DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, September 30, 2009

Selepas sambut Hari Raya, TS Isa pulak jadik calon UMNO untuk pilihanraya..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

TS Isa Samad bukanlah nama yang asing di Negeri Sembilan.. Beliau pernah menjadi Menteri Besar(MB)Negeri Sembilan sezaman dengan Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.. Malah tempoh kepimpinan beliau sebagai MB juga lebih kurang sama lama dengan tempoh kepimpinan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia - 22 tahun.. Dengan kata lain, jika Malaysia sebati dengan kepimpinan Tun Dr. Mahathir, begitu jugak dengan Negeri Sembilan yang sebati dengan kepimpinan TS Isa Samad..

TS Isa adalah TOKOH yang pernah jatuh bangun di dalam UMNO.. Beliau pernah disabitkan dengan keSALAHan POLITIK WANG semasa pemilihan UMNO tahun 2005.. Untuk itu, beliau digantung selama 3 tahun daripada UMNO.. Semasa tempoh tersebut, tidak pernah sekali pun TS Isa menunjukkan ketidak-taatan beliau kepada UMNO.. Malah beliau begitu SETIA menunggu tempoh penggantungannya berakhir.. Beliau juga sering kali dilihat berkempen untuk UMNO dalam setiap pilihanraya kecil dalam tempoh tersebut.. Akhirnya hari ini kepimpinan UMNO memutuskan untuk mencalonkan TS Isa Samad sebagai calon pilihanraya kecil (PRK) di DUN Bagan Pinang..

Pencalonan TS Isa sebagai calon UMNO di DUN Bagan Pinang sebenarnya penuh KONTROVESI.. Ada pihak yang mempertikaikan beliau dicalonkan dengan alasan KONONnya beliau pernah diHUKUM atas kesalahan POLITIK WANG.. Namun, DUN Bagan Pinang bukan tempat yang asing bagi TS Isa.. Di sinilah kampung halaman beliau dan 'LUBUK POLITIK' beliau.. Ibarat DS Hadi Awang di Marang, DSAI di Permatang Pauh, Ibrahim Ali di Pasir Mas, DS Najib di Pekan dan TS Muhyiddin di Pagoh.. SOKONGAN terhadap beliau dilihat begitu KUAT dan hampir tidak ada BANTAHAN ahli akar umbi UMNO di sana terhadap pencalonan beliau di DUN Bagan Pinang..

Dalam soal ini UMNO sebenarnya berada dalam DILEMA berkenaan pencalonan TS Isa.. UMNO yang sepatutnya berusaha mebersihkan parti dari gejala POLITIK WANG dilihat bertindak ke belakang dengan pencalonan TS Isa.. Tun Dr. Mahathir yang KONSISTEN dengan kenyataan beliau berkenaan POLITIK WANG dilihat kurang menyenangi pencalonan TS Isa walaupun yakin TS Isa mampu memberi kemenangan kepada UMNO.. Ini kerana walaupun UMNO mungkin menang, namun rakyat akan mendapat MESEJ bahawa UMNO tidak SERIUS dalam soal POLITIK WANG.. Mampukah TS Isa memperbetulkan PERSEPSI sebegini ketika UMNO sangat-sangat NAZAK akibat sentiasa kalah dalam setiap PRK? Mampukah TS Isa memberikan JAMINAN bagi pihak UMNO untuk terus KOMITED membasmikan POLITIK WANG?

Yang menjadi masalah untuk UMNO memberikan penjelasan berhubung HUKUMAN yang telah TS Isa hadapi ialah kerana ada 'MANGKUK' yang masih BEBAS dan memporak-perandakan parti walaupun dia terang lagi bersuluh didapati berSALAH mengamalkan POLITIK WANG! Malah dapat jawatan Ketua Pemuda UMNO pulak tuh walaupun disabitkan dengan keSALAHan? Itulah yang sangat-sangat menyakitkan hati bukan sahaja ahli-ahli UMNO sendiri, malah sebahagian pengundi UMNO selama ini.. Apabila mereka membuat PERBANDINGAN antara 'MANGKUK' tersebut dengan TS Isa, mereka tidak ragu-ragu lagi untuk beranggapan bahawa UMNO mengamalkan HUKUMAN BERPILIH atau HUKUMAN PILIH KASIH dalam parti sendiri! Inilah yang menyebabkan UMNO ditolak rakyat setiap kali PRK..

TS Isa mungkin MENANG di Bagan Pinang, namun KREDIBILITI UMNO akan jatuh pada masa hadapan.. Kita tak NAFIkan TS Isa telah menjalani HUKUMAN, namun soalnya di sini adalan 'PUNCA' TS Isa dijatuhkan HUKUMAN tersebut masih berleluasa dalam UMNO! Malah 'PUNCA' yang dimaksudkan iaitu gejala POLITIK WANG dilihat begitu berleluasa dalam parti dan menjadi punca UMNO diperlekehkan.. Rakyat menuntut UMNO yang BERSIH dan kelihatan BERSIH untuk mereka pilih dan mengundi, namun seperti biasa kehendak rakyat seperti ini dipandang sepi oleh para pemimpin UMNO.. Tak ada bezalah UMNO dengan PKR, PAS atau DAP dalam soal pemilihan calon?


UNTUK ITU, SEHARUSNYA UMNO MENGHUKUM TANPA BANYAK SOAL PARA PESALAH POLITIK WANG SEMASA PEMILIHAN UMNO MAC LALU DENGAN SEGERA!!! ADA BERANI?


Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS