap para petugas yang cuba menyelamatkan mereka.. Inilah dia SIKAP ANTARA DUA DARJAT yang JELIK tetapi masih wujud dalam masyarakat Malaysia.. IBARAT MELEPASKAN ANJING TERSEPIT, mereka sewenang-wenangnya menaburkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada orang yang membantu mereka terutamanya apabila ada 'close-up' dari pihak MEDIA..
Antara kata-kata atau perbuatan JELIK yang dipaparkan adalah seperti berikut:-
1)Menuduh pihak penyelamat MENCURI harta benda mereka - Mana lebih penting, NYAWA atau HARTA? Dalam keadaan bencana seperti ini, adalah LUMRAH sekiranya berlaku kehilangan harta benda.. Sepatutnya diri sendiri ambillah langkah pencegahan yang betul, bukan melemparkan TUDUHAN!
2)Membuang nasi BUNGKUS yang dibekalkan pasukan penyelamat - Agaknya dah 'standard' orang KAYA, makan dalam pinggan emas kat rumah besar atas Bukit Antarabangsa.. Nasi bungkus orang bagi buang kasi makan BABI Hutan aje (seperti yang ditunjuk dalam TV3)
3)Menuduh pihak tentera atau pasukan penyelemat tidak membantu mereka menyelamatkan harta benda - Aik? Ada cakap mintak tolong ke tak? Boleh ke bagi jaminan pihak yang membantu tuh tak akan diTUDUH sekiranya berlaku apa-apa kehilangan?
4)'Demand' TAK nak duduk di pusat pemindahan sementara (sekolah) - Rupanya mintak dengan pihak kerajaan agar bagi Hotel 5 Bintang atau kuarters kerajaan sebagai tempat mereka tinggal untuk sementara waktu.. Tu dia.. Mangsa bencana alam dilayan macam VVIP?
5)Menuntut pampasan yang tidak sepatutnya - Kita faham sepatutnya adalah pampasan diberikan terutamanya 14 rumah yang menyembah bumi tuh.. Namun, ada ke patut rumah yang diarah dikosongkan pun mintak kerajaan bayar pampasan? Tak reti ke mintak dengan pemaju? Bukannya kerajaan ambil tanah diorang pun?
Semakin banyak PUBLISTI yang diberikan oleh pihak media, semakin 'naik LEMAK' golongan TAK SEDAR DIRI ini! Semua penduduk KL tahu golongan jenis apa, pendapatan berapa RM sebulan baru layak tinggal di Bukit Antarabangsa.. Kalau tanya orang KL kat mana 'Beverly Hills' Malaysia, pasti akan tunjuk ke arah Bukit Antarabangsa! .. Malah sukar untuk tidak percaya sekiranya mereka yang menetap di kawasan ini KONONnya tak ada pelindungan insuran atau takaful!
Respon kerajaan kita dalam melayan tuntutan pihak sebegini juga amat meMALUkan.. Main ikut aje.. Orang lain jadi mangsa banjir, mangsa tsunami, mangsa ribut dan lain-lain tak pernah pun dapat LAYANAN sebegini? Penting sangat ke pihak kerajaan atau ahli politik untuk dapat SPONSOR 'fulus' daripada golongan sebegini apabila tiba pilihanraya sehinggakan golongan 'marhaen' diketepikan? Adakah wujud 'KASTA ala-ala HINDRAF' dalam bantuan bencana?
Dalam Al Quran pernah disebut kisah Qarun yang ditenggelamkan hartanya akibat engkar dengan ajaran Nabi Musa AS.. Nampaknya hanya beberapa kerat aje antara kita yang mengambil iktibar daripada kisah-kisah dalam Al-Quran..
Wallahualam..
Wednesday, December 10, 2008
Tun Dr. Mahathir - Bersuara SALAH, diam pun SALAH?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Tanpa disangka-sangka, Tun Dr Mahathir telah pun membalas tulisan seorang penulis yang sebelum ini mengaku dirinya adalah 'Penyokong Setia' Tun Dr Mahathir sejak selama ini.. Dalam Blognya, penulis tersebut telah 'menyindir' Tun Dr Mahathir berkenaan kenyataan beliau tentang politik wang dengan cara mengaitkan usaha Tun sebagai cubaan untuk 'mempromosikan' anaknya sebagai calon Ketua Pemuda UMNO.. Hakikatnya ini telah pun dinafikan oleh Tun Dr Mahathir sendiri sebaliknya Tun menjelaskan dalam Blognya bahawa beliau hanya menyatakan kekesalannya terhadap Poltik Wang yang berleluasa semasa pemilihan UMNO baru-baru ini..
Usaha Tun sebegini nampaknya dipandang SINIS terutamanya oleh ahli-ahli UMNO sendiri yang menyokong atau melobi bagi pihak 'calon-calon tertentu' khususnya untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO, Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO.. Tulisan Tun dalam Blognya nampaknya telah disalah-tafsirkan (atau mungkin sengaja disalah-tafsirkan) hinggakan kelihatan seolah-olah Tun cuba 'mempromosi' anaknya Datuk Mukhriz sedangkan kenyataan Tun dalam Blognya sangat bersifat umum (general) hinggakan pihak bukan ahli UMNO pun boleh memahaminya tanpa ada masalah? Nampaknya Tun bersuara pun SALAH, dok diam pun SALAH jugak..
Apa pun dengar khabarnya penulis Blog tersebut telah pun menyatakan kekesalannya terhadap Tun sempena Hari Raya Aidiladha.. Sama ada Tun hendak memaafkannya atau tidak, terpulanglah kepada empunya diri.. Tambahan pula, tidak ada tanda pun penulis Blog tersebut hendak menarik balik atau memadamkan artikel yang menjadi pertikaian terhadap Tun dalam Blognya.. Apa yang masih tersirat dalam hati penulis Blog tersebut, hanya Tuhan sahaja yang maha mengetahuinya.. Tambahan pula, Tun pasti kenal HATI dan PERUT penulis terbabit yang KONONnya mendakwa sebagai 'Penyokong Setia' Tun.. HE!HE!HE!
Apa yang Tun cuba suarakan pasti ada yang cuba menghalang.. Malah Tun dikecam dan 'disindir' hanya kerana beliau bersuara untuk menyatakan pendapatnya dalam sesuatu isu seperti Politik Wang.. Sebelum ini Tun dikecam oleh menteri-menteri kabinet yang pernah bekerja dengannya kerana Tun menegur dan mengkritik beberapa keputusan kerajaan yang disifatkan sebagai merugikan rakyat.. Keputusan pilihanraya umum ke-12 telah pun membuktikan betapa 'BERKESAN'nya kritikkan Tun hinggakan ada pihak menuding jari kepadanya sebagai punca kekalahan UMNO atau BN di 5 buah negeri.. Keputusan Tun untuk keluar dari UMNO, walaupun mengejutkan tetapi adalah keputusan yang betul.. UMNO hanyalah sebuah platform untuk perjuangan politik.. Buat apa kita berdiri ditampung platform yang bakal tumbang akibat membiarkannya dimakan oleh anai-anai?
Wallahualam..
Friday, December 05, 2008
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua pelawat Blog saya yang kecil ini..
Sesiapa yang melakukan IBADAH KORBAN, semoga ibadah kita diterima oleh ALLAH SWT dan kita menghayati tujuan IBADAH tersebut dilakukan..
Kepada sesiapa yang baru pulang dari menunaikan HAJI, diucapkan selamat kembali dan semoga kita mendapat HIDAYAT daripada IBADAH HAJI yang telah kita lakukan..
Sekian, Terima Kasih..
Wallahualam..
Thursday, December 04, 2008
Ketuanan MELAYU dipersoalkan akibat ingin dilihat lebih 'KETERBUKAAN'
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Sana-sini orang dok bising pasal isu Ketuanan Melayu atau Bumiputera di Malaysia ini.. Seolah-olah selama negara ini merdeka 51 tahun, masih wujud ketidaksamarataan dari segi layanan kepada rakyat jelata yang mengaku warganegara Malaysia.. Masih ada ahli-ahli Parlimen Malaysia yang masih tidak matang dan mengungkit tentang asal-usul penubuhan negara ini dan siapa yang mula datang dulu ke bumi Malaysia ini.. Malah, ada juga usaha 'BATU API' untuk melaga-lagakan sesama kaum di negara ini.. Seolah-olah atas nama 'KETERBUKAAN' seperti slogan yang sering dijaja oleh bakal MANTAN Presiden UMNO (bukan bakal MANTAN Perdana Menteri pasal dia masih Ketua UMNO Kepala Batas) kita..
Dalam konteks politik, kita dapati parti-parti politik kita adalah berteraskan kaum.. Secara UMUMnya, UMNO dan PAS mewakili Melayu, MCA mewakili cina dan MIC mewakili India.. Walaupun wujud parti seperti PKR, Gerakan, DAP dan PPP yang KONONnya tidak berteraskan mana-mana kaum, namun jelas sekali pasti ada seseuatu kaum yang menDOMINASI parti politik tersebut.. Mustahil untuk memisahkan fahaman perkauman daripada agenda politik di negara ini.. Namun, inilah keUNIKkan sistem politik di negara kita ini..
Orang Melayu adalah antara penduduk yang terawal menduduki tanah air ini.. Bukti kerajaan seperti Gangga Negara, Kedah Tua, Chih-Tu di Kelantan dan Kesulatanan Melayu Melaka membuktikan kerajaan Melayu sudah lama wujud dan memerintah di negara ini.. Ini sekaligus membuktikan kewujudan apa yang dikatakan 'Ketuanan Melayu' seperti yang dibangkitkan oleh kaum-kaum bukan Melayu yang lain.. Ketuanan Melayu wujud seawal China diperintah oleh Kublai Khan atau sebelum Shah Jehan membina Taj Mahal lagi.. Namun, hakikat sejarah ini cuba DISEMBUNYIkan sekali lagi kononnya tasa nama 'KETERBUKAAN' seperti yang dijaja oleh bakal MANTAN Presiden UMNO ketika ini..
Apabila isu Ketuanan Melayu dibangkitkan, pasti isu ini akan menjurus kepada isu-isu perkauman, keagamaan, kewarganegaraan dan pendidikan yang menjadikan isu ini lebih kompleks.. Akan wujud segala macam tuntutan yang sepihak yang tidak akan menguntungkan sesiapa sebaliknya hanya menyebabkan kehancuran kepada perpaduan kaum sedia ada.. Seharusnya isu tuntutan mengikut kaum ini tidak patut dibenarkan atau diHARAMkan terus dalam perlembagaan negara.. Dalam Perlembagaan negara sudah jelas peruntukan untuk semua pihak.. Malah, setiap kaum telah pun ada hak masing-masing walaupun kalau mengikut SEJARAH ada yang tidah berhak mendapatnya.. Nak apa lagi?
Perlembagaan yang ada telah pun menetapkan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, dasar Bahasa Kebangsaan dan Islam sebagai rasmi negara.. Seharusnya tidak timbul tuntutan seperti nak Universtiti Cina, nak ternakkan BABI setiap negeri, nak wujudkan sekolah berasingan, nak wujudkan papan tanda jalan berasingan, nak bina kuil Hindu sesuka hati dan banyak lagi tuntutan berasaskan perkauman yang jelas mengetepikan hak-hak istimewa orang Melayu seperti dalam Perlembagaan!
Malangnya, KONONnya atas ingin dilihat pengamal dasar 'KETERBUKAAN', bakal mantan Presiden UMNO sanggup membiarkan segala macam tuntutan sebegini memenuhi hansard Dewan Rakyat dan dijadikan bahan jenaka untuk memalukan orang Melayu sendiri! Malah, bakal mantan Presiden UMNO ini juga kelihatan seolah-olah berlumba dengan Ketua Pembangkang untuk menunjukkan siapa lebih 'TERBUKA' dalam melenyapkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.. Sementara ahli-ahli UMNO dan PAS yang masih lagi dibelenggu sikap 'YES SIR' hanya mampu menelan walaupun pahit terhadap perilaku sebegini rupa..
Sebenarnya sebelum ini pun biasa kita dengan NGO berasaskan kaum Cina dan India yang memeprjuangkan tuntutan mereka walaupun ada wakil rakyat keturunan Cina dan India dalam Parlimen.. Biasanya parti politik seperti DAP dan Gerakan yang suka ambil kesempatan terhadap NGO sebegini.. Sekarang ini kasihan pulak orang Melayu terpaksa menubuhkan NGO berasaskan kepentingan bangsa untuk memastikan hak mereka tidak hilang dan juga untuk memperjuangkan tuntutan mereka.. UMNO mahu pun PAS masing-masing telah hilang fokus dan LUPA tujuan parti masing-masing diwujudkan.. Kedua-duanya hanya ingin memperjuangkan INDIVIDU lebih daripada BANGSA, AGAMA dan TANAH AIR sendiri..
Sesungguhnya Hang Tuah berkata BENAR bahawa "Melayu tak akan hilang dari dunia".. Ya.. Nama 'MELAYU' tak akan hilang walaupun bangsanya dah jadi caca-merba sekalipun!
Wallahualam..
Tuesday, December 02, 2008
Kuala Lumpur bakal jadi Bandaraya PENGEMIS?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Apabila kita keluar bersiar-siar di Bukit Bintang, Pasar Seni, Petaling Street atau Masjid India, pasti kita akan terserempak dengan mereka ini.. Mereka juga sering berada di pasar-pasar malam sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.. Mereka akan tunjukkan apa yang patut seperti kemahiran bermain muzik, bernasyid atau yang paling dahsyat adalah menunjukkan bahagian-bahagian tubuh yang ada penyakit.. Mereka akan duduk di kaki lima sepanjang hari sambil menunjukkan muka meminta simpati.. Siapakah mereka ini? Merekalah golongan PENGEMIS yang berkeliaran di sekitar kawasan yang dinyatakan..
Tidakkah kita tertanya-tanya kenapa mereka berkeliaran merata-rata tempat dalam ibu kota.. Kita pasti ingin tahu kenapa terjadi begini.. Seharusnya apabila kita dikatakan menuju ke arah negara maju, seharusnya perkara sebegini tidak berlaku.. Seolah-olah negara kitan tidak menjaga kebajikan golongan sebegini dan lebih memetingkan kepada pembangunan bersifat material semata-mata.. Kita juga tertanya-tanya apa fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementierian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan Imigresen (menangani pengemis warga asing) dalam usaha menyekat kegiatan sebegini.. Dr Ng Yen Yen dah jadi Naib Presiden MCA.. Datuk Shahrizat pulak bakal jadi Ketua Wanita UMNO kalau menang.. Namun kedua orang Menteri bertanggung-jawab terhadap hal sebegini macam kurang PEKA aje?
Kalau kita lihat di negara maju, kita dapati golongan pengemis mereka tidak seperti di negara kita.. Tidak ada yang berpakaian compang-camping menadah tangan, membawa anak-anak kecil atau menayangkan penyakit atau kecederaan yang dialami untuk mintak simpati.. Sebaliknya, golongan pengemis di sana lebih kepada membuat pertunjukkan seperti demonstrasi kraftangan, persembahan muzikal atau tunjuk bakat seni lukis dan sebagainya.. Tak akan ada kelihatan seorang mak cik tua bawak anak kecil yang masih menyusu tadah gelah plastik mintak duit seperti di negara kita.. Ini sebenarnya memalukan dan menunjukkan bahawa negara kita masih terkebelakang dalam aspek menjaga kebajikan warganegaranya sendiri..
Selagi pemimpin politik dan kerajaan kita suka TIDUR, selagi itulah masalah sebegini akan berlanjutan tanpa ada sebarang penyelsaian.. Mustahil untuk berharap kepada badan-badan NGO kerana mereka biasanya tidak ada peruntukkan.. Tambahan pula, bukannya NGO yang masuk pilihanraya dan diundi oleh rakyat! Patut ke pihak berkuasa dalam kerajaan TIDUR LENA tapi NGO yang kena buat kerja?
Nabi SAW pernah berSABDA:
KEMISKINAN ITU MEMBAWA KEPADA KEKUFURAN..
Wallahualam..
Saturday, November 29, 2008
Parlimen Kuala Terengganu - PATAHkah nanti bendera UMNO?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan TAKZIAH dan sedekahkan Al Fatihah kepada arwah Datuk Razali Ismail ahli Parlimen Kuala Terengganu yang meninggal dunia semalam..
Sekarang secara jujur aku sangat teringin melihat bagaimana pulak UMNO nak berhempas-pulas untuk memenangi Kerusi Parlimen Kuala Terengganu.. Daripada 4 Kerusi DUN dalam kawasan Parlimen tuh, hanya DUN Bandar sahaja yang memihak kepada UMNO.. Lagi tiga DUN jatuh kepada PAS.. Malah arwah sendiri hanya memenangi Kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti sekitar 600 lebih.. Melihat kepada perkembangan terkini dalam politik UMNO sendiri, mungkin ahli UMNO sepatutnya pakat-pakat anjurkan solat hajat pukul 3 pagi macam Nik Aziz selalu lakukan setiap kali pilihanraya kot? HE!HE!HE!
Kalau kita kata isu tempatan yang akan menentukan keputusan Pilihanraya kecil, rasanya itu pun belum tentu UMNO boleh 'cover' sepenuhnya.. Masih ada rasa tidak puas hati dikalangan ahli UMNO berhubung dengan perlantikkan Datuk Ahmad Said sebagai MB Terengganu menggantikan DS Idris Jusoh.. Itu tak masuk lagi bab pemilihan UMNO yang menyaksikan perebutan jawatan dalam parti sempena pemilihan parti pada kali ini.. Rasanya kalau nak 'menghilangkan' majoriti undi sebanyak 600 undi tuh bukannya sesuatu yang mustahil pun bagi PAS..
Kalau kita mengambil 'trend' Pilihanraya UMUM ke-12 dan Pilihanraya kecil Permatang Pauh, kita menyaksikan bagaimana ahli-ahli UMNO sendiri keberatan nak bagi undi kepada UMNO.. Ini sebenarnya dah kira kes berat dah ni.. Malangnya selagi 'Bakal Mantan Presiden UMNO In-waiting' masih cakap besar KONONnya "UMNO masih kuat", rasanya ada harapan le Kuala Terengganu menyaksikan tempat pertama UMNO akan tinggal bendera!.. Tak tahu le mungkin kawan-kawan si Menantu dapat membantu memenangkan calon UMNO di sana kot? HE!HE!HE!
Mungkin masih ada pemimpin UMNO yang berani cakap besar KONONnya keahlian UMNO ada sebanyak beberapa ribu seperti yang pernah diucapkan ketika Pilihanraya Permatang Pauh sebelum ini? Parlimen Kuala Terengganu adalah kawasan majoriti Melayu dan mustahil rasanya calon bukan Melayu diletakkan oleh parti lawan untuk menentang UMNO.. Pasti ada Jeneral Besar PAS yang akan diletak sebagai calon.. Apa pula strategi UMNO? Nak letak 'kawan baik' si Menantu dari Tingkat 4 JPM yang jadi Timbalan Menteri dan jugak Senator sebagai calon ke? HE!HE!HE!
Nak bawa isu pembangunan lagi sebagai isu kempen? Tak payah kot.. Kat Permatang Pauh pun dijaja isu yang sama, apa hasilnya? Nak bawa isu keburukkan pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan? Cubalah.. Mungkin ada pengundi Melayu yang boleh dipengaruhi kot? Akhirnya pasti pengundi memilih ikut kehendak hati dan emosi mereka juga.. Mungkin kali ini TS Annuar Musa ingin sekali lagi mencadangkan agar UMNO memBOIKOT pilihanraya ini? KAH!KAH!KAH!
Itulah.. Bila orang suruh cepatkan peralihan kuasa Disember ini, tak nak.. Orang suruh pujuk Tun Dr Mahathir kembali kepada UMNO, tak nak.. Apa faedahnya sesetengah orang UMNO pergi 'cari pasal' dengan orang yang dikagumi oleh berbilang bangsa dan agama? Kita tu lebih BAGUS ke sampai tahap nak 'MENGHINA' beliau? Pengunjung Blog beliau aje dah melebihi keahlian UMNO sendiri! Teruskanlah BUDAYA Sombong dan Syok Sendiri dalam UMNO sekiranya rasa perbuatan sebegini baik untuk parti! Kali ini ALLAH SWT memang nak MENGUJI kepimpinan UMNO.. Bersedialah...............
Wallahualam..
Thursday, November 27, 2008
UMNO yang asyik 'dipermainkan' oleh DAP
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Aku teringat kata-kata Lim Kit Siang sebelum Pilihanraya Umum ke-12 berlangsung.. "Kalau DAP menang 30 Kerusi Parlimen, PKR menang 30 Kerusi Parlimen dan PAS pun menang 30 Kerusi Parlimen, kita boleh nafikan majoriti 2/3 BN dalam Parlimen.. Ternyata dia berjaya memBUKTIkannya.. Malah tak keterlaluan kalau dikatakan orang Melayu sendiri dah mula mengundi DAP yang terkenal sebagai 'racist' cina semata-mata kerana terlampau marahkan pentadbiran Pak Lah..
DAP berjaya memerintah Pulau Pinang serta berjaya memerintah secara PROKSI di Perak dan Selangor.. DAP bukannya bodoh.. Mereka sedar mereka tak MAMPU berjaya mencapai hasrat untuk memerintah nagara ini sekiranya sokongan orang Melayu dan Bumiputera lain dipinggirkan.. Untuk itu, mereka telah pun mengimplementasi beberapa strategi untuk menarik sokongan Melayu agar 'memudahkan' objektif mereka tercapai dalam Pilihanraya Umum 13 nanti..
Berikut adalah beberapa strategi mereka yang telah dikenal pasti:-
1)Menyerang UMNO dan mendedahkan kelemahan UMNO sebanyak mungkin
Sedar atau tidak, DAP menyerang UMNO tanpa henti di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan KL.. Segala kelemahan UMNO sebagai sebuah parti dibongkar dengan tujuan untuk menyatakan betapa silapnya orang Melayu memilih UMNO mewakili mereka dan memintak dialihkan sokongan kepada DAP dan sekutunya..
2)Menabur dakyah KONONnya UMNO menyebabkan bangsa bukan Melayu dipinggirkan
Ini dakyah yang selalu ditaburkan terhadap golongan bukan Melayu.. Namun, jangan terkejut kalau dikatakan pengundi Melayu terutamanya yang baru lepas universiti tu pun ikut terpengaruh dengan dakyah sebegini..
3)Membiarkan rakan sekutu seperti PAS atau PKR membela kemungkaran mereka
Ambil contoh isu ternakkan BABI.. Kita nampak sendiri bagaimana respon DAP yang agak perlahan dan kurang menjawab sebaliknya mereka membiarkan Lebai PAS dan PKR pulak menjawab bagi pihak mereka.. Begitu jugak dengan penghinaan terhadap para Sultan dan lain-lain.. Melayu sama Melayu berGADUH, tanah terlepas kat DAP!
4)Menerbitkan Akhbar ROCKET dan risalah parti dalam Bahasa Melayu
Kalau kita biasa masuk kedai buku mamak, kita akan terjumpa akhbar Roket dalam Bahasa Melayu.. Kandungan akhbar adalah mengkritik kerajaan atau UMNO.. Kenapa dicetak dalam Bahasa Melayu kalau bukan untuk mempengaruhi orang Melayu?
5)Berlakon sebagai organisasi yang arif dan mahir tentang Islam
Ini taktik yang biasa dilakukan oleh Lebai PAS.. Kebelakangan ini kita dapati ada wakil-wakil rakyat DAP 'MENIRU' taktik sebegini dengan menggunakan beberapa istilah berunsur keislaman, petikan ayat Al Quran malah hadis Nabi SAW dalam ceramah mereka sekranya ada orang Melayu yang hadir.. Sepatutnya JAKIM dan para Mufti memantau hal-hal sebegini..
6)Memperbesarkan sumbangan 'SECIPUT' kepada orang Melayu atau institusi Islam
Ini taktik yang paling berkesan dan berjaya 'MENAMBAT HATI' orang Melayu sendiri.. Hanya dengan memperbesarkan BERITA sumbangan seciput kepada beberapa sekolah agama seperti di Pulau Pinang, mereka berjaya 'MELEMBUTKAN' hati orang Melayu sedangkan sumbangan kepada instusi aliran Cina jauh lebih besar tapi BERITAnya pulak 'diperkecilkan'..
7)Menghasut beberapa ahli KORPORAT Bukan Melayu supaya berpihak atau menyokong DAP
Dalam Parlimen ahli-ahli Parlimen DAP selalu bikin KECOH kononnya layanan tidak sama rata antara GLC yang diterajui Melayu dengan korporat-korporat bukan Melayu dari segi pemberian kontrak atau peluang bisnes.. Belakang cerita, diorang ajak pergi Hong Kong, Macau atau Taiwan, mintak para kontraktor tu sponsor perjuangan parti DAP.. Sekarang ni bukan tahap korporat aje, malah Along-Along pun turut dilatih dengan TAKTIK sebegini.. TALAM DUA MUKA yang harus dibanteras dari muka bumi Malaysia..
Aku dah tak larat dah bagi 'WARNING' sebegini kat orang UMNO.. Pasal balik-balik diorang lebih suka memikirkan bagaimana cara untuk 'memBUNCITkan' perut semasa Pemilihan UMNO berbading memikirkan cara-cara untuk mengatasi strategi pihak lawan.. HE!HE!HE!
Wallahualam..
Wednesday, November 26, 2008
Kesian pulak dengan DS Nazri Aziz semalam HE!HE!HE!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Semalam TV3 dan RTM menyiarkan bagaimana aksi Gobind Singh Deo di Dewan Rakyat memanggil DS Nazri Aziz sebagai 'COWARD' ketika membantah keputusan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang enggan merujuk DS Nazri kepada Jawatan Kuasa Integriti Parlimen..
"Coward! Semua coward! Coward paling BESAR kat sebelah sana! Hei!You!STAND-UP and apologise like a man!"
Begitulah lebih kurang jeritan Gobind Singh dalam Parlimen yang disiarkan oleh TV3 dan RTM semalam.. Aku yakin ramai yang tergelak melihat aksi ahli-ahli Parlimen kita yang mengingatkan kelakuan kita semasa di sekolah rendah!KAH!KAH!KAH!
Sekalung SIMPATI untuk DS Nazri kerana diAIBkan sedemikian rupa dalam Parlimen.. Penggantungan 2 hari tu tak bawa kesan apa pun terhadap Gobind Singh tu.. Lusa dia masuk Dewan Rakyat balik, dia 'menyalak' lagi!Reaksi DS Nazri pulak amatlah tidak wajar.. Hanya sekadar buat sidang akhbar tak bawa erti apa-apa pun..
DS Nazri sebenarnya hanya di'KAMBING HITAM'kan aje.. 'SCAPE GOAT' kalau dalam bahasa orang putih.. Apabila isu-isu yang ternyata tidak memihak kepada kerajaan seperti isu bekas ketua hakim, isu pemberian biasiswa JPA sebanyak 45% kepada bukan Bumiputera dan lain-lain pasti akan diserahkan kepada 'SCAPE GOAT' ini untuk jadi 'Punching Bag' kepada ahli-ahli Parlimen lain..
Kita ambil contoh isu pemberian biasiswa JPA sebanyak 45% kepada bukan Bumiputera.. Keputusan ini dikatakan KONONnya keputusan kerajaan.. Ketua Kerajaan dah tentulah DS Abdullah Ahmad Badawi.. Mustahillah perkara ini boleh dikemukakan dalam Parlimen tanpa 'endorsement' darinya.. Siapakah yang berLAGAK jaguh dalam Parlimen dan di depan umum dengan 'berLAKON' seolah-olah membantah keputusan sebegini dan ingin mempertahankan hak Bumiputera? Siapa lagi kalau bukan Ahli Parlimen dari Rembau yang
'sangat terkenal' itu.. Hasilnya DS Nazri jadila 'KAMBING HITAM' atau 'Punching Bag' untuk membolehkan orang tu berLAKON sebagai JAGUH mempertahankan hak Bumiputera demi karier politiknya..
Bukan DS Nazri aje yang pernah kena begini.. TS Rafidah Aziz pun pernah kena masa isu AP dahulu.. Sedangkan antara orang yang dapat AP adalah individu yang ada hubungan kekeluargaan dengan 'orang itu' jugak! Sebenarnya, inilah TAKTIK terbaik Dolah untuk 'menyingkirkan' mereka yang dijangka menyulitkan hasrat karier politik 'orang itu'.. Jadik, selamat jadi 'KAMBING HITAM'la ye.. HE!HE!HE!
Wallahualam..
Monday, November 24, 2008
Harga Minyak - LEMBU punya susu, BABI dapat nama?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Semalam aku naik Teksi dari Stesen LRT Jelatek balik ke rumah.. Dalam perjalanan balik tuh, aku berbual dengan pemandu teksi pasal kenaikkan kadar tambang teksi dari RM2 kepada harga RM3.. Entah macam mana pemandu teksi tuh mengubah tajuk jadik topik pasal harga minyak pulak.. Aku terSENYUM bila pemandu teksi tuh mengatakan:-
"Abang tahu tak siapa yang menyebabkan harga minyak kita TURUN? Pasal Anwar la!"
Aku tanya pemandu teksi tuh, kenapa dia kata Anwar punca harga minyak turun? Dia jawab:-
"Ye la.. Kan Anwar yang selalu desak dalam Parlimen untuk turunkan harga minyak? Najib tak nak turunkan tapi Anwar yang desak suruh turun"
Kemudian pemandu teksi tu menambah lagi:-
"Takkanlah Anwar tu tak tahu apa.. Dia kan jadi Menteri Kewangan selama 8 tahun? Najib tuh apa sangat.. TPM saja.. Tu pun pasal Pak Lah 'resign'.. Kalau tak, belum tentu dia ganti Pak Lah!"
Selanjutnya dia menyebut pulak:-
"PETRONAS untung RM80 bilion tau!Bukannya RM 80 juta tapi RM 80 ribu juta!Anwar tahu la pasal dia bekas Menteri Kewangan! Takkanlah tak boleh tolong rakyat!Harga minyak ni mula naik sejak dia berhenti jadik Menteri Kewangan!Anwar cuma mainkan isu harga minyak aje, pilihanraya nanti confirm BN kalah!"
Oleh kerana aku dah sampai ke rumah, perbualan tuh tergantung setakat itu saja..
Itu adalah pengalaman sebenar aku yang tak sampai pun 24 jam lagi.. Apa yang aku nak sebutkan kali ini ialah betapa berjayanya DS Anwar memainkan isu kenaikkan harga minyak dikalangan masyarakat yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan sokongan.. Sekarang ini bila harga minyak turun, pandai pulak DS Anwar kata pasal dia asyik mendesak kerajaan suruh turunkan dalam Parlimen? Memang putar alam sungguh dia nih! HE!HE!HE!
Aku tertanya dalam hati, apa yang jentera UMNO dan pihak penerangan telah lakukan sekarang? Sampai rakyat senang-senang aje diputar-belitkan oleh DS Anwar?Agaknya masih sibuk nak memBUNCITkan perut untuk Pehimpunan Agung UMNO nanti kot?PAYAH sangat agaknya orang-orang UMNO nih nak turun padang jumpa rakyat untuk bagi penjelasan pasal isu ini? Entahla.. 'Sound' lebih-lebih kang ada yang melenting pulak! HE!HE!HE!
Wallahualam..
Friday, November 21, 2008
Lanun Somalia - Malaysia beralah, India TEMBAK terus?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Terus-terang katalah, aku agak terkedu jugak membaca berita tentang keBERANIan Tentera Laut India menembak kapal lanun Somalian yang cuba menawan kapal dagang milik negara itu.. Aku terkedu kerana ketegasan Tentera India yang tidak teragak-agak terhadap jenayah.. Bukankah ketegasan dan keberanian merupakan sifat yang wajar ada pada sesebuah organisasi ketenteraan?
Kapal perang India musnahkan kapal lanun Somalia
MOGADISHU 19 Nov. – Sebuah kapal perang India melepaskan tembakan dan memusnahkan sebuah “kapal induk” lanun Somalia di Lautan Hindi malam tadi.
Kapal frigat India, INS Tabar melepaskan tembakan ke arah kapal lanun itu selepas diserang, kata jurucakap tentera laut India, Nirad Sinha hari ini.
“INS Tabar menghampiri kapal induk lanun dan mengarahkannya berhenti untuk disiasat.
“Bagaimanapun arahan itu tidak dihiraukan, sebalik kapal lanun itu mengancam untuk meletupkan INS Tabar jika kapal perang itu mara lebih dekat,” kata jurucakap itu.
Kapal lanun itu kemudian menyerang INS Tabar yang melepaskan tembakan balas untuk mempertahankan diri.
“Tembakan tersebut menyebabkan berlaku letupan yang dipercayai berpunca daripada peluru yang disimpan di dalam kapal lanun itu,” menurut Sinha. - Utusan
Baru-baru ini dilaporkan dalam akhbar bahawa Kerajaan Malaysia akan menarik operasi tentera laut kita untuk mengawal kapal-kapal dagang milik negara di perairan Somalia kerana kos operasi yang tinggi.. Namun, kita wajar bertanya apakah jaminan oleh kerajaan untuk memastikan peristiwa kapal-kapal dagang kita ditawan lanun Somalia tidak berulang? Adakah memadai kita asyik bayar tebusan setiap kali kapal-kapal dagang kita diancam oleh mereka?
Sepatutnya kerajaan kenalah berikhtiar untuk memastikan laluan kapal-kapal dagang kita selamat terutamanya ketika kapal-kapal tersebut berada di perairan Terusan Suez.. Adalah memalukan bila kerajaan Malaysia terpaksa bersusah-payah dan menghabiskan banyak peruntukan untuk menjamin keselamatan Selat Melaka agar menjadi laluan selamat untuk kapal-kapal negara lain tetapi kapal-kapal kita pulak jadi sasaran lanun?
Mungkinkah bila kapal selam Scorpene kita dah mula beroperasi, tentera laut kita jadi BERANI untuk tembak lanun-lanun Somalia bila mereka mengancam keselamatan kapal-kapal dagang kita? HE!HE!HE!
Wallahualam..
Thursday, November 20, 2008
Dilema Wanita UMNO - Kak Fidah VS Kak Ijat
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Nampaknya Wanita UMNO pun tak lari daripada pergolakkan sesama ahli.. Ingatkan Wanita UMNO kukuh pasal kalau dibandingkan dengan Pergerakan Pemuda UMNO yang huru-hara, Wanita UMNO selalu diberi pujian terutamanya dengan keberanian mereka setiap kali berlaku pilihanraya kecil.. Tak sangka jugak hanya dengan isu peralihan kuasa aje, Wanita UMNO pun lebih kurang dengan Pemuda UMNO jugak..
PM janji selesaikan kemelut Wanita bila kembali ke tanah air
Daripada ZAINI HASSAN
TASHKENT (Uzbekistan) 18 Nov. – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji akan ‘menyelesaikan’ kemelut dalam pergerakan Wanita parti itu sebaik sahaja beliau kembali ke tanah air dari lawatan rasminya ke dua buah negara di Asia Tengah.
Katanya, beliau tidak mahu memihak kepada mana-mana pihak “kerana tidak mahu mengganggu mereka”, namun beliau tidak mahu masalah itu akan membawa kepada perpecahan hingga pergerakan itu menjadi lemah.
“Saya dengar ada berlaku perebutan dan persaingan di dalam pergerakan itu. Mereka yang bagi undi kepada calon-calon ini mungkin nak biar semua ini berlaku, tapi saya berharap janganlah berlaku perpecahan,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasminya ke negara ini, di sini semalam.
Kemelut dalam Pergerakan Wanita UMNO timbul selepas salah seorang Exconya, Datuk Kamilia Ibrahim menyatakan hasrat untuk tetap bertanding bagi jawatan Naib Ketua selepas melayakkan diri, manakala penyandang, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kini dalam dilema sama ada kekal dengan jawatannya sekarang sehingga Jun 2009 atau bertanding jawatan Ketua Wanita.
Shahrizat mendapat 73 pencalonan untuk bertanding dengan penyandang, Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan Ketua Wanita, dan 113 pencalonan untuk jawatan Naib Ketua.
Ditanya adakah beliau mahu memberi kata dua kepada para pemimpin pergerakan itu yang sedang bercakaran, Abdullah berkata: “Nantilah saya balik tengok (jumpa) mereka.”
Diminta nasihatnya pula, katanya: “Saya tidak mahu perpecahan, pergaduhan hingga jadi lemah. Wanita bukan pergerakan yang cetek dan bukannya baru.”
Katanya, beliau berjanji akan mencari penyelesaian bagi memelihara kekuatan pergerakan itu.
Abdullah berkata, UMNO tidak menentang demokrasi (dengan membenarkan persaingan) “tapi jika bergaduh dan berpecah tidak baiklah.”
– Utusan
----------------------------------------------------------------------------------
Shahrizat sahkan lawan Rafidah
KUALA LUMPUR 20 Nov. – Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengesahkan beliau akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.
Dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini, Shahrizat berkata, beliau menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding sekali gus melawan penyandang Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz.
“Wanita UMNO mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan,” katanya dalam kenyataan itu. – Utusan.
Sebenarnya ada beberapa faktor yang patut kita perhatikan dengan 'HATI YANG TERBUKA' bukan dengan 'HATI YANG TERLUKA' tentang peralihan kuasa Wanita UMNO ini..
1) Rafidah merupakan Ahli Parlimen yang menang dalam plihanraya Umum ke-12 sedangkan Shahrizat pula ditewaskan oleh Nurul Izzah Anwar Ibrahim di Lembah Pantai.. Setujukah ahli-ahli UMNO sekiranya Ketua Wanita UMNO diketuai oleh orang yang kalah semasa pilihanraya?
2) Rafidah bertegas mahukan peralihan kuasa pada Jun 2009 dengan alasan yang kabur.. Peralihan kuasa dan jawatan Ketua Wanita UMNO boleh dilakukan (lebih baik dilakukan) pada Mac 2009 serentak dengan Perhimpunan Agung UMNO..
3) Sekiranya Shahrizat menerima tawaran Rafidah, beliau hanya bergelar 'PEMANGKU' Ketua Wanita sahaja.. Beliau hanya boleh diSAHkan sebagai Ketua Wanita hanya jika dicalonkan ketika Pehimpunan Agung UMNO yang berikutnya..
4) Shahrizat akan dicabar oleh Kamilia Ibrahim untuk jawatan Naib Ketua Wanita UMNO sekiranya beliau memilih untuk menerima pelan peralihan kuasa tersebut.. Sebaliknya jika beliau memilih untuk mencabar Rafidah, beliau akan kehilangan segala-galanya sekiranya kalah.. ADAKAH DIA MAHU MENCABAR ATAU DICABAR? (Pak Lah pulak pernah kata "JANGAN CABAR SAYA!" HE!HE!HE!)
5) Berdasarkan jumlah pencalonan, Shahrizat mungkin mampu menewaskan Kamilia dan meneruskan pelan peralihan kuasa, Rafidah juga mampu menewaskan Shahrizat dan membatalkan pulak pelan peralihan kuasa.. Yang benar-benar 'lemas' ketika ini sebenarnya Shahrizat dan para juak-juaknya dalam Wanita UMNO.. Namun, jika perkara sebaliknya berlaku, Rafidah tak rugi apa-apa kerana beliau cuma 'berhenti' 3 bulan lebih awal sahaja.. Begitu juga dengan Kamilia sekiranya ditewaskan oleh Shahrizat..
Kita hanya mampu berdoa agar terdapat satu kesepakatan dan muafakat dalam isu ini.. UMNO dah tak larat dah nak berpecah.. Dah le Pemuda UMNO macam hampeh, Wanita UMNO pulak buat masalah?
Wallahualam..
Tuesday, November 18, 2008
Perlukah Malaysia dikenali sebagai pengeksport BABI?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Menurut laporan media, di Melaka terdapat kes di mana kepala BABI digantung pada pintu pagar seorang penduduk yang menjadi ahli jawatan kuasa mengawal penternakkan BABI..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1019&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm&arc=hive
Malah, tulang dan kepala BABI juga dijumpai di pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah hingga menjejaskan pengusaha chalet pelancongan..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1116&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm&arc=hive
Malah, menurut laporan berita TV semalam, terdapat usaha sesetengah pihak di Kedah untuk menambah ladang ternakkan BABI dengan alasan permintaan pasaran tempatan.. Nampaknya BABI tak cukup-cukup ke di negara ini untuk peminat dan pemakannya?
Sebelum ini kita dikejutkan dengan isu ladang ternakkan BABI di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.. Rasanya hampir setiap negeri kecuali Perlis ada ladang ternakkan BABI kononnya BABI diternak untuk pasaran DOMESTIK negara.. BENARKAH BEGITU?
Sepatutnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memantau pekembangan ternakkan BABI ni kerana alasan ternakkan BABI untuk pasaran DOMESTIK hanyalah TIPU-MUSLIHAT sesetengah pihak untuk tujuan yang TERSEMBUNYI.. Janganlah terpedaya lagi dengan alasan sebegini rupa kerana jumlah BABI dalam negara kita sebenarnya jauh lebih dari mencukupi.. Malah ada penternak Ikan Patin di Perak menjadikan sisa BABI sebagai bahan makanan ikan mereka.. Jumlah BABI yang berlebihan ini berdasarkan fakta yang penah dikemukakan oleh Utusan Malaysia seperti di bawah:-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0415&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_09.htm&arc=hive
Orang Melayu memang tak makan BABI.. Orang India juga majoritinya tak makan BABI.. Malah. kebanyakkan kawan-kawan aku keturunan Cina pulak banyak juga yang jadi VEGETARIAN terutamanya penganut agama Buddha.. Jadi siapa sebenarnya pemakan BABI sampai tak cukup-cukup BABI dalam negara ini nak dimakannya? MUNGKINKAH BABI YANG DITERNAK DALAM NEGARA INI SEBENARNYA UNTUK DIEKSPORT JADI MAKANAN 'PENDUDUK PULAU DI HUJUNG SEMENANJUNG'?
Kebelakangan ini kita dapati banyak berita tentang ternakkan BABI dan usaha pihak-pihak tertentu untuk memperluaskan ternakan tersebut ke serata negara.. Dipercayai, usaha sebegini didorongi akibat kesan kejayaan sebuah parti politik 'peninggalan' People's Action Party Singapore) menguasai pentadbiran negeri atau menjadi 'PUPPET MASTER' kepada beberapa pemimpin negeri selepas Pilihanraya Umum ke 12.. Sesetengah penyokong fanatik parti politik terbabit yang kebanyakkannya didominasi oleh satu kaum jelas ingin memperalatkan BABI sebagai agenda politik mereka di negara ini.. Malah bukan RAHSIA lagi mereka memaparkan gambar mereka 'bermain BABI' di dalam Blog mereka sendiri..
Seharusnya orang Melayu dan warganegara bukan pemakan BABI membangkitkan dan menunjukkan perasaan MARAH mereka terhadap agenda BUSUK sebegini.. Bekalan daging ayam, lembu dan kambing dalam negara pun kerap tak cukup tapi bekalan BABI dalam negara pulak berlebihan? Setakat manakah hasil BABI tu masuk dalam KDNK negara kita?Adakah pembukaan lebih banyak ladang ternakkan BABI ni membantu ke arah menjadikan negara ini sebagai HUB HALAL?
Wallahualam..
Monday, November 17, 2008
UMNO jadi PENGECUT dan TAKUT dengan kritikkan atau teguran Tun Dr Mahathir?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Semasa 'menjelajah' dari satu Blog ke satu Blog dan jugak dari satu Forum ke satu Forum, kita akan terperasan ada beberapa Blog dan Forum yang menyuarakan rasa kurang senang dengan kritikkan Tun Dr Mahathir terhadap pucuk pimpinan UMNO dan beberapa tindakkan Kerajaan yang dianggap merugikan rakyat.. Malah, ada jugak beberapa individu dalam Blog atau Forum terbabit menghentam anak Tun yang masih berada bersama UMNO iaitu Datuk Mukhriz semata-mata untuk membalas kritikkan Tun terhadap pemipin UMNO sanjungan mereka.. Ibarat pepatah Melayu, tak dapat tanduk telinga dipulas.. Puak-puak ini bukannya memikirkan isi-kandungan kritikkan Tun betul atau salah, sebaliknya kerana kritikkan sebegini boleh menjatuhkan pemimpin yang 'memberi rezeki 'MASYUUUKKK!' kepada mereka, maka mereka pun hentam balik Tun menerusi Datuk Mukhriz..
Benar, kita mengakui ramai rakyat terpengaruh dengan kritikkan Tun Dr Mahathir.. Ini kerana rakyat bukannya BUTA MATA dan BUTA PERUT macam sesetengah pemimpin UMNO.. Ramai rakyat sekarang ini lebih rasional, terbuka minda dan berani untuk bersuara apabila merasakan ada kepincangan yang dilakukan oleh UMNO atau Kerajaan.. Kritikkan daripada Tun bukannya kritikkan kosong atau tidak membina seperti yang biasa dilakukan oleh Lebai PAS atau puak-puak 'malas belajar' dalam PKR.. Masalahnya di sini apabila pihak yang dikritik tidak menerima kritikkan tersebut secara POSITIF untuk memperbaiki diri dan UMNO.. Ini kerana, UMNO bagi sesetengah pihak dalam pucuk pimpinan sudah menjadi medan untuk mecari makan atau 'memBUNCITkan perut' dengan membodek beberapa individu tertentu.. UMNO sudah tidak demokratik kerana apabila ahli akar umbi cuba menyuarakan kebimbangan yang sama, mereka dituduh tidak setia atau lari dari perjuangan parti..
Tun Mahathir jugak SAYANGkan UMNO.. Malah, Tun sudah berjuang lebih lama dalam UMNO daripada sesetengah pihak yang kurang senang dengan kritikkan Tun.. Mereka yang bersikap sebegini sebenarnya HIPOKRIT dan bukannya setia pun kepada UMNO.. Anda boleh mengukur kesetiaan mereka terhadap parti kali ini semasa pemilihan UMNO sedang berlangsung.. Berapa kerat sangat ahli UMNO yang memperjuangkan parti berbanding ahli UMNO yang memperjuangkan individu tertentu dalam parti? Malah ada yang dah pemimpin yang dikira 'LOSER' atau penyebab UMNO jadi 'LOSER' semasa pilihanraya umum ke-12 pun masih cuba ditonjolkan dan di'make-up'kan seolah-olah mereka ini 'BERSIH dan SUCI'.. Segala DOSA mereka yang menjadi penyebab pengundi meluat dengan UMNO cuba disembunyikan sebaik mungkin dengan cara mengusahakan agar mereka diLOBI atau dicalonkan kembali oleh ahli-ahli UMNO yang boleh diperdaya asalkan 'MASYUUUKK!'
Hakikatnya, UMNO gagal memahami isi kandungan kritikkan atau teguran Tun Dr Mahathir untuk memperkuatkan parti.. Sebaliknya pihak lawan seperti PAS, DAP dan PKR untung besar kerana mereka tidak perlu bersusah-payah untuk mencari hujah atau 'point' untuk menyerang UMNO.. Semasa Tun masih dalam UMNO, suara Tun dipinggirkan terus malah pucuk pimpinan UMNO sendiri tidak segan untuk 'menghentam' Tun walaupun mereka sedar jasa-jasa Tun terhadap karier politik mereka sendiri!Budaya sebeginilah yang membuat rakyat MELUAT dan menolak UMNO.. Namun, nampaknya mereka masih tak sedar diri dan cuba pulak menegakkan benang basah semasa pemilihan parti kali ini.. Takpe.. Teruskanlah usaha 'MURNI' sedemikian rupa.. Kita tunggulah Pilihanraya Umum ke-13 nanti dan saksikan UMNO akan TINGGAL BENDERA aje nanti..
Wallahualam..
Friday, November 14, 2008
Sajak Kematian - Kenapa tak TAYANGkan kat remaja Melayu yang bermasalah?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Terdapat berbagai pendapat berhubung dengan penayangan filem pendek Sajak Kematian yang menggambarkan suasana alam kubur.. Ada beberapa sekolah di negara kita mengambil inisiatif menayangkan filem ini kepada murid sekolah rendah seawal tahun satu.. Ini menjadi pertikaian tentang kewajaran filem ini ditayangkan kepada murid-murid yang berumur seawal 7 tahun yang belum pun dikira akil baligh.. Malah, Mufti Perlis Dr. Asri Zainal Abidin jugak turut mengulas seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia..
Henti tayang Sajak Kematian - Mufti Perlis
KANGAR 13 Nov. - Tayangan Sajak Kematian yang memaparkan rakaman video keadaan mayat menerima azab dalam kubur kepada murid-murid sekolah rendah perlu dihentikan segera kerana ia boleh membawa kepada keadaan khurafat.
Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, penayangan rakaman yang nyata tidak benar sama sekali itu bukan pendekatan agama Islam dalam memberikan pembelajaran kepada umatnya, terutama kanak-kanak yang tidak dapat menilai baik dan buruk sesuatu perkara.
Katanya, penayangan rakaman video itu tidak membawa apa-apa faedah selain menjurus kepada keadaan khurafat terhadap umat Islam.
''Saya amat berdukacita mengenai penayangan rakaman video ini dan perbuatan ini perlu dihentikan segera.
''Ini merupakan perkara yang tidak betul (rakaman keadaan azab) dan ia perbuatan penceramah yang ingin mencari 'makan'," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan media mengenai penggunaan klip video Sajak Kematian di sekolah yang memaparkan babak seksaan sakaratul maut selepas jenazah dikebumikan.
Timbul perdebatan mengenai perkara itu kerana ada pihak yang bersetuju dengan penayangannya dan ada pihak yang menolak tayangannya atas pelbagai alasan.
Secara peribadi, aku jugak ingin mempersoalkan kewajaran penayangan filem sedemikian kepada murid-murid sekolah yang belum pun AKIL BALIGH atau masih memerlukan bimbingan untuk memahami urusan agama.. Seharusnya banyak lagi perkara wajib dalam Islam yang perlu mereka fahami sebelum menonton Sajak Kematian ini.. Malah kalau menurut pendapat jumhur ulama, anak-anak yang belum Akil Baligh tak akan dikenakan siksa kubur sekiranya mereka meninggal dunia..
Namun, bukan aku menolak tentang kandungan filem ini yang memaparkan tentang siksa kubur.. Malah, aku jugak bersetuju dengan objektif penayangan filem ini untuk memberi kesedaran tentang kehidupan selepas mati.. Benar, siksa kubur pasti ada dan bukan itu yang dipersoalkan.. Sebaliknya, kita kena tahu siapa yang patut kita pertontonkan kandungan filem ini..
Sepatutnya, ada pihak-pihak berwajib mengambil inisiatif untuk menayangkan filem-filem ini kepada Mat-Mat Rempit, Mat Dadah, Bohsia, Bohjan, Mat Punk, Mat Skinhead, Mat Gothic dan ramai lagi yang suka melepak kat Times Square, Bukit Bintang, KLCC, Mid Valley, One Utama, Sunway Pyramid dan sekitar Pavillion.. Bukankah mereka semua ni menjadi sebegini kerana tak tahu tentang 'kehidupan selepas mati'?
Itulah.. Selalu sangat orang kita nih yang KONONnya berlagak tahu agama dan ingin menyedarkan orang lain tapi selalu salah TARGET.. Sudahnya, yang rosak terus jadi rosak, yang taksub, makin jadi semakin TAKSUB..
Wallahualam..
Thursday, November 13, 2008
Perbandingan daya ingatan DS Nazri dengan Tun Dr Mahathir
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
DS Nazri Aziz patut MALU pasal daya ingatannya jauh lebih rendah daripada Tun Dr Mahathir yang berumur 84 tahun.. Ini dibuktikan apabila DS Nazri mengakui kesilapan fakta berhubung dengan status bekas Ketua Hakim Negata, Tun Salleh Abbas dan 5 hakim yang lain berkenaan isu pemberian Ex-Gratia kepada mereka.. Berikut adalah petikan Utusan Malaysia:-
Nazri : Enam hakim kanan `memang dipecat’
13/11/2008 12:19pm
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan lima hakim kanan yang lain `sememangnya’ dipecat.
Menurutnya, beliau kesal dengan kesilapannya semasa menjawab satu soalan mengenai pembayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan lima hakim kanan yang lain, di Parlimen baru-baru ini.
Katanya, kenyataan beliau mengenai kemungkinan kesemua hakim tersebut telah dipecat 20 tahun lalu adalah tidak benar, sebaliknya sememangnya mereka telah dipecat namun mereka masih menerima bayaran pencen atas dasar ganti rugi sejak itu.
"Saya telah menemui surat daripada Yang Dipertuan Agong ketika itu yang menulis kepada Ketua Setiausaha Negara masa itu meminta dibayar pencen kepada mereka walau dipecat.
``Surat ini tiada siapa yang tahu. Tetapi saya kesal dengan kenyataan saya di Parlimen... saya tidak ada fakta mencukupi ketika menjawabnya, saya kata 'mereka mungkin dipecat'.
"Itu tidak benar. Saya mahu katakan memang mereka dipecat tetapi mereka masih terima pencen," katanya di lobi Parlimen hari ini. - Utusan.
Buletin Tengahari TV3 pula menyiarkan rakaman sidang Dewan Rakyat yang menyaksikan MP Bukit Gelugor, Karpal Singh menyarankan DS Nazri dirujuk kepada sebuah suruhanjaya Parlimen kerana kenyataannya yang ada unsur pemBOHONGan.. Seharusnya MP Barisan Nasional mengambil iktibar kepada apa yang berlaku kepada DS Nazri ini agar kedudukkan MP Barisan Nasional tidak diperlekehkan sedemikian rupa di mata rakyat.. Ini bukan MP biasa tapi seorang MP yang berjawatan Menteri! Mana nak SOROK MUKA? DS Nazri, you're really a HATCHET man!!
Wallahualam..
Tuesday, November 11, 2008
Apa nak jadi dengan TANAH AIR kita..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Kita tak boleh berfikiran NEGATIF.. Namun, kita jugak kena sedar dari hari ke hari, Malaysia jugak semakin menuju kehancuran.. Adalah memalukan melihat bagaimana perkembangan yang berlaku sejak kebelakangan ini.. Bukan saja dari sudutu POLITIK, malah dari segi EKONOMI, SOSIAL dan banyak lagi.. Kerajaan sudah hilang hala tuju.. Pembangkang pulak sekadar bersifat RETORIK dan tidak ada agenda khusus untuk rakyat selain menyalahkan orang.. Apa akan jadi kepada Malaysia 20 tahun dari sekarang? Kehancuran pasti berlaku sekiranya faktor-faktor dibawah dibiarkan..
1)UMNO yang tidak sudah-sudah dengan perbalahan sesama ahli
UMNO seharusnya ada agenda yang lebih besar untuk bangsa, agama dan negara.. Namun, fungsi UMNO sekarang ini hanya terhad kepada menjadi alat segelintir individu untuk mencapai hasrat dan memuaskan nafsu mereka.. UMNO sudah tidak RELEVAN lagi untuk orang Melayu sekarang ini.. Malah, dalam BN pun peranan UMNO sudah mula dipertikaikan oleh ahli-ahli BN yang lain..
2)Kehancuran generasi muda, khususnya muda-mudi Melayu
Generasi muda sekarang ini hanya memikirkan kesenangan dan tidak tahu erti penat lelah untuk hidup.. Mereka lebih suka mencuba nasib melalui berbagai rancangan Realiti TV daripada membanting tulang bekerja seperti ibu bapa mereka.. Generasi yang ada pendidikan agama pulak cenderung untuk menjadik 'RIYA' dan 'TAKSUB' dengan apa yang dipelajari.. Adakah ini membantu negara?
3)Kelembapan dalam perencanaan projek infrastruktur untuk rakyat
Apabila kerajaan merancang sesuatu projek untuk rakyat, biasanya kerajaan akan mengambil masa yang lama dan perlahan.. Bermual dengan pengeluaran tender, perletakkan batu asas, pembinaan, penyempurnaan projek dan akhir sekali perasmian projek, semuanya kerajaan akan dipersalahkan.. Ada aje alasan seperti RASUAH, pembaziran duit rakyat, projek 'gajah putih', tidak mengikut spesifikasi, ketirisan dalam kos projek dan banyak lagi akan dimomokkan oleh pihak pembangkang dengan bantuan media untuk meMALUkan kerajaan di mata rakyat..Ada yang BENAR dan tak kurang jugak yang PALSU.. Sebab itulah kita dapati Malaysia sekarang nih takde beza pun dengan Malaysia 10 tahun sebelumnya..
4)Hubungan antara KAUM dan AGAMA semakin kurang baik
Apabila kedudukkan orang Melayu dan Bumiputera semakin berani dipertikaikan oleh KAUM PENDATANG, maka sudah tentulah mereka akan bertindak-balas dan mepersoalkan balik seterusnya menjurus kepada pertikaian yang tidak berkesudahan.. Ini ditambah lagi dengan kewujudan para BATU API dari kalangan orang-orang politik untuk melaksanakan agenda BUSUK mereka.. Sepatutnya para BATU API ini tidak boleh dibebaskan walaupun atas prinsip DEMOKRASI kerana jelas sekali mereka hanya akan membawa kehancuran.. Malangnya, kelemahan perlaksanaan undang-undang oleh pihak kerajaan berkenaan masalah ini adalah amat meragukan..
5) Kadar pengangguran di kalangan SISWAZAH membimbangkan
Semakin hari semakin membesar angka-angka atau peratusan yang dikeluarkan berkenaan dengan kadar siswazah menganggur.. Itu yang baru belajar nak hidup, bagaimana pulak dengan yang dah belajar hidup tapi diberhentikan kerja atau diVSSkan akibat tidak ada jaminan kestabilan ekonomi dan juga politik? Kalau yang pandai menyanyi atau berlakon tu boleh la cuba-cuba nasib masuk bakar realiti TV.. Kalau yang serba-serbi kekurangan? Kerajaan kita hanya pandai bagi angka untuk melekakan mata dan telinga aje sementara pihak pembangkang pulak hanya sekadar menabur cerita tanpa sedikit pun bagi komitmen penyelesaian..
Malang betulkan kita terpaksa hidup dalam Malaysia sekarang ini? Langsung tidak nampak usaha oleh mana-mana pihak untuk memperbetulkan keadaan.. Malah, kalau ada yang cuba memperbetulkan, akan dihalang dan dinafikan semata-mata kerana kepentingan politik..
Wallahualam..
Monday, November 10, 2008
LAWAK Pemilihan UMNO yang memalukan ahlinya sendiri
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
3 Hari terakhir pemilihan UMNO menyaksikan beberapa LAWAK JENAKA yang terbukti menggelakkan hati musuh-musuh UMNO yang menyaksikan, mendengar atau membaca tentangnya.. Kenapa begini jadinya UMNO? Adakah ini semua dapat membantu memulihkan imej UMNO yang terjejas teruk akibat ditolak rakyat semasa PRU-12 sebelum ini? Hanya orang DUNGU sahaja yang percaya UMNO semakin pulih ketika ini..
Jom kita tengok antara LAWAK JENAKA yang menjadi bahan bualan sensasi ketika ini..
1)INSIDEN BALING KERUSI MESYUARAT UMNO BAHAGIAN SEREMBAN
Insiden yang paling memalukan UMNO.. Nampak sangat ahli-ahli UMNO mengamalkan undang-undang rimba semasa memilih pemimpin.. Dah tak nampak jalan muafakat ke? Adakah ini yang dikatakan ahli UMNO berdisiplin dan peka dengan perjuangan parti? Adegan 'Royal Rumble' ini telah disiarkan dengan meluas oleh media kita.. Ini akan dipergunakan sebaik mungkin oleh pihak lawan untuk memburukkan UMNO di mata rakyat.. Cuma Pak Lah aje yang masih berkata sambil tersenyum kambing dalam TV semalam bahawa KONONnya mereka yang terlibat akan dihadapkan kepada Lembaga Disiplin Parti.. Rilek aje nampak?
2) PERTANDINGAN 3 PENJURU TIMBALAN PRESIDEN PARTI
Ada orang kata ini melambangkan demokrasi dalam UMNO subur.. Entahla.. Rasanya orang yang kata sebegini patut menjalani pemeriksaan perubatan dulu kot!Dalam sejarah UMNO,belum pernah ada pertandingan 3 penjuru untuk jawatan no.2 parti.. ramai orang melihat, pertandingan jawatan no.1 yang memecah-belahkan parti.. Sebenarnya, tidak ramai yang tahu sebenarnya pertandingan jawatan no.2 lah yang memecah-belahkan parti.. Apabila Ku-Li melawan Musa Hitam untuk jawatan Timbalan Presiden namun kalah, bibit perpecahan mula timbul bila Musa Hitam tak puas hati Ku-Li dikekalkan oleh Tun Mahathir dalam kabinetnya.. Kemudian Musa Hitam jugaklah yang bertanding jawatan no.2 melawan arwah Tun Ghafar Baba tahun 1987 hingga menyebabkan perpecahan UMNO.. Kemudian tahun 1993 menyaksikan bagaimana Tun Ghafar diketepikan oleh DS Anwar bin Ibrahim hasil perancangan teliti dan tipu muslihat "Sumpah saya tak akan lawan En Ghaffar"nya.. Sekarang ni kalau 3 penjuru, dapatkah anda bayangkan apa yang bakal terjadi?
3) PAK LAH KEKAL KETUA UMNO KEPALA BATAS
Apabila Tun Mahathir bersara, dia tak de pun mengekalkan jawatan Ketua UMNO bahagian Kubang Pasu? Datuk Joe Baharum pulak mengambil-alih jawatan tersebut.. Kenapa Pak Lah yang KONONnya dikatakan bakal 'bersara' pada Mac 2009 tidak berbuat demikian? Ikhlaskah Pak Lah sebenarnya untuk bersara?
4)AGENDA DS KHIR TOYO, KEPENTINGAN SENDIRI ATAU DEMI UMNO?
Dipetik daripada:-
http://agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_81571df4-7f000010-1ab7a890-1ba042c0
Wah!Kes berat nampaknya DS Khir Toyo kali ini? Dia kata dia bertanding jawatan Ketua Pemuda semata-mata nak menebus maruahnya kerana kekalahan BN di Selangor.. seperti Pak Lah yang dikatakan penyebab BN gagal dapat 2/3 di Parlimen, DS Khir Toyo pulak dikatakan penyebab utama BN sekadar menang 20 DUN aje di Selangor.. Satu pencapaian yang amat memalukan dalam rekod pemerintahan BN di Selangor.. Kalau semata-mata nak tebus air mukanya aje, dia tak perlu kaitkan UMNO sekali? Malah satu laman web yang terbukti pro kepada Khairy Jamaluddin seperti di bawah:-
http://www.kulitpisang.com/
menyatakan DS Khir Toyo menerima bonus RM100 ribu dari PKNS.. Wow! kalau betul, lumayan tuh! HE!HE!HE!
Masih ada 4 bulan lebih untuk 28 Mac 2009.. Masih banyak masa untuk buat LAWAK JENAKA dan biarkan UMNO manjadi bahan LELUCON pihak lawan untuk dipertontonkan kepada rakyat.. Ayuh! Teruskanlah LAWAK JENAKA sedemikian semoga UMNO terus cemerlang, gemilang dan terbilang!
Wallahualam
Wednesday, November 05, 2008
Barack Obama - LEGENDA baru USA
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Apa pun kita ucap TAHNIAH dulu kepada Barack Hussein Obama kerana terpilih jadi Presiden US ke-44.. Dah 200 tahun lebih, barulah rakyat US terbuka hati untuk memilih kaum kerabat Martin Luther King atau Malcolm X sebagai Presiden US.. Selepas Abraham Lincoln berkorban untuk membebaskan nenek moyang Obama dari perhambaan, barulah dia akhirnya berjaya menjawat jawatan Presiden US ke-44..
Kita tolak tepi dulu la sama ada Obama ni proksi Yahudi atau tidak.. Bukan Presiden US yang menentukan polisi negaranya tapi ahli kongres sendiri.. Bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah kita pun BERANI BERUBAH seperti rakyat US? Berubah bukan dengan memilih pemimpin tanpa unsur perkauman, malah memilih pemimpin yang berkarisma dan berjaya menimbulkan kesedaran POLITIK terhadap rakyat khususnya golongan muda seperti yang dilakukan oleh Obama?
Dengan kata lain, kita patut bertanya, mampukah UMNO mengembalikan sokongan rakyat seperti Parti Demokrat di US? Kita tahu selepas Bill Clinton, selama 8 tahun US di bawah rejim bodoh Bush Junior.. Walaupun Presiden Demokrat Bill Clinton bukan baik sangat pun dengan Malaysia, tetapi kita dilayan lebih buruk bawah Bush kerana isu Anwar bin Ibrahim.. Kita tak tahu apa polisi Obama terhadap Anwar bin Ibrahim ini tapi rasanya sama aje selagi pelobi Yahudi berkuasa dalam Kongres.. Mungkin lepas nih orang UMNO akan kembali melolong sekiranya Anwar bin Ibrahim pergi jumpa Obama untuk mintak sokongan? (Pasti akan dilakukan oleh dia - Kita tengoklah nanti!!)
Adakah UMNO akan berjaya dalam PRU 13 di bawah DS Najib seperti mana Demokrat berjaya di bawah Obama sekiranya berlaku peralihan kuasa seperti yang dijanjikan pada Mac tahun 2009? Kita tengoklah nanti adakah 'keAJAIBan' Obama dapat berpindah kepada DS Najib nanti.. Bukannya senang untuk jentera parti Demokrat mengembalikan sokongan rakyat US terhadap mereka.. Begitulah jugak jentera UMNO nanti terpaksa berhempas-pulas dan bekerja separuh mati sekiranya ingin mengembalikan sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap UMNO.. Malangnya ada beberapa kerat orang UMNO sendiri yang bertindak sebaliknya dengan memilih untuk berebut kuasa semasa pemilihan parti.. Entahlah...............
Wallahualam..
Tuesday, November 04, 2008
Ketua Pemuda UMNO - Siapa agaknya yang SYOK sendiri
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Aku sungguh BENGANG dengan 'trend' pemilihan Ketua Pemuda UMNO kali ini.. Tak cukup dengan akibat pemilihan 3 orang calon tuh, aku jugak BENGANG dengan juak-juak mereka dalam Pemuda UMNO yang seolah-olah lupa segala-galanya semata-mata untuk memastikan pilihan mereka menang Ketua Pemuda.. Habis semua pakat ikut NAFSU hinggakan IMAN dan AKAL masing-masing semuanya dah dibakul-sampahkan.. Kenapa tak boleh timbul suasana MUAFAKAT dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO? Kenapa tak boleh beralah atau mendengar aje hasrat akar umbi yang inginkan perubahan? Kenapa perlunya 'pembelian' secara tidak rasmi melalui majlis-majlis 'suai-kenal' yang dianjurkan? Kenapa perlu ada pemberian projek-projek tertentu kepada wakil-wakil Pemuda UMNO Cawangan dan Bahagian lama dahulu sebelum pemilihan parti?
Aku dapat rasakan, segala kekacauan ini semuanya berpunca akibat kemerosotan undi UMNO pasa PRU 12 tahun ini.. Walaupun semua CALON yang mencalonkan diri menang di kawasan Parlimen atau DUN masing-masing, namun ada yang menang cukup makan, menang SYOK SENDIRI kat DUN sedangkan negerinya terlepas kepada pembangkang dan ada jugak yang mengalami kemerosotan undi yang ketara walaupun asalnya kawasan tuh adalah kawasan selamat..
Apa kata kita tengok sedikit profil tentang calon-calon yang bertanding:-
1)DATUK MUKHRIZ TUN DR MAHATHIR
Walaupun Datuk Mukhriz kurang dikenali dalam UMNO akibat tindakkan Tun sendiri yang melarang anak-anaknya aktif dalam UMNO, namun beliau seorang usahamwan talian gentian OPTIK yang berjaya dan juga aktif dalam badan NGO seperti Aman Malaysia dan MERCY.. Beliau menjadi pilihan kerana KONONnya dikatakan membawa LEGASI Tun Dr Mahathir.. Kerana itulah dia kurang disenangi oleh segelintir ahli Pemuda UMNO yang rata-rata mementingkan bagaimana hendak 'memBUNCITkan perut' masing-masing secara lebih efektif.. Sepanjang penglibatan Datuk Mukhriz dalam politik UMNO (Tak lama, lebih kurang 5 tahun lebih aje selepas Tun DR Mahathir bersara), rasanya tak pernah lagi kedengaran ada orang-orang tertentu yang jadi kaya kerana dikaitkan dengan Datuk Mukhriz? Bila Datuk Mukhriz berjaya jadi Ahli Parlimen pun, kita tak pernanh dengar ada orang tu atau orang ni dapat projek hasil hubungan baiknnya dengan Datuk Mukhriz? Ada ke? Malah orang-orang UMNO sendiri memburukkan Datuk Mukhriz KONONnya tidak pandai berDEBAT, terpilih kerana nama bapanya, kekayaannya sebagai Pengerusi OPCOM dan lain-lain.. Inilah keJIJIKan yang berlaku dalam Pemuda UMNO sekarang ini..
2)DS MOHAMMAD KHIR TOYO
Seorang bekas MB negeri Selangor yang hanya mampu mengekalkan cuma 20 kerusi DUN di milik BN semasa dia mengetuai Jentera PRU Negeri Selangor.. 20 DUN berbanding keseluruhan DUN di Selangor yang berjumlah 56.. Rasanya belum pernah lagi ada Pengerusi BN Selangor yang mempuyai pencapaian atau REKOD seburuk ini walaupun semasa tahun 1969.. Namun, kita tak boleh salahkan DS Khir Toyo 100%.. Walaupun kita menyedari beberapa tindakkan dia seperti merobohkan kuil hindu, pemberian penyapu kepada PBT, masalah setinggan, masalah bekalan air dan lain-lain kurang disenangi rakyat Selangor. DS Khir Toyo nih baik orangnya dan asal keluarganya pun bukan orang senang.. Kiranya, kisah hidup DS Khir Toyo wajar dijadikan contoh untuk generasi akan datang.. Masalahnya, DS Khir Toyo ni membiarkan dirinya dikelilingi oleh golongan yang suka mengambil kesempatan dan berkepentingan peribadi baik dalam kerajaan negeri mahu pun dalam Pemuda UMNO.. Rakyat Selangor nampak semua ini dan DS Khir Toyo seharusnya berusaha menjauhkan dirinya dari golongan sebegini sekiranya mahu melihat dirinya masih relevan dalam politik negara..
3)KHAIRY JAMALUDDIN DATUK ABU BAKAR
Siapa kenal dia ni secara personal? Siapa yang pernah bersekolah atau bermain bersamanya di Rembau? Apa yang aku tahu, dia lahir di Kuwait, bersekolah di Singapura dan masuk Oxford ambil ijazah Sains Politik.. Apa sangat kelebihan lulusan Sains Politik dari sebuah kolej dalam Oxford? Bukannya sebelum ini tidak ada orang Melayu pernah keluar dari Oxford? Kemudian dia kahwin dengan Nori Abdullah anak bakal mantan Perdana Menteri Malaysia dan bakal mantan Presiden UMNO.. Inilah masalah orang kita khususnya dalam UMNO.. Orang luar diambil, disintok-limau hinggakan melebihi taraf dewata.. Apa katanya, semua betul.. Apa hajatnya,semua ditunaikan.. Dia nak 'gunakan' UMNO macam mana, semuanya diberi kebenaran.. Namun, orang UMNO sendiri dipinggirkan, dihina dan dicaci.. Budaya BUSUK dalam UMNO khususnya bermula dengan Pemuda UMNOlah yang menyebabkan golongan muda jadi meluat dan membenci UMNO.. Terus-terang katalah, UMNO dimalukan semasa PRU 12 adalah akibat pemuda 'Jalak Lenteng' ini.. Namun, Pemuda UMNO sengaja buat buta semua itu demi 'memBUNCITkan perut' masing-masing dan pencalonan yang diterima membuktikan Pemuda UMNO terus membela 'Jalak Lenteng' ini seolah-olah sebagai ASET kepada UMNO?
Cukup-cukuplah Pemuda UMNO 'MemBUNCITkan perut' sendiri.. Bukannya baik untuk kesihatan pun.. Amalkan petua Tun Dr Mahathir semasa makan iaitu 'BERHENTI SEBELUM KENYANG'.. Lagi pun BURUK BENOR tengok Pemuda UMNO perut buncit nih.. HE!HE!HE!
Wallahualam..