DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, May 28, 2011

Ramai BELIA kat Himpunan Sejuta BELIA tanya cara dapat duit juta-juta RM beli saham syarikat seperti ECM Libra..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Usaha kerajaan untuk menDEKATi golongan MUDA seperti menganjurkan acara Himpunan Sejuta BELIA di Putrajaya memang wajar diPUJI dan harapnya kerajaan menJADIkannya sebagai acara TAHUNAN dan bukannya acara berMUSIM atau untuk mencari POPULARITI.. Kita katakan sedemikian kerana golongan MUDA adalah medium 'CHECK & BALANCE' yang boleh dijadikan ukuran oleh pihak kerajaan untuk menentukan tahap SOKONGan rakyat.. Di samping itu, kita jugak berHARAP agar kerajaan menDAPATkan sebanyak mungkin 'FEEDBACK' dari golongan MUDA ini berhubung perlaksanaan dasar-dasar kerajaan dan kerajaan jugak patut meminta mereka berKONGSI idea demi meMAKMURkan negara..

Namun demikian, untuk mengatakan golongan MUDA telah kembali menyokong kerajaan dengan penganjuran Himpunan Sejuta BELIA ini adalah kurang TEPAT.. 'MOOD' golongan MUDA sukar diduga dan sentiasa berUBAH.. Mereka boleh mengubah pandangan mereka hanya dengan ISU yang KECIL atau pun mengikut EMOSI masing-masing.. Jika acara sebegini adalah cubaan UMNO/BN untuk meRAIH sokongan POLITIK, kita HARAP hentikanlah dan lebih baik jika mereka dalam UMNO/BN yang cuba menyelit sekaki dalam acara sebegini turun JUMPA rakyat beramai-ramai untuk TABUR bakti! Itu yang dimahukan oleh RAKYAT sebenarnya..

UMNO/BN harus sedar bahawa masih banyak lagi ISU yang perlu diBERESkan sebelum mendabik dada mendakwa menDAPAT sokongan golongan MUDA.. Yang paling penting, golongan MUDA ingin melihat bagaimana UMNO/BN mengawal tingkah-laku ahli-ahli POLITIK mereka yang tidak diSENANGi oleh mereka.. Golongan MUDA bukannya BODOH untuk dikatakan tidak dapat meNILAI siapa ahli POLITIK dari UMNO/BN yang berKHIDMAT kepada RAKYAT dan siapa pulak yang kejenya cuma cari PUBLISTI untuk diri sendiri!Golongan MUDA jugak tertanya-tanya kenapa ada sorang ahli POLITIK murahan dari UMNO cuba nak tunjuk KONONnya dia adalah IKON kepada golongan MUDA sedangkan JUTAan orang tak kira MUDA atau TUA di negara ini naik MELUAT dengan dia?

Ke sana-sini dia nih pergi untuk memPROMOSIkan dirinya.. Kalau semasa mengHADIRi Mesyuarat Pemuda UMNO Cheras ada seorang berMENTALITI TAIK menDESAK DS Najib beri jawatan MENTERI kat dia, kali nih dia cuba pulak nak main 'PSYCHO' dengan kepimpinan UMNO berhubung PRU-13.. ->KLIK<-

KONONnya dia nak perINGATkanlah kepada Pemuda UMNO yang semakin menjadi 'PEMALU' nih tidak boleh sama sekali mengambil MUDAH pilihanraya tersebut kerana jika silap perhitungan, UMNO dan orang MELAYU akan kehilangan kuasa.. Entah SEJAK bila pulak dia mengaku BELA Melayu sedangkan sebelum INI bukan main lagi dia berGADUH dengan PERKASA pasal dia anggap PERKASA pengHALANG kepada konsep 1 Malaysia DS Najib? ->KLIK<-

Orang POLITIK memang ramai yang LIDAH berCABANG tetapi jarang yang benar-benar nak TUNJUKkan dia LIDAH berCABANG kecuali dia nih! Untuk itu, UMNO/BN patut jelaskan kepada UMUM adakah dia nih LAYAK untuk menjadi 'SUARA' kepada UMNO/BN terutamanya untuk berHADAPan dengan golongan MUDA? Mungkin UMNO/BN terpaksa cari tokoh lain sebagai IKON untuk orang MUDA selain dia nih.. Terlampau banyak UMNO/BN nak kena 'COVER' untuk dia sorang aje perihal keje masa LAMPAU dia yang buat RAKYAT marah sedangkan UMNO/BN jugak perlu berkerja keras mengembalikan SOKONGAN yang terjejas diSEBABkan oleh dia nih jugak semasa PRU 2008 dahulu? Kan SENANG aje kalau kasi TENDANG aje dia nih? HE!HE!HE!

UMNO/BN jangan INGAT golongan MUDA begitu MUDAH diperBODOHkan oleh tokoh macam dia nih.. Antara isu HANGAT yang menjadi penyebab golongan MUDA menolak UMNO/BN semasa PRU 2008 dahulu ialah isu bagaimana dia nih dapat DUIT beli saham ECM Libra sedangkan apa sangatla KERJA dia masa tuh? ->KLIK<-

Yang lebih SYOKnya, WIKIPEDIA pun siap tulis perkara yang SAMA pasal isu nih dalam PROFILnya.. ->KLIK<-

Untuk itu, kita PERCAYA ramai golongan MUDA yang hadir di Putrajaya ingin berTANYAkan soalan yang SAMA.. Ini kerana berapa RAMAI golongan MUDA atau BELIA yang dapat diPINJAMkan duit oleh 'SOMEBODY' sebanyak berjuta-juta RM untuk beli saham ECM Libra? Sedangkan BELIA nak berniaga dengan pinjam DUIT dari BANK pun kena SEKSA dengan pelbagai cara? Tiba-tiba pulak MUDAH aje dia nih dapat PINJAMAN berjuta-juta RM? LOGIKnya, siapakah yang sanggup berikan pinjaman sebanyak itu? Apakah CAGARAN atau JAMINAN untuk pinjaman sebesar itu? Siapakah penJAMINnya? Soalan ini SEMUA laratke UMNO/BN nak tolong JAWABkan? Atau nak MINTAK beberapa JURUBLOG yang telah 'diBELI' olehnya untuk 'SPIN'kan? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS