DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, May 02, 2011

MENTALITI 'TAIK' pemimpin Pemuda UMNO yang bakal memBERIkan keMENANGan besar untuk UMNO di PRU-13 nanti..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Hari ini kita terBACAlah dalam Utusan Malaysia PERIHAL seseorang yang sudah diANGGAP sebagai LIABILITI kepada partinya cuba menyarankan kepada PAS agar bersikap WARAS untuk meninggalkan Pakatan Rakyat(PR).. Ketua Pemuda UMNO, berkata, PAS sepatutnya berupaya melihat keMUNGKARan dalam pakatan mereka dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat(PKR) akibat TAKSUB dengan kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.. ->KLIK<-

Perghh… Ayat bukan main BAIK punya!! Pandai pulak dia katakan PAS tuh TAKSUB dengan Penasihat PKR? Cuma seINGAT-ingat kitalah, seTAKSUB Lebai PAS tu pun RASAnya takde lagi yang begitu BONGOK sampaikan ada yang jadik pengHANTAR passport kepada Penasihat PKR semasa dia diBEBASkan dari Jel Sungai Buloh 6 tahun dulu? Lebai PAS ke yang terHEGEH-HEGEH mengHANTARkan passport kepada Penasihat PKR masa tuh? Cubalah orang-orang UMNO yang mudah LUPA nih ingat balik PERISTIWA tuh? HE!HE!HE!

Kita PERCAYA Lebai PAS tak akan meninggalkan PR kerana keBODOHan mereka sendiri.. Lebai-Lebai PAS sudah terlajak JAUH untuk berpatah balik dan KEMBALI kepada perjuangan ASAL parti mereka sendiri.. Mustahil untuk Lebai PAS keluar dari PR selagi DIKTATOR tua peMAKAN gaji BUTA kat Kelantan itu masih berKUASA dan diSANJUNGi oleh mereka sampai LUPA langit dan bumi! Kita jugak yakin 100% Lebai PAS sama sekali tidak akan berkerjasama dengan UMNO selagi UMNO sendiri masih menyimpan Ketua Pemudanya yang jelas menjadi LIABILITI terbesar kepada parti itu sendiri.. HE!HE!HE!

Mungkin UMNO kembali PERASAN dah kuat, sebab itu lah puak-puak yang jadik LIABILITI ini bebas buat kenyataan yang seakan memPROMOSIkan diri sendiri.. Almaklumlah, dalam jangkamasa seTAHUN lagi negara ini akan mengadakan pilihanraya, jadik tak MUSTAHILlah puak-puak yang jadik LIABILITI ini semakan GALAK ber'KOMPANG' untuk menarik perhatian pemimpin terTINGGI parti.. Kita sebagai RAKYAT tak KISAH pun kalau UMNO meLAYANi atau menyahut 'KOMPANG' mereka ini seterusnya memBERIkan tempat kepada mereka semasa PRU nanti.. Kita cukup yakin kalau diKERAH kesemua 3 juta orang ahli UMNO keluar mengundi pun UMNO masih SEMPUT untuk MENANG selesa selagi adanya puak-puak yang dok menjadi LIABILITI ini!

Mungkin kenyataan Ketua UMNO Bahagian Cheras yang mengatakan PEMIMPIN UMNO diingatkan jangan hanya bermegah dengan jawatan untuk mencari 'GLAMOUR' tetapi sebaliknya memberi perKHIDMATan terbaik kepada RAKYAT ada keBENARannya..

"Hari ini, ramai yang gilakan jawatan untuk 'GLAMOUR' syok sendiri dan cari kepentingan diri dengan memperalatkan parti,"

Begitulah kata Ketua UMNO Bahagian Cheras ketika berUCAP di majlis peRASMIan persidangan TAHUNan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Cheras..

Hmnn… Mungkin Ketua UMNO Bahagian Cheras pun TAHU siapa agaknya pemimpin yang GILAkan jawatan dan mencari 'GLAMOUR'? Kebetulan pulak dia ada sekali dalam MAJLIS tersebut.. Ye la.. Dalam ramai-ramai pemimpin UMNO nih Cuma seorang aje yang memang gila 'GLAMOUR' dan tak boleh hidup tanpa PUBLISTI murahan.. Semuanya nak diPUBLISITIkan seperti aktiviti dia terjun BEBAS, masuk askar Wataniah, berlakon dan jadik MODEL sambilan.. Orang lain yang masuk askar Wataniah takde pun dapat PUBLISITI macam 'MALAUN' tuh? HE!HE!HE!

Cuma yang KESIANnya Ketua UMNO Bahagian Cheras ni macam bercakap seorang DIRIlah dalam MAJLIS tersebut.. Apa ke TAKnya, bila Ketua UMNO Bahagian Cheras ini menyatakan:

"Saya sendiri tak ada jawatan penting, seperti KJ, tetapi kita tetap memberi khidmat bakti kepada rakyat kerana itu adalah amanah yang dipertanggungjawabkan,"

Namun demikian, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras pulak menyatakan:

"Di depan perwakilan hari ini, saya minta Datuk Najib berikan jawatan kepada Khairy, bukan kerana KJ, tetapi menghormati jawatannya dalam parti," ->KLIK<-

Perghh..!! INI memang MENARIK.. Ketua UMNO Bahagian menyatakan tanpa PANGKAT pun mana-mana ahli parti patut beri KHIDMAT tetapi Ketua Pemuda Bahagian pulak kata bagi PANGKAT dulu kat 'BOSS' dia baru boleh berKHIDMAT! Eh? Itu bukan TAKSUB ke namanya? Malangnya UMNO Cheras! KAH!KAH!KAH!

Agak-agak le, anda RASA ahli-ahli UMNO Bahagian Cheras nih SEDAR ke tak bahawa UMNO Bahagian mereka ini SEBENARnya berada dalam kawasan Parlimen yang diMILIKki oleh DAP? Nampaknya ada CAN le DAP berkuasa sampai bila-bila di Cheras selagi banyak pemimpin yang BANGANG dan jadik LIABILITI dibiarkan berleluasa dalam UMNO! HE!HE!HE!

Wallahualam..

1 comment:

blank said...

seseorang individu yang beragama Islam,yang mengikut sunnah Nabi, menghalalkan pekara yang dilarang oleh maha pencipta dan tidak membuat pekara yang disuruh oleh pencipta kita individu itu dikalangan orang yang fasiq disisi ALLAH....renung2 kan lah...

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS