DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, September 09, 2015

Demi menyelamatkan PEMIMPIN yang KORUP, seorang peSALAH MAHKAMAH sedang di'KAMBING-HITAM'kan?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Setelah GAGAL menJAWAB siapakah Pak Arab yang begitu berMURAH HATI untuk menDERMA sehingga RM2.6 BILION ke dalam AKAUN PERIBADI DS Najib, kali ini para 'PenCACAI' cuba mengalihkan ISU pulak KONONnya WUJUD perBUALan WASSAP antara Xavier Andre Justo dengan beBERAPA PEMIMPIN POLITIK dan NGO di dalam dan luar NEGARA.. 


Antara NAMA-NAMA yang diCANANGkan bersungguh-sungguh oleh para 'PenCACAI' DS Najib ialah Claire Brown peMILIK Sarawak Report, DATUK Tong Kooi Ong peMILIK The Edge, Nurul Izzah, Anwar Ibrahim dan jugak tentunya MUSUH UTAMA para 'PenCACAI' DS Najib iaitu TUN DR. Mahathir yang paling LANTANG mengKRITIK 1MDB dan DS Najib..

IRONInya, penDEDAHan menerusi MEDIA PRIMA dan AKHBAR di bawah keKUASAannya ini sudah tentulah diRANCANG oleh mereka di bawah ini yang berSARANG dengan BAYARan JUTAan RINGGIT di PMO..


Namun demikian, berBEZA pulak dengan AKHBAR The Edge yang berKONGSI MAKLUMAT yang diperOLEHi dengan PIHAK BANK NEGARA, para 'PenCACAI' menerusi MEDIA PRIMA ENGGAN pulak berBUAT sedemikian?

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Sepatutnya di sini sahaja sudah TIMBUL keRAGUan tentang keSAHIHan MAKLUMAT yang diperolehi dan diSEBARkan oleh para 'PenCACAI' dengan KONONnya diNAUNGi oleh MENTERI KDN yang GAGAL memBUKTIkan Pak Arab mana yang menDERMA ke AKAUN PERIBADI DS Najib.. KeRAGUan ini TIMBUL kerana SEMUA sedia MAKLUM bahawa PIHAK PDRM sendiri TIDAK menDAPAT keBENARan oleh POLIS Thailand untuk menyoal-SIASAT Justo?


IRONInya MEDIA PRIMA yang diKAWAL oleh para 'PenCACAI' ini sudah menDAHULUi POLIS dan segala macam PIHAK berKUASA untuk mengHUKUM orang lain sedangkan apabila keRAGUan timbul terhadap DS Najib yang menjadik peNAUNG kepada keGIATan JAHAT mereka, dengan POLIS, dengan SPRM dengan BANK NEGARA pun HABIS mereka SESAH? 



Inilah yang RAKYAT perlu NAMPAK betapa JAHATnya mereka ini kerana SEDAR apabila DS Najib ini JATUH, segala REZEKI mereka jugak bakal LESAP.. Kalau DOKUMEN yang ada pada Justo diKATAkan sebagai PALSU, kenapa pulak RAKYAT kena PERCAYA tentang WUJUDnya perBUALan WASSAP seperti yang cuba diSEBARkan oleh para 'PenCACAI' tadi? 


Dalam KONTEKS yang diNYATAkan, apakah PERANAN si MENTERI KDN yang begitu bersungguh-sungguh mengARAHkan POLIS menyiasat penDEDAHan oleh MEDIA PRIMA yang diKAWAL oleh para 'PenCACAI' tadi? Sedangkan seluruh NEGARA sedia MAKLUM kesungguhan yang SAMA langsung TIDAK diTUNJUKkan olehnya untuk mengarahkan POLIS mengesan mereka di bawah ini yang LARI daripada SIASATan 1MDB?


PELIK bukan? Apakah JENIS 'DOUBLE STANDARD' yang diAMALkan oleh MENTERI KDN yang jugak BARU diLANTIK sebagai TPM ini? Tatkala PIHAK berKUASA daripada SPRM, POLIS dan BANK NEGARA yang menyiasat 1MDB dah HABIS diGELEDAH, cuba diCUCI OTAK dan diANCAM? Walhal mereka yang sepatutnya diSIASAT telah mengHILANGkan diri?


Itu belum lagi diKIRA bagaimana MANTAN TPM yang GUSARkan KES 1MDB ini akan mengHANCURkan UMNO dan kerajaan jugak diPECAT dari KABINET kerana menyuarakannya.. 


BAIKlah, kita FOKUS kepada apa yang KONONnya diDEDAHkan oleh Justo.. Di sini berLAKU SATU lagi SILAP MATA yang cuba diUSAHAkan oleh para 'PenCACAI' di PMO tadi untuk meMUSNAHkan KES terhadap 1MDB.. Apa KATA kita BACA pulak LAPORan oleh The Bangkok Post, AKHBAR dari NEGARA yang MAHKAMAHnya mengADILi dan mengHUKUM Justo ini..


"Police said Justo demanded 90 million baht from PetroSaudi in exchange for not disclosing confidential information to rival companies in 2013. But he denied asking for nearly 10 million ringgit more (86.44 million baht) in a blackmail attempt regarding the Malaysian state investment fund, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Alleged connections between PetroSaudi and 1MDB surfaced last month, with the media reporting nearly $700 million (24.8 billion baht) in 1MDB funds were transferred in 2013 to bank accounts apparently controlled by Malaysian Prime Minister Najib Razaka before general elections. Mr Najib has denied any wrongdoing and called the leaking of documents part of a plot against him." ->KLIK<-

HE!HE!HE! Kita PERCAYA bahawa jika Justo TAHU apa yang sedang diUSAHAkan oleh para 'PenCACAI' DS Najib dengan memperGUNAkan KESnya, dia pasti akan meRONTA-RONTA untuk keluar menCARI mereka ini dengan apa CARA sekalipun bagi meLUNASkan DENDAMnya.. Ini memang MODUS-Operandi para 'PenCACAI' DS Najib tadi kerana mereka akan cuba mengHAPUSkan sebarang JEJAK keSALAHan yang ada atau telah diLAKUkan sebelum mengGANTIkannya dengan mengKAMBING-HITAMkan orang lain..

Justo bukanlah MASALAH untuk NEGARA kita pun.. Cuba anda FIKIRkan BETUL-BETUL..

  1. Justo diBICARAkan kerana mengUGUT PETRO SAUDI dengan DOKUMEN yang diSIMPANnya dan bukan Justo mengUGUT Kerajaan Malaysia pun?
  2. Antara DOKUMEN yang diSIMPAN oleh Justo ialah URUSNIAGA antara PETRO SAUDI dengan 1MDB yang mungkin meRAGUkan dan mungkin keDUA-DUA SYARIKAT ini ENGGAN DEDAHkan kepada UMUM
  3. HUKUMan 3 TAHUN PENJARA adalah terlalu RINGAN jika keSALAHan Justo ialah untuk menJATUHkan kerajaan di seseBUAH NEGARA dan sudah tentu PIHAK berKUASA Thailand pun MAKLUM tentang ini.
  4. Bukan URUSAN PIHAK berKUASA Thailand untuk menyiasat keSAHIHan DOKUMEN URUSNIAGA terSEBUT kerana ianya patut diSIASAT oleh PIHAK berKUASA Malaysia dan Arab Saudi.
  5. DOKUMEN inilah yang diSERAHkan oleh The Edge kepada BANK NEGARA dan jugak kepada Kerajaan Switzerland oleh beBERAPA PIHAK kerana diSYAKki keWUJUDan 'MONEY Laundering'
  6. Ada ke anda terBACA samada peMILIK Sarawak Report, The Edge atau pun mana-mana TOKOH POLITIK dari NEGARA kita diSAPINA atau dipanggil sebagai SAKSI dalam perBICARAan Justo kalau ianya berTUJUAN untuk menJATUHkan NEGARA kita ini?


HE!HE!HE! Bukanlah Justo yang menjadik penyebab 1MDB berHUTANG sehingga RM42 BILLION RINGGIT atau pun 1MDB terpaksa meminjam dengan GOLDMAN SACHS dengan KADAR FAEDAH yang begitu TINGGI.. Bukankah itu PUNCA kepada segala KEMELUT ini? Kita CUKUP yakin Justo tak TAHU pun siapakah Pak Arab yang menDERMA RM2.3 BILION ke dalam AKAUN PERIBADI DS Najib tuh..


Namun begitu, anda mungkin menDAPAT JAWAPANnya jika mereka yang ada dalam GAMBAR ini diSIASAT dan di'LONDEH'kan sebagaimana para PEGAWAI POLIS, SPRM dan BANK NEGARA yang menyiasat KES 1MDB ini diperLAKUkan.. 

Wallahualam..

8 comments:

Anonymous said...

Saya pun merasa pelik dengan penglipur lara TV3 ni, dalam kes Justo di Thailand tu, dia ditahan kerana mengugut bekas majikannya iaitu Petrosaudi untuk memberikan maklumat kepada syarikat pesaing, bukannya kerana dia berikan dokumen itu kepada The Edge bagai, The Edge dan Sarawak Report tu syarikat pesaing Petrosaudi ke?

Kalau betul dokumen yang disiarkan oleh Sarawak Report dan The Edge itu palsu, pihak polis patutnya mengadakan siasatan segera dan mengheret Sarawak Report atau The Edge ke mahkamah, kerana bolehlah kita tahu mana satukah dokumen yang dikatakan dipalsukan itu.

Bukan apa, si kaki gebang Zahid ni bukannya boleh pakai sangat, dulu kata ada dalang dari kalangan ahli parlimen Barisan Nasional dari parti UMNO yang nak menggulingkan kerajaan, malahan dia dah ada bukti dokumen kertas kuning bagai, lepas tu dia dah tahu dalangnya, malahan dalang itu nak jumpa dengan Najib kononnya, tapi sampai ke sudah tak ada bukti pun. Malahan Zahid juga kata dia dah berikan bukti mengenai kegiatan ‘menggulingkan’ kerajaan kepada pihak polis, tapi sampai sekarang, ada apa perkembangan mengenai perkara ini? Tak ada apa pun, Zahid ni tin kosong sahaja, buat cerita palsu tak tentu hala untuk alihkan perhatian dari isu yang sebenar iaitu penyelewengan wang hutang 1MDB oleh Najib dan kuncu-kuncunya serta pengubahan wang haram melibatkan Najib berjumlah RM 2.63 billion @ USD 700 juta itu.

Malahan kita semua tentu masih ingat lagi, bahawa Zahid kata wang USD 700 juta @ RM 2.63 billion itu adalah derma dari sebuah keluarga diraja Arab iaitu Arab Saudi. Zahid juga kata dia dah jumpa dengan salah seorang dari keluarga diraja Arab tu kononnya wakil keluarga diraja Arab tu dan dah dapat penjelasan dan jawapan dari wakil keluarga diraja Arab tu kononnya wang USD 700 juta @ RM 2.63 billion itu adalah memang derma dari keluarga diraja Arab itu untuk kerajaan Malaysia kononnya kerana menghargai Malaysia mengamalkan ahli sunnah wal jamaah dan untuk menentang IS dan Zahid juga kata dia dah tengok semua dokumen derma itu. Tapi sampai ke sudah, Zahid tak berani nak dedahkan siapakah tok Arab yang dia jumpa itu.

Bersambung...............

Anonymous said...

Sambungan.............

Semuanya hanyalah auta dengan dongeng si Zahid ni sahajalah, sebenarnya dia tak jumpa pun tok arab tu, malahan dia tak pernah tengok pun segala dokumen tu, kerana kalau dia kata dia jumpa tok arab tu, di mana dia jumpa tok arab tu? Di negeri tok arab tu? Di Putrajaya? Di Bagan Datoh? Lepas tu pasal dokumen yang kononnya derma itu, dia tengok dokumen tu di mana? Tok Arab tu tunjuk ke Zahid ke? Atau Zahid tengok dokumen tu dari pihak AmBank, atau Bank Negara atau SPRM yang tunjukkan? Boleh ke suka-suka hati Zahid yang bukannya penyiasat SPRM atau penyiasat PDRM untuk tengok dokumen berkenaan sesuka hatinya kalau dokumen yang dia lihat tu dalam jagaan AmBank, Bank Negara, atau SPRM? Dia tak ada lokus standi untuk tengok semua tu pun. Jadi pasal apa Zahid tak ditangkap macam Rafizi atas isu BAFIA? Atau ditangkap kerana menghebahkan dokumen peribadi sebagaimana yang dituduhkan kepada The Edge sebelum ini?

Malahan kalau USD 700 juta @ RM 2.63 billion itu adalah derma kepada kerajaan, mengapakah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib? Isu ini saya tanya sudah lama, kerana wang yang kononnya derma itu untuk kerajaan, maka wang itu jadi wang kerajaan dan perlu disimpan di dalam akaun kerajaan, bukannya akaun Najib, kerana tak ada dalam system perakaunan wang milik negara yang membenarkan wang milik disimpan dalam akaun peribadi individu, semuanya mesti dalam akaun kerajaan samada atas nama kementerian atau nama jabatan kerajaan. Sila tengok dalam Perlembagaan Malaysia, Arahan Perbendaharaan, pekeliling perbendaharaan, surat pekeliling perbendaharaan, tak pernah ada kebenaran untuk menyimpan wang negara dalam akaun peribadi, malahan menyimpan wang milik negara dalam akaun peribai adalah suatu kesalahan kerana boleh ditafsirkan sebagai pecah amanah dengan mengambil wang milik negara dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi sendiri.

Apa yang saya nyatakan di atas, jika pihak TV3 lihat, sila ulas dan berikan jawapannya.

Jika nak viralkan komen saya ini ke mana-mana laman social, laman web, laman blog atau nak dicetak dan diedarkan untuk pengetahuan rakyat, saya amat alu-alukan.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas dari

Abu Bakar

Anonymous said...

Abu Bakar,

Jangan harap Najib nak bawak SR dan WSJ ke Mahkamah. Dia tak akan buat punya. Dah berapa lama, gertak aje, nak tunjuk dia tak salah konon. Pkai loyar, tapi ha nya tanya, bila di jawab, senyap.

Dia ada 1001 masalah sekarang. Klo bawak ke mahkamah, lgi besau nampak pelong.

Anonymous said...

Siapa dia di PMO tuh? Fungsi mcm "hidden hands" dsb nya.

Pembantu Rosmah selalu keluarkan kenyataan. Tapi ada siapa tau latar belakang dia, tahap pelajaran dia? Aku Google tak dapat malumat tuh. Dulu aku terbaca Pembantu dia tu bekas Sarjan tentera. Pembantu yang lain ke?

Aku rasa Pembantu yang pakai nama Dato apekebende bin Mansor tuh Rosmah punya "ghost writer" aje. Makna nya Rosmah yang tulis atau karang, dia yang beri kpd media atas nama dia. Termasuk pasal "legacy of wealth" yang Nazir CIMB dll adik beradik Najib nafikan ayah dia Tun Razak ada "legacy of wealth".

Anonymous said...

Rizal Mansor pegawai di Pejabat Perdana Menteri tu adik Rosmah ke? Nama bapa pun sama Mansor juga, Rosmah binti Mansor, Rizal bin Mansor, sebab itu bukan makin sasau si Rizal Mansor ni mem'backing' Rosmah dalam sesuatu isu.

Othaman Ahmad said...

Apapun....Rosmah Mansor dan Rizal Mansor, dua2nya mesti diMANSUHkan segera.

Anonymous said...

1202, Rizal tuh dua pusat empat mara aje ngan osmah, bukan adik beradik. Dia "pembantu" tapi bukan main lagi "bantu" si Rosmah. Nih kena sasau deh bekas Timbalan Pengarah Cawanga Khas Polis -

Rizal must advise Rosmah on her conduct, ex-SB man says
Free Malaysia Today - ‎14 hours ago‎

Abdul Hamid Bador says PM's wife should be told her penchant for arriving late for events, using government aircraft and meddling in government affairs is frowned upon.

Anonymous said...

Hahaha, Sdr Othaman, sedap permainan kata kata Sdr tuh. Tapo selagi Najib sebagai Presiden UMNO/PM, selagi itu lah dia melanda landa. Kita kena rayu kpd ahli-ahli UMNO mintak tukarkan Najib.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS