DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, November 10, 2009

Klip VK Linggam - Siapa yang membodohkan dan siapa yang diperbodohkan?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semua MAKLUM apa tujuan sebenar KLIP Video VK Linggam diSENSASIkan.. Ianya tidak lebih daripada percubaan dua pihak untuk memalukan dan mencabar KREDIBILITI bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir.. Mereka khuatir kerana pada masa tersebut, ada PIHAK merasakan kritikkan atau suara lantang Tun Dr. Mahathir akan menjejaskan karier POLITIK mereka untuk mencapai jawatan yang diidamkan - PERDANA MENTERI Malaysia!

Dua PIHAK yang diMAKSUDkan sebenarnya saling berkait antara satu sama lain.. Satu PIHAK merasakan dirinya begitu berkuasa kerana BAPA MERTUAnya ketika itu memegang kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia.. Sementara satu pihak lagi pulak 'TERINGIN' nak berkuasa pasal terpaksa dok lama dalam Jel Sungai Buloh atas kesalahan menJUBOR orang! Kedua-dua PIHAK ini sebenarnya bekerjasama 'BELAKANG TABIR' kononnya untuk memalukan sekaligus 'mendiamkan' Tun Dr. Mahathir yang lantang ketika itu..

Semalam, seorang Menteri Kerajaan yang kita tahu KECERDIKKANnya dipertikaikan sebelum ini memberi jawapan seperti berikut apabila disoal tentang kes ini di dalam Dewan Rakyat:-

"Kita tidak nafi yang bercakap (dalam klip video) itu sebenarnya Lingam. Tetapi saya juga kata dalam dunia ini mungkin juga banyak 'conman'. Memang Lingam yang bercakap tetapi mungkin dia berlagak...saja hendak menunjuk.

"Tetapi masalahnya, kita (dapati) tiada kesalahan dalam mana-mana akta yang boleh mensabitkan beliau sehingga dihukum,"


http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=453773


KAH!KAH!KAH!

- Selepas Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat keSAHIHan KLIP VIDEO tersebut baru sedar kerajaan telah buat kerja sia-sia?

- Selepas kerajaan bayar EX-GRATIA pakai DUIT RAKYAT kononnya atas alasan HAKIM-HAKIM tersebut teraniaya, barulah kerajaan sedar mereka buat kerja BODO?

- Selepas kerajaan BN nyaris tumbang selesa PRU 12 akibat menSESASIkan isu ini, baru sedar kerajaan diMALUkan hasil perbuatan mereka sendiri?

- Selepas kerajaan BN beriya-iya 'MELAYAN' temberang ALJUBOR yang menSENSASIkan isu ini, baru tau ke yang ALJUBOR pun tak berani nak serahkan keseluruhan rakaman penuh KLIP VIDEO tersebut? - Takut KANTOI?

- Pi Mai Pi Mai, akhirnya kuasa pemutus perlantikkan Ketua Hakim terletak di tangan Perdana Menteri jugak? Masa tu ke baru SEDAR tiada HUKUMAN untuk mengHUKUM si Linggam nih?

Siapakah pihak yang berolah keUNTUNGan hasil daripada 'KEBODOHAN' kerajaan BN pada masa itu kerana melayan isu sebegini?

1) HAKIM-HAKIM yang dipecat dengan perkenan YDP Agong kerana dapat duit EX-GRATIA berjuta-juta RM

2) Zaid Ibrahim kerana dia menSENSASIkan isu ini semasa dalam kerajaan selepas itu buat 'DONNO' dan 'CUCI TANGAN', kerajaan BN yang BODOH kena mencuci TAIKnya ini!

3) 'BABI TONYOK' yang dapat jadik Ahli Parlimen secara PERCUMA hasil rakaman video KLIP ini walaupun 'BABI TONYOK' tuh nak berbahasa Melayu pun kena orang lain ajar?

INDIVIDU yang cuba dimalukan iaitu Tun Dr. Mahathir banyak kali menyatakan beliau bersedia untuk didakwa mahu pun disoal siasat berhubung isu ini.. Namun, nampaknya hajat beliau tak kesampaian pasal tak ke mana isu ini rupanya.. HE!HE!HE!

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/10/lingam-tapes.html

Akhir sekali, siapakah yang BODOH dalam soal ini? -> KERAJAAN, KERAJAAN dan UMNO yang menerajui KERAJAAN! Maaf ye, tapi itulah REALITInya! KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

saya ulang semula siapa yg paling boddoh? kerajaan!! siapakah yg paling bodoh!!! melayu haprak.imperfectstone53.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS