DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, June 12, 2009

Apabila pemimpin politik kita jadi ''HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG' dengan Menteri Mentor Singapura..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Blog ini ingin meluahkan rasa MALU teramat sangat dengan sikap para pemimpin POLITIK kita yang begitu terhegeh-hegeh seperti 'HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG' apabila melihat mereka begitu beriya-iya menyembah seorang bekas PM merangkap Menteri Mentor Singapura yang sepatutnya sudah dikira 'OBSOLETE' dan langsung tidak ada kepentingan kepada negara ini untuk menyanjungnya.. Anda boleh lihat sendiri bagaimana media-media kita begitu GHAIRAH (mungkin dipaksa) memaparkan gambar-gambar pemimpin dan isteri pemimpin menemui Menteri Mentor Singapura ini sebagai 'front page news'..

Sepatutnya para pemimpin ini berasa MALU apabila mantan PM yang kita sanjungi yang juga pemimpin yang pernah mengkritik Menteri Mentor Singapura ini semasa Singapura masih berada dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1964 bersikap SINIS terhadap keGHAIRAHan segelintir pemimpin politik kita yang TERHEGEH-HEGEH menemui Lee Kuan Yew dan menjadikan pertemuan tersebut sebagai satu PUBLISITI MURAHAN menerusi media!

Mahathir tak minat jumpa Kuan Yew

KUALA LUMPUR 11 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berminat untuk bertemu dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew selain tidak yakin jambatan ketiga Malaysia-Singapura akan menjadi realiti.

Beliau berkata, Kuan Yew tidak meminta untuk bertemu dengannya dan tidak ada sebab bagi pemimpin veteran republik berkenaan untuk berjumpa dengan beliau.

"Ah! tak dak,'' katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai kemungkinan bagi beliau untuk bertemu dengan Kuan Yew yang sedang dalam lawatan lapan hari ke negara ini.

Mengenai jambatan ketiga Malaysia-Singapura pula, Dr. Mahathir berkata, jambatan itu hanya akan menjadi kenyataan jika Malaysia memberikan pasir kepada republik berkenaan.

"Jika kita beri pasir kepada Singapura, kita dapatlah (jambatan ketiga),'' kata beliau selepas melancarkan Penyelenggara Kawalan Jauh Operasi Dasar Laut Sapura Crest Petroleum Berhad pada Pameran Minyak dan Gas Asia 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Jelas Dr. Mahathir, Kuan Yew tidak membuat sebarang permohonan untuk bertemu dengan beliau.

"Saya tidak fikir sebab untuk Kuan Yew bertemu dengan saya. Saya bukan sesiapa,'' katanya.

Mengenai pertemuan Kuan Yew dengan pemimpin pembangkang Malaysia, Dr. Mahathir berkata, Menteri Mentor Singapura itu mempunyai pengalaman yang luas.

"Ahli politik Malaysia tidak tahu apa-apa jadi kita kenalah belajar dari Singapura.

"Singapura sebuah negara yang hebat, mereka melabur banyak wang,'' katanya.

Kuan Yew, 85, kini dalam rangka lawatan lapan hari ke negara ini.


Di bawah adalah beberapa URL daripada Utusan Malaysia yang memaparkan beberapa pemimpin politik kita seperti Naib Presiden UMNO dan isteri Presiden UMNO berjumpa dan bergambar dengan Menteri Mentor Singapura ini!Siap jadik berita 'front page' media kita lagi!

1)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm

2)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0611&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive

Kita tertanya-tanya, atas KAPASITI apakah para Naib Presiden UMNO begitu kelihatan begitu terHEGEH-HEGEH nak jumpa beliau? Sejak bila Menteri Mentor Singapura ini memberikan sumbangan kepada perjuangan UMNO?

Kita tertanya-tanya, adakah begitu bermakna perjumpaan '1st lady Malaysia' dengan beliau hingga wajar letak gambar kat muka depan akhbar? Kesemua 4 PM Malaysia terdahulu begitu tegas apabila menjalinkan hubungan dengan Singapork.. PM ke-5 pulak begitu 'MESRA' dengan Singapork melalui perantaraan Menantu dan Level 4 BOYS..

Sedarkah mereka semua ini bahawa Menteri Mentor Singapura begitu bernasib baik kerana mereka begitu terHEGEH-HEGEH untuk berjumpa beliau sedangkan belum tentu Menteri Mentor Singapura ini menerima penghargaan sedemikian rupa di Thailand yang marah dengan aktiviti TEMASEK Holding membeli syarikat-syarikat GLC mereka atau di Indonesia yang mana rakyatnya BENGANG akibat pernah dituduh 'sarang pengganas'!

Atau adakah negara ini sudah pun 'DIPAJAK' atau di'LEASE-Hold'kan kepada Singapura demi membina Jambatan Ketiga menyeberangi Selat Tebrau atau untuk mendapatkan dana bagi membangunkan ekonomi negara ini?

MELAYAN SI KIASU INI KERJA BODOH SEMATA-MATA!!

Wallahualam..

Monday, June 08, 2009

Ada pihak cuba mempermainkan dan menghina institusi diraja kita dengan kisah seperti ini


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Blog ini sebenarnya bukanlah teringin sangat nak mengulas pasal kisah rumah tangga orang lain.. Malah kisah yang dipaparkan berkenaan isteri Tengku Temenggong Kelantan yang melarikan diri daripada suaminya hanyalah kisah yang nyata membodohkan KHALAYAK ramai.. Namun, memandangkan kisah ini 'DIDENDANGKAN' ketika beberapa kerat rakyat negara ini sendiri mempersoalkan kedaulatan raja-raja Melayu, maka nak tak nak kenalah kita mabil tahu.. Tambahan pula, kisah ini seolah-olah merupakan usaha pihak tertentu untuk mengAIBkan institusi diraja di negara ini..

Peguam Manohara tarik diri

Oleh BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my

JAKARTA 6 Jun - Peguam, OC Kaligis semalam menarik diri daripada mengendali kes Manohara Odelia Pinot (gambar) kerana menganggap bekas model berusia 17 tahun itu tidak serius dengan dakwaan didera oleh suaminya iaitu putera Sultan Kelantan, Tengku Fakhry.

OC Kaligis berkata, Manohara dan ibunya, Daisy Fajarina lebih sibuk menghadiri wawancara di stesen televisyen daripada menjalani pemeriksaan perubatan dan seterusnya membuat laporan polis.

"Dia beritahu saya, waktu di Malaysia dia dipukul, diseterika, dibakar dengan puntung rokok, disuntik dan sebagainya. Tetapi sampai sekarang tidak melaporkannya kepada polis dan belum melakukan pemeriksaan perubatan," katanya.

Menurutnya, beliau merupakan seorang peguam yang profesional dan memang ikhlas untuk membantu Manohara tetapi mereka lebih sibuk membuat jerayawara (roadshow) ke televisyen.

"Ibunya datang bertemu saya dan saya memberi perkhidmatan percuma, tetapi kini saya fikir ibunya main-main dan saya tidak akan terlibat lagi di dalam kes Manohara," tegas OC Kaligis.

Sebelum ini aktivis wanita, Ratna Sarumpaet turut menarik diri daripada membantu Manohara kerana menyifatkan dua anak beranak berkenaan tidak mempunyai bukti bagi menyokong dakwaan mereka.

Beliau berkata, keluarga Manohara harus segera meminta maaf kepada pihak Istana Kelantan, rakyat Malaysia dan masyarakat Indonesia jika tidak mampu memberikan bukti yang kuat atas tuduhan yang dibuat. - Mingguan Malaysia


Mungkin kerana usianya yang masih MUDA dan sekaligus mempamerkan keDUNGUannya, maka anda lihat sendiri bagaimana satu demi satu orang yang bersimpati dengan perempuan ini menarik kembali SIMPATI mereka.. Siapa nak percaya? Mungkin dia berjaya menarik sokongan segelintir puak-puak di Indonesia yang masih mempunyai sedikit 'NOSTALGIA' zaman KONFRONTASI, namun isu begini tidak pun akan menjadi GAH seperti yang diharapkan beliau.. Tambahan pula, isu ini timbul ketika Indonesia menghadapi pemilihan Presiden yang sudah tentunya menjadikan isu-isu TEMPATAN lebih menarik berbanding isu seorang CEWEK kegersangan yang tidak kesampaian..

Apa pun, kita juga berharap agar pihak-pihak yang berkaitan dengan Institusi Diraja di setiap negeri lebih berhati-hati dan tidak keterlaluan mendedahkan kisah rumah tangga masing-masing.. Sekiranya didedahkan, kisah-kisah sebegini hanya menjadi MODAL kepada pihak-pihak yang berkenaan di dalam negara ini yang memang bercita-cita mahu menghapuskan kedaulatan institusi diraja di negara ini.. Bukan rahsia lagi mereka sanggup bersekongkol dengan pihak luar terutamanya dari negara selatan tanah air ini semata-mata untuk memburuk-burukkan institusi diraja negara ini, sekaligus cuba mencemarkan kedaulatan bangsa Melayu di negara ini.. Anda pun patut berfikir kenapa wanita ini hanya melarikan diri apabila Tengku Temenggong Kelantan melawat ayahandanya yang sedang dirawat di sebuah negara di selatan.. Kenapa perempuan ini tidak pun cuba melarikan diri sebelum ini?

Fikir-fikirkanlah secara mendalam..

Wallahualam..

Saturday, June 06, 2009

MUKTAMAR PAS - Husam Musa GIGIT JARI, Malaysiakini panas BONTOT dan UMNO bila mahu belajar?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Blog ini ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Datuk Nasharuddin HJ Mat Isa kerana berjaya mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS pada MUKTAMAR kali ini.. Bukan rahsia lagi jawatan Timbalan Presiden PAS menyaksikan pertembungan tiga penjuru dan melibatkan PERTEMPURAN secara langsung dengan kumpulan HAPRAK yang dikenali sebagai 'GENG ERDOGAN' di dalam PAS.. Bukan rahsia lagi hasrat Ketua 'GENG ERDOGAN' dalam PAS bernama Husam Musa ingin menjatuhkan beliau seterusnya meletakkan dirinya sebagai Timbalan Presiden PAS sekaligus menyaksikan keJATUHan PAS kepada DEWATA RAYA PKR!

Alhamdulillah, hasrat beliau tidak tercapai dan beliau hanya mampu menggigit jari dengan keputusan ini.. Strateginya dengan meletakkan 'Ahli terbuang GENG ERDOGAN' bernama Mat Sabu untuk bersama-sama bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS, diharap akan memecah-belahkan UNDI kepada Datuk Nasharuddin.. Namun, usaha tersebut turut gagal kerana mereka berdua masing-masing hanya mampu meraih undi sekitar 281 undi (Husam) dan 261 undi (Mat Sabu)berbanding Datuk Nasharuddin yang meraih 480 undi.. Walaupun ada usaha KUNCU-KUNCU mereka cuba membuat dakyah di blog-blog KONONnnya jumlah undi mereka berdua lebih tinggi, namun hakikatnya mereka berdua adalah LIABILITI yang telah pun dtiolak oleh para perwakilan PAS!

Yang lebih melUCUkan adalah bagaimana portal berita Malaysiakini cuba memomokkkan seolah-olah Husam Musa telah memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS.. Malah, sekarang ini jika anda baca portal tersebut, mereka masih memomokkan KONONnya keputusan pemilihan muktamar PAS menyaksikan masih ramai golongan yang anti dengan usaha beberapa pemimpin PAS untuk menjalinkan hubungan BAIK dengan UMNO.. Difahamkan memang ada beberapa kerat pihak seperti Malaysiakini yang tidak mahu hubungan baik PAS dengan UMNO walaupun dalam KONTEKS DEMI AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU.. Almaklumlah, sebagai orang Melayu, anda pun TAHU siapa puak-puak yang berselindung disebalik Malaysiakini!

UMNO seharusnya belajar atau mencontohi bagaimana perwakilan PAS menolak golongan yang berkepentingan atau cuba menjalankan agenda pihak lain dalam parti semasa pemilihan parti mereka.. Ini tidak, habis pesalah POLITIK WANG dipilih dan diletakkan ke jawatan-jawatan penting dalam parti! Ditambah pulak dengan aksi-aksi berkempen dan meraikan kemenangan yang jelas membuat sesiapa yang menyaksikan jadik nak MUNTAH! Bagaimanalah orang nak HORMAT atau mengkagumi UMNO? Bagaimanalah rakyat nak undi UMNO kalau pemilihan UMNO menyaksikan mereka yang 'KOTOR' terpilih sebagai pemimpin parti? PAS berjaya membendung mereka yang cuba menghancurkan prinsip perjuangan parti mereka, UMNO bila lagi?

Wallahualam..

Tuesday, June 02, 2009

Kenapa hanya orang Melayu yang perlu mengingati sejarah bangsa mereka di negara ini?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Blog ini sengaja meletakkan petikan tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia bertarikh 31 Mei 2009 pada bahagian 'header'.. Kekesalan yang dirasakan oleh Awang Selamat dalam tulisannya adalah juga kekesalan Blog ini.. Malah, tak keterlaluan kalau dikatakan bahawa kekesalan Awang Selamat juga adalah kekesalan jutaan rakyat bangsa Melayu di negara ini..Hakikatnya, semakin ramai orang Melayu merasakan hak-hak mereka semakin 'dipencilkan' demi memenuhi kehendak atau NAFSU POLITIK sesetengah pemimpin parti.. Para pemimpin parti politik terutamanya yang berbangsa Melayu bukannya mahu membela nasib bangsa Melayu di tanah airnya ini sebaliknya masing-masing hanya mahu mengukur POPULARITI dengan memperjudikan hak-hak bangsa Melayu - bangsa mereka sendiri!

Kekesalan yang diluahkan menerusi akhbar Bahasa Melayu yang paling berpengaruh di negara ini membuktikan tahap kesabaran orang Melayu sudah pun mencapai tahap maksimum.. Mereka kesal apabila hak-hak yang mereka nikmati selama ini dipersoalkan seolah-olah orang Melayu selama ini dilihat 'MERAMPAS' hak-hak orang bukan Melayu.. Seolah-olah orang bukan Melayu selama ini langsung tak boleh BERNAFAS atau pun beranak-pinak di negara ini.. Malah yang lebih 'MENYAKITKAN HATI' ialah apabila melihat beberapa pemimpin yang mendakwa mereka membela Melayu tetapi dalam masa yang sama berlumba-lumba MENGGADAIKAN KEPENTINGAN MELAYU demi mengejar cita-cita politik mereka.. Habis dipengaruhi generasi muda Melayu dewasa ini agar melupakan asal-usul mereka sebaliknya diajar MENGAGUNGKAN fahaman LIBERALISASI hinggakan agama Islam dan budaya hidup orang Melayu pun hendak diliberalisasikan!

Yang lebih dikesalkan lagi, orang-orang bukan Melayu sudah berani mempertikaikan tindak-tanduk orang Melayu walaupun orang Melayu hanyalah cuba mempertahankan jati diri dan kedaulatan bangsa mereka..

- Anda boleh melihat sendiri bagaimana ada cubaan untuk mengagungkan pemimpin KOMUNIS oleh 'SAHABAT-SAHABAT BAIK PENASIHAT PKR'.. Hakikatnya semua maklum beribu-ribu rakyat negara ini khususnya orang Melayu yang menderita akibat keGANASan KOMUNIS!

- Anda semua patut menilai bagaimana GENG ERDOGAN dalam PAS begitu gila menolak penyatuan bangsa Melayu sebaliknya begitu mengagungkan kerjasama dengan bukan Melayu (semestinya bukan Islam juga) hinggakan orang Melayu yang tidak sependapat dengan mereka dimusuhi secara berterusan.. Lihat sendiri bagaimana ADUN Bukit Lanjan yang mempunyai 'KEHIDUPAN PERIBADI TERLAMPAU' pulak boleh dibela oleh mereka yang mendakwa lebih Islam dari orang lain ini?

- Anda juga patut melihat bagaimana HINDRAF dan mereka yang berSIMPATI dengannya cuba mencetuskan suasana seperti di Sri Lanka dengan melakukan PROVOKASI dan juga FITNAH secara berterusan terhadap orang-orang Melayu yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam seperti polis, tentera dan pekerja di hospital.. Tak percaya? Sila rujuk URL di bawah:-


http://www.mpkapar.com/manikavasagam/posts/kugan-the-second-another-detainee-death-while-under-custody/

Ramai orang Melayu pulak mengharapkan UMNO yang sepatutnya menjadi pejuang dalam mempertahankan orang Melayu.. Sebaliknya para pemimpin UMNO sendiri pulak meminta agar orang Melayu tidak terlampau 'BERNOSTALGIA' dengan hak-hak yang mereka ada selama ini? Anda boleh melihat sendiri bagaimana pemimpin HINDRAF, sebuah pertubuhan yang 'TIDAK KURANG HARAM'nya berbanding Parti Komunis Malaya dan ALMAUNAH boleh dibiarkan bebas membuat provokasi, menghasut dan mencetuskan huru-hara tanpa sebarang SEKATAN oleh kerajaan?

UMNO yang sepatutnya menjaga kepentingan Melayu sudah dicemari dengan perebutan kuasa, tidak ada ETIKA, ahli-ahli yang tidak berdisiplin dan juga amalan POLITIK WANG yang berleluasa hinggakan Ketua Pemuda UMNO sendiri adalah bekas PESALAH POLITIK WANG! Adakah orang Melayu yang diluar UMNO patut dianggap sebegitu bodoh apabila mereka bersuara mengenai kepincangan dalam UMNO seperti yang dinyatakan? Rasanya ramai ahli-ahli UMNO yang buta perut beranggapan sedemikian..

HAKIKATNYA, SEBAHAGIAN BESAR ORANG MELAYU TIDAK PERNAH LUPA DENGAN ASAL-USUL DAN SEJARAH BANGSA MEREKA DI NEGARA INI SEBALIKNYA ORANG-ORANG BUKAN MELAYU DAN SEGELINTIR AHLI UMNO YANG SELALU LUPA! MALANGNYA, ORANG-ORANG MELAYU INI PULAK YANG SERING DISARANKAN UNTUK MENGINGATI SEJARAH?

Wallahualam..

Monday, June 01, 2009

UMNO nak menang di DUN Manek Urai? Boleh.. Ada caranya..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Nampaknya Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan telah bertindak bijak kali ini untuk menghadapi pilihanraya kecil di DUN Manek Urai, Kelantan.. Diharap Ahmad Maslan dan Tok Pa dapat saling bekerjasama untuk membolehkan UMNO menguatkan barisan dan seterusnya kembali memperjuangkan kembali perjuangan asal UMNO..

UMNO selami kesusahan rakyat dalam kempen Manik Urai

01/06/2009 3:01pm

KOTA BAHARU 1 Jun — Tidur di rumah penduduk dan bersama menoreh getah adalah antara pendekatan jentera penerangan Umno bagi menarik sokongan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Kelantan Manik Urai dalam kempen menjelang pilihan raya kecil di situ 14 Julai ini.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata petugas BN perlu merasai susah senang penduduk di situ yang sebahagian besarnya bekerja kampung untuk menambat hati mereka bagi mengundi BN.

“Jentera penerangan Umno dilancar secara rasmi hari ini, dengan tidur di rumah penduduk, dan jentera ini akan merasai susahnya pekerjaan mereka seperti bekerja kampung.

“Ceramah akan tetap diadakan tetapi lebih penting kita bertemu sendiri pengundi dan menerangkan apa pentingnya mereka memilih BN pada pilihan raya kecil nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Umno Kelantan di sini hari ini. - Bernama


Konsep ini sebenarnya sangat dialu-alukan di Kelantan terutamanya di kawasan yang agak terpencil seperti di DUN Manek Urai yang mana nilai 'kekampungan' atau nilai kemasyarakatan masih disanjung tinggi.. Diharap jugak Ahmad Maslan kena selalu mengambil pendapat dan pendekatan yang dilakukan oleh Tok Pa dan bukannya segelintir golongan 'budak-budak mentah' dalam Pemuda UMNO yang tak tahu masuk kampung dan suka merendah-rendahkan orang kampung..

Lebih molek lagi kalau Ahmad Maslan dapat melakukan pendekatan dari sudut keagamaan dan perkhidmatan kepada masyarakat setempat seperti menyediakan perkhidmatan kesihatan secara percuma, kelas tambahan, gotong-royong dan sebagainya.. Alah.. Takat nak buat pendekatan seperti di atas, berapa sen sangat duit UMNO habis? Lagi banyak duit yang dihabiskan oleh ahli-ahli UMNO semasa pemilihan parti yang lepas! HE!HE!HE!

DUN Manek Urai ni bukan calang-calang kawasan.. Sejak 20 tahun lalu, BN hanya pernah menang sekali sahaja.. Hampir 100% pengundinya adalah Melayu Kelantan.. Ini sepatutnya tidak menjadi masalah kepada UMNO yang sememangnya memperjuangkan hak-hak orang Melayu (Tak taula pulak kot-kot dah ubah prinsip perjuangan pulak).. Harapla tak ada SABOTAJ daripada pihak UMNO sendiri yang hanya menyukarkan peluang UMNO menang.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS